Anda di halaman 1dari 11

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 1

MODUL
POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

C4006

ATURCARA KONTRAK & UKUR BINAAA 2


MOHD SAFRI BIN OMAR (POLISAS)
MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 2

UNIT 2

PENGAMBILAN KERJA PEKERJA-PEKERJA, PEMATUHAN KEPADA ORDINAN KERJA 1955,DLL, HARI DAN WAKTU KERJA DAN KEMUNGKIRAN MEMBAYAR GAJI

Objektif am:

Mempelajari dan memahami Syarat syarat Kontrak Setara JKR 203A Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18 dan Fasal 19

Objektif khusus:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

Menyatakan kehendak Fasal 16 mengenai Pengambilan Kerja Pekerjapekerja, Fasal 17 Pematuhan Kepada Ordinan Kerja 1955, DLL. Fasal 18 mengenai Hari Dan Waktu Kerja dan Fasal 21 mengenai Kemungkiran Membayar Gaji.

Menggunakan Fasal tersebut dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan mengenai Pengambilan Kerja Pekerja-pekerja, Pematuhan Kepada Ordinan Kerja 1955, DLL. Dan Waktu Kerja dan mengenai Kemungkiran Membayar Gaji.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 3

2.0

PENGENALAN
Dalam unit ini akan diterangkan empat unit iaitu Fasal 16, 17 , 18 dan Fasal 21. Fasal 19 dan Fasal 20 tidak diterangkan dalam bahagian ini. Secara umumnya keempat-empat Fasal ini adalah berkenaan dengan pekerja-pekerja dan syaratsyarat umum yang mesti dilaksanakan oleh pihak majikan terhadap pekerja. Untuk penerangan yang lebih lanjut marilah kita bincang fasal tersebut satu persatu.

2.1

PENGAMBILAN KERJA PEKERJA-PEKERJA Pihak kontraktor memerlukan pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja ditapak bina. Dalam menguruskan pekerja ditapakbina kontraktor perlu mematuhi beberapa perkara penting dalam melakukan tugas tersebut. Dalam Fasal 16 akan dibincang secara terperinci perkara ini yang merangkumi sub fasal (a), (b), (c), (d), (e) dan (f). Untuk memudahkan anda memahaminya dengan jelas, terlebih dahulu perlu meneliti dan membaca Fasal 16 Borang Kontrak Setara JKR 203A.

FASAL 16
Borang Kontrak Setara JKR 203A

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 4

2.1.1

Huraian Subfasal (a) Warganegara Malaysia Kontraktor hendaklah mengambil kerja hanya warganegara Malaysia sebagai pekerja-pekerja dan sekiranya Kontraktor boleh membuktikan dengan memuaskan hati P.P. bahawa warganegara Malaysia tidak boleh didapati, maka Kontraktor boleh mengambil pekerja-pekerja yang bukan warganegara Malaysia tetapi tertakluk kepada kelulusan Kementrian Buruh.

2.1.2

Huraian subfasal (b) Nisbah pekerja Nisbah pekerja yang hendak diambil oleh Kontraktor hendaklah mencerminkan nisbah perkauman sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa dan nisbah ini boleh diubah hanya dengan persetujuan bertulis dari P.P.

2.1.3

Huraian subfasal(c) Butir-butir mengenai buruh Apabila kerja dimulakan, Kontraktor hendaklah menyenggarakan di Tapak Bina suatu daftar kemaskini yang mengandungi butir-butir mengenai semua pekerja yang diambil kerja olehnya mengikut kehendak-kehendak Ordinan Kerja 1955, Akta Kerja (Sekatan) 1968 dan peraturan-peraturan Keselamatan Dalam Negeri (Pendaftaran Buruh) 1960 atau apa-apa ubahsuaian atau pengkanunan semula undang-undang itu.

2.1.4

Huraian subfasal(d) Sumber buruh Semua pekerja yang diambil bekerja hendaklah diambil dari Daerah di mana kerja itu terletak. Peruntukan ini boleh diubah hanya dengan persetujuan bertulis daripada P.P.

2.1.5. Program Latihan di Tapak Bina Kontraktor hendaklah apabila dikehendaki oleh kerajaan mengambil kerja pelatih-pelatih yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Kementrian Buruh bagi tujuan memberi latihan di tapak Bina.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 5

2.2

PEMATUHAN KEPADA ORDINAN KERJA 1955,DLL Dalam fasal ini diterangkan perhubungan pihak kontraktor dengan sub kontraktor mengenai pekerja. Fasal ini juga perlu dibaca dengan Akta-akta yang lain seperti Akta Kerja (Sekatan) 1968, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan lain-lain. Untuk pemahamam yang jelas sila baca:

FASAL 17
Borang Kontrak Setara JKR 203A

Macamana nak ambil pekerja ni

2.2.1

Huraian fasal 17 Pematuhan Kepada Ordinan Kerja 1955, dll. Kontraktor Utama, Subkontraktor Dinamakan dan subkontraktornya (termasuk subkontraktor buruh sahaja) hendaklah mematuhi semua kehendak Ordinan Kerja 1955, Akta Kerja (Sekatan) 1968, Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 atau apa-apa ubahsuaian atau pengkanunan berhubung dengan pengambilan kerja pekerja-pekerja. Kontraktor juga tidak berhak terhadap apa-apa tuntutan bagi apa-apa jua kos dan bayaran tambahan berhubung dengan pematuhan syarat-syarat ini.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 6

2.3

HARI DAN WAKTU BEKERJA Sekarang marilah kita terus merujuk pada Fasal 18 untuk menentukan hari dan waktu bekerja seperti yang ditakrifkan dalam kontrak.

FASAL 18

Borang Kontrak Setara JKR 203A

2.3.1 Huraian Fasal 18 Hari Dan Waktu Kerja Kontraktor hendaklah mematuhi sepenuhnya semua kehendak Ordinan Kerja 1955 dimana kerja tidak boleh dijalankan pada hari rehat mingguan, hari kelepasan yang diiktirafkan dan diantara pukul enam dan enam pagi esoknya. Kontraktor juga hendaklah menanggung apa-apa jua kos untuk memenuhi kehendak-kehendak itu. 2.4 KEMUNGKIRAN MEMBAYAR GAJI Secara umumnya pihak kontraktor adalah bertanggungjawab untuk membuat pembayaran kepada setiap pekerja yang berkerja dibawahnya. Disebabkan dalam tempoh pembinaan yang melibatkan banyak pihak berkemungkinan ada juga gaji pekerja tidak melalui pihak kontraktor utama sahaja. Didalam Fasal ini akan dibincangkan kaedah pembayaran yang dibuat melalui kontrak ini. Sebelum dibuat huraian berkenaan dengan Fasal tersebut eloklah kita baca fasal tersebut dengan TELITI.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 7

FASAL 21 BORANG KONTRAK SETARA JKR 203A


2.4.1 Huraian Fasal 21: Kemungkiran Membayar Gaji Sekiranya Kontraktor mungkir untuk membayar apa-pa wang berkenaan dengan gaji yang mana tuntutan telah difailkan di Pejabat Buruh atau pembayaran mengenai Caruman kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi mana mana pekerja yang diambil kerja oleh Kontraktor atau subkontaktornya (termasuk buruh sahaja) dan subkontraktor Dinamakan maka setelah P.P. berpuas hati dengan bukti yang diberi kepadanya bayaran tersebut hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Buruh atau Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari manamana wang yang kena dibayar kepada Kontraktor.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 8

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA HALAMAN BERIKUTNYA..

ANDA MENERUSKAN INPUT

PADA MAKLUM BALAS PADA

2.1 Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada kontraktor jika Kontraktor mengambil pekerja asing untuk menjalan kerja di tapakbina? 2.2 Apakah yang perlu dilakukan oleh pekerja sekiranya pihak kontraktor mungkir untuk membayar gajinya?

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 9

SYABAS SEKIRANYA JAWAPAN ANDA MENGAMBIL KIRA FAKTA BERIKUT. 2.1 Kontraktor hendaklah mengambil kerja hanya warganegara Malaysia. Sekiranya terdapat sesuatu tred atau kemahiran tertentu yang dikehendaki untuk menyiapkan kerja itu, Kontraktor perlu membuktikan dan memuaskan hati P.P. bahawa warganegara Malaysia tidak boleh didapati dan pengambilan tersebut tertakluk kepada kelulusan Kementrian Buruh. 2.2 Tindakan yang boleh dilakukan oleh pekerja ialah dengan membuat suatu tuntutan kepada Jabatan Buruh, dimana Jabatan buruh akan menfailkan tuntutan tersebut. Sekiranya pihak P.P berpuas hati dengan bukti yang telah diberikan kepadanya . P.P akan membuat pembayaran kepada Ketua Pengarah Buruh dari mana-mana wang yang kena dibayar kepada kontraktor dan disifatkan sebagai pembayaran yang dibuat kepada kontraktor oleh kerajaan.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 10

SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH. SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.

SELAMAT MENCUBA
SOALAN 1 Sejauh manakah penglibatan pihak kerajaan dalam mengawal kemasukan buruh asing dengan merujuk kepada Fasal 16. Bincangkan. SOALAN 2 Berdasarkan Fasal 21, beri penerangan ringkas tentang kemungkiran Kontraktor dalam membayar gaji terhadap pekerja.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 2/ 11

Jawapan 1 Dalam melaksanakan Kontrak ini, kontraktor hendaklah mengambil hanya pekerja warga negara Malaysia sebagai pekerja. Sekiranya didapati pihak kontraktor mengambil pekerja asing dan tidak didaftarkan kontraktor akan didenda sebanyak RM 10,000.00 untuk seorang pekerja warganegara asing. Pengambil pekerja asing mestilah mendapatkelulusan dari Jabatan buruh sekiranya kemahiran tersebut tidak didapati dari pekerja warganegara Malaysia. Dengan ini akan memberi peluang kepada penduduk untuk memperolehi pekerjaan. Jawapan 2 Kontraktor akan membuat pembayaran gaji terhadap pekerja selewat-lewatnya pada 8hb. setiap bulan. Kelewatan dalam membayar gaji kemungkinan mengakibatkan pekerja akan membuat tuntutan kepada pejabat buruh. Sekiranya aduan tersebut difailkan di Jabatan Buruh dan/atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengenai pembayaran, maka Pegawai Penguasabole, setelah berpuas hati dengan bukti yang diberi membuat pembayaran kepada Ketua Pengarah Buruh atau Lembaga Kumpulan wang Simpanan Pekerja daripada manamana wang yang kena dibayar kepada kontraktor sebagai bayaran oleh kerajaan kepada kontraktor.

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA DAPAT MENJAWAB DENGAN BETUL MARI BERPINDAH KE UNIT 3

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

Anda mungkin juga menyukai