Anda di halaman 1dari 8

PEMBATALAN DAN

PENAMATAN KONTRAK
PERBINCANGAN TOPIK

• Apakah perbezaan antara ‘BATAL’ dan ‘TAMAT’ sesuatu


kontrak?
• Berikan contoh pembatalan dan penamatan bagi sesuatu
transaksi dalam muamalat.
PENGENALAN

• Sesuatu kontrak boleh tamat dengan adanya pembatalan (ibtal)


atau penamatan (fasakh), atau berlaku kematian salah satu
pihak yang berkontrak atau kedua-duanya dan kontrak yang
tergantung apabila syarat-syarat kontraknya tidak dipenuhi.
• Istilah ‘fasakh’ atau pembatalan kontrak ini berbeza dengan
‘batal’.
• Fasakh ialah proses menamatkan kontrak yang telah sah dari
segi asalnya manakala ‘batal’ ialah kontrak tersebut adalah
terbatal atau tidak sah sejak awal lagi kerana tidak menepati
syarat-syaratnya mengikut perspektif Islam seperti tidak cukup
rukun kontrak atau tidak menepati syarat-syaratnya.
• Penamatan kontrak melalui pembatalan boleh berlaku dalam
beberapa keadaan manakala kematian menyebabkan beberapa
jenis kontrak tamat.
PENAMATAN KONTRAK MELALUI
FASAKH
a) Pembatalan dengan sebab rosak atau percanggahan kontrak.
• Jika kontrak menjadi rosak seperti menjual sesuatu yang tidak diketahui atau jualan
yang terikat dengan tempoh, maka wajib dibatalkan sama ada pembatalan tersebut
dibuat oleh dua pihak yang berkontrak atau dibuat oleh Qadhi atau Hakim.
 
b) Penamatan dengan sebab Khiyar.
• Pihak pemilik khiyar dalam khiyar syarat atau khiyar aib atau khiyar ru’yah dan
sebagainya boleh menamatkan kontrak semata-mata dengan kehendaknya tetapi
dalam khiyar aib selepas penerimaan barang pada si pembeli ia tidak boleh
memfasakhkan lagi jualbeli tersebut kecuali dengan persetujuan kedua-dua belah
pihak.

c) Penamatan (fasakh) kerana tidak melaksanakan kontrak.


• Penamatan kontrak boleh dilakukan apabila salah satu pihak yang berkontrak gagal
melaksanakan tanggungjawab mereka atau hak salah satu pihak tidak dipenuhi.
Penamatan boleh dilakukan dengan persetujuan pihak yang terlibat atau melalui
proses undang-undang.
d) Penamatan akibat penamatan tempoh kontrak atau tercapai
maksudnya.
• Penamatan kontrak juga boleh berlaku apabila telah tamat tempoh
kontrak tersebut seperti tempoh kontrak sewa rumah dua tahun
atau kontrak jaminan.
 
e) Sesuatu kontrak itu akan tamat atau mansuh apabila berlaku
kematian salah satu pihak yang terlibat atau kedua-duanya sekali.

f) Pembatalan kontrak juga boleh berlaku dengan alasan


• Paksaan
• Pengaruh tidak wajar
• Fraud (tipuan)
• Salahnyataan
• Khilaf (kesilapan)
PELEPASAN KONTRAK

Pelepasan kontrak bermaksud penamatan obligasi kontraktual. Suatu


kontrak itu dilepaskan apabila pihak dalam kontrak tidak lagi terikat untuk
melaksanakan kewajipan dan tuntutan. Terdapat 4 cara bagaimana kontrak
itu dilepaskan :

a) Pelepasan secara pelaksanaan – pelaksanaan mestilah menyeluruh dan jitu,


apabila suatu pihak tidak dapat melaksanakan janjinya maka penerima janji
boleh menamatkan kontrak itu, melainkan jika ia telah menunjukkan dengan
kata-kata atau kelakuan persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.

b) Pelepasan disebabkan oleh pecah kontrak – berlaku apabila terdapat satu


pihak yang berkontrak memungkiri kontrak maka dengan ini pihak yang
melaksanakan kontrak boleh menamatkan kontrak tersebut dengan menuntut
ganti rugi daripada pihak yang telah memungkiri tadi.
c) Pelepasan melalui perjanjian – jika pihak-pihak yang
berkontrak bersetuju untuk menggantikannya dengan suatu
kontrak baharu atau untuk membatalkan atau memindanya maka
kontrak asal itu tidak perlu dilaksanakan.
 
d) Pelepasan melalui doktrin kekecewaan – kontrak dilepaskan
sekiranya kontrak itu sendiri menjadi tidak sah dan tidak
mungkin dapat diteruskan oleh mereka. Hilang atau musnah
sesuatu yang menjadi asas kontrak. Maka undang-undang boleh
melepaskan pihak-pihak yang berkontrak daripada obligasi
masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai