Anda di halaman 1dari 30

Logik Matematik

Fakta Matematik
• Logik matematik digunakan untuk memperoleh fakta matematik
• Fakta dikategorikan kepada Aksiom, Takrif, Teorem, Lema, Usulan,
Korolari, Catatan, …
• Aksiom (Axiom)– Pernyataan yang diterima sebagai benar tanpa perlu
pembuktian
• Yang mana satu aksiom
- Satu garis lurus boleh dilukis menghubungkan dua titik.
(Aksiom Geometri Euklid – 300 SM)

- Nombor-nombor gandaan empat adalah genap.


• Takrif (Definition)– Memberi makna kepada sesuatu perkataan atau
istilah

• Yang mana satu suatu takrifan:


- Nombor genap adalah nombor-nombor tabii yang bukan
nombor ganjil

- Nombor genap adalah nombor-nombor tabii yang boleh


dibahagi dengan nombor dua tanpa baki
• Dalam matematik, fakta baharu diperoleh menerusi penaakulan atau
penghujahan deduktif (deductive reasoning)

• Bertolak dari takrif, aksiom atau fakta lain, penghujahan ini adalah
‘Bukti’ bagi fakta tersebut

• Fakta lain dikenali sebagai Teorem (Theorem), Usulan (Proposition),


Korolari ( Corollary), Lema (Lemma) dan Catatan (Remark)

• Contoh Ternama – Aksiom Geometri Euclid, Teorem Pitagoras, Lema


Neyman-Pearson, Teorem Bayes, Lema Cauchy dll
Teorem

Usulan
Semua lengkap
Aksiom atau Takrif Lema dengan pembuktian
masing-masing
Korolari

Catatan
Pernyataan Matematik dan Ayat Terbuka
• Takrif: Suatu pernyataan (matematik) adalah suatu ayat yang sama
ada benar (B) atau palsu (P) tetapi bukan kedua-duanya sekali gus.

• Contoh 1. Warna bulu kucing itu hijau. Yg mana


2. 3 + 7 = 11. pernyataan?
3. Nombor 5 adalah suatu nombor perdana.
4. Nombor y adalah genap.
Fikir-
• Latihan: “Pernyataan ini palsu.” - Ayat ini suatu pernyataan? fikirkanlah!!
• Takrif: Ayat terbuka adalah ayat yang mengandungi satu atau lebih
pemboleh ubah dan ayat ini bertukar menjadi suatu pernyataan
setelah pemboleh ubah berkenaan diganti dengan nilai-nilai
bersesuaian (dari domain pemboleh ubah).

• Contoh – Q(y): Nombor y adalah genap bagi y ϵ {2, 3, 5}.


Q(2) adalah benar manakala Q(3) dan Q(5) palsu
Jadi Q(y) adalah ayat terbuka terhadap domain {2, 3, 5}.

• Ayat terbuka juga dikenali sebagai pernyataan bersyarat.


Penafian

• Takrif: Misalkan Q suatu pernyataan. Maka ‘tidak Q’ adalah penafian


bagi Q.

• Kita lambangkan penafian bagi Q sebagai ~Q atau Q. Jadi jika Q benar


maka ~Q adalah palsu dan sebaliknya.

Q ~Q
• Sifir Kebenaran:
B P

P B
• Contoh Q: Semua kucing bermisai.
~Q: Semua kucing tidak bermisai ; atau
~Q: Ada kucing yang tidak bermisai.

Soalan Ujian:
Penghubung ‘Atau’
• Takrif: Misalkan Q dan R adalah dua pernyataan. Maka pernyataan Q atau
R (dilambangkan sbg Q v R) adalah benar apabila sekurang-kurangnya
satu di antara Q dan R adalah benar; jika ini tidak berlaku maka Q v R
adalah palsu.

Q R QvR
B B B
• Sifir Kebenaran:
B P B
P B B
P P P

• Soalan: Adakah ‘atau’ matematik sama dengan ‘atau’ dalam penggunaan


bahasa harian?
• Dalam matematik, ‘atau’ ditafsir secara terangkum (inclusive).
Maksudnya dua-dua pun boleh berlaku. Lihat baris pertama sifir.

• Namun kegunaan ‘atau’ dalam dunia nyata adalah bagi tujuan untuk
mengasingkan.

• Dalam sains komputer, ‘atau’ ditafsir secara terangkum juga?

Q R QR
• Ini sifirnya:
B B P
B P B
• Mengapa?
P B B
P P P
Penghubung ‘Dan’
• Takrif: Andaikan Q dan R dua pernyataan. Maka pernyataan Q dan R
(dilambangkan sbg Q  R) adalah benar hanya apabila kedua-dua Q dan
R adalah benar. Dalam situasi lain Q  R adalah palsu.
Q R QR
• Sifir Kebenaran: B B B
B P P
P B P
P P P

• Cth - Q: Nombor 7 adalah ganjil.; R: Nombor 14 adalah perdana.


Q  R: Nombor 7 dan 14 adalah masing-masing ganjil dan perdana.
Jadi Q  R adalah palsu sebab 14 bukan perdana.
Penghubung ‘Mengimplikasikan’
• Takrif: Andaikan Q dan R dua pernyataan. Maka pernyataan Q
mengimplikasikan R (dilambangkan sbg Q R) adalah
pernyataan dalam bentuk
Jika Q maka R.
Q R QR Semua adalah benar
• Sifir Kebenaran: B B B kecuali apabila Benar
B P P tidak dituruti dgn
P B B Benar.
P P B

• Cth - Q: Nombor 8 adalah genap.; R: Nombor 15 adalah perdana.


Q  R : Jika nombor 8 adalah genap maka 15 adalah perdana.
Q  R adalah palsu sebab Q benar dan R palsu
• Apabila Q  R, namakan pernyataan Q sebagai andaian, premis atau
hipotesis manakala R digelar kesimpulan atau matlamat.

• Secara amnya, untuk membuktikan Q  R benar, Q adalah maklumat


yang boleh diguna pakai manakala R adalah perkara yang perlu
disimpulkan.

• Contoh – Jika x genap maka x = 2n bagi suatu nombor tabii n.


Q: x genap – andaian, premis atau hipotesis
R: x = 2n bagi suatu nombor tabii n – kesimpulan
Penggunaan: Pembuktian Benar Secara Remeh
• Ingin buktikan kebenaran pernyataan ‘Q  R’.

• Berdasarkan sifir kebenaran, pernyataan ‘Q  R’ adalah benar jika R


adalah sentiasa benar.

• Oleh itu, dalam kes ini sekiranya kita boleh tunjuk R adalah sentiasa
benar, pernyataan ‘Q  R’ ini adalah benar, malah dikatakan benar
secara remeh (trivially true) .
• Contoh: Buktikan kebenaran pernyataan ‘Jika kucing bertanduk maka 23
adalah nombor perdana’.

• Bukti: Memandangkan 23 sememangnya nombor perdana maka


pernyataan berkenaan adalah benar secara remeh. 

• Perhatikan hipotesis pernyataan tidak memainkan peranan langsung


dalam kes ini ini, iaitu tiada masalah sama ada ‘kucing bertanduk’ atau
tidak!!
Penggunaan: Pembuktian Benar Secara Hampa
• Ingin buktikan kebenaran pernyataan ‘Q  R’.

• Berdasarkan sifir kebenaran, pernyataan ‘Q  R’ adalah benar jika Q


adalah sentiasa palsu.

• Seandainya, kita boleh tunjuk Q adalah sentiasa palsu, maka pernyataan


ini adalah benar, malah dikatakan benar secara hampa (vacuously true) .
• Contoh: Buktikan kebenaran pernyataan ‘Jika kucing bertanduk maka 23
adalah nombor perdana’.

• Bukti: Memandangkan mustahil bagi kucing untuk bertanduk maka


pernyataan ini adalah benar secara hampa. 

• Perhatikan bahawa kesimpulan pernyataan tersebut tidak memainkan


peranan langsung dalam pembuktian ini!!

• Perhatikan juga pernyataan yang sama boleh dibuktikan dengan dua


kaedah yang berbeza – ini lazim berlaku dalam pembuktian.
Tafsiran Q  R
• Beberapa cara untuk menafsir Q  R:
1. Jika Q maka R.
2. Q mengimplikasikan R
3. Q hanya jika R
4. Q adalah syarat cukup bagi R
5. R adalah syarat perlu bagi Q

• Soalan Ujian:
• Contoh: Jika x boleh dibahagi dengan 6 maka x boleh dibahagi dengan 3.
Tafsiran: Syarat boleh dibahagi dengan 6 adalah cukup untuk boleh
dibahagi dengan 3.
Tafsiran: Atau syarat boleh dibahagi dengan 3 adalah perlu untuk
boleh bahagi dengan 6.

• Catatan: Berbeza dgn pengunaan harian Q R tidak bermaksud ~Q ~R

• Contoh: ‘Jika awak sapu sampah maka ayah upah aiskrim’


tidak membawa maksud ‘Jika awak tidak sapu sampah maka ayah tidak
upah aiskrim’
• Apabila Q R, pernyataan R Q digelar akas (converse) bagi pernyataan
asal Q R.

• Contoh – Pertimbangkan: Q: x boleh dibahagi dengan 10


R: x boleh dibahagi dengan 5

Q R : Jika x boleh dibahagi dengan 10 maka x boleh dibahagi dengan 5


R Q: Jika x boleh dibahagi dengan 5 maka x boleh dibahagi dengan 10

Dalam kes ini, Q R adalah benar manakala akasnya R Q adalah palsu.


Mengapa?
• Takrif: Misalkan kedua-dua Q R dan R Q adalah benar. Maka kita
katakan yang Q dan R adalah setara dan tulis Q  R . Juga dinamakan
pernyataan dwisyarat.
• Kita baca Q  R sebagai Q jika dan hanya jika R
atau Q adalah setara dengan R
atau Q adalah syarat cukup dan perlu bagi R
atau R adalah syarat cukup dan perlu bagi Q

• Contoh: Nombor x adalah genap jika dan hanya jika x = 2n bagi suatu
nombor tabii n.

• Juga ‘x = 2n bagi suatu nombor tabii n adalah syarat cukup dan perlu
untuk x genap ’

• Atau ‘ x genap setara dengan x = 2n bagi suatu nombor tabii n’


• Takrif: Jika dua pernyataan T dan U memiliki sifir kebenaran yang sama
maka kita katakan T dan U setara secara logic (logically equivalent).
Lambangkan sebagai
T  U.

• Contoh: T : Q v R dan U : R v Q adalah setara secara logik


Q R QvR Q R RvQ
B B B B B B
B P B B P B
P B B P B B
P P P P P P
• Soalan: ‘Jika hujan maka guna payung’ setara dgn pernyataan mana:
• a) ‘Hujan’ atau `Tidak guna payung’
• b) ‘Tidak hujan’ atau ‘Guna payung’
• Jawapan:
T : Q R dan U: (~Q ) v R
Q R ~Q Q R (~Q) v R
B B P B B
B P P P P
P B B B B
P P B B B

• Maka T  U. 
• Pastikan anda faham apa yang berlaku di atas!
Soalan Ujian:
Penafian bagi Q  R
• Penafian bagi ‘Jika hari hujan maka saya guna payung’ ialah …?
A) ‘Hari tidak hujan dan saya tidak guna payung’
B) ‘Hari hujan dan saya tidak guna payung’
• Usulan: Penafian bagi Q R iaitu ~(Q R) ialah Q ~R.
Bukti: Q R ~(Q  R) Q R Q ~R Q R ~Q ~R
B B P B B P B B P
B P B B P B B P P
P B P P B P P B P
P P P P P P P P B

Iaitu ~(Q R)  Q ~R. 


• Pastikan anda faham apa yang berlaku di atas!
Soalan Ujian:
• Takrif: Kontrapositif bagi Q R ialah pernyataan ~R ~Q
• Contoh: Jika A adalah segiempat sama maka A adalah segiempat tepat
• Kontrapositif:
Jika A bukan segiempat tepat maka A bukan segiempat sama

• Semak: Q R  ~R ~Q . Iaitu 2 pernyataan ini setara.

• Jangan keliru dengan akas!!:


Jika A segiempat tepat maka A segiempat sama.
Tamat

Anda mungkin juga menyukai