Anda di halaman 1dari 13

Al-Kafalah

af ala h ..
K
“ K af a lah ?
u
• Apa it k um
sa n H u
• Landa l ah
n K a fa
• Ruku lah
at K a fa
• Syar
• Jenis
am
JB i n
k
ahnirnya
• era
Kafalah

Disusun oleh : Kintan Putri Kusumawardhini


Apa itu Kafalah ?
Dari segi BAHASA, kafalah membawa maksud :
- menggabungkan.
- jaminan penglibatan tanggungjawab.

Dari segi ISTILAH pula bermaksud :


- proses menggabungkan tanggungan kafil ke dalam tanggungan ashil
untuk menuntut jiwa, hutang, barang atau pekerjaan. Inilah definisi kafalah
menurut ulama’ Mazhab Hanafi.
- Manakala definisi kafalah di sisi jumhur ulama’ pula, menggabungkan
dua tanggungan ke dalam tuntutan dan
hutang.
Landasan Hukum
 “dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda
makanan) sebanyak muatan seekor unta dan Akulah yang
menjamin pemberian itu” – Surah Yusuf : 72

 Ijma’ ulama’ sepakat mengharuskan kerana keperluan hidup dan


mengelakkan kerugian bagi pihak yang berhutang dan pemberi
hutang.
Rukun Kafalah
Adapun rukun kafalah adalah adalah seperti berikut :

 Penjamin (kafil)
 Pihak yang dijamin / penghutang (makful ‘anhu)
 Pihak penerima faedah jaminan / pemberi hutang (makful lahu)
 Perkara yang dijamin. Contoh; barang / wang. (makful bihi)
 Lafaz ijab & qabul (sighah)
Syarat Kafalah

1. Syarat Penjamin
2. Syarat Penghutang
3. Syarat Pemberi Hutang
4. Syarat Perkara Jaminan
1. Syarat Penjamin
 Berkelayakan.

 Berkemampuan mengatur urusan keagamaan dan harta sendiri.


 Merdeka.
2. Syarat Penghutang
 Berkemampuan menyerahkan jaminan sama ada dilakukan
sendiri atau wakil.

 Dikenali baik oleh penjamin.

 Boleh seseorang yang tiada dalam majlis aqad & berada dalam
tahanan.
Syarat Pemiutang ..

 Berkelayakan.

 Mesti dikenali.

 Mesti hadir dalam majlis aqad atau menghantar wakil.


3. Syarat Perkara Jaminan
 Jaminan untuk perkara yang dijamin sama ada berbentuk
barang, hutang, diri atau tindakan.
 Perkara yang dijamin mesti dalam kemampuan penjamin.
Kes-kes hudud & qisas adalah tidak harus dijamin.
 Hutang yang dijamin adalah hutang lazim (hutang yang boleh
gugur dengan pembayaran dan pelupusan).
 Hutang mesti diketahui dengan jelas kadar, sifat dan
bentuknya. (bagi Mazhab Syafi’e)
Jenis Jaminan ..
Adapun jaminan itu terbahagi kepada dua jenis, iaitu :

 JAMINAN DIRI
• Jaminan agar seseorang itu menghadirkan diri pada waktu tertentu
di tempat tertentu, contohnya hadir ke mahkamah.

 JAMINAN HUTANG/HARTA
• Jaminan agar seseorang itu mengembalikan hutang/harta kepada
tuannya.
Tamatnya Kontrak Al-Kafalah ..
Melunaskan bayaran atau menyerahkan barangan kepada
pemiutang sama ada oleh penghutang atau penjamin.
Pemiutang menghibahkan atau mensedekahkan hartanya kepada
penjamin atau penghutang.
Pemiutang melupuskan hutangnya kepada penjamin dan
penghutang. Tetapi, jika pelupusan hanya kepada penjamin,
penghutang masih perlu membayarnya.
Penjamin memindahkan tanggungannya kepada orang lain yang
menerima secara rela hati dan sanggup melunaskan hutang.

Anda mungkin juga menyukai