Anda di halaman 1dari 13

Pendidikan Moral

Tanggungjawab dan Pengaruh Agen-Agen Moral


Disediakan Oleh ; Bernard Lee, Jeremy Joel, Kennedy Yamil

Pengenalan
Topik ini mengandungi pecahan kecil iaitu peranan keluarga, rakan sebaya, sekolah , institusi pengajian, masyarakat dan media massa sebagai agen moral. Perwatakan dan tabiat kanak-kanak pada amnya dibentuk oleh masyarakat dan dikekalkan melalui proses sosialisasi. Oleh kerana pentingnya mematuhi peraturan masyarakat,maka kanak-kanak mesti diajar tentang norma dan nilai masyarakat melalui beberapa institusi sosial.

Kekeluargaan

Rakan Sebaya

AgenAgen Moral

Sekolah & Institusi Pengajian

Masyarakat

Media Massa

Kekeluargaan
Keluarga merupakan agen sosial yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa akan mengajar anak-anak berhubung dengan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Daripada ibu bapa anak-anak akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai. Keperibadian anak-anak banyak bergantung kepada didikan ibu bapa.

Keluarga Asas

( Ibu dan Bapa )

Keluarga
Keluarga Kembangan ( Datuk, Nenek, Bapa Saudara, Ibu Saudara, Sepupu )

Rakan Sebaya
Rakan sebaya seseorang kanak-kanak/remaja terdiri daripada mereka yang sebaya dengannya serta berkongsi minat dan aktiviti yang sama. Kumpulan rakan sebaya kebanyakkannya dari status sosial yang sama. Apabila mencapai peringkat remaja pengaruh rakan sebaya bertambah penting kerana mereka menghabiskan masa bersama lebih banyak daripada bersama ibu bapa. Individu ini cenderung untuk mengikuti pandangan, nilai dan sikap rakan-rakan sebaya mereka.

Rakan Sekolah

Rakan Sebaya
Rakan Luar Sekolah ( Kumpulan bermain / geng )

Sekolah & Institusi Pengajian


Kanak-kanak/Remaja menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di sekolah. Ini bermakna individu-individu, kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi seseorang kanak-kanak. Guru juga sangat berpengaruh di sekolah. Gaya penampilan,sikap kepimpinannya memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu.

Pentadbir
Agen-agen sosial dalam sekolah

Guru

Budaya, Iklim & Fizikal

Masyarakat
Masyarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersosial bersama di sesuatu tempat dengan adanya peraturan,aturan serta menjalankan amalan hidup untuk kepentingan bersama. Kelompok ini mempunyai pemimpin ,peraturan dan norma-norma tertentu untuk mewujudkan satu keadaan yang harmonis. Jika pemimpin menekankan nilai kerajinan dan peningkatan produktiviti akan menghasilkan ahli-ahli yang bersikap tekun, rajin membut sesuatu dengan bersungguh tanpa cepat putus asa.

Komuniti
Agen-agen sosial dalam masyarakat

Sosio Ekonomi

Organisasi / Pertubuhan

Media Massa
Media massa sama ada media eletronik atau media cetak menyediakan sebahagian besar dari maklumat sosial dalam kehidupan seharian kita. Media massa boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif keatas sosialisasi seseorang individu. Akhbar akhbar tabloid dan majalah seperti URTV, Mangga dan Wanita lebih banyak memberikan pendedahan seks negatif kepada pembaca remaja. Akibatnya mereka lebih matang dalam aspek keseronokan seks daripada hal-hal kemanusiaan.

Rumusan
1. Seseorang individu perlu mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial masing-masing bagi menjamin kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. 2. Institusi keluarga dan agen-agen moral perlu memainkan peranan masingmasing dalam memperkasakan sistem sosial sesuatu masyarakat. 3. Perlunya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam membendung dan membenteras gejala negatif yang melanda masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai