Anda di halaman 1dari 43

PENULISAN RENCANA

Dr. Siti Nur Izyandiyana binti Ab.Hadi


Apakah Rencana?
 Penulisan berbentuk penyelidikan dan bukan
penyelidikan (Kelley Herome E. ,1978) .
 Cerita yang dikarang berdasarkan kejadian yang
sebenar bagi menonjolkan aspek manusia dan
kemanusiaan (Mencher, 1984) .
 Tulisan yang biasanya berukuran lebih panjang dan
lebih terperinci daripada berita, mengandungi buah
fikiran, ulasan, huraian atau penceritaan yang
biasanya berdasarkan peristiwa benar (Mustaffa
Suhaimi (1986) .
Penulisan Rencana
 “Bentuk penulisan kreatif atau subjektif yang
bertujuan menghibur, memberitahu dan
membicarakan mengenai topik atau tema cerita
dengan lebih terperinci
 Lebih panjang daripada berita
 Mengandungi olahan cerita dan pandangan penulis
berhubung topik dibincangkan
Ciri-ciri Rencana
 Subjektif
 Benar
 Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal.
 Tujuan penulisan rencana adalah serius.
 Ada digniti
 Ada ukuran kepanjangan
Subjektif
 Strategi merangsang perhatian dan menarik minat
pembaca
 Subjektiviti - penulis rencana memasukkan
pendapat dan tafsiran mengikut isu yang
dibincangkan
 Akhir penulisan – rencana tidak secara langsung
menyuruh atau memaksa pembaca supaya
menerima apa yang disampaikan secara terus tanpa
penilaian sendiri
Benar
 Membezakan dengan penulisan fiksyen
 Isu yg benar-benar berlaku dan bukan rekaan atau
hasil imaginasi penulis
 Aspek benar ini merupakan salah satu drpd kod
etika kewartawanan
Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal

 Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang


lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak
formal dan mempunyai struktur yang lebih terancang.
 Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan
penutup yang rapi.
 Ada pendulum rencana kadang2 hampir tiga perenggan
 Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan
yang logic dibantu perenggan-perenggan transisi@ jambatan
 Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam
penulisan rencana.
Tujuan penulisan rencana adalah serius.

 Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang


minda pembaca untuk turut berfikir dan
menginterpretasikannya.
 Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang
mahir dalam sesuatu bidang dan pendapat yang
dikemukakan biasanya berdasarkan kepada
penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.
 Setiap fakta, ulasan dan pendapat haruslah ada
asasnya. Oleh itu, nota kaki, bibliografi serta lampiran
perlu disertakan sebagai sokongan bagi sesuatu fakta
Ada digniti
 Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai
nilai intelektual.
 Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan
ketepatan dan kejituan maklumat serta hujahan yang
berdasarkan penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya.
 Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya
mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan
bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.
 Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi
dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan
Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya.
Ada ukuran kepanjangan.
 Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan
yang tertentu.
 Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek
daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.
 Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai
ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.
 Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya
yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop
yang dipilih.
 Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya
menjejaskan minat pembacanya terhadap rencanayang berkenaan
Strategi Merangka Rencana
 Pemilihan tema yang menarik minat pembaca atau
tema penting
 Tema berkait rapat dengan emosi dan nilai-nilai asasi
manusia
 Tema tentang hal-hal orang yang sudah banyak tahu
 Tema persoalan atau konflik
 Tema terhadap perkara benar
Pelbagai Jenis pendulu
 Daya tarikan awal
 Umpan kepada pembaca
 Ringkas
 Perlu menarik
 Sesuaikan dengan jenis rencana
Pendulu Lukisan
 Pendulu lukisan sesuai menggambarkan suasana,
terutamanya yang berunsur saspens atau
ketegangan.
 Dengan menggunakan kata kerja aktif atau
perkataan jenis “aksi”, pembaca dapat turut merasai
keadaan dan suasana berkenaan.
 Mengajak pembaca merasai suasana atau
mengetahui keadaan, tempat ataupun benda.
Pendulu Lukisan
Pemandangan segelintir penduduk di beberapa pekan serta
bandar Australia berkaki ayam ketika keluar dari kenderaan
untuk ke pasar raya atau bersiar-siar setiap kali tiba musim
panas bukanlah sesuatu yang unik atau pelik. Malah,
mengikut rakan yang pernah berkunjung ke New Zealand,
perkara sama turut dilakukan penduduk negara itu setiap
kali tiba musim panas.
• Berita Harian,
• Rabu, 25 Februari 2015
• Membentuk minda, sikap kelas pertama cintakan kebersihan
• Mona Ahmad
Pendulu Lukisan

Heavy rains and strong winds flattened houses


on coastal areas as typhoon Noul crashed into
the northeastern tip of the Philippines, killing
two people and prompting more than 3,000
residents to move to shelters.

• New Straits Times


• Strong typhoon lashes northeast Philippines, two dead
• Monday, May 11, 2015
Pendulu Lukisan
Dikejar anjing ketika dalam perjalanan pulang dari
kedai makan Muslim bangsa Tartar di Kiev, Ukraine
kerana membawa bungkusan sup kambing untuk
juadah berbuka adalah antara kenangan yang tidak
dapat dilupakan bekas imam Masjid Negara, Ustaz
Azhar Tuarno, 43.
• Berita Harian
• Isnin, 16 Februari 2015
• Sup kambing punca ustaz dikejar anjing
• Mona Ahmad
Pendulu Lukisan

Di ruang dapur sementara di laman sebuah


rumah yang ranap semasa banjir di Kampung
Laloh di sini, kelihatan Rozita Mat Saad dan
beberapa anggota keluarganya sibuk
memasak nasi goreng ikan bilis dalam kuali
besar.
• Berita Harian
• Rabu, 4 Februari 2015
• Semangat kebangkitan mangsa banjir Kelantan
Pendulu Soalan
 Soalannya tentu bukan soalan yang mudah atau
soalan yang jawapannya sudah diketahui oleh
umum.
 Perlu mencabar minda dan daya ingin tahu
pembaca.
Pendulu Soalan

Dalam kehidupan seharian, pernahkah


kita terfikir bila masanya kita menjadi
seorang yang kritis atau kreatif?
Biasanya, seseorang itu akan menjadi
kreatif apabila dia berada dalam situasi
kritikal atau terdesak.
• Sabtu, 7 Februari 2015
• Kritis, kreatif lerai permasalahan kehidupan
• Berita Harian
Pendulu Soalan

Perlukah mengambil pil setiap hari bagi


mengelakkan radiasi jika bekerja dalam
industri nuklear. Benarkan jika bekerja dalam
industri nuklear mudah terdedah dengan
radiasi sehingga boleh menyebabkan mandul
atau mudah diserang penyakit kanser?
• Rabu, 4 Februari 2015
• Masyarakat masih fobia penggunaan tenaga nuklear
• Berita Harian
Pendulu Petikan
 Petikan sesuai digunakan apabila petikan itu datang
daripada tokoh terkenal atau petikan itu luar biasa,
memiliki daya tarikan yang kuat kerana falsafah, pemikiran
yang tinggi dan hebat atau cara pengucapnya
menyatakannya.
 Petikan itu mampu melukiskan perasaan dan pengalaman
menarik orang yang mengucapkannya.
 Petikan perlu memberi dilema, getaran rasa, fikiran ataupun
unsur dalaman watak yang dilukiskan dalam rencana itu.
Petikan berkenaan dapat memberi fokus kepada inti
rencana.
Pendulu Petikan

Firman Allah SWT yang bermaksud:


"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda
yang beriman dengan Tuhan mereka; dan
Kami tambahkan petunjuk kepada mereka."
(Surah al-Kahfi, ayat 13)
• Jumaat, 30 Januari 2015
• Sifat perlu dimiliki pemuda Muslim ideal
• Berita Harian
Pendulu Petikan

"Terima kasih pengakap kerana berada di barisan depan


misi kemanusiaan pasca-banjir, "kata Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika melepaskan
konvoi fasa pertama bantuan banjir Sukarelawan Jabatan
Perdana Menteri (JPM) ke Kelantan, minggu lalu.
Walaupun spontan, kata-kata beliau besar ertinya bagi
warga Persekutuan Pengakap Malaysia.
• Ahad, 18 Januari 2015
• Redah lumpur tebal bantu mangsa banjir
• Berita Harian
Pendulu Ringkasan
 Penulisnya mengemukakan fakta atau inti cerita
supaya pembaca terus mengetahui persoalan yang
diketengahkan.
 Pendulu ringkasan meletakkan inti atau tujuan
tulisan di bahagian paling awal bagi memberitahu
pembaca persoalan rencana supaya mereka terus
mengikuti rencana berkenaan.
Pendulu Ringkasan

Banjir besar yang melanda Kelantan pada Disember


lepas adalah antara yang terburuk dalam sejarah
negara. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bencana
Banjir Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed,
setakat ini kerugian infrastruktur dan aset awam
adalah dianggarkan sebanyak RM200 juta. Ini
belum termasuk kerugian dialami orang
persendirian dan perniagaan.
• Sabtu, 17 Januari 2015
• Banjir kuning bagai tsunami ancam Kelantan
• Berita Harian
Pendulu Ringkasan
Harga minyak dunia menjunam lebih 50
peratus daripada paras tertinggi AS$115 pada
Jun 2014. Nilai ringgit berbanding dolar
Amerika Syarikat pula merosot daripada
RM3.15 pada 28 Ogos tahun lalu kepada
RM3.61 kelmarin.
• Jumaat, 23 Januari 2015
• Asas ekonomi kita semakin kukuh
• Berita Harian
Pendulu madah atau peribahasa
atau pantun atau perumpamaan

Dianjak layu, dibubut mati. Itulah pendirian tegas


yang diharapkan kepada Ketua Menteri Melaka,
Datuk Seri Idris Haron, berhubung cadangan
kerajaan negeri untuk tidak membenarkan
penjualan minuman keras di kedai 24 jam di
kawasan majoriti penduduknya Melayu dan
beragama Islam.
• Berita Harian
• ISNIN, 2 FEBRUARI 2015
• Arak dan pengasingan kaum
• Azhar Abu Samah
Pendulu Perwatakan
 Memfokuskan watak luaran ataupun dalaman
subjek yang menjadi perhatian.
 Penulis umpama jurukamera yang memberi fokus
pada satu-satu aspek perwatakan subjek.
 Dengan itu, minat pembaca terus dapat dicengkam.
 Pendulu jenis ini kerap digunakan dalam rencana
profil.
Pendulu Perwatakan
Di sebalik tubuhnya yang kecil, mungkin tidak
ramai mengetahui Allahyarham Tun Abdul
Rahman Ya'kub berkemahiran tinggi dalam
pelbagai seni mempertahankan diri, termasuk
Aikido dari Jepun.
• Berita Harian
• Isnin, 12 Januari 2015
• BELANSUNGKAWA: Bapa Perpaduan Sarawak
• Hardi Effendi Yaacob Dan Rudi Affendi Khalik
Rakyat perlu bersatu melawan pandemik
WALAUPUN majoriti negara di dunia ini berhadapan pandemik sama iaitu COVID-19, tak semua mengambil tindakan tepat dan
berkesan.
Kita patut beruntung dan bersyukur dianugerahkan pemimpin yang bukan sahaja tepat dalam membuat keputusan, malah terbukti
memberi kesan baik terhadap rakyat jelata.
Kerajaan Malaysia berjaya sebenarnya melawan pandemik COVID-19 semasa kita diserang ketika gelombang pertama dan kedua lalu.
Kejayaan ini membuatkan kehidupan harian rakyat kembali diurus seperti biasa dengan sedikit pertambahan terhadap amalan norma
baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga berulang kali memuji Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memacu jentera melawan
COVID-19 daripada bidang kesihatan awam dan penularan penyakit berjangkit.
Bank Dunia juga turut mengucapkan hal sama kepada Malaysia yang mampu mengurus kewangan negara supaya tidak muflis, disamping
keperluan rakyat terus cukup dan selesa seperti biasa.
Antara faktor terpenting membantu kejayaan ini adalah kaedah penyampaian bersifat tunggal. Lihat bagaimana urusan keselamatan dan
pergerakan rakyat hanya dikeluarkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berita berkaitan kes jangkitan COVID-19 pula hanya diberi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, setiap hari. Ini
antara inisiatif Menteri Kesihatan untuk memberi peluang kepada penjawat awam tampil ke hadapan.
Dari segi maklumat di media sosial juga banyak tertumpu kepada media rasmi KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Di samping
pertambahan sokongan pelbagai media kerajaan lain, serta media massa dan media bebas.
Satu lagi faktor utama kejayaan Malaysia adalah ketelusan. Kerajaan semasa mengambil keputusan melaporkan perkara yang benar
kepada rakyat. Sistem pengumpulan dan penyediaan data yang berkesan dan berintegriti dengan sendirinya dapat menepis dakwaan dan
manipulasi sesetengah pihak tak bertanggungjawab.
Sumber: Berita Harian, 10 November 2020
Pengembangan idea
 Modifikasi
 Campur-darab
 Parellelisme
 Campur-darab
 Bahagi-tolak
 Persoalan
Tubuh Rencana
 Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa
perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema
rencana.
 Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan kepada
tema rencana.
 Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti
menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.
 Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis.
 Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik
dan mudah difahami.
Tubuh Rencana
 Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan,
sesebuah rencana boleh ditulis dalam
bentukgambaran,laporan,cerita atau ulasan.
 Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan
idea dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada
setiap perenggan.
 Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk
memastikan peralihan idea berlaku secara lancar dan
memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea
tersebut.
Tubuh Rencana
 Untuk mendapatkan kesatuan idea,penulis harus
memilih tema atau idea utama dan mengekalkan tema
atau idea utama itu dari awal hingga akhir penulisan.
 Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama
haruslah diketepikan.
 Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain
hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang
difikirkan logik berdasarkan kerangka idea yang telah
disediakan.
Tubuh Rencana
 Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui
pengulangan perkataandan rangkai kata yang sesuai
dan berpautan atau penggunaanpenanda wacana
yang tepat.
 Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan
boleh dilakukan dengan cara memastikan huraian
dalam setiap perenggan dibicarakan dan
mengukuhkan idea utama.
Penutup Berkesan
 Perlu ringkas
 Titik akhir
 Pelbagai teknik
Penutup Kata-kata Nasihat
 Nasihatnya disampaikan secara langsung, tanpa
berselindung.
 Rencana “Pedoman dan Iktibar‟ dalam Mastika
yang memuatkan pengalaman mengendalikan
jenazah banyak menerapkan teknik ini seperti
berikut.
 “Lain kali anda berfikir untuk menelan pil escatsy –
jangan!”
Penutup Kejutan
 Biarkan pembaca anda tidak dapat menduga
bagaimana anda perlu menutup rencana.
 Dalam karya fiksyen teknik ini dikenali sebagai
akhiran yang mengejutkan.
 Pembaca tersentak dan terkejut, malah terpesona.
Penutup Pernyataan Langsung
 Ayat-ayat berkenaan sebaik-baiknya yang terbaik
dan begitu berkesan daripada segi pengungkapan
dan idea.
 Penutup jenis ini terus berkait kepada persoalannya
Penutup Semula Jadi
 dilakukan sebagaimana pencerita, penulis cerpen
atau novel
 Biarkan rencana anda berakhir dengan natural.
 Teknik ini sesuai digunakan bagi penutup rencana
kisah benar.
 Penutupan jenis ini banyak digunakan dalam
majalah seperti Reader’s Digest ataupun Mastika.
Menyemak Rencana

 Struktur
 Penjelasan
 Khalayak Pembaca
 Tema
 Terjemahan
 Klise
 Kutipan
 Pembaziran perkataan
Penulisan Jenis Rencana
 Bentuk Penerangan
 Bentuk Sejarah
 Bentuk Profil
 Bentuk Pengalaman Sendiri
 Bentuk Pendapat
 Bentuk Perbahasan
 Bentuk Kritikan
 Bentuk Umum
Rumusan
 Berita merupakan pengkisahan peristiwa yang
berlaku
 Rencana merupakan bentuk komunikasi mengenai
mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak,
mengikut persepsi dan pandangan penulis

Anda mungkin juga menyukai