Anda di halaman 1dari 14

PUISI MODEN

(SAJAK)
:AKU
KUMPULAN 5

• LUQMAN BIN SUHAIMAN

• MUHAMMAD MUSYRIF AQIL BIN MUSTARI

• MOHAMMAD KHAIRIE SHAMPUTRA BIN ISKANDAR


MAKSUD SAJAK : RANGKAP
PERTAMA
Tidak ada manusia lain
di pantai ini
kecuali diriku.

Maksud :
Penyajak mengatakan bahawa hanya dirinya yang berada
di pantai ini.
MAKSUD SAJAK : RANGKAP KEDUA

Kususur pasir panjang


sambil kubayangkan
aku ini Adam.

Maksud :
Penyajak menyusuri pantai yang panjang dan berpasir sambil
membayangkan dirinya sebagai Adam.
MAKSUD SAJAK : RANGKAP
KETIGA

Hari inilah aku tercipta


dan pertama kali melihat
laut, langit dan pohon.

Maksud :
Penyajak membayangkan dia dicipta pada hari tersebut. Buat pertama
kalinya juga dia dapat melihat laut, langit dan pohon.
MAKSUD SAJAK : RANGKAP
KEEMPAT

Kelmarin aku belum ada


tidak terdengar olehku
bunyi ombak itu.

Maksud :
Penyajak mengatakan bahawa kemarin dia belum wujud
dan dia tidak mendengar bunyi ombak
MAKSUD SAJAK : RANGKAP
KELIMA

Tidak terasa olehku


sentuhan angin ini
bertiup di mana-mana.

Maksud :
Penyajak tidak dapat merasai sentuhan angin yang bertiup
di serata alam.
MAKSUD SAJAK : RANGKAP
KEENAM

Bahkan aku tidak tahu


kulit kerrang dan ru
pernah wujud di sini.

Maksud :
Penyajak mengatakan bahawa dia tidak tahu akan
kewujudan kulit kerrang dan ru di pantai ini.
MAKSUD SAJAK : RANGKAP
KETUJUH

Tuhan
aku percaya Kau Pencipta
kerana aku baru ada.

Maksud :
Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai
pencipta alam.
TEMA

KECINTAAN KEPADA PENCIPTA


NILAI DAN PENGAJARAN

• NILAI • PENGAJARAN
1) KEINSAFAN a) Insaf akan keesaan Tuhan apabila dijadikan insan .
2) KESYUKURAN b) Bersyukur kerana dapat melihat laut, langit dan pohon.
3) KESEDARAN c) Sedar bahawa setelah kita meninggal dunia, semua kurniaan Tuhan
4) KEIMANAN seperti mendengar bunyi ombak dan merasal tiupan angin tidak
dapat dinikmati lagi.
5) KASIH SAYANG
d) Keyakinan yang tinggi terhadap Tuhan.

e) Kasih dan sayang akan keindahan alam.


BENTUK DAN CIRI-CIRI SAJAK
a) Terdiri daripada tujuh rangkap

b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya :-

# rangkap 1 : tiga baris, # rangkap 2: tiga baris , #rangkap 3: tiga baris,

#rangkap 4 : tiga baris, # rangkap 5 : tiga baris, #rangkap 6: tiga baris

# rangkap 7 : tiga baris.

c) Panjang pendek barisnya tidak sama contohnya :

Tuhan ( 1 patah kata) , Tidak ada manusia lain ( 4 patah kata)

d) Jumlah sukukata antara dua hingga sepuluh sukukata . Contohnya :-

Tuhan( 2 sukukata), Hari inilah aku tercipta ( 10 sukukata)

e) Sajak ini berbentuk bebas.


GAYA BAHASA
a) Bahasa yang puitis.Contohnya : bunyi ombak , kususur pasir panjang,
sentuhan angin ini.

b) Hiperbola . Contohnya :- aku ini Adam, hari inilah aku tercipta.

c) Imej alam. Contohnya :-pantai, pasir, ombak, kulit kerang.

d) Inversi .Contohnya :- Tidak ada manusia lain, kelmarin aku belum


ada.
NADA

• Sajak ini bernada romantis.


Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang,

Berjumpa kita di sesi pembentangan lain lagi

SEKIAN
DAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai