Anda di halaman 1dari 15

PEMBAKARAN

Pembakaran ( 燃烧 ) ialah tindak balas yang berlaku apabila


suatu bahan dipanaskan dengan kehadiran oksigen dan membe
baskan tenaga haba dan tenaga cahaya.
Pembakaran merupakan tindak balas kimia kerana proses
ini menghasilkan bahan baharu. Misalnya,

• Pembakaran karbon seperti arang batu, arang, kayu api


menghasilkan karbon dioksida

• Pembakaran hidrokarbon seperti lilin, gas asli, diesel,


kerosin, petrol menghasilkan karbon dioksida dan air
Syarat-syarat pembakaran berlaku,
iaitu oksigen, haba dan bahan api. Pembakaran boleh dielakkan
jika kita menyingkirkan salah satu daripada syarat pembakaran.
     
Rod kaca, kayu, lilin dan batu dipanaskan dengan nyalaan api penunu
Bunsen dengan menggunakan penyepit. Bahan-bahan tersebut
diperhatikan sama ada terbakar atau tidak.
• Berdasarkan pemerhatian anda, kelaskan rod kaca, kayu, lilin dan
batu kepada bahan api dan bukan bahan api.
• Bahan api : __________ , __________
• Bukan bahan api : __________, __________
• Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?
Menentukan oksigen diperlukan untuk pembakaran

• Lilin yang manakah akan menyala lebih lama? Mengapa?


• Lilin _____ menyala lebih lama kerana terdapat bekalan _________ secara
berterusan daripada udara di sekeliling.
• Apakah gas yang digunakan dalam pembakaran lilin?
• Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?
Menentukan bahawa haba diperlukan untuk pembakaran

Mancis P dan Q dinyalakan.


• Adakah mancis P dan Q menyala? Mengapa?
• Mancis _____ tidak menyala dengan mudah manakala mancis _____ menyala
dengan mudah kerana pembakaran tidak mudah berlaku tanpa __________ yang
mencukupi.
• Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?
ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api merupakan alat perlindungan kebakaran yang


digunakan untuk memadamkan api atau mengendalikan kebakaran
kecil. Bahan yang digunakan dalam alat pemadam api berbeza
mengikut jenis kebakaran yang berlaku.
Pembakaran memerlukan oksigen, haba dan bahan api. Oleh itu, prinsip
pemadaman api adalah dengan menghapuskan salah satu faktor penyebab
kebakaran ini.
Prinsip tersebut boleh dilakukan dengan teknik-teknik yang berikut.
(a) Menyelimuti: memutuskan hubungan bahan
bakar dengan oksigen atau udara. Contohnya, menutup permukaan bahan
bakar dengan selimut api, karung basah, lumpur, pasir, tanah atau busa.
(b) Mendinginkan: mendinginkan permukaan bahan yang terbakar
dengan menyemburkan air atau lapisan karbon dioksida.
(c) Mengurangkan jumlah bahan yang terbakar/ memutuskan sumber bahan
bakar: teknik ini dapat dilakukan dengan memisahkan benda yang
terbakar, menjauhkan benda yang belum terbakar dan menutup punca
bekalan gas atau minyak.

Anda mungkin juga menyukai