Anda di halaman 1dari 10

ELEMEN-ELEMEN PENTING

UNTUK MENGHASILKAN
SEBUAH CERPEN
DISEDIAKAN : NURUL AKMAL
BAKHARI

PENSYARAH: TUAN HAJI


AMINUDDIN MAMAT
1. WATAK – DAN PERWATAKAN: pengarang akan menggambarkan aspek fizikal, emosional, spiritual
(kerohanian), pendidikan, pemikiran dan segala unsur pemerwatakjannya. Penonjolan aspek ini akan
disesuaikan dengan tema cerita, sesuai juga dengan aspek sosio-budaya masyarakat yang diwakili oleh
watak yang dicipta itu.

2. LATAR – lazimnya terdapat latar masa, latar tempat, latar suasana, latar masyarakat, dan latar
persekitaran yang menaungi sesebuah karya sastera genre cerpen. Cerpen tidak dapat tidak mesti
bertapak di latar yang sudah dikenal pasti oleh pengarang. Pengarang akan melukiskan gambaran yang
akan menampakkan elemen ini secara yang indah.

3. MATLAMAT – (bukan matlamat penulisan cerpen tetapi matlamat yang ingin dicapai oleh watak di
dalam cerpen) watak yang berada di dan pada sesuatu latar sudah pasti perlu mempunyai matlamat yang
ingin dicapai khususnya oleh watak utama. Watak utama disebut protagonis. Matlamat dapat diperlihatkan
dalam bentuk matlamat hidup, matlamat ekonomi, matlamat pendidikan, pencapaian tertentu yang ingin
dicapai dalam perjuangan yang dilakukan.
4. HALANGAN – usaha yang dilakukan watak hendak mencapai matlamatnya perlu diberi halangan
yang signifikan kerana halangan pencapaian matlamat ini akan menyebabkan timbulnya konflik.
Konflik mesti ada.

5. KONFLIK – konflik perlu diwujudkan kerana konflik akan membantu mewujudkan aspek dramatik
sesebuah karya. Walaupun konflik yang tercipta itu konflik intrinsik, tetapi kesannya tetap ada.
Antara konflik yang lazim ialah:

 watak berkonflik dengan dirinya (konflik dalaman);


 watak berkonflik dengan watak yang lain,
 watak dengan unsur alam seperti binatang, bencana alam, atau apa-apa sahaja yang terdapat di
sekelilingnya.
6. PERMULAAN – permulaan cerpen lazimnya tidak ditetapkan, namun cerpen semestinya
mempunyai permulaan. Ada pengarang yang memulakan cerpennya dengan gambaran, huraian,
atau kaedah dramatik dengan terus memasukkan pertelagahan antara dua orang watak yang
berkonflik.

7. PERTENGAHAN – bahagian pertengahan cerpen juga disebut badan cerpen. Bahagian ini
menampakkan perisian certita, menghimpounkan segala konflik yang akhirnya diberikan
penyelesaian.

 8. AKHIRAN – akhiran cerpen lazimnya ialah manifestasi penyelesaian masalah dalam konflik
yang diwujudkan. Akhiran boleh juga dilakukan secara tiba-tiba, mendadak, secara peleraian,
atau secara tidak disangka-sangka. Perkara yang penting ialah segala masalah watak dalam
konflik, selesai. Akhiran cepen memberi kepuasan emosi dan kognitif kepada pembaca.
9. TEKNIK – terdapat pelbagai teknik penulisan yang dapat digunakan untuk menghasilkan
sesebuah cerpen. Antaranya yang paling lazim ialah:
a.  teknik plot,
b. teknik imbas muka,
c. teknik imbas kembali,
d. teknik eksposisi,
e. teknik naration,
f. teknik log (iaitu monolog, monolog dalaman, dialog)
10. PLOT – plot ialah jalan cerita iaitu cara pengarang menyusunan peristiwa demi peristiwa
sama ada:
g. secara sikuen,
h. secara berurutan dalam disiplin sebab dan akibat,
i. secara imbas kembali,
j. secara imbas muka atau
k. secara campur aduk.
11. TEMA – seperti kata Hall, The theme of a story is the implicit generality the story supports. Often
we consider that a story’s theme is its reason for being. When we speak of a story’s theme, we
suggest that a tale implies a central insight into human experience.  We express the theme of a story
not by summarizing its plot but by a sentence or two of generalization. Ada sesetengah sarjana
menganggap tema sesebuah cerpen ialah perkara terakhir yang akan ditemukan dan diperkatakan
oleh penganalisis karya – tidak ditetapkan oleh penulis. Namun, dalam proses penulisan cerpen,
penulis perlulah tahu akan tema cerpen yang sedang dikaryanya itu.

12. PERSOALAN – persoalan ialah pelbagai perkara yang dipertentangkan dalam cerita / cereka
umpamanya dalam tema pendidikan, kemiskinan sebagai hambatan kelangsungan pendidikan
merupakan satu persoalan.

13. MAKLUMAT DAN ILMU PENGETAHUAN – fiksyen bukanlah rekaan semata-mata


14. AMANAT / TEGURAN / SINDIRAN – melalui cerpennya, tugas penulis juga termasuklah
mengetengahkan unsur pesan, memberi teguran, melontarkan sindiran. Oleh sebab itulah karya
sastera dianggap mendidik khalayaknya. Elemen ini penting.

15. SUSPENS – sesuatu yang luar biasa atau tidak disangka-sangka sehingga menyebabkan
pembaca terpinga-pinga. Elemen ini penting untuk menambah kerancakan cerita.

16. EMOSI – oleh sebab sesebuah cerpen adalah tentang watak, dan seseorang watak ada emosi,
maka aspek emosi sangat penting disuburkan dalam karya. Justeru aspek ini mestilah disuburkan,
mesti dikayakan, mesti banyak, dan mesti pelbagai. Antara aspeknya termasuklah suka duka, sedih
pilu, gembira, teruja, terlonjak atau apa-apa sahaja aspek emosi mengikut kesesuaian konteks cerita.
17. KEROHANIAN – dikatakan dalam Writers Digest, terbitan Amerika Syarikat, karya yang baik ialah
karya yang memberi pengalaman kerohanian kepada pembaca. Justeru, aspek ini, atas apa-apa
landasan dan jenis cerita sekali pun hendaklah disuburkan.

18. BAHASA DAN ILMU BAHASA – keseluruhan cerpen ialah manipulasi bahasa untuk
menyampaikan perkara yang ingin disampaikan oleh pengarangnya. Gaya bahasa sastera genre
prosa-cerpen ialah gaya bahasa yang tersendiri. Bahasa karya sastera, sesuai dengan larasnya
hendaklah bahasa yang indah. Di samping mementingkan keindahan bahasa sastera, tatabahasa
bahasa BM sebagai medium penulisan hendaklah dijaga agar digunakan secara yang betul dan
asi/absah. Siti Noor Ain keliatan sangat berpotensi dalam aspek ini – bolehlah disuburkan melalui
karya yang lain.
19.JUDUL – judul merupakan unsur yang sangat penting bagi sesebuah cerpen kerana
peranan dan fungsi yang dimainkannya sehingga menampakkan kepentingannya sebagai
nama kepada seseorang manusia. Justeru unsur atau elemen ini hendaklah difikirkan
dengan indah agar kemunculannya penuh dengan keindahan.
SEKIAN , TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai