Anda di halaman 1dari 46

Kursus Induksi

STRUKTUR ORGANISASI
KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA

Pengenalan kepada struktur dan organisasi


Definisi struktur
Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap
lapisan mempunyai hirarki tertentu.
Susunan itu menjelaskan ranking jawatan, fungsi,
bidang tugas dan tanggungjawab.
Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan
yang disandang, semakin banyak fungsinya, semakin
besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu
dilakukan.

Definisi organisasi
Satu kumpulan individu yang telah setuju bekerjasama untuk
satu-satu tujuan yang tertentu.
Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga manusia untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Mempunyai 5 unsur seperti :
1. dasar yang tegas,
2. tujuan yang jelas,
3. adanya kepimpinan wakilan,
4. anggota yang konkrit serta
5. usaha yang positif dan kreatif.
3

Model organisasi dan struktur.

Kementerian Pelajaran Malaysia ;


satu organisasi formal
terbentuk dari unit-unit sosial yang kompleks
mengandungi peraturan, peranan, dan matlamat, yang
berasaskan kepada pola-pola kewibawaan.
Setiap unit yang terdapat di dalam gabungan yang kompleks
itu adalah penting; ia memberi makna ke arah memahami
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu organisasi.
Perhubungan di antara unsur atau unit di dalamnya ialah
strukturnya.
Misalnya perhubungan di antara Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia dengan Pengarah Bahagian atau di antara Pengetua
dengan guru-gurunya.
4

Model Organisasi dan Struktur.

Petunjuk
3

1-8 : unit-unit yang terdapat di


dalam Kementerian Pelajaran
Malaysia

Rajah 1 : Model Struktur dan Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rasional Struktur dan Organisasi


Berdasarkan Rajah 1.
mencapai matlamat-matlamat yang khusus.
setiap individu atau unit dapat memainkan peranan
masing-masing secara berkesan.
matlamatnya menolong dan memajukan pertumbuhan dan
perkembangan seseorang individu dari semua aspek, iaitu
jasmani, akal, emosi, sosial dan moral.
maka individu yang terdapat di dalam organisasi akan
menjalankan tugas masing-masing demi kepentingan
masyarakat dan negara.
6

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan objektif


Kementerian Pelajaran Malaysia.
Proses pendidikan menggalakkan;
perkembangan diri individu dan orentasi terhadap masyarakat dan
negara.
menjadi warganegara yang berguna, patriotik dan bertanggungjawab.
Paksinya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bertindak mengikut misi dan objektif yang telah ditetapkan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan
jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia.


Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia.

Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu


padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber
tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi
peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

10

Carta organisasi Kementerian Pelajaran


Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bahawa
pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan.
Di negara kita, sistem pentadbiran pendidikan diawasi
sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.
Ketua Kementerian Pelajaran ialah Menteri Pelajaran.
ahli kabinet dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
memastikan dasar pendidikan serta pentadbiran ke seluruh
sistem pendidikan itu berjalan dengan berkesan.

11

CARTA ORGANISASI JABATAN


PELAJARAN NEGERI
Pengarah
Pelajaran Negeri

Petunjuk :
1. SPA
2. SPS
3. SPIM
4. SPPK
5. SPP
6. SPS/PKhas
7. SJK
8. SKPP(2P)
9. Unit ICT
10. Pegawai Pelajaran
Daerah (11 )

Tim. Pengarah
Pelajaran Negeri

1,2

3,4

5,6

7,8

9,

Sekolah
Pengetua / Guru Besar

12

CARTA ORGANISASI PEJABAT


PELAJARAN DAERAH
Pegawai
Pelajaran
Daerah

Sektor
Pengurusan
Sekolah

Sektor
Pengurusan
Akademik

Sektor
Pengurusan
Pembangunan
Kemanusiaan
dan Khidmat
Sokongan

Sektor
Pengurusan
Perkhidmatan
Pendidikan

Sekolah
Pengetua / Guru Besar

13

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar

PIBG

Lembaga
Pengelola
Sekolah

Lembaga Tatatertib

Guru-guru Penolong Kanan

Penyelia Petang

Ketua Bidang

Guru

Guru

Kakitangan sokongan

Guru

Guru

Kakitangan sokongan

14

JABATAN-JABATAN
UTAMA DI BAWAH
KETUA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA

15

JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA

16

CARTA ORGANISASI JABATAN


PENDIDIKAN SEKOLAH
Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Sekolah

Pengarah
Bahagian
Sekolah

Pengarah
Bahagian
Pendidikan
Guru

Pengarah
Pusat
Perkembang
an Kurikulum

Pengarah
Bahagian
Buku Teks

Pengarah
Bahagian
Sukan

17

FUNGSI
JABATAN SEKOLAH
Tim. Ketua Pengarah
Jabatan Sekolah
1.
2.

3.
4.

5.

Bahagian Sekolah melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan,


penggubalan,
penyelarasan,
pemantauan
pelbagai
program
persekolahan dan pengurusan persekolahan, guru dan pelajar.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bertanggungjawab menggubal
kurikulum kebangsaan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan
menengah.
Usaha ini adalah bagi mencapai tahap kurikulum yang
relevan kepada keperluan negara, koheren dan berkualiti secara
berterusan, berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
Bahagian
Pendidikan
Guru
(BPG)
merupakan
bahagian
yang
bertanggungjawab
untuk
mengendalikan
Program
dan
Kursus
Pendidikan Perguruan Perkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan.
Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan pemerakuan buku
teks, menetapkan harga dan mengawal mutu fizikal buku teks,
melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah
Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat,
memastikan murid di luar SPBT mendapat bekalan, mengawal
penggunaan buku teks di sekolah bantuan kerajaan dan menyemak
semula buku teks.
18
Bahagian Sukan berperanan melaksanakan pengurusan Sukan Untuk
Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan Dan Sukan Untuk Integrasi

JABATAN
PENDIDIKAN
TEKNIKAL

19

CARTA ORGANISASI JABATAN


PENDIDIKAN TEKNIKAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan
Pendidikan Teknikal

Pengarah
Bahagian
Pengurusan
Teknikal dan
Vokasional

Pengarah
Bahagian
Kurikulu
m
Teknikal
&
Vokasiona
l

Pengarah
Bahagian
Pengurusa
n
Politeknik

Pengarah
Bahagian
Perancangan
& Penyelidikan
Teknikal &
Vokasional

Pengarah
Bahagian
Latihan &
Kemajuan
Staf

Pengarah
Bahagian
Kolej
Komuniti

20

FUNGSI
JABATAN PENDIDIKAN
TEKNIKAL
Tim. Pengarah Jabatan
Pendidikan Teknikal

Bertanggungjawab mengawal selia;


Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional,
Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional,
Bahagian Pengurusan Politeknik,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Teknikal
dan Vokasional,
Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf Bahagian
Kolej Komuniti.

21

JABATAN
JABATAN PENDIDIKAN
AGAMA DAN MORAL

22

CARTA FUNGSI JABATAN


PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

Tim. Ketua Pengarah


Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral

Pengarah Bahagian
Pendidikan Islam
dan Moral

Pengarah
Bahagian
Pendaftaran &
Piawaian

Pengarah
Bahagian
Penguatkuasaa
n

23

FUNGSI
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
MORAL
Tim. Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral

Bertanggungjawab mengendalikan :
pengurusan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Tanggungjawab tersebut meliputi :
perancangan
pembangunan
dan
penyelenggaraan kemajuan pendidikan Islam dan
Bahasa Arab di semua peringkat persekolahan,
selaras dengan falsafah dan aspirasi pendidikan
negara.
24

JABATAN
PENDIDIKAN SWASTA

25

CARTA ORGANISASI
JABATAN PENDIDIKAN
SWASTA
Tim. Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan
Swasta

Pengarah Bahagian
Perancangan &
Penyelidikan

Pengarah Bahagian
Pendaftaran &
Piawaian

Pengarah Bahagian
Penguatkuasaan

26

FUNGSI
JABATAN PENDIDIKAN
SWASTA
Tim. Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Swasta

1.

Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) berperanan;


menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis institusi
pendidikan swasta (IPS)
menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk memastikan
dasar dan peruntukan perundangan dipatuhi.

2. Juga dipertanggungjawabkan untuk;


mengubal peruntukan perundangan yang berkaitan,
menguruskan data dan maklumat pendidikan swasta,
menjalankan penyelidikan ke arah penggubalan
mempromosikan pendidikan swasta ke luar negara.
3.

dasar

dan

Pelaksanaan semua fungsi dan tanggungjawab tersebut dijuruskan


kepada pencapaian matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan.

27

JABATAN
PENDIDIKAN KHAS

28

CARTA FUNGSI JABATAN


PENDIDIKAN KHAS

Tim. Ketua Pengarah


Jabatan Pendidikan
Khas

Pengarah Bahagian
Perancangan &
Penyelidikan Khas

Pengarah Bahagian
Perkhidmatan
Pendidikan Khas

Pengarah
Latihan &
Khidmat Bantu

29

FUNGSI
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Tim. Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab


merancang dan melaksanakan aspek-aspek yang
berkaitan;
perancangan dan pengurusan dasar,
pengurusan kurikulum,
pengurusan kokurikulum,
pengurusan murid,
pembangunan,
penyenggaraan dan perolehan,
latihan dan perkembangan staf,
khidmat sokongan,
pengurusan dan pentadbiran, dan
pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang
upaya.
30

BAHAGIAN PERANCANGAN
DAN PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN
(EPRD)

31

FUNGSI BAHAGIAN
PERANCANGAN DAN
PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN (EPRD)
Pengarah
Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan


Dasar Pendidikan berperanan sebagai
urusetia Jawatankuasa Perancangan
Pendidikan dan perancangan
perkembangan dan pembangunan
pendidikan.
32

LEMBAGA PEPERIKSAAN
MALAYSIA

33

FUNGSI LEMBAGA
PEPERIKSAAN MALAYSIA
Pengarah Lembaga
Peperiksaan Malaysia

1.

Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan peperiksaan


kebangsaan dengan mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR, SPM
(Bertulis), STAM (Bertulis) dan SPM (Matematik dan B. Melayu).
Peperiksaan
Sijil
Tinggi
Agama
Malaysia
(STAM)
juga
diperkenalkan mulai tahun 2000.

2.

Lembaga Peperiksaan Malaysia mengendalikan peperiksaanpeperiksaan luar negeri iaitu University of London, Associated
Board of the Royal School of Musics (ABRSM), City and Guilds of
London Institute, Institute of Chartered Secretaries and
Administrators (ICSA), The Chartered Association of Certified
Accountants (CACA), Institute of Transport, Institute of Fire
Engineers, London Chamber of Commerce and Industry (LCCI),
Association of Certified Accountants (London), Association of
Business Executives (ABE), University of Michigan, Institute of
Building, Institute of Chartered Shipbrokers, Institute of Quantity
34
Surveyors dan Institute of Statisticians.

BAHAGIAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN

35

FUNGSI
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Pengarah Bahagian
Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab:
meningkatkan akses bagi pelajar-pelajar khususnya di luar
bandar kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam pelbagai media yang bermutu;
memperkayakan persekitaran pembelajaran khususnya di
sekolah-sekolah luar bandar dengan media dan teknologi
pendidikan;
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan memastikan guru-guru dan pelajarpelajar menggunakan media dan teknologi pendidikan.

36

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

37

FUNGSI
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Pengarah Institut
Aminuddin Baki

Institut Aminuddin Baki (IAB) bertanggungjawab:


memperbaiki
kualiti
pendidikan
di
samping
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi
sistem pendidikan negara.
IAB turut membina dan membangunkan profesionalisme
dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan dalam
semua program latihan yang dilaksanakan setiap tahun.
IAB menyediakan program-program latihan berkualiti,
khidmat perundingan, penerbitan, penyelidikan serta
berusaha
secara
berterusan
mempertingkat
tahap
pengurusan dan kepemimpinan pendidikan di kalangan
pemimpinan-pemimpinan di pelbagai peringkat sistem
pendidikan.
38

JABATAN
PELAJARAN NEGERI

39

FUNGSI JABATAN PELAJARAN


NEGERI

PENGARAH PELAJARAN
NEGERI

Jabatan Pelajaran Negeri adalah bertanggungjawab:


melaksanakan
dasar
pendidikan
Malaysia
serta
menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan dengan
kurikulum, sukatan pelaqjaran, kokurikulum, pinjaman
buku teks, perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis
sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan, pembangunan
, penempatan, guru serta pencalonan guru untuk latihan
dan pelbagai kursus.
Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai Pelajaran
Daerah yang bertanggung jawabdidalam semua hal
pentadbiran dan semua sekolah di satu-satu daerah

40

BIDANG TUGAS
KETUA SETIAUSAHA

41

BIDANG TUGAS
Sebagai Ketua Eksekutif dan Pegawai Pengawal:
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran bertanggungjawab:
menentukan pengurusan dan pentadbiran Kementerian
Pelajaran berada pada tahap kualiti yang tinggi.
Untuk tujuan ini, tugas utama Ketua Setiausaha Kementerian
Pelajaran adalah seperti berikut:
Penggubalan, Perancangan dan Pelaksanaan Dasar
Pengurusan kewangan
Pengurusan Pembangunan dan Bekalan
Pengurusan dan Pembangunan Personel
Lain-lain tugas
42

BIDANG TUGAS
KETUA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA

43

BIDANG TUGAS
Penasihat utama Menteri Pelajaran berhubung dengan dasar
pendidikan negara dan pelaksanaannya serta hal ehwal
pendidikan pada amnya.
Merancang dan mengubal kurikulum persekolahan
kebangsaan, rancangan perkembangan keiktisasan dan
kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan.
Menentukan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri di semua negeri
di Malaysia berjalan lancar.
Bertanggungjawab menentukan semua Jabatan dan BahagianBahagian Profesional Kementerian Pelajaran berfungsi dan
berjalan lancar selaras dengan keperluan negara.
Lain-lain tugas.
44

SOALAN-SOALAN LATIHAN
1.

Bina semula carta organisasi Kementerian Pelajaran di


peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah.
2. Senaraikan 2 (dua) fungsi dari setiap Jabatan utama
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Anda memohon pertukaran antara negeri dengan
mengikut saluran yang ditetapkan. Untuk mengetahui status
permohonan tersebut, Jabatan manakah anda perlu
membuat rujukan.
4. Nyatakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian
Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
5. Jika anda bertugas di sekolah, siapakah Ketua Jabatan
anda?
45

46

Anda mungkin juga menyukai