Anda di halaman 1dari 42

Puasa Dan

Ubat
MUQADDIMAH
PENGENALAN
Puasa adalah rukun ketiga daripada rukun Islam.
Malah ia telah disyariatkan menerusi Firman Allah
S.W.T. :
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang–orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah)
beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang
sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-
hari yang lain ; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya
berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu
memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela
memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka
itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian)
berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah),
kalau kamu mengetahui”.

(al-Baqarah : 183-184 )
FUN FACT

FAKTA - KEMASUKAN PESAKIT KRONIK


KE HOSPITAL DI NEGARA MUSLIM
MENINGKAT DI BULAN RAMADHAN
KAJIAN MENGATAKAN….

The EPIDIAR (Epidemiology of


Diabetes and Ramadan) Study
“Fasting during Ramadan increased
the risk of severe hypoglycaemia 4.7
fold in patients with type 1 DM (from
3 to 14 events /100 people/month)
and 7.5 fold in patients with type 2
DM (0.4 to 3 events /100
people/month).”
JUMLAH CHECK IN KE WAD
*Kes per 100 orang
HOW?
Ramadan = PESTA MAKANAN
Perubahan CORAK PEMAKANAN
• 2 - 3 hidangan sehari:
▫ Sahur
▫ Moreh
▫ Iftar

Perubahan DIET
• Peningkatan makanan:
▫ Air manis
▫ Makanan bergoreng
▫ Makanan tinggi kanji
▫ Kuih - muih

Benaji et al. Diabetes Res Clin Pract 2006;73:117–25


Diet Ramadan
Diet Ramadan
PENGGUNAAN UBAT YANG
TIDAK MEMBATALKAN
PUASA
Penggunaan Ubat Yang
Tidak Membatalkan Puasa
Ubat titis mata, hidung dan telinga
(dengan syarat tidak sampai batas
gegendang telinga)

Tablet sublingual (bawah lidah);


dengan syarat diletakkan di bawah
lidah dan tidak ditelan

Semua bentuk suntikan


Penggunaan Ubat Yang
Tidak Membatalkan Puasa
Ubat jenis sapuan (krim atau salap)
& plaster

Ubat kumur

Ubat sembur hidung


(dengan syarat tidak disedut)

Ubat bius setempat dan bius


separuh
PENGGUNAAN UBAT YANG
MEMBATALKAN
PUASA
Penggunaan Ubat Yang
Membatalkan Puasa
Ubat biji Ubat minum Inhaler
(Ubat sedut)
Penggunaan Ubat Yang Membatalkan Puasa

Ubat bius menyeluruh


(yang melibatkan gas)

Pesari (Ubat yang dimasukkan ke Supositori dan enema (Ubat yang


dalam vagina termasuk prosedur cucian) dimasukkan ke dalam dubur)
CARA PENGAMBILAN UBAT
SEMASA BERPUASA
TIP PENGAMBILAN UBAT
• Selepas makan = makan ubat bersama-sama
makanan

• Sebelum makan = makan ubat semasa perut


kosong (1 jam sebelum makan

ATAU 2 jam selepas makan)

• Makan ubat pada waktu yang sama setiap hari


PENGAMBILAN UBAT ORAL

1 KALI SEHARI
Sebelum makan = 1 jam
sebelum sahur

Selepas makan = selepas


bersahur / berbuka
2 KALI SEHARI
1 jam sebelum
bersahur

Sebelum
&
Selepas berbuka
makan (sebelum mengambil
menu utama) ATAU
2 jam selepas
berbuka
Selepas Selepas bersahur
makan &
Selepas berbuka
3 KALI SEHARI
Sebelum Selepas
makan makan

1 jam sebelum bersahur Selepas bersahur


& &
Selepas berbuka (sebelum
Selepas berbuka
mengambil menu utama)
& &
Sebelum tidur Sebelum tidur
*Bagi kekerapan 3 kali sehari, sila berbincang dengan doktor untuk mengetahui
sekiranya boleh mengubahsuai kekerapan pengambilan ubat kepada 2 kali sehari.
4 KALI SEHARI

Tidak berpuasa
Bergantung
Dapatkan
kepada jenis ATAU
nasihat
penyakit
Ubat alternatif
PENGGUNAAN INSULIN
DAN UBAT SEDUT
PENGAMBILAN INSULIN
1 Kali sehari (malam) bersama ubat biji

• Insulin disuntik sebelum tidur

• Bergantung kepada jenis insulin yang digunakan, dos


insulin basal mungkin diubahsuai mengikut keperluan

• Bagi ubat biji, ambil ubat seperti biasa. Walau


bagaimanapun bergantung kepada jenis ubat yang
diambil, dos ubat biji mungkin diubah suai mengikut
keperluan.
PENGAMBILAN INSULIN
2 Kali sehari

• Dos pagi disuntik pada waktu


berbuka, dos petang disuntik pada
waktu sahur.

• Dos insulin pada waktu sahur


mungkin dikurangkan mengikut
keperluan untuk mengelakkan
hipoglisemia pada waktu siang
PENGAMBILAN INSULIN
3 Kali sehari
• Dos sahur diubahsuai mengikut
keperluan

• Dos tengah hari tidak perlu disuntik

• Dos waktu berbuka dikekalkan atau


boleh diubahsuai mengikut jumlah
pengambilan karbohidrat
PENGAMBILAN INSULIN
1+3 Kali sehari
• Dos basal disuntik sebelum tidur,
diubahsuai mengikut keperluan

• Dos sahur diubahsuai mengikut


keperluan

• Dos tengah hari tidak perlu disuntik

• Dos waktu berbuka dikekalkan atau


boleh diubahsuai mengikut jumlah
pengambilan karbohidrat
AWAS!
JIKA MENGALAMI
HIPOGLISEMIA
ATAU
HIPERGLISEMIA
Keadaan HIPOglisemia
Bagi pesakit diabetes, sangat penting untuk mengenal pasti tanda-
tanda hipoglisemia (paras gula yang rendah dalam darah) apabila
berpuasa iaitu:-

Mengantuk/Lemah Lapar Menggeletar Peluh dingin

Keliru/ Gangguan Emosi/ Resah/Gelisah Pening/ Mudah Pitam


Keadaan HIPERglisemia
Bagi pesakit diabetes, sangat penting untuk mengenal pasti tanda-
tanda hiperglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah) apabila
berpuasa iaitu:-

Sangat Dahaga Kerap Buang Air Kecil Sangat Letih

*Segera berbuka apabila mengalami sama ada hipoglisemia,


hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan pesakit.
PENGAMBILAN UBAT SEDUT (INHALER)
PENGAMBILAN UBAT SEDUT
(INHALER)

Tidak Tidak digalakkan


Terkawal berpuasa

Penyakit
Asma Boleh berpuasa
selepas
Terkawal berbincang
dengan doktor
atau pegawai
farmasi
PENGAMBILAN UBAT SEDUT
(INHALER)
Kategori Ubat Sedut/
inhaler

Pelega Pencegah

Digunakan semasa Digunakan setiap hari untuk


serangan lelah rawatan jangka panjang
walaupun tiada serangan lelah.

Jika berpuasa dinasihatkan mengambil ubat


sewaktu sahur atau selepas berbuka.
PENGAMBILAN UBAT SEDUT
(INHALER)
CONTOH PELEGA CONTOH PENCEGAH
RUMUSAN
• Maklumat yang disampaikan hanyalah panduan
umum berkaitan pengambilan ubat semasa
berpuasa.
• Informasi tersebut adalah berdasarkan pandangan
hukum daripada Mazhab Syafie dan panduan
berpuasa bagi pesakit JAKIM 2013.
• Pesakit harus peka terhadap kesihatan diri dan
bersedia untuk berbuka puasa sekiranya keadaan
memerlukan.
• Rujuk doktor atau pegawai farmasi untuk
keterangan lanjut.
RUMUSAN
RUJUKAN

1. Panduan Berpuasa bagi Pesakit,


JAKIM cetakan kedua 2013.
2. Risalah Puasa dan Ubat, BPF KKM
Malaysia
3. Practical Guide to Insulin Therapy,
KKM Malaysia
4. Bayan Linnas, Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan.
TAMBAHAN
INFO TAMBAHAN
Terima kasih

SELAMAT
BERPUASA

Anda mungkin juga menyukai