Anda di halaman 1dari 37

SESI 3 & 4

Sesi 3: Penghuraian Makna Prinsip-Prinsip


Asas Pergerakan Palang Merah /
Bulan Sabit Merah

Sesi 4: Struktur dan Organisasi Pergerakan


Bulan Sabit Merah Antarabangsa
Sesi 3: Prinsip Asas Pergerakan
Bulan Sabit Merah Antarabangsa
Prinsip-prinsip
Asas Pergerakan
Bulan Sabit Merah
Antarabangsa
Ketujuh-tujuh Prinsip-prinsip
Asas Pergerakan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ini
mencerminkan cita-cita kemanusiaan dan sentiasa dijadikan
panduan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan :

Menentukan dapat Membolehkan bekerja


Menentukan objektif
membantu mereka yang dengan berkesan di
Pergerakan
memerlukan bantuan seluruh dunia
• Kemanusiaan • Keberkecualian • Khidmat sukarela
• Kesaksamaan • Kebebasan • Ketunggalan/ Bersatu
• Kesejagatan
1. Kemanusiaan (Humanity)
 Memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada
mereka yang tercedera di medan pertempuran.

 Berusaha untuk mencegah dan meringankan


kesengsaraan dimana jua ianya wujud.

 Tujuannya adalah melindungi nyawa dan


kesihatan serta hormat menghormati sesama
manusia.

 Ia mempupuk kesefahaman, persahabatan,


kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di
kalangan manusia.
2. Kesaksamaan (Impartiality)
Tidak membezakan bangsa,
kaum, agama, darjat atau
fahaman politik dalam
kegiatannya. 

Tujuan asasnya ialah


meringankan kesengsaraan
individu dan memberi keutamaan
kepada kes-kes kecemasan yang
serius sekali.
• Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa
tidak membezakan bangsa, kaum, keturunan, fahaman agama,
darjat atau kedudukan dan pendapat politik.
• Ia cuba meringankan penderitaan individu hanya berpandukan
semata-mata oleh keperluan mereka dan memberikan keutamaan
kepada kes-kes kesusahan yang paling memerlukan bantuan.
• Prinsip positif dalam membantu orang lain tanpa diskriminasi
mengingatkan kita bahawa perbezaan tidak harus dikenakan
kepada orang-orang yang di dalam kesusahan.
• Prinsip ini adalah bertentangan dengan perasaan tinggi diri atau
tindakan diskriminasi yang selalu menjadi punca konflik.
3. Berkecuali (Neutrality)
Untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai
terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana
pihak yang bermusuhan

Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik,


perkauman, agama atau ideologi.
• Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang mana
menjadikan usaha-usaha kemanusiaan diterima sebagai peranan orang tengah
maka perlulah ia sentiasa bebas di dalam tindakannya.

• Hanya dengan sentiasa menguatkuasakan prinsip keberkecualian, Pergerakan


Palang Merah dan Bulan Sabit Merah akan mendapat kepercayaan secara
menyeluruh.

• Di dalam konflik, keberkecualian menggambarkan tidak melakukan tindakan


yang memberi kelebihan kepada mana-mana pihak yang berkonflik atau
bersengketa. Persatuan ditegah membantu atau menghalang gerakan tentera
dengan apa cara sekali pun.

• Keberkecualian mencegah Pergerakan daripada memihak di dalam perbalahan


politik, agama atau apa sahaja perbalahan supaya akan dapat melaksanakan
tugasnya dengan sempurna.
4. Kebebasan (Independence)
 Walaupun berupa badan
tambahan kepada pihak yang
berkuasa awam dan tertakluk
kepada undang-undang negara,
Persatuan BSMM tetap menjaga
kebebasannya dalam segala
tindakannya yang berasaskan
perikemanusiaan.
• Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah sebuah
pertubuhan yang bebas. Persatuan Kebangsaan yang menjadi pertubuhan sokongan
dalam perkhidmatan kemanusiaan kerajaan negaranya dan tertakluk kepada undang-
undang negaranya, hendaklah sentiasa memelihara autonomi mereka supaya
sentiasa dapat bertindak menurut Prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

• Kebebasan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripada kuasa awam
adalah penting demi kegiatan kemanusiaan. Ia membolehkan semangat kedamaian
yang menjadi sifat Pergerakan bersemarak di sanubari setiap orang.

• Tanpa mengasingkan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripada pergerakan
yang lain, ia memberikan pergerakan ini autonomi yang diperlukan untuk kerja-kerja
kemanusiaan yang menjadikannya suatu kuasa menyatupadukan sesama manusia.
5. Khidmat Sukarela (Voluntary
Service)
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang
tujuan mencari untung.
• Pergerakan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah satu
badan bantuan sukarela yang diwujudkan bukan dengan hasrat
mengaut keuntungan.

• Untuk memberi bantuan kepada sesama manusia dengan


sukarela dan tanpa mementingkan diri sendiri, membuktikan
kerelaan berkhidmat dan persaudaraan yang membuka pintu ke
arah perdamaian.
6. Ketunggalan (Unity)
 Hanya ada satu Persatuan Palang
Merah atau Bulan Sabit Merah
dalam sesebuah negara. 

 Persatuan ini hendaklah terbuka


kepada semua pihak dan aktivitinya
meliputi seluruh negara.
• Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah atau Bulan
Sabit Merah dalam sesebuah negara.

• Ia adalah terbuka kepada semua yang ingin menjadi ahli.

• Ia hendaklah menjalankan kerja-kerja kemanusiaannya di


seluruh wilayahnya.

• Ia menyatupadukan semua rakyat dalam lingkungan sempadan


negara berkenaan dan menjadi satu faktor keamanan.
7. Kesajagatan (Universality)
 Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana
semua Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama serta saling bantu-
membantu antara satu sama lain.
• Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah institusi
antarabangsa.

• Semua Persatuan Kebangsaan mempunyai status yang sama dan


berkongsi tanggungjawab dan tugas yang sama dalam membantu antara
satu sama lain.

• Sifat kesejagatan Pergerakan ini adalah hasil daripada kesedaran ahli-ahli


terhadap nilai-nilai bersama.

• Oleh kerana sifat ini ialah kewajipan saling bantu membantu antara satu
sama lain, maka ia menggalakkan penyebaran nilai-nilai ini di semua
negara dan menggalakkan tali persahabatan dan kedamaian sesama
insan.
Sesi 4: Struktur dan Organisasi
Pergerakan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa
Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri
daripada 3 badan yang berasingan, iaitu:

Persekutuan Antarabangsa
Jawatankuasa Antarabangsa
Persatuan Palang Merah dan
Palang Merah (JAPM)
Bulan Sabit Merah (IFRC)

Persatuan-persatuan Palang
Merah/ Bulan Sabit Merah
Kebangsaan (PBSMK)
1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (JAPM) / ICRC
• Juga dikenali sebagai International Committee of the Red Cross (ICRC)

• Komponen yang prihatin terhadap pembangunan Undang-undang


Kemanusiaan Antarabangsa

• Ditubuh pada tahun 1863

• Diitubuh oleh 5 warganegara Swiss

• Organisasi Swiss---bebas dan bersendirian


• Tugas: membantu orang yang cedera

• Diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung PBB pada 16


Oktober 1990

• Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan


• Peranan JAPM

Pemaju Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa

Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah

Mengiktirafkan penubuhan persatuan, Persatuan


Palang Merah & Bulan Sabit Merah Kebangsaan 

Agensi pengesanan pusat

Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku


peperangan, perang saudara / rusuhan
Badan Pentadbir JAPM

PERHIMPUNAN
Menentukan dasar am dan prinsip-
prinsip
LEMBAGA EKSEKUTIF
Bertanggungjawab terhadap hal operasi &
penyelia hal-ehwal pentadbiran
DIREKTORAT ( Ibu Pejabat )
Mengenali pelbagai perkhidmatan yang menyokong
aktiviti di medan

OPERASI ( Medan )
Pengurusan pentadbiran wilayah seperti perlembagaan
undang-undang kemanusiaan dan prinsip asas sumber
manusia, sokongan kewangan dan pentadbiran,
komunikasi dan perhubungan raya
2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC)
• Juga dikenali sebagai International Federation of Red Cross (IFRC) 1919

• Dahulu : Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit


Merah

• Bebas daripada pengaruh kerajaan

• Tujuan : memberi semangat, galakan dan promosi kepada semua bentuk


aktiviti kemanusiaan bagi mencegah dan meringankan penderitaan
manusia.
Fungsi IFRC

Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan


dan pengkajian di antara persatuan-persatuan kebangsaan

Menggalakkan dan mempromosi di setiap negara penubuhan dan


pembangunan persatuan kebangsaan yang bebas serta diiktiraf

Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam
Mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan
antarabangsa

Menggalakkan penyertaan persatuan kebangsaan dalam aktiviti


menjaga kesihatan umum

Membantu JAPM memaju dan membangunkan undang-undang


kemanusiaan antarabangsa

Menjadi perwakilan rasmi dalam urusan perakuan yang diterima


pakai serta menjadi penjaga kepada kepentingan
Badan Pentadbir IFRC

PERHIMPUNAN AGUNG
Menentukan dasar umum yang harus diikuti
oleh persatuan kebangsaan

MAJLIS EKSEKUTIF
Bertindak atas segala keputusan yang dibuat
oleh Perhimpunan Agung

SURUHANJAYA STATUT
5 suruhanjaya iaitu kewangan, belia, bantuan
bencana, pembangunan, kesihatan

SEKRETARIAT
Mempraktikkan segala keputusan yang dibuat
oleh badan pemerintahan di Ibu pejabat Geneva
3. Persatuan-persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit
Merah Kebangsaan (PBSMK)

Bertindak sebagai khidmat


bantuan kepada pihak Memberi bantuan kepasa
berkuasa awam dan mangsa bencana alam,
persatuan-persatuan pencegahan penyakit dan
kebangsaan menjalankan membaiki tahap kesihatan
tugasnya

Melantik anggota-anggota Menjaga tentera yang sakit


pertolongan cemas dalam peperangan
Persidangan Palang Merah Antarabangsa

• JAPM, IFRC, PBSMK dan kerajaan yang menandatangani Konvensyen


Geneva berjumpa 4 tahun sekali

• Badan yang membuat keputusan yang tertinggi

• Semua terikat dengan keputusan dan resolusi ( pembaharuan ) yang


dibuat
Struktur dan
Organisasi
Pergerakan
Palang Merah
dan Bulan
Sabit Merah
Antarabangsa

Anda mungkin juga menyukai