Anda di halaman 1dari 16

WANITA

DALAM ISLAM
Kedudukan Wanita Dalam Islam
• Sebagai agama yang syumul Islam merupakan satu-satunya
agama yang memandang tinggi serta memberi penghormatan
kepada kaum wanita di samping mengangkat martabat mereka,
berbanding agama-agama lain yang terdapat di muka bumi ini.
• Islam juga telah membenteras pandangan negatif terhadap kaum
wanita dengan memberi hak penghormatan kepada mereka.
• Dalam Islam wanita dianggap mulia sama dengan kaum lelaki,
kerana mereka diciptakan dari jiwa yang satu.
• Bahkan wanita Islam menikmati pelbagai hak yang tidak dinikmati
oleh wanita dalam mana-mana agama yang terdapat di dunia ini;
seperti hak hidup, hak pusaka dsb.
Betapa tingginya kedudukan wanita Islam:

1. Wanita mempunyai martabat yang sama


dengan kaum lelaki di sisi Allah, kerana ia
diciptakan dari satu jiwa yang sama. Firman
Allah: “Wahai manusia, bertakwalah kamu
kepada Allah yang telah menjadikan kamu
daripada satu jiwa.” (al-Nisa’:1)

• 2. Islam menolak tanggapan agama
Yahudi/Nasrani yang hanya menyalahkan
wanita(Hawa) dan menganggapnya sebagai
sebab Adam diusir dari syurga. Sedangkan
menurut pandangan Islam kedua-duanya
(Adam dan Hawa) sama-sama melakukan
kesalahan
• 3. Wanita yang taat dan beramal soleh akan
diberi pahala dan dimasukkan ke dalam syurga
dan begitulah jika sebaliknya. Firman Allah:
“Barang siapa yang beramal soleh, sama ada
dari lelaki/perempuan sedang dia seorang
yang beriman, maka Kami hidupkan dia dalam
kehidupan yang baik, dan Kami beri pahala
yang lebih baik daripada apa yang mereka
kerjakan.” (al-Nahl: 97).
• 4. Islam membenteras pandangan/tanggapan sial terhadap
anak perempuan dan perbuatan menanam mereka hidup-
hidup, sepertimana yang terjadi di kalangan bangsa Arab dan
bangsa-bangsa lain. Firman Allah: “Dan apabila seseorang
daripada mereka diberi khabar dengan kelahiran anak
perempuan, merah padamlah mukanya,dan dia ssangat
marah. Ia menyembunyikan dirinya daripada orang ramai
desebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya.
Apakah ia akan memeliharanya dengan menanggung
kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah?
Ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan.” (al-
Nahl: 85-86)
• 5. Islam memerintahkan supaya menghormati wanita sama ada ia
sebagai ibu/ isteri. Firman Allah SWT: “Dan Kami telah mewasiatkan
kepada manusia supaya berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah/susah dan
melahirkannya juga dalam keadaan lemah/susah.” (al-Ahqaf:15)
• Imam al-Bukhari meriwayatkan: bahawa seorang lelaki telah
bertanya kepada Rasulullah; “Siapakah orang yang paling berhak
untuk saya temani?, Rasulullah menjawab: “ibumu, orang itu
bertanya lagi; Kemudian siapa lagi?, jawab baginda; “ibumu, orang
itu bertanya lagi: “Kemudian siapa lagi? Baginda menjawab ibumu.
Orang itu bertanya lagi kemudian siapa lagi?. Baginda menjawab :
“Bapamu.”
Hak-hak Wanita Islam
• Islam memberikan kepada wanita hak-hak yang tidak
diberikan oleh agama lain yang terdapat di dunia ini,
antaranya:
• 1. Hak persamaan dengan kaum lelaki dari segi; mendapat
pahala, nyawa, kehormatan dan pemilikan dan pengurusan
harta.
• 2. Hak mewarisi harta pusaka.
• 3. Hak memilih pasangan hidup
• 4. Hak melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan
• 5.Hak penghormatan sama ada sebagai ibu, isteri dan anak.
Pembentukan Wanita Solehah
• Wanita solehah merupakan kekayaan yang paling
berharga bagi kedua ibu bapa dan juga suami.
Bahkan Islam menganggap isteri yang solehah
sebagai salah satu sebab kebahagiaan dalam rumah
tangga. Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah
perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
solehah.” (H.R: Muslim). Sabdanya lagi: “Di antara
kebahagiaan anak Adam (adalah) isteri yang
solehah, tempat tinggal yang lapang dan kenderaan
yang baik.” (H.R: Ahmad)
Ciri-ciri Wanita Solehah
• 1. Mempunyai keimanan yang kental
• Menerima cara hidup Islam yang dibuktikan dengan
pelaksanannya dalam kehidupan sehari-hari. Seorang
wanita solehah mestilah sentiasa patuh dan taat kepada
perintah-perintah Allah dan sentiasa menjauhi segala
laranganNya. Keimanannya sangat teguh tidak tergugat
dengan pengaruh dan godaan dunia.
• 2. berterusan dalam ketaatan, melaksanakan suruhan syarak
• 3. menghias diri dengan akhlak yang mulia.
• 4. berilmu dan bijaksana.
Cara-cara Membentuk Wanita Solehah
• 1. Ilmu
• Yang memperkenalkan kepadanya manakah jalan yang hak/lurus,
dan manakah jalan yang batil/salah dan ilmu yang mengajar untuk
mengenali musuh.
• 2. Memilih kawan yang istiqamah dalam kebaikan. Sabda
Rasulullah SAW: “Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan
kepadanya nescaya Allah akan tunjukkan baginya teman yang baik;
sekiranya dia lupa akan diingatkan nya, sekiranya dia ingat akan
ditolongnya.
• 3. Berdoa agar diberi istiqamah dalam kebaikan
• 4. Ingatkan mati
‫أكثروامن ذكر هازم اللذات يعنى الموت‬ •
Wanita dan Pekerjaan
• Tugas utama wanita adalah di rumah;
mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam
yang sempurna.
• Hafiz Ibrahim telah berkata: “Seorang ibu
bagaikan sekolah yang apabila engkau
persiapkan (dengan baik) maka bererti engkau
telah mempersiapkan generasi yang harum
namanya.”
Beberapa Keadaan Yang memaksa Wanita
Bekerja:
• 1. tidak mempunyai sumber pendapatan dan tidak ada pula yang
menanggungnya, sedangkan dia mampu bekerja untuk
menampung keperluan hidup sehingga tidak sampai meminta-
minta. Seperti janda/anak gadis yang hidup sebatang kara.
• 2. wanita itu bekerja kerana membantu keperluan keluarga,
seperti untuk membantu pendapatan suami/untuk pendidikan
anak-anaknya/saudara-saudaranya yang masih kecil/membantu
bapanya yang telah tua. Seperti kisah dua orang putri nabi
Syu’ib.
• 3. untuk memenuhi keperluan masyarakat yang memerlukan
pekerja wanita. Seperti doktor sakit puan, jururawat, guru
kepada anak-anak permpuan dll.
Syarat-syarat Wanita Boleh Bekerja:
• 1. Pekerjaan yang diceburi itu tidak dilarang oleh syarak dan
tidak mengarah kepada perkara yang haram. Seperti
pembantu kepada seorang yang belum
berkahwin/setiausaha khusus kepada pengarah/penari.
• 2. Mestilah mendapat keizinan daripada suami/bapa/wali.
• 3. Sentiasa menjaga adab-adab Islam semasa berada di
luar/tempat kerja. Menjaga cara berpakaian, berjalan,
bercakap dan berketerampilan.
• 4. Tidak menyebabkan timbul rasa enggan untuk mempunyai
anak, kerana beralasan; anak penghalang
kerjayanya/menyusahkannya untuk bekerja.
Ciri-ciri Pakaian Muslimah
• 1. Menutup aurat dan perhiasan sebagaimana yang
dikehendaki.
. ‫• وال يبدين زينتهن اال ما ظهر منها وليضربن بخمرهن على جيوبهن‬
• 2. Pakaian itu tidak sempit/ketat sehingga menampakkan
bentuk tubuh badan yang hendak dilindungi.
• 3. Pakaian yang dipakai tidak nifis sehigga menampakkan
bayang-bayang tubuh badan/warna kulit.
‫ قوم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس‬:‫• صنفان من أهل النار لم أرهما‬
‫ونساء كاسيات عاريات مميالت مائالت رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة ال‬
.‫يدخلن الجنة وال يجدون ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا‬
• 4. Pakaian itu tidak menarik perhatian kaum
lelaki.
• 5. Tidak menyerupai pakaian kaum lelaki.
• 6. Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita
kafir.
• Pakaian itu bukan untuk bermegah-
megah/menunjuk-nunjuk/untuk berhias-hias.

Anda mungkin juga menyukai