Anda di halaman 1dari 35

Tajuk 4:

Sosialisasi Moral Individu

Disediakan oleh:
1. Chiung Huei Yee
2. Kong Xi Wen
3. Tan Sze Joo
4. Wong Ying Ying

PISMP SN JUN 2014


1. Konsep Sosialisasi
• Sosialisasi merupakan satu proses manusia mempelajari dan
menerima nilai, sikap dan kemahiran orang-orang di sekelililingnya
untuk membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli
dalam masyarakat tersebut.
• Sosialisasi membantu seseorang individu memainkan fungsi dan
peranan sosialnya dengan sempurna dan efektif.
• Sosialisasi membolehkan seseorang berinteraksi, bekerja dalam satu
kumpulan atau melakukan kawalan diri.
• Sosialisasi ialah satu proses sosial yang dilalui individu untuk menjadi
anggota sesuatu kelompok dengan mempelajari kebudayaan
kelompok itu serta peranannya dalam kelompok itu.
2. Jenis Sosialisasi
Sosialisasi Primer
• Berlaku pada usia awal kanak-kanak.
• Belajar dari orang di sekeliling mereka.

Sosialisasi Sekunder
• Berlaku pada usia kanak-kanak, remaja dan dewasa.
• Konsep diri individu akan berkembang, akan berlaku
perubahan dan penyesuaian akibat daripada interaksi
dengan rakan, sekolah, media massa dan masyarakat.
3. Jenis Sosialisasi
Sosialisasi Semula
• Berlaku akibat dariapda perubahan drastik, mendadak,
radikal atau situasi yang terpaksa dialami seseorang.
• Misalnya, berlakunya perperangan, revolusi, kemalangan,
bencana, perubahan politik atau menjadi penagih dadah.
4. Kepentingan Sosialisasi

1. Melatih dan mendidik seseorang untuk dapat berperanan dalam


masyarakat. Misalnya, seorang anak, suami, isteri, bapa, ibu, guru,
peniaga dan lain-lain lagi.
2. Membolehkan nilai, norma dan budaya sesuatu masyarakat dan
bangsa diwarisi.
3. Membolehkan peraturan sosial dicipta.
4. Membolehkan seseorang individu berinteraksi, bekerja dalam satu
kumpulan atau melakukan kawalan diri.
5. Menerapkan sifat kemanusiaan.
5. Norma Sosial
Peraturan yang diguna pakai oleh sebahagian besar ahli
masyarakat.

Dipelajari melalui pemerhatian dan interaksi.

Sifat tidak tekal dan mengalami perubahan.

Contohnya:
Tingkah laku – amalan memberi hormat kepada orang tua,
memberi salam apabila bertemu, membongkokkan badan
apabila berjalan di hadapan orang tua.
Ideologi – dilarang berzina, minum arak dan berjudi.
6. Kawalan Sosial
Aspek dalam masyarakat yang melindungi
aturan moral.

Percubaan masyarakat untuk meregulasi


fikiran dan kelakuan ahli masyarakat

Terbahagi kepada 2 jenis:

• Kawalan sosial tidak formal


• Kawalan sosial formal
A. Kawalan Sosial Tidak Formal /
Kawalan Secara Dalaman
Proses yang menyebabkan ahli masyarakat akur terhadap
norma masyarakat.

Wujud dalam kod tingkah laku moral dan sosial seseorang.

Kesan daripada faktor diri individu: imej diri yang positif,


kawalan diri, kekuatan ego, tahap toleransi dan perasaan
tanggungjawab.

Wujud melalui proses sosialisasi sama ada dalam keluarga,


sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan persekitaran.

Seseorang melakukan perkara yang baik atas kepatuhan diri


terhadap undang-undang Tuhan dan peraturan masyarakat.
B. Kawalan Sosial Formal / Kawalan
Secara Luaran

Hukuman atau tekanan diberikan oleh badan


penguatkuasa seperti polis, mahkamah, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia.

Dilaksanakan selepas satu set peraturan, undang-undang


atau kod telah dikuatkuasakan secara mutlak ke dalam
masyarakat.

Bersifat rasmi dan perlu dipatuhi.


7. Peranan Agen Moral dalam
Proses Sosialisasi
Sekolah/
Keluarga Rakan sebaya institusi
pendidikan

Komuniti/ Media massa Institusi


masyarakat Keagamaan
1. Keluarga

• Merupakan agen sosialisasi yang banyak


mempengaruhi perkembangan dan pembentukan
personaliti kanak-kanak.
• Sebab: Kanak-kanak mempelajari kemahiran, sikap,
norma dan nilai-nilai daripada keluarganya.
Sifat keluarga mempengaruhi personaliti anak.
1. Demokratik
- Kesan terhadap anak: Lebih yakin, aktif, bersopan santun, gemar
berkongsi masalah.
2. Garang dan autokratik
- Kesan terhadap anak: patuh, pasif, takut memberi pandangan
dan kurang berinisiatif.
3. Terlalu berlembut dengan anak serta cepat melayani segala
permintaan mereka
- Kesan terhadap anak: kurang bertanggungjawab, terlalu
bergantung kepada orang lain, kurang menghormati orang-orang
tua.
Saiz keluarga mempengaruhi sosialisasi seseorang.

• Pertuturan dan interaksi adik-beradik menggalakkan


individu bertutur dengan lebih cepat dan lebih luas
perbendaharaan katanya.
• Anak tunggal/keluarga kecil lebih dimanjakan dan
mungkin lebih mementingkan diri sendiri (tidak
pandai berkongsi dengan orang lain).
2. Rakan sebaya
Pengaruh yang berkesan dalam proses pembentukan budi
pekerti.
• Contoh:
- Cara berpakaian
- Tingkah laku
- Cara percakapan
- Pengamalan nilai–nilai
3. Sekolah/institusi pendidikan

 Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan


masyarakat menjadi bertambah luas.
Kanak-kanak belajar sosialisasi:
a. secara formal yang ditentukan oleh kurikulum
sekolah
b. melalui kurikulum tersembunyi dengan cara
menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah
(beratur mengikut giliran, mematuhi peraturan,
bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam
aktiviti-aktiviti sekolah).
4. Komuniti/Masyarakat
• Pergaulan kanak-kanak dipengaruhi oleh masyarakat di
sekeliling.
• Masyarakat zaman sekarang tidak mempedulikan hal orang
lain dan hal ini menyebabkan timbulnya masalah moral
sejak peringkat kanak-kanak.
• Contoh: kehidupan di kampung dan di bandar.
- Masyarakat kampung lebih prihatin terhadap hal-hal jiran
- Masyarakat bandar tidak bergaul dengan jiran dan lebih
bersikap duitan.
5. Media Massa
• Kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada hiburan melalui
TV, radio, internet, laman-laman sosial.
• Media massa memberikan impak positif dan negatif dalam
perkembangan sahsiah/pemikiran individu.
• Kanak-kanak perlu digalakkan menonton/membaca bahan-
bahan yang bermanfaat atau bertema baik.
• Elakkan daripada laman-laman web yang mengandungi
unsur keganasan, seks dll.
• Impak negatif: Individu akan bertindak ganas dan
kasar dalam menyelesaikan sesuatu masalah kerana
ingin mencontohi aksi artis kegemaran yang berlakon
sebagai wira dalam sesuatu wayang.
7. Peranan Agensi Tempatan
dan Antarabangsa Sebagai
Agen Sosialisasi
Memberi peluang kepada Memberi tumpuan dalam
rakyat Malaysia menjadi pendidikan, kesihatan dan
sukarelawan di dalam / luar kerja pembangunan
negara. komuniti.

I.Yayasan
Salam

Membiayai program
kesukarelawan melalui
Sukarelawan separuh masa
sumbangan badan korporat,
dan sepenuh masa.
badan kerajaan dan orang
perseorangan.
II. Majlis AIDS Malaysia
Inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia
untuk memerangi HIV / AIDS.

Tujuan penubuhan:

• Memastikan penghidap dan pembawa HIV / AIDS


dapat menikmati kualiti hidup yang tinggi.
• Melindungi hak asasi manusia terpelihara tanpa
diskriminasi dan sikap prejudis.
Tugas:

• menyediakan latihan kepada badan-badan bukan


kerajaan.
• menyediakan bantuan kewangan dan sumbangan
bagi memastikan program yang dijalankan
berkesan.
• menyuarakan pandangan dalam
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
untuk mengelak dan mencegah AIDS daripada
berleluasa.

Pencegahan

• Memberi kesedaran melalui pendidikan.


• Mengadakan bengkel, ceramah dan forum.
• Mengumpul informasi AIDS di Malaysia.
III. PEMADAM (Pertubuhan Mencegah Dadah
Malaysia

Tujuan penubuhan Peranan

• Membantu individu yang • Mendidik masyarakat


terbabit dalam dadah tentang bahaya dadah
• Menyedarkan • Mengumpul dan
masyarakat tentang menyampaikan pendapat
bahaya dadah pakar, menganjurkan
• Bekerjasama dengan seminar, majlis dialog,
agensi kerajaan yang lain forum dan kursus
untuk membasmi • Bekerjasama dengan
penyalahgunaan dadah jabatan kerajaan dan
pertubuhan sukarela
IV. MERCY Malaysia (Persatuan
Bantuan Perubatan Malaysia)
Pertubuhan bantuan perubatan sukarela.

Iran – kejadian gempa bumi di Bam pada 26 Disember


2003

Acheh – pasukan penyelamat yang pertama untuk


membantu mangsa Tsunami pada 2004

Malaysia – memberi bantuan ketika banjir melanda Johor,


Pahang dan Melaka pada 19 Disember 2006 hingga
Januari 2007
V. UNESCO (Pertubuhan Pendidikan,
Sains dan Kebudayaan PBB)
Menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan
dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa
melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Tumpuan

• pendidikan
• sains semula jadi
• sains manusia dan sosial
• kebudayaan
• komunikasi dan maklumat
Projek yang menerima penajaan UNESCO:

• Kemahiran menulis dan membaca, teknikal dan


program latihan kepada guru
• Program sains antarabangsa
• Mempromosikan kebebasan bersuara dan media
• Projek sejarah kebudayaan setempat,
mempromosi kepelbagaian budaya di dunia dan
sebagainya
VI. WWF
Memulihara spesies binatang dan habitat.

Membuat penyelidikan tentang biologi haiwan dan


mengenalpasti ancaman yang boleh membawa kepupusan.

Menubuhkan kawasan perlindungan, menguatkuasakan


peraturan dan undang-undang, memastikan rancangan
pembangunan tanah tidak menganggu habitat haiwan.

Sekolah – mendedahkan kepentingan memelihara habitat


(Kelab Alam Semula Jadi), melaksanakan program
pendidikan Alam Persekitaran.
8. Unsur-unsur yang merosakkan
proses sosialisasi
Internet
dan
laman
sosial

Pengaruh
Telefon
rakan Unsur-unsur bimbit
sebaya
merosakkan
proses
sosialisasi

Alat
Media
permainan
massa
digital
I. Internet dan laman sosial

Konsep “langit terbuka” telah mendedahkan kanak-kanak kepada


semua jenis maklumat tanpa tapisan.

Kanak-kanak dan para remaja mudah terpengaruh dengan unsur


negatif melalui laman sesawang seperti: unsur keganasan,
pornografi dan lain-lain.

Kemudahan untuk mengakses ke blog-blog tanpa tapisan juga telah


mengakibatkan kes-kes penipuan dalam kalangan remaja dan
pengguna intenet semakin bertambah.
II. Telefon bimbit
• Penyalahgunaan alat berkomunikasi ini telah banyak menyumbang
kepada keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa kini.
• Kemudahan merakam gambar dan video telah disalahgunakan oleh
mereka yang berniat jahat untuk disebarkan kepada orang lain atau
untuk mengugut mangsa.

• Mereka juga lebih terdedah kepada


unsur-unsur penipuan yang
dirancang oleh sindiket-sindiket
penipuan yang sentiasa bergerk aktif
untuk menipu mangsa.
III. Media Massa
• Majalah hiburan yang tidak ditapis isi kandungannya
menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada budaya-budaya
yang tidak sesuai dengan masyarakat setempat.
• Program-program televisyen yang tidak ditapis.
IV. Alat permainan digital
• Kanak-kanak yang terlalu bergantung kepada alat permainan digital
akan kurang bercampur dengan orang sekeliling dan masyarakat di
luar.
• Street Fighter, DOTA, Warcraft dan permainan-permainan yang lain
terselit unsur-unsur negatif seperti keganasan, kezaliman mahupun
dakyah-dakyah yang berlawan dengan sesuatu agama dan
menyesatkan.
• Murid-murid tidak pandai mengawal
diri dan menyebabkan mereka
ketinggalan dalam pelajaran.
V. Pengaruh rakan sebaya
• Interaksi dan pergaulan yang keterlaluan boleh merugikan
remaja.

Anda mungkin juga menyukai