Anda di halaman 1dari 11

AYAT

HAFAZAN

SURAH AN-NISA (04 : 01)

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah

menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan
juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawas) kamu.

SURAH AL-BAQARAH ( 02 : 275 )

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri


betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan
terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah
disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu
sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjualbeli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah
sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti
(dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu
(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya
terserahlah

kepada

Allah.

Dan

sesiapa

yang

mengulangi

lagi

SURAH AN-NISA (04 :


103)

Kemudian

apabila

sembahyang,

maka

kamu

telah

hendaklah

selesai
kamu

mengerjakan

menyebut

dan

mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan


semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah
merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka
dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana
biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan
yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang
tertentu waktunya.

SURAH AR-RUM (30 : 41 )

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di


darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan
oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana
Allah

hendak

merasakan

mereka

sebahagian

dari

balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah


lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Anda mungkin juga menyukai