Anda di halaman 1dari 4

1.

Definisi dan Konsep Pendidikan Khas


2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
3. Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang
berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyerdari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. (Sumber:
Buletin Pendidikan Khas, 1997)
4. Visi Pendidikan Khas Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid
berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
5. Misi Pendidikan Khas Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid
berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang mampu berdikari, berjaya
dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

6. Apakah Itu Pendidikan Khas? Merupakan sebahagian daripada Pendidikan Biasa.


Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi (1948) dan Ikrar Masyarakat
Sedunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan untuk semua (1990)
menegaskan hak untuk semua tanpa mengira perbezaan individu.
7. Definisi Pendidikan Khas Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus
untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan
bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut
tahap kebolehan dan keupayaan murid.
8. Definisi Pendidikan Khas Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid
melalui • Perkembangan mental • Kestabilan emosi • Integrasi sosial
9. Dasar Pendidikan Khas • Akta Pendidikan 1996, Bab 8 • Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 • Keputusan Jawatankuasa Dasar, KPM •
Deklarasi Antarabangsa (Salamanca Declaration 1994)
10. Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) (1990)  … memastikan bahawa
setiap individu yang berumur 3 – 21 tahun mempunyai hak untuk mendapatkan
pendidikan yang percuma dan sewajar dengan keupayaannya.
11. United Nations Standard Rules on the Equalization of Opportunities for Persons
with Disabilities (1993) Mengesa negara-negara anggota memastikan bahawa
pendidikan bagi individu-individu kurang upaya dijadikan sebahagian daripada sistem
pendidikan negara.
12. Akta Pendidikan (1996) Maksud Pendidikan Khas Suatu program yang disediakan di
sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan dan
pendengaran. Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran atau masalah pembelajaran. Suatu
program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
hadir di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
13. Jenis-Jenis Penempatan(mengikut hierarki ‘restrictiveness’) • Kelas Biasa / Guru
khas sebagai ‘perunding’ • Guru Itinerant • Bilik Resos • Kelas Khas • Sekolah Khas •
Sekolah Berasrama / Pusat Berasrama
14. Jenis-Jenis Penempatan(mengikut hierarki ‘restrictiveness’) Semakin serius
kecacatannya, semakin ‘rendah’ penempatannya dalam hierarki penempatan yang
diberikan. Semakin ringan kecacatannya, semakin ‘tinggi’ penempatannya dalam
hierarki penempatan yang diberikan.
15. Siapakah Kanak-kanak Berkeperluan Khas? … kanak-kanak yang berbeza
daripada kanak-kanak ‘biasa’ dalam MANA-MANA aspek berikut:
16. Ciri-ciri mental; • Keupayaan deria; • Ciri-ciri neuromuskular atau fizikal • Tingkah
laku sosial dan emosi; • Keupayaan komunikasi; atau • Pelbagai kekurangan
17. SEHINGGA pengubahsuaian dan perkhidmatan khas diperlukan  untuk
membolehkannya mencapai kemampuan yang maksimum. (Kirk, S. A. et al, 1999)
18. Objektif Utama Pendidikan Khas Mencegah / mengurangkan kemungkinan sesuatu
‘disability’ menjadi sesuatu ‘handicap’ (to prevent a disability from becoming a
handicap)
19. Kategori Murid Pendidikan khas • Bermasalah Penglihatan • Bermasalah
Pendengaran • Bermasalah Pembelajaran • Pintar Cerdas
20. Borang Pendaftaran
21. Kategori Kurang Upaya Pendengaran • Minima (Mild) - 20 - <30dB • Sederhana
(Moderate) - 30 - <60dB • Teruk (severe) - 60 - <90dB • Sangat Teruk (Profound) -
>90dB
22. Kategori Kurang Upaya Penglihatan Totally Blind Functionally Blind Low Vision
23. Totally Blind A student who is totally blind receives no useful information through the
sense of vision and must use tactile and auditory senses for all learning.
24. Functionally Blind A child who is functionally blind has so little vision that she learns
primarily through the auditory and tactile sense; however, she may be able to use her
limited vision to supplement the information received from the other sense and to
assist with certain task (eg. moving about the classroom)
25. Low Vision A child with low vision uses vision as a primary means of learning but
may supplement visual information with tactile and auditory input.
26. Siapakah yang terlibat dalam Pendidikan Khas? • Pendidikan Khas melibatkan
SEMUA murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih khas
27. Akta Bagi Orang Kurang Upaya 2002
28. Siapakah yang terlibat dalam Pendidikan Khas? • Pendidikan Khas melibatkan
SEMUA murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih khas
29. Siapakah yang terlibat dalam Pendidikan Khas? • Pendidikan Khas melibatkan
SEMUA murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih khas
30. Akta Bagi Orang Kurang Upaya 2002 Suatu akta untuk dijadikan asas bagi
penyamaan peluang kepada orang kurang upaya dan untuk mengelakkan
diskriminasi serta gangguan.
31. Matlamat Akta ini adalah: • Untuk memastikan bahawa OKU di Malaysia
mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain. •
Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas
sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup.
32. Matlamat Akta ini adalah: • Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan
prinsip bahawa OKU diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan
masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berhak di negara
ini.
33. Matlamat Akta ini adalah: • Untuk memastikan bahawa OKU di Malaysia
mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain. •
Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas
sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup.
34. Definisi • “Kurang Upaya” bererti penghalangan atau kekurangan upaya, disebabkan
kecacatan, untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi
orang biasa. • “Penyamaan peluang” bererti proses di mana sistem masyarakat dan
persekitaran, umpamanya perkhidmatan, aktiviti, maklumat dan dokumentasi,
disediakan kepada semua, terutama sekali kepada mereka yang kurang upaya.
35. Matlamat Akta ini adalah: • Untuk memastikan bahawa OKU di Malaysia
mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain. •
Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas
sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup.
36. Definisi • “Kecacatan” bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat
psikologi, fisiologi atau bentuk atau fungsi badan. • “Handicap” bererti kesulitan bagi
seseorang individu, disebabkan kerosakan atau kecacatan, yang menyekat atau
menghalang menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur,
jantina, dan faktor sosial dan kebudayaan.
37. Pendidikan • Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap
kecacatan harus menerima pendidikan PERCUMA dalam suasana yang bersesuaian
sehingga umur lapan belas tahun. • Pendidikan bagi OKU harus termasuk ke dalam
perancangan pendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi
sekolah
38. Pendidikan • Mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya ke dalam sekolah
biasa. • Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke
dalam sekolah biasa, pihak berkenaan harus: • Mengadakan polisi yang jelas,
dihayati dan diterima di peringkat sekolah & masyarakat umum • Membenarkan
kelonggaran kurikulum, serta tambah dan adaptasi • Menyediakan bahan pengajaran
yang berkualiti dan mudah didapati, latihan perguruan yang berterusan
39. Diskriminasi Pendidikan Berdasarkan Kecacatan • Pihak berkuasa pendidikan
tidak boleh mendiskriminasi seseorang atas sebab kecacatannya: • Dengan menolak
atau tidak menerima permohonan kemasukannya sebagai pelajar
40. Diskriminasi Pendidikan Berdasarkan Kecacatan • Sesebuah badan pendidikan
tidak boleh mendiskriminasikan seorang pelajar atas sebab kecacatannya: • Dengan
tidak memberi atau mengehadkan akses pelajar kepada sebarang manfaat yang
disediakan oleh badan berkuasa pendidikan; • Dengan dibuang sekolah; •
Menyebabkan berlakunya sebarang kerugian kepada pelajar
41. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia
42. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia Program Pendidikan Khas di
Malaysia bermula dengan pembukaan St. Nicholas Home oleh Gereja Anglican di
Melaka pada tahun 1926 bagi mereka yang lumpuh dan sawan. Pada tahun 1931 St.
Nicholas Home berpindah dari Melaka ke No. 4, Jalan Bagan Jermal, Pulau Pinang.
43. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia SR Pendidikan Khas (Cacat
Penglihatan) Princess Elizabeth di Johor Bahru, Johor pada tahun 1948. Sekolah
Kanak-kanak Persekutuan (Rendah & Menengah), Tanjong Bungah, Pulau Pinang
1954. Sekolah Khas Ipoh (1966) Sekolah Khas Sarawak (1972) Sekolah Khas Melaka
(1979)
44. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1962 • Latihan Perguruan
Khas kursus setahun diadakan di MPIK (bermasalah penglihatan & bermasalah
pendengaran) • Program percantuman dimulakan di SMK St. John, Kuala Lumpur.
45. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1964 • Unit Khas yang
dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas ditubuhkan di Bahagian Sekolah. • Kementerian
Pelajaran mula mengambil alih beberapa buah sekolah pendidikan khas sebagai
sekolah bantuan penuh kerajaan.
46. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1971 Pelajar cacat
penglihatan di terima masuk di Universiti Malaya.
47. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1978 SM Pendidikan Khas
(Cacat Penglihatan) Setapak, Kuala Lumpur ditubuhkan.
48. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1979 • Laporan
Jawatankuasa Kabinet melalui perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang
membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
49. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1986 SK Princess Elizabeth
di ambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
50. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 8 Oktober 1987 • Y.B.
Menteri Pendidikan membuat keputusan dasar mengenai pendidikan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran.
51. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1988 • Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menubuhkan Kelas Khas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur.
52. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1991 • Kursus satu tahun
bermasalah pembelajaran bermula di MPIK.
53. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1992 • Pembukaan program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di seluruh negara secara
berperingkat.
54. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1993 MPIK dan UKM
bekerjasama menjalankan Program Berkembar Pendidikan Khas.
55. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1994 Pembukaan program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran perintis di peringkat sekolah menengah
di SMK Yaacob Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, SMK
Seksyen 9, Shah Alam.
56. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1995 Pendidikan Inklusif
bermula bagi bermasalah pembelajaran.
57. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1995 Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan pada 16 Oktober 1995.
58. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1997 SR Pendidikan Khas
St. Nicholas di ambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepenuhnya dan
dipindahkan ke Seberang Prai dan di beri nama SK Pendidikan Khas Alma.
59. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 2001 Jabatan Pendidikan
Khas ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
60. Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai