Anda di halaman 1dari 44

KELEBIHAN ILMU

DAN ULAMA’
Hadis 1 – Kelebihan Orang Yang Alim Hadis 24 – Bertanya Itu Anak Kunci Ilmu
Hadis 2 – Kehebatan Orang Yang Alim Hadis 25 – Jadikan Diri Anak Kunci Kebaikan
Hadis 3 – Ilmu Mengangat Martabat Manusia Hadis 26 – Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian
Hadis 4 – 0rang Yang Alim Itu Hidupnya Berkat Hadis 27 – Sampaikan Ilmu Yang Sesuai Dengan
Hadis 5 – Macam-macam Jenis Ulama Pendengarnya
Hadis 6 – Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga Hadis 28 – Semua Penuntut Pasti Untung
Hadis 7 – Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan Hadis 29 – Kelebihan Mengajar Ilmu
Hadis 8 – 0rang Yang Alim Itu Pilihan Allah Hadis 30 – Sampaikan Ilmu Walaupun Sedikit
Hadis 9 – Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid Hadis 31 – Ambil Berkat Rasulullah dan Ulama’
Hadis 10 – Pelajar Agama Diampun Dosanya Hadis 32 – Hati-hati Bila Menyampaikan Ilmu
Hadis 11 – Pelajar Agama Dijamin Rezekinya Hadis 33 – Semua Sabda Nabi Adalah Benar
Hadis 12 – Carilah Ilmu Sebelum Ia Dipertikaikan Hadis 34 – Memelihara Ilmu Dengan Menulisnya
Hadis 13 – Carilah Ilmu Sebelum Ia Hilang Hadis 35 – Yang pandai Tolong Menulis Bagi Yang
Hadis 14 – Kelebihan Mempelajari Al Quran Kurang Pandai
Hadis 15 – Orang Alim Itu Tawadhuk Hadis 36 – Lebih Banyak Menulis, Lebih Luas
Ilmunya
Hadis 16 – Kesudahan Pencari Ilmu
Hadis 37 – Apabila Ulama’ Dimatikan Allah
Hadis 17 – Ilmu Dan Amal Di Syurga
Hadis 38 – Tuntutlah Ilmu Sebelum Ia Diangkat
Hadis 18 – Hikmah Idaman Orang Beriman
Hadis 39 –Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah
Hadis 19 – Hakikat Ilmu Diangkat
Hadis 20 – Jangan Malu Hadir Majlis Ilmu Hadis 40 – Ikhlas Dalam Mencari Ilmu
Hadis 21 – Jangan Menyembunyikan Ilmu Hadis 41 – Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik
Hadis 22 – Jadikan Diri Sebagai Pintu Hidayah Hadis 42 – Pahala Yang Berterusan
Hadis 23 – Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang
Guru
Hadis 1 – Kelebihan Orang Yang Alim

• Daripada Abu Amamah r.a berkata: Telah disebut


disisi Rasulullah s.a.w dua orang lelaki. Pertama
orang yang abid (ahli ibadat) dan kedua orang
yang alim. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:
“Kelebihan orang yang alim atas orang yang
abid seperti kelebihanku atas yang paling
rendah daripadamu”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

c
Hadis 2 – Kehebatan Orang Yang Alim

• Daripada Abdullah Bin Abbas r.a berkata: Telah


bersabda Rasulullah s.a.w: “Seorang yang alim
itu lebih kuat pengaruhnya atas syaitan daripada
seribu abid (yang tidak alim).

Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah

c
Hadis 3 – Ilmu Mengangat Martabat Manusia

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah ditanya Rasulullah s.a.w:


“Siapakah orang yang paling mulia disisi Allah? Lalu Nabi s.a.w
menjawab: “Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang
paling taqwa”. Seterusnya mereka berkata lagi: bukan ini yang kami
tanyakan! Lantas Nabi menjawab pula: “Kalau begitu mungkin yang
kamu maksudkan itu Nabi Yusuf a.s kerana Baginda adalah seorang
Nabi, anak seorang Nabi, anak kekasih Allah”. Mereka berkata lagi:
bukan ini yang kami tanyakan! Terus Nabi menjawab lagi: “Apakah
kamu bertanya tentang tokoh-tokoh dari bangsa Arab?” Mereka
menjawab: Ya! Lalu Baginda bersabda: “Orang yang
baik pada zaman jahiliyah dahulu, itulah juga orang-orang
yang baik di zaman Islam ini, apabila mereka alim dengan
hal-hal agama”.

Muttafakun Alaih c
Hadis 4 – 0rang Yang Alim Itu Hidupnya Berkat

• Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telah


bersabda Rasulullah s.a.w: “Orang yang paling
baik itu ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan
maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain.
Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia
mencukupkan dirinya sendiri (tidak
menyusahkan orang lain)”.

Hadis Riwayat Razain

c
Hadis 5 – Macam-macam Jenis Ulama
• Daripada Anas r.a berkata: Bahawa Nabi s.a.w
bersabda: “Ulama itu ada tiga jenis. Pertama orang
yang alim yang hidup dengan ilmunya
(mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup
dengan ilmunya. Kedua orang yang alim yang
masyarakat mengambil manafaat dengan ilmunya
tetapi dia sendiri membinasakan dirinyanya (tidak
mengamalkan ilmunya). Ketiga orang alim yang
hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya)
tetapi orang lain tidak mengambil manafaat dengan
ilmunya”.

Hadis Riwayat Dailami


c
Hadis 6 – Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga

• Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w
bersabda: “Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia
telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga.
Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana
redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang
yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi
orang yang alim sehingga ikan yang ada dilaut. Dan
sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid
seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang.
Dan sesungguhnya ulama’ itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi
itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham
(wang perak) tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka
barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah
mengambil habuan yang paling sempurna”.

Hadis Riwayat Abu Daud


c
Hadis 7 – Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan

• Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tuntutlah ilmu


walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas
setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu
menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha
dengan apa yang mereka tuntut”.

Hadis Riwayat Al Bara

• Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Menuntut ilmu itu


wajib atas setiap orang Islam. Dan orang yang meletakkan ilmu
itu disisi orang yang tidak ahlinya seperti memberikan rantai
permata, mutiara dan emas ke leher babi”.

Hadis Riwayat Ibnu Majah


c
Hadis 8 – 0rang Yang Alim Itu Pilihan Allah

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah


bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang
dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya sudah
tentu Allah menjadikannya seorang yang
mengerti dengan hal-hal agama”.

Hadis Riwayat Ibnu Majah

c
Hadis 9 – Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid

• Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah


s.a.w: “Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia
sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia
kembali”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

c
Hadis 10 – Pelajar Agama Diampun Dosanya

• Daripada Sakhbarah r.a berkata: Bersabda


Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa mencari ilmu
maka yang demikian itu akan menghapuskan
dosa-dosanya yang lalu”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

c
Hadis 11 – Pelajar Agama Dijamin Rezekinya

• Daripada Ziyad Bin Al-Harith berkata: Bersabda


Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa mencari ilmu
maka Allah Taala menjamin untuk mencukupkan
rezekinya”.

Hadis Riwayat Al Khotib

c
Hadis 12 – Carilah Ilmu Sebelum Ia Dipertikaikan

• Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata: Bersabda


Rasulullah s.a.w: “Carilah ilmu sebelum lahir
orang-orang yang suka mempertikaikan nilai-
nilai agama”.

Hadis Riwayat Bukhari

c
Hadis 13 – Carilah Ilmu Sebelum Ia Hilang

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda


Rasulullah s.a.w: “Belajarlah ilmu fardu ain dan
al-Quran, dan ajarkanlah akan dia kepada orang
lain, kerana aku akan meninggal dunia”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

c
Hadis 14 – Kelebihan Mempelajari Al Quran

• Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Bersabda


Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah orang
yang belajar Al Quran dan mengajarkannya
kepada orang lain”.

Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi

c
Hadis 15 – Orang Alim Itu Tawadhuk

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah


s.a.w bersabda : “Tuntutlah ilmu dengan
bersungguh-sungguh, dan tentu telah bersama
ilmu itu akan ketenteraman dan kewibawaan.
Dan hendaklah kamu bersifat tawadhuk bagi
guru yang kamu belajar kepadanya”.

Hadis Riwayat At Tabrani

c
Hadis 16 – Kesudahan Pencari Ilmu

• Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata:


Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yang berilmu
itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang
didengarinya sehingga adalah kesudahannya itu
di dalam syurga”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

c
Hadis 17 – Ilmu Dan Amal Di Syurga

• Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w


bersabda: “Orang yang alim, ilmu dan amal itu
ketiga-tiganya itu di dalam syurga. Dan apabila
orang alim tidak mengamalkan ilmunya maka
ilmu dan amal itu tetap di dalam syurga, sedang
si alim itu akan dimasukkan ke dalam neraka”.

Hadis Riwayat Al Dailami

c
Hadis 18 – Hikmah Idaman Orang Beriman

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w


bersabda: “Perkataan hikmah itu adalah idaman
orang-orang yang beriman. Maka mana sahaja
ia menemukannya maka pasti ia akan
mengambilnya”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

c
Hadis 19 – Hakikat Ilmu

• Daripada Abdullah Bin Amru r.a berkata: Nabi


s.a.w bersabda: “Hakikat ilmu itu tiga perkara,
maka yang lain daripadanya adalah sesuatu
yang tidak ada faedahnya. Pertama ayat yang
jelas. Kedua sunnah Nabi s.a.w yang ditegakkan
(amalkan). Ketiga kewajipan yang adil”.

Hadis Riwayat Abu Daud

c
Hadis 20 – Jangan Malu Hadir Majlis Ilmu
• Daripada Abu Waqid Al Laithi r.a berkata: Ketika Nabi s.a.w sedang
duduk (bersama2 sahabatnya dalam majlis ilmu) di dalam masjid,
tiba-tiba datang tiga orang. Dua orang terus menyertai majlis Nabi
s.a.w. orang yang pertama ia melihat ada tempat yang kosong di
tengah2 halaqah, maka ia pun terus duduk di sana. Orang yang
kedua hanya duduk di belakang majlis. Adapun orang yang ketiga
(kerana ia melihat orang ramai maka ia rasa malu masuk ke majlis
ilmu itu) maka terus ia pergi ke tempat lain. Maka setelah selesai
Nabi s.a.w daripada percakapannya lalu Baginda bersabda:
“Hendakkah kamu aku beritahu tentang tiga orang yang baru
datang tadi? Yang pertama ia bersungguh mencari ilmu maka Allah
memberikan tempat kepadanya. Yang kedua ia merasa malu (tidak
bersungguh2) maka Allah juga malu daripadanya (tidak memberi
ilmu yang baik). Adapun yang ketiga maka ia berpaling
dari Allah maka Allah pun berpaling juga daripadanya”.

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi


c
Hadis 21 – Jangan Menyembunyikan Ilmu

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah


s.a.w bersabda: “Barangsiapa ditanya tentang
suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia
akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan
kekang daripada api neraka”.

Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi

c
Hadis 22 – Jadikan Diri Sebagai Pintu Hidayah

• Daripada Sahal Bin Saad r.a berkata: Nabi s.a.w


bersabda: “Demi Allah, bahawa memberi
petunjuk oleh Allah akan seorang dengan sebab
engkau, maka itu lebih baik daripada unta yang
merah (sejenis kenderaan yang paling mahal
pada zaman dahulu)”.

Hadis Riwayat Abu Daud

c
Hadis 23 – Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang Guru

• Daripada Abi Harun Al Abdi r.a berkata: Kami sering


datang menemui Abi Said Al Khudri r.a, lalu beliau
berkata: Selamat datang wasiat Rasulullah s.a.w,
kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda
bagi kami: “Sesungguhnya umat manusia akan
datang mengikuti kamu. Dan sesungguhnya orang
ramai akan datang menemui kamu dari seluruh
dunia. Mereka datang untuk belajar ilmu agama
daripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang,
maka wasiat ku pada kamu hendaklah kamu
melayani mereka dengan baik”.

Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah


c
Hadis 24 – Bertanya Itu Anak Kunci Ilmu

• Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Rasulullah


s.a.w bersabda: “ilmu itu seperti gudang, dan
kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu
sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh
Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu
pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang.
Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang
menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan
itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka”.

Hadis Riwayat Abu Naim


c
Hadis 25 – Jadikan Diri Anak Kunci Kebaikan

• Daripada Sahal Bin Said r.a berkata: Rasulullah


s.a.w bersabda: “kebaikan itu laksana beberapa
gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi seseorang
hamba yang telah dijadikan Allah sebagai anak
kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan.
Dan celaka bagi seorang hamba yang menjadi
anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi
kebaikan”.

Hadis Riwayat Ibnu Majah


c
Hadis 26 – Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian

• Daripada Yazid Bin Salmah r.a berkata: Aku berkata


kepada Rasulullah s.a.w: bahawa aku sangat
banyak mendengar hadis daripada engkau, dan aku
takut bahawa yang kemudiannya melupakan yang
pertamanya. Maka beritahukan kepadaku wahai
Rasulullah dengan satu kalimat yang ringkas sekali,
sebagai kesimpulan daripada segala yang aku
dengar. Maka Rasulullah s.a.w bersabsa:
“Bertaqwalah engkau kepada Allah pada barang
yang engkau ketahui.

Hadis Riwayat Ibnu Majah


c
Hadis 27 – Sampaikan Ilmu Yang Sesuai Dengan Pendengarnya

• Daripada Sahal Bin Said r.a berkata: Rasulullah


s.a.w bersabda: “Kebaikan itu laksana beberapa
gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi seseorang
hamba yang telah dijadikan Allah sebagai anak
kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan.
Dan celaka bagi seorang hamba yang menjadi
anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi
kebaikan”.

Hadis Riwayat Ibnu Majah


c
Hadis 28 – Semua Penuntut Pasti Untung

• Daripada Wasilah Bin Asqoq r.a berkata: Bersabda


Rasulullah s.a.w: “ Barangsiapa mencari ilmu lalu ia
mendapatkannya maka baginya dapat dua pahala.
Dan barangsiapa mencari ilmu tetapi ia tidak
mendapatkannya maka baginya dapat
satu pahala ”.

Hadis Riwayat Al Darami

c
Hadis 29 – Kelebihan Mengajar Ilmu

• Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata: Rasulullah s.a.w


bersabda: “ Semoga Allah memberikan kebaikan
dan keindahan akan seorang yang mendengar
daripada kami sesuatu lalu ia menyampaikannya
kepada orang lain. Maka barang kali orang yang
mendengar itu lebih mengambil manafaat daripada
orang yang menyampaikannya ”.

Hadis Riwayat At Atirmizi

c
Hadis 30 – Sampaikan Ilmu Walaupun Sedikit

• Daripada Abdullah Bin Umar berkata: Rasulullah


s.a.w bersabda: “ Sampaikanlah apa yang kamu
dengar daripadaku walaupun hanya satu ayat. Dan
sampaikan daripada apa yang kamu dengar
daripada Bani Israil, maka tidak mengapa yang
demikian itu. Dan barangsiapa secara sengaja
berbohong atas namaku maka hendaklah ia
menyediakan dirinya masuk dalam api neraka ”.

Hadis Riwayat Bukhari, At Atirmizi

c
Hadis 31 – Ambil Berkat Rasulullah dan Ulama’

• Daripada Mahmud Bin Rabiq r.a berkata: Rasulullah


s.a.w bersabda: “ Saya masih ingat ketika
Rasulullah s.a.w menyembur (menghembuskan air)
ke muka saya dari sebuah timba daripada air telaga
yang ada di kawasan rumah kami, dan saya ketika
itu baru berumur lima tahun ”.

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim

c
Hadis 32 – Hati-hati Bila Menyampaikan Ilmu

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: “ Aku telah ingat


daripada Rasulullah s.a.w dua jenis ilmu. Adapun
yang pertama maka telah aku sebarkan kepada
kamu semua ( para tabi’in). Adapun yang satu lagi,
seandainya aku sampaikan kepada kamu nescaya
akan dipotong leherku ini ”.

Hadis Riwayat Bukhari

c
Hadis 33 – Semua Sabda Nabi Adalah Benar

• Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Adalah aku menulis


segala sesuatu yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w, lalu
orang2 Quraish melarang aku daripada yang demikian itu dan
merika berkata: Apakah engkau menulis segala sesuatu yang
diucapkan oleh Rasulullah s.a.w, sedangkan beliau adalah
seorang manusia biasa yang bercakap2 dalam keadaan redha
dan marah. Maka aku berhenti daripada menulis segala
perkataan Rasulullah s.a.w yang aku dengar, sampai suatu
masa maka aku menyebutkan yang demikian itu bagi Rasulullah
s.a.w. Maka Baginda bersabda: “Tulislah olehmu
apa2 yang aku katakan. Maka demi Tuhan yang
diriku di dalam kekuasaannya, tiada keluar daripada
mulutku ini kecuali perkataan yang benar”.

Hadis Riwayat Abu Daud c


Hadis 34 – Memelihara Ilmu Dengan Menulisnya

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari


kalangan orang Ansar telah datang mengadukan hal
kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah!
Aku sungguhnya telah mendengar perkataanmu dan
aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya,
tetapi aku tidak dapat menhafaznya. Maka apa yang
perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: “Hendaklah
engkau menggunakan tangan kananmu”. Sambil
mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia
dengarkan”.

Hadis Riwayat At Tirmizi


c
Hadis 35 – Yang pandai Tolong Menulis Bagi Yang Kurang Pandai

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah


berkhutbah Rasulullah s.a.w akan suatu khutbah.
Lalu Abu Hurairah menyebutkan bahawa Rasulullah
s.a.w menyebutkan di dalam khutbahnya itu satu
kisah yang panjang. Dan pada akhir hadis itu
disebut bahawa Abu Syah berkata bagi Rasulullah.
Wahai Rasulullah! Tolong tuliskan untuk ku isi
khutbah tadi. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tolong tuliskan untuk Abu Syah”.

Hadis Riwayat At Tirmizi


c
Hadis 36 – Lebih Banyak Menulis, Lebih Luas Ilmunya

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Tiada ada dari


keseluruhan sahabat Rasulullah s.a.w orang yang
paling banyak meriwayatkan hadis lebih daripada
aku, kecuali Abdullah Bin Umar, maka dia lebih
banyak daripada aku, kerana dia menulis dan aku
tidak menulis.

Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi

c
Hadis 37 – Apabila Ulama’ Dimatikan Allah

• Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullah


s.a.w bersabda: “sungguhnya Allah Taala tidak
menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabut
sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan
menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama’.
Sehingga apabila sudah tiada para ulama’, manusia
akan melantik pemimpin mereka daripada kalangan
orang-orang yang jahil, lalu mereka akan ditanya
hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau
berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat
dan menyesatkan orang lain”.

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi


c
Hadis 38 – Tuntutlah Ilmu Sebelum Ia Diangkat

• Daripada Abu Amamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w


bersabda: “ Tuntutlah ilmu sebelum ia dicabut. Dan
maksud ilmu itu dicabut ialah diangkat dari
permukaan bumi ini. Lalu Nabi s.a.w
mengisyaratkan dengan menggambarkan jari
tangan telunjuknya sambil bersabda: orang yang
alim dan orang yang belajar ilmu itu bersama-sama
dalam mendapatkan pahala. Dan orang yang lain
dari mereka berdua sudah tidak ada apa-apa
kebaikan”.

Hadis Riwayat Ibnu Majah


c
Hadis 39 –Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah Diangkat

• Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Pada suatu masa kami bersama Rasulullah. Lalu
baginda mengangkatkan pandangan ke arah langit, kemudian Baginda bersabda: Inilah
masanya ilmu itu dicabut daripada manusia sehingga mereka sudah tidak dapat lagi
untuk menahannya. Maka berkata Zaid Bin Labid Al Ansari r.a: Bagaimana ilmu itu
dicabut daripada manusia sedangkan kami masih membaca Al Quran. Demi Allah, kami
akan sentiasa membaca Al Quran dan mengajarkannya kepada anak2 kami dan isteri2
kami. Lalu Baginda bersabda: Celakalah ibumu (kerana kehilangan kamu) wahai Zaid!
Aku sebenarnya menganggap engkau dari kalangan ulama’ di negeri Madinah ini. Cuba
lihat! Ini kitab Taurat yang ada di kalangan orang2 Yahudi. Dan ini kitab Injil yang ada di
kalangan orang2 Nasrani. Apakah kitab yang ada di kalangan mereka itu telah memberi
faedah kepada mereka? Berkata Jabir r.a: lalu aku datang menemui Ubadah Bin Shomit
r.a dan aku berkata kepadanya: apakah engkau pernah mendengar apa yang
diriwayatkan oleh Abu Darda’ seperti yang tersebut pada hadis tadi? Maka Ubadah
berkata: benar apa yang dikatakan oleh Abu Darda’ itu. Dan kalau engkau mahu maka
aku akan ceritakan kepadamu akan ilmu yang pertama sekali diangkat dari manusia! Ilmu
yang pertama sekali diangkat dari manusia itu ialah khusyuk (dalam solat). Barangkali
engkau masuk ke dalam sebuah masjid yang besar maka engkau tidak
mendapati dari sekian banyak orang yang hadir di dalam itu akan
seorang lelaki yang khusyuk dalam sembahyangnya”.

Hadis Riwayat At Tirmizi


c
Hadis 40 – Ikhlas Dalam Mencari Ilmu

• Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata: Rasulullah


s.a.w bersabda: “ Barangsiapa mencari ilmu untuk
menandingi para ulama’ atau mengalahkan orang2
yang jahil, atau untuk memusatkan perhatian
manusia kepadanya, maka orang ini akan
dimasukkan Allah ke dalam api neraka ”.

Hadis Riwayat Tirmizi

c
Hadis 41 – Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w


bersabda: “ Sebaik-baik sedekah itu bahawa
muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia
mengajarkannya akan saudaranya yang muslim ”.

Hadis Riwayat Ibnu Majah

c
Hadis 42 – Pahala Yang Berterusan

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w


bersabda: “ Apabila mati seorang anak Adam maka
terputuslah segala amalannya kecuali yang datang
dari tiga sumber. Pertama sedekah jariah. Kedua
ilmu yang memberi manafaat. Ketiga anak yang
soleh yang mendoakan baginya ”.

Hadis Riwayat Muslim

Anda mungkin juga menyukai