Anda di halaman 1dari 15

TEKA-TEKI NAMA BINATANG

Pergi memancing di Sungai Deli, Dapat seekor si ikan keli, Jika adik bijak bistari, Binatang apa keris di kaki?

Ayam jantan

Dari mudik menuju ke muara, Untuk mencari pucuk paku, Tahukah adik binatang apa, Darahnya hitam tulangnya satu?

Sotong

Anak ayam mati tercekik, Dibuang orang di tepi lombong, Kalau adik orang yang cerdik, Apa binatang tanduk di hidung?

Badak Sumbu

kelawar

Makan nasi berulam raja, Ditambah dengan sambal sotong, Kalau adik pandai meneka, Apa binatang tidur tergantung?

Pergi berjalan di waktu petang, Singgah makan rojak kangkung, Binatang ni badannya panjang, Jika diusik badannya digulung?

Ulat Gonggok

Upin Ipin ketawa sahaja, Bila melihat cerita jenaka, Cuba adik cubalah teka, Badannya besar berstokin pula.

Seladang

Sakit terkena duri semalu, Ketika menangkap ikan siakap, Kalau adik ingin nak tahu, binatang apa pandai bercakap.

Burung Tiung

Buat jahat selalu dikecam, Buat baik selalu dipuja, Binatang ini giginya tajam, Kalau berehat mulut ternganga,

buaya

Pagi-pagi pergi ke kebun, Menebas rumput guna parang, Waktu siang matanya rabun, Waktu malam matanya terang.

burung hantu

Manis sungguh buah melaka, Dibuat oleh si anak dara, Lehernya panjang tidak terkira, Tapi makan pucuk pokok sahaja.

zirafah

Naik basikal ke rumah Pak Harun, Untuk melihat perlawanan gasing,

Binatang ini sangatlah gerun, menggigit mangsa terkoyak daging.

ikan jerung

Waktu sarapan makan roti, Sedap dimakan dengan madu, Garang betul binatang ini, Kejar orang hendak menyudu.

angsa

Berwajah cantik berbadan langsing, Menjadi impian muda dan mudi, Binatang ini berpinggang ramping, Kalau menggigit sakit sekali.

kerengga

Jatuh kolam baju basah, Sebab habuk masuk ke mata, Binatang ini menghisap darah, Bawa penyakit kepada manusia.

Nyamuk

LAWATAN KE ZOO

Anak ayam mati tercekik, Dibuang orang di tepi lombong, Kalau adik orang yang cerdik, Apa binatang tanduk di hidung?
Manis sungguh buah melaka, Dibuat oleh si anak dara, Lehernya panjang tidak terkira, Tapi makan pucuk pokok sahaja.

Upin Ipin ketawa sahaja, Bila melihat cerita jenaka, Cuba adik cubalah teka, Badannya besar berstokin pula.

Upin Ipin ketawa sahaja, Bila melihat cerita jenaka, Cuba adik cubalah teka, Badannya besar berstokin pula.

Anak ayam mati tercekik, Dibuang orang di tepi lombong, Kalau adik orang yang cerdik, Apa binatang tanduk di hidung?

Pagi-pagi pergi ke kebun, Menebas rumput guna parang, Waktu siang matanya rabun, Waktu malam matanya terang.

Makan nasi berulam raja, Ditambah dengan sambal sotong, Kalau adik pandai meneka, Apa binatang tidur tergantung?

Anda mungkin juga menyukai