Anda di halaman 1dari 47

PROGRAM PEMBANGUNAN

KOMUNITI HUTAN :
PENGECAMAN TUMBUHAN
DI TAMAN NEGERI WANG
KELIAN
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERLIS/BAHAGIAN LATIHAN
PERHUTANAN (JPSM)
Pengenalan
Semenanjung Malaysia adalah sebuah negara tropika memiliki hutan hujan
tropika seluas 5,788,523 ha iaitu kira-kira 43.90% dari keluasan tanah (2012).

Hutan hujan tropika terletak di garisan lintang antara 23.5O Utara dan 23.5O
Selatan yang suhunya panas dan lembab sepanjang tahun.

Ia memerlukan suhu 20 – 35OC dan hujan melebihi 200 cm setahun.

Hutan ini terletak di Afrika Tengah, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan
Asia Kepulauan Pasifik.
Jenis Hutan Mengikut Ketinggian Tanah (Altitud)
Pengenalan
• Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia adalah warisan
semulajadi yang asli serta unik dan telah wujud sejak berjuta-juta
tahun yang lalu dan kaya dengan pelbagai flora dan fauna.

• Terdapat lebih 8,000 spesies tumbuhan berbunga di antaranya 2,650


adalah terdiri dari spesies pokok. Dalam pada itu, lebih daripada 800
spesies tidak berbunga telah direkodkan.

• Dalam golongan fauna terdapat lebih kurang 1,000 spesies vertebrata


dan di antara 20 hingga 80 ribu spesies invertebrata.
Pengenalan
• Hutan juga adalah sumber air bersih dan tempat rekreasi. 

• Walaupun hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia kaya dengan


pelbagai spesies dari hutan pamah dan hutan bukit, terdapat juga jenis-jenis
hutan lain seperti hutan paya laut, hutan paya gambut dan hutan
pergunungan tinggi.

• Hutan dipterokarpa adalah penting dari segi ekonomi dan ekologi, manakala
hutan paya laut yang diurus secara mampan mampu menampung bekalan
kayu jaras dan kayu api serta pengeluaran arang kayu.
PART 1
DIPTEROCARP

• KAUM DAMAR
ANISOPTERA

• KAUM MERSAWA
1. Anisoptera curtisii (Mersawa kuning)
• besar, sama sifat batang mersawa.
• Bentuk eliptik, obovat-oblong atau oblong, purata berukuran 4 – 10
cm tetapi saiz berbeza. Daun matang selalunya urat ketiga kuning
cerah di belakang.
• Lebih kurang 12-25 pasang urat. Urat ketiga skalarifom-rektikulat,
berbulu lembut, atau licin di belakang daun dan biasanya terdapat
sisik halus berwarna kuning.
• Banyak terdapat di Utara Semenanjung Malaysia, Timur Sumatra dan
Borneo.
Anisoptera curtisii
2. Anisoptera scaphula (Mersawa gajah)
• Sangat besar.
• Bentuk eliptik – oblong atau obovat-oblong, purata lebih kurang 6 cm
x 12 cm. Apabila kering berwarna kelabu-hijau cerah atau coklat
kekuningan di kedua-dua permukaan.
• lebih kurang 17 pasang urat. Urat ketiga retikulat,hampir licin, tidak
jelas dan terdapat sisik yang jarang.
• nat bersayap 2 Panjang dan 3 sayap pendek,
• Banyak tersebar di utara Semenanjung Malaysia di kawasan rendah
dan curam .
SHOREA
3. Shorea henryana
• Kaum Dipterocarpaceae, Genera Shorea
(White meranti)
• Nama tempatan : Meranti jerit
• Ciri-ciri utama : Silara berwarna kuning
daun berbentuk ovat-lanseolat yang
berkepuh atau merah jambu pada
permukaan bawah, dan ranting
berwarna merah jambu berkarat. Pada
anak pokok, cirinya ialah bulu tebal
berbaldu.
• Taburan : Dijumpai di Perlis, Kedah dan
Pulau Langkawi. Di Langkawi biasanya
tumbuh di atas bukit, terutamanya
tanah berbatu granit dan kuazt
manakala di Perlis di kawasan batu
kapur.
Samb……, gambar Meranti jerit
4. Shorea roxburghii
• Kaum Dipterocarpaceae, Genera
Shorea (White meranti)
• Nama tempatan : Meranti temak nipis
• Ciri-ciri utama : Kulit tebal dan daun
bertangkai panjang, nipis berbentuk
oblong biasanya dijumpai di hutan
bermusim kering dikaitkan dengan
Schima dan buluh.
• Peruratan : Lebih kurang 16 pasang
urat.
• Taburan : Di Semenanjung Malaysia
hanya dijumpai di Langkawi, Perlis dan
juga di Kedah, tumbuh di Hutan
Schima-bamboo dan kawasan batu
kapur.
Samb……, gambar Meranti temak nipis
5. Shorea curtisii (Meranti seraya)
• Banir pendek dan tegap (ciri pokok di atas permatang). Batang berbentuk
elok tetapi agak pendek. Berwarna coklat kemerahan atau kelabu,
merekah agak kasar.
• Lanseolat, hujung akuminat berukuran lebih kurang 8 x 3 cm. Permukaan
atas berkepuh cerah manakala permukaan bawah berkepuh kuning pucat.
• Damar berwarna coklat kelabu atau coklat pucat dengan sedikit ungu dan
keruh apabila segar. Bertukar kuning apabila melalui proses pengoksidaan.
• Hutan Dipterokarpa bukit ketinggian 300-800 meter dan di kawasan pantai
pada ketinggian yang lebih rendah.
Shorea curtisii
6. Shorea lepidota (Meranti langgong)
• Banir besar dan tajam. Bentuk batang elok dan tinggi. Biasanya
berwarna coklat ungu Apabila kecil licin (seperti Meranti melantai),
kemudiannya menjadi kasar dan merekah dalam. Kayu gubal kuning
pucat manakala kayu teras merah cerah.
• Bentuk oblong, ovat-oblong, akuminat berukuran lebih kurang 10 x
4.5 cm. Daun agak nipis dan daun kering berwarna merah ungu.
• Terdapat di kawasan rendah sehingga ketinggian 300m di Perlis dan
Kelantan.
Shorea lepidota
7. Shorea pauciflora (Meranti nemesu)
• Pokok : Batang bersisik, kulit dalam berwarna merah-ungu, dan daun
kering berwarna merah keunguan dengan urat ketiga tidak jelas
kelihatan.
• Daun : Bentuk eliptik atau ovat-oblong, akuminat berukuran lebih
kurang 10 x 6 cm dan licin. Daun kering berwarna kelabu-ungu pudar
pada permukaan atas. Licin dan coklat-kemerahan di permukaan bawah.
• Taburan :Di Semenanjung Malaysia terdapat di negeri-negeri Kedah dan
Kelantan hingga ke Singapura; biasanya tumbuh di hutan kawasan
rendah dan bersaliran baik, juga di dapati tumbuh di kawasan hutan
bukit sehingga ketinggian 600 meter a.a.l.
8. Shorea macroptera (Meranti melantai)
• Batang : Banir tidak berapa tinggi. Batang tinggi dan berbentuk elok, agak
licin sehingga agak tua. Berwarna coklat kelabu dengan tompokan cerah
dan gelap, kemudiannya meretak tohor tidak seragam, kayu gubal pucat.
(macam batang kelapa)
• Daun :Bentuk eliptik-oblong atau obovat-oblong, akuminat berukuran
lebih kurang13 x 5 cm. Selalunya bergulung sepanjang urat utama. Daun
kering berwarna coklat kuning.
• Taburan : Dijumpai dari Kedah dan Kelantan hingga ke Singapura meliputi
kawasan rendah bersaliran baik hingga 900 meter a.a.l. Pertumbuhannya
dikaitkan dengan Meranti seraya (S. curtisii) yang terdapat di Hutan
Dipterokarpa Atas.
Shorea macroptera
9. Shorea siamensis Miq. (Meranti temak
batu)
• Boleh menjadi pokok besar tetapi di dalam kawasan habitatnya merupakan
pokok kecil. Batang berbonggol-bonggol.
• Batang selalunya tidak lurus. Warna batang kekelabuan, merekah dalam.
Kayu gubal keras seperti kayu balau.
• Berukuran lebih kurang 12 x 9 cm dan licin. Bentuk ovat-hampir bulat, hujung
akuminat, pangkal separa kordat.
• Lebih kurang 16 pasang urat, struktur urat skalarifom berwarna kuning pucat.
• Pokok yang mempunyai bonggol-bonggol pada batang, tumbuh di kawasan
batu kapur di Langkawi atau berhampiran dengan pantai Perlis.
Pertumbuhannya juga ada kaitan dengan Malut (Hopea ferrea).
10. Shorea balanocarpoides Sym.
(Damar hitam katop)

• Banir tiada atau pendek dan tegap. Bentuk batang sempurna sederhana tinggi,
coklat gelap hingga hitam dengan tompokan cerah, retak tidak seragam atau
bersisik
• Bentuk ovat, obovat-eliptik. Pangkal daun bulat, berwarna coklat gelap atau kuning
pudar di bawah apabila kering manakala kuning kehijauan di bahagian atas.
• Lebih kurang 7 pasang urat.
• Tidak bersayap. Nat bentuk ovat serta berbulu sutera. Cuping pula kaliks
membentuk cawan pada pangkal nat.
• Spesis endemik dijumpai di Kedah, Perak, Kelantan hingga ke Johor. Biasanya
tumbuh di kawasan tanah rendah, beralun dan juga bukit sehingga 350 meter a.a.l
Shorea balanocarpoides Sym.
(Damar hitam katop)
11. Shorea multiflora (Burck) Sym. (Damar hitam pipit)

• Pokok kecil hingga sederhana besar, dan didapati di strata kedua profil hutan.
• Kayu gubal warna kuning pudar.
• Bentuk eliptik atau ovat, akuminat berukuran lebih kurang 7 x 3 cm.
Berwarna pucat di permukaan atas dan coklat keemasan cerah di permukaan
bawah apabila kering.
• Lebih kurang 7 pasang urat
• Dijumpai merata di Semenanjung Malaysia. Didapati tumbuh di kawasan
rendah, separuh berpaya, tetapi kebiasaannya di permatang bawah hutan
dipterokarpa bukit dan biasanya dijumpai di kawasan Meranti seraya (S.
Curtisii) dan Balau kumus (Shorea laevis).
Shorea multiflora (Burck) Sym. (Damar hitam pipit)
HOPEA
12. Hopea ferrea
• Kaum Dipterocarpaceae,
Genera Hopea
• Nama tempatan : Giam malut
• Kumpulan Hopea kulit bersisik,
biasanya kecil, agak tidak
sempurna bentuknya
• Terdapat di kawasan batu kapur
di Kedah (termasuk Langkawi)
dan Perlis. Lain-lain – Myanmar,
Thailand, Kemboja dan Vietnam
• Status : Endangered species
(IUCN Red List)
Samb……, gambar Giam malut
PARASHOREA

• KAUM GERUTU
13. Parashorea stellate (Gerutu-gerutu)
• Kaum Dipterocarpaceae, Genera
Parashorea
• Pokok : Besar, banir tegap (banir
bintang) dan kuncup.
• Taburan : Di Semenanjung Malaysia
spesis ini tertumpu di bahagian
utara seperti Perlis dan utara
Kedah. Juga dijumpai di Hutan
Simpan Kledang Saiong dan Hutan
Simpan Bubu, Perak.
• Status : Threatened species
(IUCN Red List)
Samb……, gambar Gerutu-gerutu
DIPTEROCARPUS

• KAUM KERUING
14. Dipterocarpus crinitus (Keruing
mempelas)
• Pokok besar mencapai 2 meter p.p.d.
• Berbentuk eliptikal atau seperti kulit, apek akut atau akuminat, basal
bentuk bulat. Kedua-dua permukaan termasuk urat tulang belakang
dan susunan urat daun berbulu dengan warna perang keemasan. Tepi
daun tidak berombak tetapi berkelim.
• 12 – 15 pasang, lurus dari urat primer dan kemudiannya melengkung
bila berhampiran dengan tepi daun; urat ketiga jelas.
• Mempunyai 2 sayap panjang dan 3 sayap pendek, tiub kaliksnya licin
dan glabrous.
• Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatra dan Borneo.
Dipterocarpus crinitus
15. Dipterocarpus grandiflora
• Kaum Dipterocarpaceae, Genera
Dipterocarpus
• Nama tempatan : Keruing belimbing
• Habitat : didapati hidup di kawasan yang
kering
• Pokok besar mencapai 150 cm. p.p.d,
batang silinder.
• Urat kedua : 11 – 18 pasang
• Buah dengan 5 sayap (3 Panjang dan 2
pendek).
• Taburan : India, Indonesia, Malaysia,
Myanmar, Philippines, Thailand dan
Vietnam.
• Status : Endangered species (IUCN Red
List)
Samb……, gambar keruing belimbing
VATICA

• KAUM RESAK
16. Vatica cinerea (Resak laut)
• Kulit luar licin, berbopeng, bersisik dan bergelang, pada pokok matang kulit akan
mengelupas; berwarna kekelabuan.Kulit dalam tidak berlapis , berwarna kekuningan
atau perang merah jambu.
• Biasanya eliptik-lanseolat berukuran lebih kurang 8 x 4 cm dan mengecil ke kedua-
dua hujung. Hujung daun tumpul.
• Lebih kurang 9 pasang urat.
• Tangkai halus,serta nat bulat (globos); berbulu halus, bersayap 2 dengan berurat 5; 3
sayap oblong, tumpul atau tajam.
• Tertumpu di barat daya Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Perlis, dan juga
Langkawi serta pulau-pulau berhampirannya. Pokok kecil yang tumbuh di permatang
terdedah, bukit berbatu dan batu kapur; biasa juga di jumpai di hutan Schima-
bamboo.
Vatica cinerea (Resak laut)
17. Vatica cuspidata (Resak daun runching)
• Batang : Bersaiz kecil.Kulit gugur berbentuk sisik tidak seragam yang mana
meninggalkan bopeng-bopeng yang jelas atau menjadi kulit licin.
• Daun : Biasanya oblong, eliptik atau ovat-lanseolat. Hujung daun akuminat
tumpul manakala pangkal daun bulat atau akute. Saiz, daun lebik kurang 12
x 5 cm.Lebih kurang 10-17 pasang urat.
• Buah :Nat globos, sedikit berparuh; bersayap 2 mengecil ke pangkal, berurat
5; 3 sayap dengan hujung akuminat.
• Taburan : Spesies ini endemik di Semenanjung Malaysia, dijumpai di Kedah,
Pulau Pinang, Perak di sebelah barat, serta Johor, Pahang dan Terengganu di
sebelah timur. Didapati tumbuh di kawasan permatang pada ketinggian
300-650 meter a.a.l.
Vatica cuspidata (Resak daun runching)
PART 2
Isi hutan Taman Negeri Wang Kelian
Perlis Indera Kayangan

Anda mungkin juga menyukai