Anda di halaman 1dari 23

Unit 2 Permainan Kategori

Serangan
Ragbi Sentuh
RAGBI SENTUH
 Permainan ragbi sentuh memerlukan pemain
menguasai kemahiran larian, pengendalian
bola,
 mengelakkan diri daripada disentuh pemain
pasukan lawan
 menguasai kemahiran menyerang dan bertahan
secara berpasukan.
 Setiap pasukan dalam permainan ini
berpeluang untuk bergerak bersama-sama
dengan bola dalam kawasan permainan
sehingga salah seorang pemain dapat
melakukan try dengan menyentuh bola di
belakang garisan gol pihak lawan bagi
mendapatkan mata.
RAGBI SENTUH

 Pasukan bertahan hendaklah mempunyai


strategi bertahan yang mantap supaya
dapat menghalang atau mematikan
pergerakan pasukan lawan untuk
mendapatkan mata.
 Pasukan bertahan perlu menyentuh pemain
yang membawa bola dan pemain yang
disentuh akan dikira mati.
 Dalam permainan ini juga, pemain-pemain
akan menguasai kemahiran-kemahiran asas
seperti menangkap dan menghantar.
STRATEGI DALAM RUGBY

 STRATEGI SERANGAN (ATTACK)

 STRATEGI BERTAHAN (DEFENCE)


Strategi Serangan

 Strategi menyerang dilakukan berdasarkan


kekuatan dan kelemahan pasukan lawan.
 Pasukan penyerang perlu mengatur strategi
menyerang dari semua kawasan sama ada di
bahagian tengah padang (gelanggang) atau
sayap bagi mengelirukan pasukan yang
bertahan.
Strategi Serangan

 Tendang dan Tangkap


 Hantaran Silang (Scissors)
 Mengacah dengan Zig-zag
 Strategi Menyerang dari
Tengah dan Sayap
Tendang dan Tangkap

 Strategi tendang dan tangkap ini


digunakan apabila sesebuah pasukan
hendak menyerang pasukan lawan.
 Kemahiran ini digunakan oleh seorang
pemain pasukan penyerang yang
membawa bola.
Tendang dan
Tangkap
 Apabila pemain tersebut
berdepan dengan seorang
pemain pasukan lawan,
pemain tersebut akan
menendang bola dengan
pantas ke hadapan
melepasi pemain pasukan
bertahan dan berlari untuk
mendapatkan kembali bola
yang ditendang.
Tendang dan
Tangkap
 Pemain ini memerlukan
kepantasan dalam larian
untuk memastikan dia
melepasi pemain pasukan
bertahan.
 Kemahiran menyerang ini
boleh dilakukan sama ada di
tengah atau di sayap padang
(gelanggang).
Hantaran Silang
(Scissors)
 Strategi hantaran silang ini
memerlukan pemain pasukan
penyerang yang membawa bola
berlari ke hadapan dan
menghantar bola secara bersilang
antara rakan sepasukan.
 Strategi ini juga dapat
mengelirukan pemain pasukan
lawan dan sering kali dilakukan di
kawasan tengah gelanggang
menuju ke arah kawasan in-goal.
Mengacah dengan Zig-zag

 Strategi ini sering digunakan


apabila pasukan penyerang
mendapat peluang membawa
bola terus ke hadapan.
 Bagi mengelakkan diri
disentuh oleh pemain pasukan
bertahan, pemain yang
membawa bola boleh
melakukan pergerakan
mengacah dengan tangkas.
Mengacah dengan Zig-zag

 Pemain boleh mengacah


dengan larian zig-zag,
iaitu melakukan
pergerakan badan ke
kiri atau ke kanan
(dodge) secara berselang
semasa berhadapan
dengan pemain pasukan
bertahan.
Strategi Menyerang dari
Tengah dan Sayap

 Strategi menyerang dari tengah


dilakukan dengan pasukan
menyerang membawa bola dari
bahagian sayap ke tengah kawasan
gol dengan menggunakan
hantaran silang, hantaran loop,
miss pass dan larian zig-zag.
Strategi Menyerang
dari Tengah dan
Sayap

 Serangan dari sayap pula,


pemain penyerang
membawa bola dari
bahagian tengah ke
bahagian sayap kawasan
gol dengan menggunakan
kemahiran hantaran
silang dan kemahiran
tendang dan tangkap.
Cara Bermain
 Satu kumpulan akan melakukan serangan mula
 Jika hantaran bola daripada murid satu (M1).
 M1 akan menghantar bola kepada murid dua
(M2) dengan menggunakan strategi hantaran
silang.
 M2 pula akan cuba melepasi pemain pertahanan
mengunakan strategi mengacah dengan serangan
zig-zag.
 Jika tidak mampu, M2 menggunakan strategi
serangan sayap dengan melakukan hantaran
silang kepada murid tiga (M3).
Cara Bermain

 M3 akan melakukan strategi tendang dan


tangkap untuk melepasi pemain pertahanan.
 Selepas menendang, M3 akan menggunakan
kepantasan larian untuk melepasi pemain
pertahanan dan menangkap bola
 M3 akan berlari pantas ke hadapan untuk
membuat touch down.
 Setiap pasukan akan bertukar peranan selepas
selesai melakukan strategi tersebut.
Strategi Bertahan- Bertahan
dalam Kumpulan

 Strategi bertahan dalam kumpulan ialah


pasukan bertahan akan membentuk sistem
satu barisan sama ada 7-0 atau 6-1.
 Strategi 7-0 ialah pasukan bertahan secara
berkumpulan membentuk satu barisan, iaitu
7 orang pemain semasa pasukan sedang
bertahan.
 Strategi ini menyukarkan pihak lawan yang
menyerang untuk melepasi kawasan
pasukannya.
Strategi Bertahan- Bertahan
dalam Kumpulan

 Strategi 6-1 pula ialah pasukan akan


membuat barisan 6 orang pemain tetapi
seorang pemain yang pantas berlari yang
dikenali sebagai quarterback akan berada
di belakang barisan tersebut.
 Tujuan atau tugas pemain quarterback
adalah untuk mengejar mana-mana pemain
pasukan penyerang yang berjaya melepasi
barisan pertahanan pasukan.
Cara Bermain
 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
bertujuh.
 Kumpulan A akan bertahan dengan
menggunakan strategi 6-1 manakala kumpulan B
akan menyerang dengan menggunakan strategi 7-
0.3 Murid satu (M1) akan bergerak ke belakang
sebagai quaterback untuk membentuk strategi
pertahanan 6-1.
 M1 akan bersedia untuk menyentuh mana-mana
pemain pihak penyerang yang membawa bola
melepasi halangan pasukan bertahan.
Cara Bermain
 Murid tiga (M3) akan mengacah murid dua (M2) dan
membuat larian zig-zag.
 M3 akan menghantar bola kepada murid empat
(M4).
 Sementara pemain bertahan yang lain kekal fokus di
zon kawalan masing-masing.
 Setiap pemain mengawasi pemain lawan di zon
kawalannya untuk kawalan zon satu lawan satu.
 Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan mengaplikasikan semua
peraturan dan undang-undang permainan ragbi
sentuh.

Anda mungkin juga menyukai