Anda di halaman 1dari 15

Perubahan keadaan air

Air boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas. Air boleh berubah bentuk melalui proses peleburan, pendidihan, dan pengewapan.

Ringkasan perubahan air


PELEBURAN PENYEJATAN

PENDIDIHAN

PEPEJAL

CECAIR

GAS

KONDENSASI

PENYEJUKBEKUAN

PELEBURAN AIS
Peleburan adalah proses pertukaran pepejal menjadi cecair. Misalnya, apabila ais (pepejal) dipanaskan, ais itu akan melebur menjadi air (cecair ). Pada suhu bilik ais akan melebur menjadi air juga tetapi mengambil masa yang lebih lama. Peleburan ais menjadi air berlaku pada suhu 0C. Ais adalah air yang wujud dalam keadaan pepejal.

PELEBURAN AIS

PENDIDIHAN DAN PENGEWAPAN AIR


Pendidihan adalah proses pertukaran cecair menjadi gas. Apabila air dididihkan, kelihatan gelembunggelembung udara didalam air. Air yang mendidih akan mengewap menjadi wap air ( gas ) Air mendidih menjadi wap air pada suhu 100C. Wap air yang terbentuk adalah air yang wujud dalam keadaan gas.

PENDIDIHAN AIR

PENGEWAPAN AIR

PENYEJATAN AIR
Penyejatan juga merupakan proses cecair menjadi gas. Proses penyejatan berlaku bukan kerana air dididihkan tetapi kerana air terdedah kepada haba. Proses penyejatan berlaku dengan perlahan pada sebarang suhu. Penyejatan berlaku lebih cepat dalam keadaan cuaca panas,kering dan berangin

Pakaian basah yang dijemur akan menjadi kering disebabkan air tersejat akibat haba dari matahari.

Sejatan air juga bergantung pada saiz permukaan yang terdedah


Semakin luas permukaan yang terdedah semakin cepat air tersejat

Penyejukbekuan air
Penyejukbekuan air adalah proses pertukaran cecair menjadi pepejal. Air akan beku menjadi ais apabila disejukkan sehingga suhu 0C,

Kondensasi
Kondensasi adalah pertukaran gas (wap air) menjadi cecair. Wap air yang panas akan bertukar menjadi titisan air apabila tersentuh permukaan yang sejuk. Misalnya apabila beberapa ketulan ais didalam gelas dibiarkan beberapa ketika, titisan air akan terbentuk diluar gelas itu. Hal ini disebabkan wap air diudara sekitar telah terkondensasimenjadi air apabila tersentuh permukaan gelas yang sejuk.

Takat didih air dan takat lebur ais


Takat didih air ialah suhu semasa air mendidih menjadi wap. Takat didih air tulen ialah 100C. Takat didih air akan bertambah bila bercampur bahan lain didalamnya. Takat lebur ais adalah 0C. Takat lebur ais ialah suhu semasa ais melebur menjadi cecair. Takat beku ialah suhu semasa air membeku menjadi ais. Takat beku air ialah 0C.

Kejadian awan dan hujan


Kejadian awan dan hujan melibatkan proses penyejatan dan kondensasi. Haba matahari sentiasa memanaskan air sungai, tasik dan laut. Hal ini menyebabkan air tersejat dan wap air yang ringan naik kelangit. Wap air akan terkondensasi menjadi titisan air apabila bertemu udara yang sejuk. Titis air akan bercantum dan membentuk awan. Apabila awan menjadi terlalu berat titis air akan jatuh ke bumi sebagai hujan. Air hujan yang turun akan diserap kedalam tanah atau mengalir kesungai, kolam, tasik dan laut. Proses ini akan berulang dan membentuk kitar air semulajadi.

Anda mungkin juga menyukai