Anda di halaman 1dari 12

Ekonomi Dalam

Sukan
Disediakan oleh :
Afiq Syazwan
Syah
Ekonomi Dalam Sukan…
1. Sukan adalah industri yang penting dari
segi ekonomi berdasarkan pendapatan
yang diraih daripada kejohanan –
kejohanan yang dianjurkan dalam
Malaysia.
2. Banyak keuntungan yang dapat
diperoleh melalui sektor sukan dari segi
ekonomi sekaligus memajukan negara
Malaysia menjadi sebuah negara yang
mampu bersaing dengan negara luar.
Faktor peningkatan ekonomi dalam sukan.

1. Iklan
a) antaranya seperti iklan sukan di
televisyen dan radio.
b) dapat menarik minat para
penonton untuk datang
menyaksikan pertandingan.
2. Penajaan
a) Antaranya seperti Maxis, Adidas, Nike,
Puma, Reebok, Celcom, TM, Gapurna
dan lain-lain lagi.
b) Melalui penajaan, syarikat yang
menaja sesebuah pasukan itu dapat
mempromosikan barangan keluaran
syarikat mereka.
c) Hasil yang mereka peroleh sekaligus
dapat meningkatkan ekonomi negara
dari sektor sukan.
3. Hak Siaran Kejohanan
a) Penyiaran kejohanan yang
dipertandingkan adalah penting untuk
menarik minat dan semangat para
penonton untuk menyokong pasukan
kegemaran mereka.
b) Hak penyiaran kejohanan perlu
disediakan kerana ianya dapat
meningkatkan ekonomi negara dari
segi jumlah tontonan.
c) Hasil dari penyiaran ini boleh dijual
kepada pihak akhbar untuk diterbitkan
kepada rakyat Malaysia.
4. Jualan Tiket Pertandingan
a) Harga yang berpatutan
menggalakkan para penonton
untuk datang menonton pasukan
kegemaran mereka bertanding.
b) jika harga tiket adalah sederhana,
penyokong yang datang akan
bertambah dan ekonomi negara
dapat ditingkatkan berdasarkan
jumlah kutipan hasil penjualan
tiket.
5. Penubuhan Kemudahan Sukan
a) Antaranya seperti Sport Planet, Swimming
Pool, Golf Course, Ampang Super Bowl dan
banyak lagi.
b) Harga sewaan yang murah dan berpatutan
dapat menarik minat untuk bermain.
c) Hasil daripada penubuhan kemudahan
sukan ini, ekonomi negara dapat
ditingkatkan malah dapat membantu dalam
mencari bakat-bakat baru.
d) Selain itu, prasarana ini juga dapat
mengurangkan pengangguran kerana adanya
peluang pekerjaan untuk menjayakan
kemudahan yang disediakan.
6. Sektor Pembuatan
a) Contohnya seperti alatan sukan,
pakaian sukan, jersi, aksesori sukan dan
lain-lain lagi.
b) Barangan buatan Malaysia ini akan
dipasarkan di dalam dan di luar negara
untuk meningkatkan sektor ekonomi
negara.
c) Selain itu, nama negara juga akan lebih
dikenali melalui barangan sukan yang
dihasilkan.
7. Sektor Perkhidmatan
a) Penyediaan pengangkutan awam yang
canggih dan hotel penginapan yang
selesa.
b) Ekonomi negara akan dapat
dipertingkatkan jika kemudahan
perkhidmatan ini disediakan untuk para
pasukan yang akan bertanding.
c) Kebanyakan pasukan dari negara yang
maju dan kaya pastinya akan memilih
hotel dan penginapan yang mewah, oleh
yang demikian kemudahan ini perlulah
disediakan.
8. Sektor Pelancongan
a) Penganjuran sukan yang diadakan di
Malaysia akan dapat menarik pelancong
negara asing untuk datang melihat
kejohanan tersebut atau pun menyokong
pasukan mereka.
b) Ekonomi negara dapat dipertingkatkan
dengan menyediakan kemudahan
penginapan atau pun dengan mengadakan
aktiviti jualan barangan keluaran negara
untuk dijadikan kenangan.
9. Penganjuran Sukan Bertaraf Dunia
a) Antaranya seperti sukan Komanwel, sukan
SEA, sukan Olimpik dan lain-lain lagi.
b) Penganjuran ini dapat menarik pelancong
asing .
c) Ia juga dapat meningkatkan nama negara
sebagai penganjur.
d) Ekonomi negara akan dapat ditingkatkan
kerana hasil dapatan yang diperoleh adalah
lebih lumayan daripada kos penganjuran.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai