Anda di halaman 1dari 12

SISTEM SURVELAN DI MALAYSIA

Dr Rusydi bin Rusli


Pegawai Perubatan UD48

MODUL 3 PENYAKIT BERJANGKIT


1. ANALISA EPIDEMIOLOGI PENYAKIT BERJANGKIT

i. Meneliti sistem survelan pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti TB, HIV/AIDS,
penyakit bawaan air dan makanan, penyakit bawaan vektor, penyakit zoonotik dan
sebagainya dan membuat satu pembentangan CME berkenaan sistem ini
PENGENALAN

• Kementerian Kesihatan telah mengkaji semula senarai


penyakit-penyakit berjangkit yang telah dinotifikasi dan
menggazetkan senarai baru pada tahun 1971 di mana
terdapat 36 jenis penyakit berjangkit yang perlu
dinotifikasikan.
• Pada tahun 1988, Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 telah dikuatkuasakan.
• Bilangan penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasikan telah
dikurangkan kepada 26 jenis penyakit berjangkit (antrax,
meningococcal meningitis, trachoma dan lain-lain)
SISTEM SURVELAN
PENYAKIT BERJANGKIT
Terdapat beberapa jenis sistem survelan untuk penyakit
berjangkit di Malaysia iaitu:
a. Sistem survelan mandatori notifikasi
b. Sistem survelan berpandu makmal (MKAK)
c. Sistem survelan berpandu klinikal
d. Survelan penyakit berjangkit oleh lain – lain agensi
e. Sistem survelan berpandu komuniti
Rajah 1 : Mekanisma Sistem Survelan di Malaysia
a. Sistem survelan mandatori notifikasi
• Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988, terdapat 26 penyakit berjangkit yang
memerlukan notifikasi.
• Notifikasi diperoleh dari fasiliti kesihatan awam dan
fasiliti kesihatan swasta
• Notifikasi boleh dibuat secara online melalui Sistem
Maklumat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDCIS) atau
secara manual
Rajah 2 : 26 Senarai kes
penyakit berjangkit yang perlu
dinotifikasi dalam masa
24 jam dan 1 minggu selepas
diagnosa
Gambar 1 : Borang Notifikasi APPPB 1988
Yang digunakan sehingga kini.
Gambar 1 : Laman web CDCIS yang digunakan oleh pegawai penyiasat untuk notifikasi
secara online.
b. Sistem survelan berpandu makmal
• Sistem ini diperkenalkan pada Ogos 2002. Sistem ini adalah
komplemen kepada sistem survelan notifikasi mandatori penyakit
berjangkit.
• Di bawah sistem ini, laporan mikroorganisma yang diisolasi oleh
semua makmal awam atay swasta perlu dimaklumkan kepada pihak
kesihatan yang berkaitan.
• Terdapat 6 jenis bakteria yang dipantau oleh makmal mikrobiologi di
bawah KKM iaitu: V. Cholerae, H. influenza B, Salmonella spp, S.
typhi/paratyphi, N. meningitides dan leptospira
c. Sistem survelan berpandu
klinikal

• Dihadkan untuk penyakit berjangkit yang didiagnos melalui clinical


(acute flacid paralysis, conjunctivitis & acute gastroentiritis) atau
sentinel (penyakit tangan, kaki & mulut)
• Survelan berpandukan makmal juga digunakan untuk notifikasi kes
penyakit berjangkit secara ‘syndromes’ (sindrom jaundice akut,
sindrom neurologikal akut, sindrom penafasan akut, sindrom
dermatologikal akut dan sindrom demam berdarah akut) semenjak
tahun 2004.
d. Survelan penyakit berjangkit oleh
agensi lain
• Survelan untuk penyakit berjangkit dalam kalangan pekerja asing
dibuat oleh FOMEMA dan dilaporkan kepada bahagian Kawalan
Penyakit, KKM

• Jabatan Perkhidmatan Haiwan membuat survelan untuk penyakit


zoonotik. Antara penyakit berjangkit yang dipantau ialah rabies, nipah,
avian influenza, JE, vancomycin resistant enterococcus, bovine
tuberculosis, bovine spongiform encephalopathy, brucellosis, amthrax,
toxoplasmosis dan leptospirosis

• Jabatan Perkhidmatan Haiwan perlu melaporkan kepada Cawangan


Survelan Penyakit Berjangkit, KKM seperti dipersetujui oleh
Jawatankuasa Kawalan Penyakit Zoonotik antara Kementerian
e. Survelan berpandu
komuniti
• Pemantauan khabar angin atau aduan penyakit
berjangkit oleh masyarakat atau orang awam yang
disiarkan melalui media cetak dan elektronik

Anda mungkin juga menyukai