Anda di halaman 1dari 46

Kursus Induksi

STRUKTUR ORGANISASI
KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA

1
Pengenalan kepada struktur dan organisasi
Definisi struktur
Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap
lapisan mempunyai hirarki tertentu.
Susunan itu menjelaskan ranking jawatan, fungsi,
bidang tugas dan tanggungjawab.
Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan
yang disandang, semakin banyak fungsinya, semakin
besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu
dilakukan.

2
Definisi organisasi

Satu kumpulan individu yang telah setuju bekerjasama untuk


satu-satu tujuan yang tertentu.
Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga manusia untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Mempunyai 5 unsur seperti :
1. dasar yang tegas,
2. tujuan yang jelas,
3. adanya kepimpinan wakilan,
4. anggota yang konkrit serta
5. usaha yang positif dan kreatif.

3
Model organisasi dan struktur.
Kementerian Pelajaran Malaysia ;
satu organisasi formal
terbentuk dari unit-unit sosial yang kompleks
mengandungi peraturan, peranan, dan matlamat, yang
berasaskan kepada pola-pola kewibawaan.
Setiap unit yang terdapat di dalam gabungan yang kompleks
itu adalah penting; ia memberi makna ke arah memahami
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu organisasi.
Perhubungan di antara unsur atau unit di dalamnya ialah
strukturnya.
Misalnya perhubungan di antara Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia dengan Pengarah Bahagian atau di antara Pengetua
dengan guru-gurunya.
4
Model Organisasi dan Struktur.

2
1 Petunjuk
3
8 1-8 : unit-unit yang terdapat di
dalam Kementerian Pelajaran
4
Malaysia
7

5
6

Rajah 1 : Model Struktur dan Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.


5
Rasional Struktur dan Organisasi
Berdasarkan Rajah 1.
mencapai matlamat-matlamat yang khusus.
setiap individu atau unit dapat memainkan peranan
masing-masing secara berkesan.
matlamatnya menolong dan memajukan pertumbuhan dan
perkembangan seseorang individu dari semua aspek, iaitu
jasmani, akal, emosi, sosial dan moral.
maka individu yang terdapat di dalam organisasi akan
menjalankan tugas masing-masing demi kepentingan
masyarakat dan negara.
6
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan objektif
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Proses pendidikan menggalakkan;


perkembangan diri individu dan orentasi terhadap masyarakat
dan negara.
menjadi warganegara yang berguna, patriotik dan
bertanggungjawab.

Paksinya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Bertindak mengikut misi dan objektif yang telah ditetapkan.

7
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke


arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan
jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

8
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti


bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia.

9
Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu


padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber
tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi
peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

10
Carta organisasi Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bahawa
pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan.
Di negara kita, sistem pentadbiran pendidikan diawasi
sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.
Ketua Kementerian Pelajaran ialah Menteri Pelajaran.
ahli kabinet dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
memastikan dasar pendidikan serta pentadbiran ke seluruh
sistem pendidikan itu berjalan dengan berkesan.

11
CARTA ORGANISASI JABATAN
PELAJARAN NEGERI

Pengarah
Pelajaran Negeri

Tim. Pengarah
Pelajaran Negeri
Petunjuk :
1. SPA
2. SPS
3. SPIM
4. SPPK 1,2 3,4 5,6 7,8 9,
5. SPP
6. SPS/PKhas
7. SJK
8. SKPP(2P)
9. Unit ICT Sekolah
10. Pegawai Pelajaran Pengetua / Guru Besar
Daerah (11 )

12
CARTA ORGANISASI PEJABAT
PELAJARAN DAERAH

Pegawai
Pelajaran
Daerah

Sektor Sektor Sektor Sektor


Pengurusan Pengurusan Pengurusan Pengurusan
Sekolah Akademik Pembangunan Perkhidmatan
Kemanusiaan Pendidikan
dan Khidmat
Sokongan

Sekolah
Pengetua / Guru Besar

13
CARTA ORGANISASI SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar Lembaga


PIBG
Pengelola
Sekolah
Lembaga Tatatertib

Guru-guru Penolong Kanan

Penyelia Petang

Ketua Bidang

Guru Guru Guru Guru

Kakitangan sokongan Kakitangan sokongan

14
JABATAN-JABATAN
UTAMA DI BAWAH
KETUA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA

15
JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA

16
CARTA ORGANISASI JABATAN
PENDIDIKAN SEKOLAH

Timbalan Ketua Pengarah


Jabatan Pendidikan Sekolah

Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah


Bahagian Bahagian Pusat Bahagian Bahagian
Sekolah Pendidikan Perkembangan Buku Teks Sukan
Guru Kurikulum

17
FUNGSI
JABATAN SEKOLAH
Tim. Ketua Pengarah Jabatan
Sekolah

1. Bahagian Sekolah melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan,


penggubalan, penyelarasan, pemantauan pelbagai program persekolahan dan
pengurusan persekolahan, guru dan pelajar.
2. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bertanggungjawab menggubal kurikulum
kebangsaan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Usaha ini
adalah bagi mencapai tahap kurikulum yang relevan kepada keperluan negara,
koheren dan berkualiti secara berterusan, berteraskan Falsafah Pendidikan
Negara.
3. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) merupakan bahagian yang bertanggungjawab
untuk mengendalikan Program dan Kursus Pendidikan Perguruan Perkhidmatan
dan Dalam Perkhidmatan.
4. Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan pemerakuan buku teks,
menetapkan harga dan mengawal mutu fizikal buku teks, melaksanakan Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan
Sekolah Menengah Agama Rakyat, memastikan murid di luar SPBT mendapat
bekalan, mengawal penggunaan buku teks di sekolah bantuan kerajaan dan
menyemak semula buku teks.
5. Bahagian Sukan berperanan melaksanakan pengurusan Sukan Untuk Semua, 18
Sukan Untuk Kecemerlangan Dan Sukan Untuk Integrasi Nasional di sekolah-
sekolah.
JABATAN
PENDIDIKAN
TEKNIKAL

19
CARTA ORGANISASI JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL

Tim. Ketua Pengarah Jabatan


Pendidikan Teknikal

Pengarah
Pengarah Pengarah Pengarah Bahagian Pengarah Pengarah
Bahagian Bahagian Bahagian Perancangan & Bahagian Bahagian
Pengurusan Kurikulum Pengurusan Penyelidikan Latihan & Kolej
Teknikal dan Teknikal & Politeknik Teknikal & Kemajuan Komuniti
Vokasional Vokasional Vokasional Staf

20
FUNGSI
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

Tim. Pengarah Jabatan


Pendidikan Teknikal

Bertanggungjawab mengawal selia;

Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional,


Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional,
Bahagian Pengurusan Politeknik,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Teknikal dan
Vokasional,
Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf Bahagian Kolej
Komuniti.
21
JABATAN
JABATAN PENDIDIKAN
AGAMA DAN MORAL

22
CARTA FUNGSI JABATAN
PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

Tim. Ketua Pengarah


Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral

Pengarah Bahagian Pengarah Bahagian Pengarah


Pendidikan Islam dan Pendaftaran & Bahagian
Moral Piawaian Penguatkuasaan

23
FUNGSI
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

Tim. Ketua Pengarah Jabatan


Pendidikan Islam dan Moral

Bertanggungjawab mengendalikan :
pengurusan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Tanggungjawab tersebut meliputi :


perancangan pembangunan dan penyelenggaraan
kemajuan pendidikan Islam dan Bahasa Arab di semua
peringkat persekolahan, selaras dengan falsafah dan
aspirasi pendidikan negara.
24
JABATAN
PENDIDIKAN SWASTA

25
CARTA ORGANISASI JABATAN
PENDIDIKAN SWASTA

Tim. Ketua Pengarah


Jabatan Pendidikan
Swasta

Pengarah Bahagian Pengarah Bahagian Pengarah Bahagian


Perancangan & Pendaftaran & Penguatkuasaan
Penyelidikan Piawaian

26
FUNGSI
JABATAN PENDIDIKAN SWASTA
Tim. Ketua Pengarah Jabatan
Pendidikan Swasta

1. Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) berperanan;


menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis institusi pendidikan
swasta (IPS)
menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk memastikan dasar dan
peruntukan perundangan dipatuhi.

2. Juga dipertanggungjawabkan untuk;


mengubal peruntukan perundangan yang berkaitan,
menguruskan data dan maklumat pendidikan swasta,
menjalankan penyelidikan ke arah penggubalan dasar dan mempromosikan
pendidikan swasta ke luar negara.

3. Pelaksanaan semua fungsi dan tanggungjawab tersebut dijuruskan kepada


pencapaian matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan.
27
JABATAN
PENDIDIKAN KHAS

28
CARTA FUNGSI JABATAN
PENDIDIKAN KHAS

Tim. Ketua Pengarah


Jabatan Pendidikan Khas

Pengarah Bahagian Pengarah Bahagian Pengarah


Perancangan & Perkhidmatan Latihan &
Penyelidikan Khas Pendidikan Khas Khidmat Bantu

29
FUNGSI
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Tim. Ketua Pengarah


Jabatan Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab merancang


dan melaksanakan aspek-aspek yang berkaitan;
perancangan dan pengurusan dasar,
pengurusan kurikulum,
pengurusan kokurikulum,
pengurusan murid,
pembangunan,
penyenggaraan dan perolehan,
latihan dan perkembangan staf,
khidmat sokongan,
pengurusan dan pentadbiran, dan
pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang upaya.
30
BAHAGIAN PERANCANGAN
DAN PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN
(EPRD)

31
FUNGSI BAHAGIAN PERANCANGAN
DAN PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN (EPRD)

Pengarah
Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan berperanan sebagai urusetia
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan
perancangan perkembangan dan
pembangunan pendidikan.

32
LEMBAGA PEPERIKSAAN
MALAYSIA

33
FUNGSI LEMBAGA
PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pengarah Lembaga
Peperiksaan Malaysia

1. Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan peperiksaan kebangsaan


dengan mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR, SPM (Bertulis), STAM
(Bertulis) dan SPM (Matematik dan B. Melayu). Peperiksaan Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM) juga diperkenalkan mulai tahun 2000.

2. Lembaga Peperiksaan Malaysia mengendalikan peperiksaan-peperiksaan


luar negeri iaitu University of London, Associated Board of the Royal School
of Musics (ABRSM), City and Guilds of London Institute, Institute of
Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), The Chartered
Association of Certified Accountants (CACA), Institute of Transport,
Institute of Fire Engineers, London Chamber of Commerce and Industry
(LCCI), Association of Certified Accountants (London), Association of
Business Executives (ABE), University of Michigan, Institute of Building,
Institute of Chartered Shipbrokers, Institute of Quantity Surveyors dan
Institute of Statisticians.
34
BAHAGIAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN

35
FUNGSI
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Pengarah Bahagian
Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab:


meningkatkan akses bagi pelajar-pelajar khususnya di luar bandar
kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
pelbagai media yang bermutu;
memperkayakan persekitaran pembelajaran khususnya di sekolah-
sekolah luar bandar dengan media dan teknologi pendidikan;
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan
media dan teknologi pendidikan.

36
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

37
FUNGSI
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Pengarah Institut
Aminuddin Baki

Institut Aminuddin Baki (IAB) bertanggungjawab:


memperbaiki kualiti pendidikan di samping mempertingkatkan
kecekapan dan keberkesanan operasi sistem pendidikan negara.
IAB turut membina dan membangunkan profesionalisme dalam
kepemimpinan dan pengurusan pendidikan dalam semua program
latihan yang dilaksanakan setiap tahun.
IAB menyediakan program-program latihan berkualiti, khidmat
perundingan, penerbitan, penyelidikan serta berusaha secara
berterusan mempertingkat tahap pengurusan dan kepemimpinan
pendidikan di kalangan pemimpinan-pemimpinan di pelbagai
peringkat sistem pendidikan.
38
JABATAN
PELAJARAN NEGERI

39
FUNGSI JABATAN PELAJARAN
NEGERI

PENGARAH PELAJARAN NEGERI

Jabatan Pelajaran Negeri adalah bertanggungjawab:


melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta menyelaraskan
perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum, sukatan
pelaqjaran, kokurikulum, pinjaman buku teks, perpustakaan,
pendidikan radio dan tv, majlis sukan sekolah-sekolah, bantuan
kewangan, pembangunan , penempatan, guru serta pencalonan
guru untuk latihan dan pelbagai kursus.
Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah
yang bertanggung jawabdidalam semua hal pentadbiran dan
semua sekolah di satu-satu daerah

40
BIDANG TUGAS
KETUA SETIAUSAHA

41
BIDANG TUGAS
Sebagai Ketua Eksekutif dan Pegawai Pengawal:
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran bertanggungjawab:
menentukan pengurusan dan pentadbiran Kementerian
Pelajaran berada pada tahap kualiti yang tinggi.
Untuk tujuan ini, tugas utama Ketua Setiausaha Kementerian
Pelajaran adalah seperti berikut:
Penggubalan, Perancangan dan Pelaksanaan Dasar
Pengurusan kewangan
Pengurusan Pembangunan dan Bekalan
Pengurusan dan Pembangunan Personel
Lain-lain tugas

42
BIDANG TUGAS
KETUA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA

43
BIDANG TUGAS
Penasihat utama Menteri Pelajaran berhubung dengan dasar
pendidikan negara dan pelaksanaannya serta hal ehwal
pendidikan pada amnya.
Merancang dan mengubal kurikulum persekolahan kebangsaan,
rancangan perkembangan keiktisasan dan kenaikan pangkat
pegawai perkhidmatan pendidikan.
Menentukan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri di semua negeri
di Malaysia berjalan lancar.
Bertanggungjawab menentukan semua Jabatan dan Bahagian-
Bahagian Profesional Kementerian Pelajaran berfungsi dan
berjalan lancar selaras dengan keperluan negara.
Lain-lain tugas.
44
SOALAN-SOALAN LATIHAN

1. Bina semula carta organisasi Kementerian Pelajaran di


peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah.
2. Senaraikan 2 (dua) fungsi dari setiap Jabatan utama
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Anda memohon pertukaran antara negeri dengan
mengikut saluran yang ditetapkan. Untuk mengetahui
status permohonan tersebut, Jabatan manakah anda perlu
membuat rujukan.
4. Nyatakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian
Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
5. Jika anda bertugas di sekolah, siapakah Ketua Jabatan
anda? 45
46

Anda mungkin juga menyukai