Anda di halaman 1dari 8

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

KEMAHIRAN MENDENGAR - BERTUTUR

BAND

6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis.

PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

B6 DL 1: Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional .

EVIDENS

B6 DL 1 E1: Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan Kad Tugasan Simulasi Langkah Pentaksiran Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kad tugasan simulasi diedarkan kepada setiap kumpulan. Murid berbincang dan berlatih dalam kumpulan. Murid secara berkumpulan bergilir-gilir melakonkan aktiviti simulasi tersebut di hadapan kelas.

CONTOH ITEM

Kad Tugasan Simulasi

LAKONKAN SATU SITUASI PERUNDINGAN ANTARA GURU DENGAN MURID TENTANG PERMINTAAN MURID UNTUK MENGADAKAN PROGRAM KITAR SEMULA DI SEKOLAH SEMPENA MINGGU SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN.

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012


KEMAHIRAN MENDENGAR - BERTUTUR

BAND

6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

B6 DL 1: Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional

EVIDENS

B6 DL E2: Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan Bahan gambar (power point, helaian gambar) Langkah Pentaksiran Murid mellihat gambar yang diberikan Wakil murid daripada setiap kumpulan mengemukakan hasil perbincangan. Wakil murid daripada kumpulan lain diminta memberikan komen terhadap pendapat yang dikemukakan oleh rakan mereka.

CONTOH ITEM

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012

Contoh Kad Inventori Perbincangan :

BIL 1 2 3 4

Soalan Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan? Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat secara logik? Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah? Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-lain). Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?

/ X

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012


KEMAHIRAN MEMBACA

BAND

6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis.

PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

B6 DB 1: Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan.

EVIDENS

B6 DB1 E1: Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan Puisi Langkah Pentaksiran Murid membaca sajak yang terdapat dalam buku teks halaman 140 Murid menjawab soalan guru tentang maksud sajak. Berdasarkan maksud sajak, murid membuat ramalan tentang alam sekitar sekiranya pembalakan berlaku secara berleluasa pada masa akan datang.

CONTOH ITEM

BALADA TERBUNUHNYA BERINGIN TUA DI PINGGIR SEBUAH BANDAR RAYA Beringin tua di pinggir jalan raya di sebuah ibu kota yang setengah muda ratusan tahun usianya berdiri menadah matari memayungi bumi burung-burung berterbangan menyanyi di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya anak-anak bermain di keteduhan perdunya Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang gergasi teknologi menyerangnya

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012


dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi sehingga terdengarlah jeritan ngeri suara Beringin rebah ke bumi Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan: Selamat tinggal, selamat tinggal awan Selamat tinggal matahari selamat tinggal bulan Selamat tinggal kupu-kupu sayang Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang Selamat tinggal anak-anak bermain riang Namaku Beringin pohon tua yang terbuang dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan Usman Awang Buku teks tingkatan 1, halaman 140.

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012


KEMAHIRAN MEMBACA

BAND

6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis B6 DB 1: Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan B6 DB1 E2: Menilai dan memberikan pendapat daripada bahan yang dibaca

PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan

Petikan daripada drama Arah Ke Mana ( Buku Antologi Kasut Kelopak Jantung, halaman 154&155 ) Lirik lagu Anak

Langkah Pentaksiran Murid membaca dan memahami petikan drama. Berapa pelajar memberi ulasan tentang drama yang dibaca. Murid mendengar lagu anak sambil menghayati lirik yang diberi oleh guru. Murid-murid memberi ulasan dan pendapat berdasarkan lirik lagu dan drama yang telah dibaca, serta menghubungkaitkan dengan isu semasa (gejala sosial)

ANAK (CAREFREE) CONTOH ITEM


Semasa engkau dilahirkan Kau pun sudah satu impian Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa Kebahagian ibu ayah Bila menangis dan juga tertawa Hai anak kau tak mengerti Betapa mulia pengorbanan mereka Memberikan kasih-sayang Agar dapat menikmati dunia

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012


Masa silih berganti Kau membesar tak dikenali Cepat sungguh kau pandai bicara Apa yang telah terjadi Pada mereka kau derhaka Mengapa begitu apakah salahnya Hai anak kau tak mengerti Betapa mulia pengorbanan mereka Memberikan kasih-sayang Agar dapat menikmati dunia Kini kau telah tersesat Hilang diri dan pedoman Tak seorang pun mengambil peduli Dan kini engkau menangis Ibu ayah menghampiri Walau engkau telah terpesong jauh Hai anak kau tak mengerti Betapa mulia pengorbanan mereka Memberikan kasih-sayang Agar dapat menikmati dunia Hai anak kau tak mengerti Betapa mulia pengorbanan mereka Memberikan kasih-sayang Agar dapat menikmati dunia

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6

BAHASA MELAYU: TINGKATAN 1 2012


Contoh-contoh soalan guru. Apakah tema lagu anak dan drama Arah Ke Mana? Nyatakan pengajaran drama tersebut? Pada pendapat anda, apakah punca remaja menderhaka kepada ibu bapa? Bincangkan kesan sekiranya fenomena di atas berlaku? Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut?

Contoh Kad Inventori Perbincangan :

BIL 1 2 3

Soalan Adakah murid itu memahami tema lagu dan drama? Adakah murid itu dapat mengemukakan pengajaran daripada drama? Adakah murid itu memberikan pendapat tentang punca belakunya gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini? Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-lain). Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?

/ X

CONTOH INSTRUMEN DAN EVIDENS: BAND 5 & BAND 6

Anda mungkin juga menyukai