Anda di halaman 1dari 74

PENGENALAN

PENDIDIKAN
KHAS
KPLI KDC
AMBILAN NOVEMBER 2009
Anda akan didedahkan

SINOPSIS dengan definisi konsep,


falsafah pendidikan khas,
konsep-konsep asas
-Falsafah Pendidikan
Khas
pendidikan khas spt;

-sejarah perkembangan
-akta pendidikan
pendidikan khas

-perkembangan murid
-kategori murid-murid
bermasalah
berkeperluan khas
pembelajaran

-pengurusan pendidikan -khidmat sokongan


khas dan dalam pendidikan khas
HASIL PEMBELAJARAN
• Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :
i. menguasai konsep pendidikan khas dan
hubungannya dengan pendidikan formal
ii. Memahami kandungan Falsafah Pendidikan
Negara dan Falsafah Pendidikan Khas serta
sejarah perkembangan pendidikan khas
iii. Mengenalpasti kategori dan perkembangan
murid berkeperluan khas serta menentukan
khidmat sokongan dan bantuan khas yg
diperlukan seterunya memahami pengurusan
pendidikan khas
TAJUK 1 :
DEFINISI, KONSEP, FPK dan AKTA PENDIDIKAN KHAS

• DEFINISI

• Program yang dirancang khusus untuk


memenuhi pelbagai keperluan murid-murid
khas.
• KONSEP

• Menggunakan teknik yang bersesuaian dengan


murid-murid khas.
• Penggunaan sumber dan peralatan khas untuk
membantu pembelajaran murid-murid khas.
• Mendidik dan membentuk murid melalui
perkembangan mental, kestabilan emosi dan
intergrasi sosial.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
• Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
• Pendidikan khas di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdedikasi, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sendiri sebagai seorang individu
dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan falsafah pendidikan
negara.
VISI
• Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
kepada murid-murid berkeperluan khas ke
arah kecemerlangan hidup sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
• Menyediakan pendidikan yang berkualiti
kepada murid-murid berkeperluan khas untuk
menjadikan mereka INSAN yang dapat
berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan negara.
AKTA PENDIDIKAN KHAS
• Anda boleh merujuk kepada akta-akta dan
pekeliling yang berkaitan dengan pendidikan
khas Malaysia dan antara bangsa.
Akta Pendidikan 1996
• Bahagian IV Akta Pendidikan 1966, peruntukan undang2
berkaitan dgn pendidikan khas yg termaktub dlm Bab 8,
adalah :
i) Definisi murid berkeperluan khas
Peraturan2 Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II
3(2) menyatakan:
“Seseorang murid dgn keperluan khas adalah boleh
dididik jika dia mampu utk mengurus diri sendiri tanpa
bergantung kpd org lain dan disahkan oleh panel yg terdiri
drpd pengamal perubatan, pegawai Kementerian
Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat,
sebagai berupaya mengikut program pendidikan
kebangsaan layak kecuali murid-murid berikut ;
• a) murid yg cacat anggota tetapi
mempunyai kebolehan mental untuk
belajar seperti murid biasa ; dan
• b) murid yg mempunyai pelbagai kecacatan
atau yg sangat cacat anggotanya atau yg
terencat akal yg berat”
ii) Program pendidikan khas

Seksyen 41. Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan


Khas) 1997, bahagian 1 para 2 menyatakan bahawa;
a) suatu program pendidikan di sekolah khas bagi
murid yg mempunyai kecacatan penglihatan atau
kecacatan pendengaran,
b) suatu program percantuman di sekolah biasa bagi
murid yg mempunyai kecacatan penglihatan atau
kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah
pembelajaran; dan
c) suatu program pendidikan inklusif bagi murid dgn
keperluan khas yg boleh menghadiri di dalam kelas biasa
bersama-sama dgn murid biasa.
iii) Kurikulum
Untuk memenuhi keperluan individu, program
pengajaran dan pembelajaran yg dijalanlkan
adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-
peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
yg menyatakan bahawa;
“guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau
teknik pengajaran atau pembelajaran, masa
bagi aktiviti dan susunan aktiviti mata pelajaran
dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat pendidikan khas”
AKTA OKU
• Digubal pada tahun 2008
• Memberi jaminan kpd golongan berkeperluan
khas memperoleh perkhidmatan mengikut
keperluannya
• Penekanan kepada khidmat intervensi awal
dan sokongan komuniti kpd golongan
berkeperluan khas
PEKELILING
• Berikut adalah contoh surat pekeliling
berkaitan dgn tempoh pendidikan murid
berkeperluan khas;
Pekeliling Ikthisas Bil 16 tahun 2002.
Tajuk : Tatacara pelaksanaan tempoh belajar
bagi persekolahan murid berkeperluan khas di
Sekolah Pendidikan Khas dan di Program
Integrasi Pendidikan Khas Seluruh Malaysia
LATIHAN
• Dengan membuat rujukan daripada pelbagai
sumber, anda dikehendaki mencari maklumat
surat pekeliling bagi tajuk2 berikut;
a) Insentif dan elaun guru pendidikan khas
b) Insentif dan elaun murid pendidikan khas
c) Penyediaan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI)
TAJUK 2 :
SEJARAH PENDIDIKAN KHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN

• PKBP diwujudkan berdasarkan kepada


keputusan perbincangan Jawatankuasa
Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal
Selangor & Wilayah Persekutuan pada 3
Oktober 1987.

• 1988 – Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan mula menubuhkan Kelas
Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP)
yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1,
Kuala Lumpur (dua kelas dengan dua
puluh orang murid, tiga orang guru
terlatih.
- Jabatan Pendidikan Selangor membuka
dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen
4, Selangor.
• 1990 – Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas
Khas Bermasalah Pembelajaran
(KKBP) yang melibatkan dua ratus
orang murid dari kelas-kelas
percantuman telah diuji.
- Mesyuarat menganalisa data dari ujian
percubaan di Universiti Malaya.
• 1991 – Kursus satu tahun bermasalah
pembelajaran bermula di Maktab
Perguruan Ilmu Khas.

• 1992 – Pembukaan program Pendidikan Khas


Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di
seluruh negara secara berperingkat.
• 1993 – Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini merupakan program
gabungan prinsip Pendidikan Am
dan Prinsip Pendidikan Khas.

• 1995 – pendidikan Inklusif bermula.


• 1996 – Pembukaan program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran Perintis
peringkat sekolah menengah di SMK
Yaacob Latiff, Jalan Peel dan SMK
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
(Sumber data : Jabatan Pendidikan
Khas ).
• 2006 – Statistik JPKhas (2006) menunjukkan
pertambahan ketara bilangan program
masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu
sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada
656 buah pada tahun 2006. Manakala
bilangan program di sekolah sebanyak 187
buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada
tahun 2006
SEJARAH PERKEMBANGAN DI LUAR
NEGARA

• Dibahagi mengikut kumpulan masalah


pembelajaran yg terbesar iaitu terencat akal,
autisme, sindrom down dan masalah tingkah
laku dan emosi
LATIHAN
i. Terangkan perbezaan dan persamaan di
antara Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

ii. Jelaskan hubungan Falsafah Pendidikan Khas


dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
TAJUK 3 :
KATEGORI DAN CIRI-CIRI MURID-MURID
BERKEPERLUAN KHAS

3.1 Kategori Murid Berkeperluan Khas


i. Bermasalah Penglihatan
* Rabun
* Buta
ii. Bermasalah Pendengaran
* Pekak
iii. Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku
* Hiperaktif
* Hipoaktif
* ADD/ADHD
iv. Bermasalah Fizikal dan Kesihatan
* Palsi Serebral
* Sindrom Frangile X
* Penyakit yg serius
v. Bermasalah Mental
* Kerencatan Akal
* Sindrom Down
vi. Bermasalah Komunikasi
* Autisme
* Sidrom Asperger
vii. Bermasalah Pembelajaran
* Disleksia
* Pemulihan
* Slow Learner
viii. Berbakat dan Pntar Cerdas (Gifted and
Talented)
CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN
i. Sindrom Down

- rambut jarang dan lurus


- muka leper, leher pendek
- mata kecil dan senget ke atas
- lidah tebal, lelangit tinggi
- jari pendek dan lebar
- senang dijangkiti penyakit telinga,
mata dan hidung
- cuping telinga tidak sempurna
- garisan pd tapak tangan terang
- IQ rendah dan bermasalah pertuturan
ii. Autisme
* Bermasalah komunikasi
* sukakan rutin, Ekolalia
* sering berada dalam dunia sendiri
* cederakan diri sendiri
* Kompulsif , tida k suka disentuh
* tidak suka bergaul
* tidak suka bertentang mata
* kerencatan bahasa, masalah
kefahaman
* melakukan tugas berulang-ulang
iii. Palsi Serebral
* kecacatan anggota – tangan, kaki, tubuh badan
* masalah pergerakan, masalah postur
* Kekejangan, pergerakan tidak terkawal
* masalah imbangan badan
* masalah komunikasi,
* masalah motor halus/kasar
* masalah tulisan
* masalah perkembangan motor halus/kasar
iv. Hiperaktif
* tidak boleh duduk diam
* impulsif
* tumpuan perhatian singkat
* suka menganggu orang lain
* bermasalah pembelajaran
v. Hipoaktif
* tidak suka bergerak
* lambat habiskan tugasan
vi. Tumpuan Perhatian Singkat (ADD /ADHD)
* lambat menyiapkan tugas
* mudah terganggu, masalah konsentrasi
* masalah mengurus tugasan
* cepat lupa, Impulsif
* membuat tugasan lain tanpa menyiapkan
tugasan sebelumnya
* memerlukan pengawasan yang lebih
* masalah menunggu giliran
vii. Kerencatan Akal
* Terdapat 4 tahap kerencatan akal
i. ringan
ii. Sederhana
iii. Teruk
iv. Amat teruk
* masalah tingkah laku, masalah bahasa
* masalah pengamatan, masalah sosial
* mengambil masa yg lama utk mempelajari
* masalah komunikasi, masalah pengendalian
* masalah dalam pemindahan pelajaran
* perkembangan lewat dalam semua aspek
berbanding dengan rakan sebaya
viii. Masalah Emosi / Tingkah Laku
* tidak boleh memberi tumpuan kpd aktiviti
yg sama dlm tempoh yg panjang
* pendiam dan pemalu
* selalu bercakap banyak, meninggi diri, suka
menarik perhatian
* dengki, khianat,cepat marah dan meradang
* mencederakan diri sendiri dan orang lain
* berkelakuan ganjil,tidak kenal bahaya
* berpotensi melakukan perbuatan yg
membahayakan diri sendiri
* kerap menangis
ix. Masalah Komunikasi
* kecelaruan pertuturan
* keceleruan bahasa
* kecelaruan suara
* masalah artikulasi
* masalah kelancaran
x. Kerencatan Anggota
* kesukaran menggerak kaki, tangan atau
leher
* masalah duduk, berdiri , berjalan dengan
baik
* masalah mendengar, bertutur atau belajar
xi. Pintar Cerdas / Berbakat
* keupayaan umum yg istimewa
* kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yg
tinggi
* bermotivasi tinggi, IQ tinggi
* mudah memahami pengajaran dan
pembelajaran
* menguasai sesuatu kemahiran dengan
mudah dan berkesan
xiii. Murid-murid yg mempunyai keupayaan
mental yg rendah
* kerencatan akal yang ringan
* pencapaian kemahiran 3M rendah
* tidak suka diberi tugasan yg banyak
* lemah dalam kefahaman bahasa
* sukar memberi tumpuan/ perhatian
* cepat lupa
LATIHAN
• Namakan 5 jenis ketidakupayaan dalam
kalangan murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran dan jelaskan ciri-ciri
bagi setiap jenis tersebut.
TAJUK 4:
PERKEMBANGAN MURID-MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN
Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak dari
Aspek Jasmani, Mental, Emosi dan Sosial
1. Pertumbuhan:
- Perubahan yg dapat diukur dr suatu tahap ke suatu
tahap yg lain dan satu jangka masa ke satu jangka
masa yg lain.
- Perubahan dr segi kuantiti spt ukuran tinggi, berat
badan dan luas bidang badan
ii. Perkembangan
- Proses di mana murid mencapai kematangan
- perubahan yg berbentuk kualiti – sifat perubahan yg tidak
dapat diukur secara kuantiti tetapi memperlihatkan sifat
yg berlainan drpd peringkat yg terdahulu
- perubahan yg nyata ialah perubahan fizikal kanak-kanak –
bermula apabila sel sperma lelaki menembusi telur ovum
yg membentuk zigot.
- selepas 5 minggu membentuk embrio sepanjang
5mm
- selepas minggu ke 6 panjang embrio 13mm,
muka dan anggota mula berupa manusia
- 8 minggu embrio betul-betul menyerupai
manusia, peringkat ini hingga natal embrio disebut tian
- Pada masa sembilan bulan, sebelum kelahiran,
seseorang bayi mempunyai berat badan
antara 3 – 3.5 kg dan panjang kira-kira 50 cm
- Organ-organ berkembang hingga tian dapat
terus hidup apabila dilahirkan

Perbezaan pertumbuhan dan perkembangan


dapat dibezakan melalui jasmani, mental,
emosi dan sosial spt rajah berikut:
• Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan

• Penyuburan

• Pertumbuhan Perkembangan

• Jasmani Jasmani
• Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan – gigi kemahiran mengguna

• anggota spt berlari, melompat



• Mental Mental
• Keupayaan berfikir bertambah Kemahiran berbahasa, angka,
• perkara subjektif penaakulan

• Emosi Emosi
• Perasaan sayang, gembira ,suka memahami konsep perasaan dan
mengamalkan perasaan ketika
marahtakut dll

• Sosial Sosial
Ciri-ciri utama dalam tiap-tiap peringkat
perkembangan murid

i. Peringkat Bayi
* Kadar Pertumbuhan cepat
* kemahiran berjalan, melompat,berlari dll
* kawalan motor
ii. Peringkat Awal Murid-murid
* Kadar pertumbuhan lambat
* Murid perempuan mendahului murid lelaki
* Kawalan motor dan penguasaan kemahiran
* suka bercampur gaul dgn murid lain
* suka melakukan kegiatan/aktiviti
* Otot sedang membesar
* memerlukan kasih sayang
* berminat berlakon
iii. Murid-murid
* sudah bersekolah
* semangat belajar, cergas, aktif dan agrasif
* Koordinasi mata, tangan bertambah baik
* otot yg kuat banyak digunakan
* Memerlukan kasih sayang
* berminat berlakon
vi. Awal Remaja
* perempuan lebih tinggi drpd lelaki yg sebaya
* mempunyai selera yg baik
* perubahan pd suara – ketara pd lelaki
* kemahuan membaca dan hiburan memuncak
* Memahami idea
* Memahami prisip akhlak
* melihat dan menilai sesuatu dgn lebih objektif
v. Remaja
* Pertumbuhan mendadak
* Pengaruh kumpulan diutamakan
* perbezaan antara lelaki dan perempuan amat
nyata
* daya fikir dan taakulan bertambah matang
* kurang mempunyai keyakinan diri
* suka ketekalan dan keseimbangan
* mengalami kebimbangan dan ketegangan
* suka bebas dan tidak suka kawalan ibu bapa
Strategi Mengurus Diri di kalangan Murid Bermasalah
Pembelajaran
- Bidang mengurus diri meliputi :
- * Kebersihan Diri – gigi, kuku, rambut, tangan,
badan,muka
- * Mengurus Pakaian , makanan, tandas, kediaman
- Kaedah yg berkesan – tunjuk cara
- - demonstrasi
- - Simulasi
- Dijalankan dengan terperinci, teratur, sistematik, dan
melibatkan pelbagai deria berdasarkan tahap penerimaan
murid
- Perlukan Latih tubi utk memastikan ketekalan penguasaan
kemahiran
TAJUK 5 :
PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
5.1. Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran
Malaysia- Di peringkat awal prkembangan pendidikan khas
di Malaysia tumpuan terhadap menyediakan peruntukan
bagi murid bermasalah pendengaran dan penglihatan
- Program Pendidikan KhasKementerian Pelajaran Malaysia
dilaksanakan melalui:-
- a) Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan
pendengaran
- b) Program pendidikan khas integrasi disediakan utk murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran,
pendengaran dan penglihatan
- diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah
dan sekolah menengah teknik/vokasional menggunakan
• Tempoh Belajar
• Murid berkeperluan khas rendah 6 tahun
• Murid berkeperluan khas mengah 5 tahun
• Boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum
dimana peringkat sama ada sekoklah rendah
atau menengah
• Program Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran
(Integrasi)
- Model intergrasi (percantuman) yang tersendiri, di mana
program pendidikan khas wujud di sekolah biasa sama ada di
bawah satu pentadbiran atau di bawah pentadbiran yang
berbeza.
• Ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri
manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab
terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan
pengisiannya.
• Merupakan kelas bagi murid-murid khas di sekolah-sekolah
biasa.
• Kelas ini merupakan sebahagian daripada sekolah berkenaan
dan semua aspek pentadbirannya adalah di bawah sekolah dan
di bawah kelolaan jabatan pelajaran negeri.
• Selain memberikan pendidikan formal kepada
murid berkeperluan khas, kelas ini juga
bertujuan menyatukan murid-murid khas ini
dengan kanak-kanak khas biasa dalam sekolah
ke arah normalisasi ( Abdul Wahab, 1998
dalam Chih Lih Shuang, 2002 )
• Program ini juga dinamakan program
intergrasi yang menjalankan program khas
secara berkemampuan dan kesesuaian murid.
5.2. Struktur Organisasi Pendidikan Khas
Peringkat Sekolah
• GURU BESAR/PENGETUA

• Guru Penolong Kanan Guru Penolong


• Hal Ehwal Murid Kanan Kurikulum
Penyelaras Pendidikan Khas

Guru Guru-guru Pendidikan Khas

Murid Murid



5.3 Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
• 5.3.1 Pengenalan
- RPI merupakan satu program pendidikan khas
secara individu yang dirancang secara bertulis
bagi menilai pencapaian kanak-kanak khas
secara berterusan.
- RPI membawa kebaikan kepada pelajar khas
yang memerlukan perkhidmatan khas tetapi
menimbulkan pelbagai masalah dari segi
pelaksanaannya.
5.3.2 Apakah Rancangan Pendidikan Individu?(RPI)
- sebuah kontrak yang mendokumenkan program
pembelajaran dan perkhidmatan khas yg disediakan
oleh satu pasukan kepada setiap murid yang telah
diputuskan memerlukan perkhidmatan pend. khas.
- mengandungi maklumat prestasi murid terkini,
matlamat dan objektif pembelajaran, jenis
perkhidmatan pembelajaran khusus yg perlu
disediakan, perkhidmatan sokongan, penentuan
lokasi, jangka masa perkhidmatan yg bersesuaian,
dan menyatakan bentuk penilaian untuk menentukan
keberkesanan perkhidmatan
( Strickland & Turnbull 1990).
• Westwood (1983) menyatakan bahawa RPI
adalah satu proses yang memerlukan dan
kolaborasi antara guru kelas, guru pendidikan
khas, ibu bapa, guru besar dan para pakar
perubatan dengan mengambil kira beberapa
perkara.
• Perkara-perkara itu ialah:
a. Kekuatan dan kelemahan murid tersebut.
b. Matlamat jangka panjang dan objektif
jangka pendek.
c. Jangka masa yang ditetapkan bagi
mencapai sesuatu objektif dengan tujuan
menilai keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
d. Tanggungjawab setiap individu dalam
melaksanakan dan pengawasan dalam
program RPI.
• Suatu bentuk pemuafakatan antara pelbagai
pihak amatlah perlu bagi menjayakan
Rancangan Pendidikan Individu.
5.3.3 Perkembangan Pendidikan RPI
- Bermula di Amerika Syarikat apabila PL94-142,
digubal menjadi satu akta yg dikuatkuasa dr
segi perundangan’
- RPI menjadi panduan di beberapa buah
negara termasuk negara kita
- Pd 1962 bahagian sekolah menjemput
seorang jururunding dr Amerika Syarikat
Frank.L.Franks bg merancang program
pendidikan khas dan telah mempengaruhi
pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia
- Syor perisytiharan Salamanca (UNESCO 1994),
bahagian 3, telah menggesa semua kerajaan
mewujudkan mekanisme penglibatan utk
merancang, memantau, dan menilai peruntukan
kpd murid berkeperluan khas yg boleh diguna
pakai sbg panduan pelaksaan RPI
- Menetapkan semua sekolah awam perlu
menyediakan kemudahan pendidikan kpd semua
murid tidak kira masalah fizikal, inteek,
soaial,emosi, bahasa atau perkara2 lain.
- Di bawah Jabatan Pendidikan Khas , KPM
menyarankan supaya setiap sekolah yg mempunyai
perkhidmatan pendidikan khas perlu menyediakan
RPI berasakan Akta Pendidikan Malaysia1996 Bab 8
Seksyen 41(b) mencatatkan “Kurikulum hendaklah
digunakan berhubungan dengan pendidikan khas
- Paras 41(3) diperjelas dgn menyatakan “Kurikulum
yang ditetapkan di bawah perenggan (1b)
hendaklah mematuhi kehendak kurikulum
Kebangsaan setakat yang mmunasabah”
• Kurikulum utk murid-murid khas perlu
berasaskan Kurikulum Kebangsaan dengan
pengubahsuaian mengikut kepentingan,
keupayaan dan keperluan pelajar (Akta
Pendidikan 1996)
• RPI yg diguna pakai seharusnya dapat
membantu guru-guru menyediakan satu
program yg bersesuaian dengan tahap dan
kebolehan murid
5.3.4 Pelaksanaan RPI
Carta Aliran dlm Proses Pembentukan RPI

Rujuk Pihak yang Terlibat

Pengumpulan Maklumat

Mesyuarat

Objektif/Srtategi Objektif/kemahiran
Baru Penulisan berikutnya

Pelaksanaan

Penilaian

Gagal Objektif Tercapai


Tujuan Utama RPI
- Mengenalpasti serta mengamalkan aktiviti
pembelajaran yg boleh meningkatkan pengalaman
belajar murid khas
- Satu kenyataan bertulis bagi keperluan murid khas
yg menyatakan objektif pendidikan dan sumber yg
diperlukan utk murid mencapai objektifnya
- Laporan bertulis hendaklah disediakan mengenai
pendidikan mengikut tahap pencapaian seseorang
murid
- Memberi dua fokus keutamaan :
- i) satu rancangan pendidikan atau program
pembelajaran
- ii) menumpukan kepada individu
- Merupakan satu dokumen yg diguna pakai
bagi murid khas menerima program
pendidikan khas secara individu
- Perlu dinilai sekurang-kurangnya satu kali
setahun
Pihak-pihak dan elemen yang membantu
proses membina RPI
i) Ahli Jawatankuasa RPI
- terdiri drpd pentadbir sekolah, ibu
bapa, guru pendidikan khas dan kumpulan
pelbagai disiplin
- peranan ibu bapa penting dalam
menentukan kejayaan program RPI di
sekolah
ii) Aliran Penyedia RPI
- Peringkat awal ialah pemilihan ahli
jawatankuasa dan perlu mendapat
persetujuan mereka utk menyertai
jawatankuasa , ditetapkan tarikh, masa dan
tempat mesyuarat
- mesyuarat menghasilkan RPI perlu
diadakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh
pelajar disahkan mempunyai masalah
ketidakupayaan
- penyediaan RPI akan memberi peluang
kepada semua pihak untuk sama-sama
merancang program yang paling sesuai utk
a) Rujuk Pihak yang Terlibat
- perlu wujud hubungan yg baik antara guru,
ibu bapa dan sekolah, serta sekolah dan agensi luar
yang berkaitan
b) Pengumpulan Data
- mengumpul segala maklumat berkaitan dengan
kekuatan , kelemahan dan keperluan murid yang boleh
membantu proses pengajaran dan pembelajaran melalui:
- Borang biodata murid
- Sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan
perkembangan
- Borang kaji selidik akademik
- Ujian diagnostik
-Pemerhatian ke atas murid
c) Mesyuarat
- mesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama
iaitu:
i. aspek tugasan seperti berkongsi maklumat,
menyediakan matlamat dan objektif, menyenaraikan
strategi pengajaran, membahagikan tugas kepada
individu yang terlibat dalam pengajaran, menyediakan
kriteria penilaian, dan menetapkan tarikh
penilaian/semakan semula.
ii. Tanggungjawab iaitu memastikan satu
jawatankuasa diwujudkan, mengedar maklumat yang
diperolehi kepada semua ahli yang terlibat, dan
mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh guru
besar atau mana-mana pentadbir di sekolah.
d) Penyediaan/Penulisan RPI
- Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah
pendokumentasian. Penulisan RPI mempunyai
kompenan-kompenan berikut:
i. Objektif yang khusus untuk murid.
ii. Strategi pengajaran yang berkesan
iii. Mengenal pasti individu yang akan
bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan.
iv. Resos yang diperlukan untuk mencapai
objektif.
v. Prosedur penilaian yang terperinci.
e) Pelaksanaan
- Segala resos dan kemudahan bantuan perlu
disedia, diselaras dan dipantau untuk
membantu pencapaian pengajaran guru.
• Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
i. Penyelarasan resos dan kegunaannya.
ii. Mengenal pasti individu yang bertanggungjawab
tentang pelaksanaan.
iii. Penyelarasan program
iv. Bantuan dan sokongan kepada guru.
v. Pemantauan dan penilaian program.
f) Penilaian
- Maklumat tentang pencapaian dan perkembangan
murid dikumpul dan diedar kepada ahli.
- Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai,
program yang seterusnya dirangka mestilah sesuai
dengan matlamat berikutnya.
- Penglibatan ahli jawatankuasa RPI akan dapat
membantu penyediaan pelaksanaan RPI bagi murid-
murid berkeperluan khas.
- Penglibatan ibu bapa akan membantu guru-guru khas
dalam menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran selepas waktu persekolahan dan
diteruskan di rumah.

Anda mungkin juga menyukai