Anda di halaman 1dari 18

1. MELAYU UNTUK MENAMATKAN PEMERINTAHAN BURUK.

WALAU BAGAIMANAPUN TINDAKAN INI TELAH MELEMAHKAN NEGERI NEGERI MELAYU SEHINGGA MENGANCAM KEAMANAN NEGERI NEGERI SELAT. BINCANGKAN PENYATAAN INI. A. PENGENALAN. Campurtangan British di Tanah Melayu bermula pada tahun 1874 lebih berkait dengan kepentingan ekonimi dan perdagangan, kebimbangan dengan kuasa asing yang boleh menggugat kepentingan ekonomi ini daripada sebab sebab kemanusiaan yang dilaungkan oleh Frank Swettenham. B. ISI ISI PENTING. Sebab kemanusiaan dan jemputan dari sultan dan raja raja Melayu yang bertelagah sesama sendiri kerana kedudukan politik dan habuan ekonomi kerap dijadikan alas an utama campurtangan British di Tanah Melayu seperti yang diulas pentadbir sarjana seperti Frank Swettenham. Walhal kajian sarjana Malaysia sendiri menunjukan kemungkinan besar Raja Abdullah menulis surat jemputan ini atas desakan ( mungkin juga paksaan ? ) peniaga peniaga yang mempunyai kepentingan besar dari segi ekonomi seperti Read dan Tan Kim Cheng. Sejajar dengan alasan ini maka apa yang dijalankan oleh Inggeris ialah membawa keamanan dan perlindungan kepada orang orang Melayu, keamanan yang sebenarnya melalaikan mereka bagi membolehkan ekspolaitasi ekonomi semaksimum mungkin. Sebab yang lebih penting ialah ekonomi dan perdagangan. Dalam hal ini aliran barangan mentah untuk Britian perlu dijamin melalui kawalan secara langsung ataupun tidak langsung. Campurtangan juga boleh menyekat persaingan politik dan ekonomi daripada kapitalis kapitalis Peranchis dan Jerman. Dari segi perdagangan tidak dinafikan sebelum 1874 saudagar saudagar British dan juga para pegawai British mempunyai jaringan kepentingan ekonomi yang besar di negeri negeri Melayu seperti Pahang, Selangor, Sungai Ujong dan Perak secara persendirian atau kongsi dengan peniaga peniaga Cina dan barangkali juga dengan Pembesar pembesar Melayu seperti berikut: a. Syarikat Patterson, Simon & Co ( Singapura ) di negeri Pahang. b. W.T Lewis ( Resident Counselor Pulau Pinang ) di Krian Perak. c. WH Read dan Tan Kim Cheng di Klang dan Selangor. d. James Guthrie Davidson di Selangor. e. WW Kerr & Co f. Henry Velge ( Melaka ) di Sungai Ujong. g. W Mansfield & Co. Secara ringkas proses proses campurtangan di Perak ( Perjanjian Pangkor ) Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

C. KESIMPULAN. Campurtangan British hanya boleh difahami dengan melihat kepada aspek ekonomi dan perdagangan yang tidak mempunyai sebarang perkaitan malah bercanggah pula dengan soal soal kemanusiaan seperti yang pernah dibangkitan oleh Frank Swettenham.

2. BINCANGKAN KESAN SISTEM RESIDEN TERHADAP NEGERI NEGERI MELAYU DARI TAHUN 1874 HINGGA TAHUN 1888. A. PENGENALAN. Sebelum tahun 1888, empat buah negeri Melayu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menerim Residen. Penglibatan British ini, kecuali Selangor semuanya melalui perjanjian. Perak, Perjanjian 20 Januari 1874: Sungai Ujong, Perjanjian 21 April 1874, dan Pahang 20 Oktober 1887. Negeri negeri Melayu ini menjadi lindungan British dan menerima seorang Residen. Nasihat Residen British hendaklah diminta dan dipatuhi dalam semua perkara kecuali dalam hal adat istiadat Melayu dan hal hal yang berkaitan dengan soal agama Islam. B. ISI ISI PENTING ( KESAN ). Tindak balas masyarakat tempatan. 1.1 Pakatan Sultan Abdullah, Sultan Ismail dan Pembesar pembesar Perak untuk membunuh JWW Birch dibunuh di Pasir Salak. 1.2 Penglibatan British di Sungai Ujong mencetuskan tentangan daripada Dato Abdullah Tunggal atau Dato Syahbandar pada tahun 1874. Seterusnya pada tahun 1875 pula meletus lagi tentangan dibawah pimpinan Yamtuan Tunku Antah. 1.3 Penglibatan Inggeris di Pahang juga menimbulkan rasa tidak puashati Sultan Ahmad dan pembesar pembesar Pahang. Namun begitu pada gerakan tentangan di bawah pimpinan Dato Bahaman hanya berlaku pada tahun 1891. Pentadbiran.

Seorang Residen Inggeris telah dilantik dalam pentadbiran negeri. Tugas residen menasihati Sultan. Sultan atau pembesar hendaklah meminta nasihat dan mematuhi nasihat tersebut. Nasihat pula dalam semua perkara kecuali hal hal yang berkaitan dengan soal agama Islam dan adat Istiadat Melayu. Di Perak, seorang Penolong Residen dilantik. Jawatan ini disandang oleh TCS Speedy. Pada tahun 1888, Pahang telah menubuhkan pasukan Polis yang terdiri daripada 50 orang Sikh dan 150 orang Melayu di bawah pimpinan Syers. Pembentukan daerah dan ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Kesannya kuasa pembesar kian merosot. Pembesar tidak dibenarkan memungut cukai di kawasannya. Di peringkat Kampung, kini Penghulu dilantik dan ia bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah bukan lagi Pembesar Daerah. Inggeris juga terlibat dalam proses penggantian Sultan. Contohnya apabila Raja Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles, Raja Yusof dilantik sebagai Regen. Seterusnya ditabalkan sebagai Sultan Perak pada tahun 1887. Yamtuan Tunku Antah yang gagal menentang British di Negeri Sembilan dibenarkan pulang oleh Inggeris dan hanya berkuasa di Seri Menanti sahaja. British meluaskan pengaruhnya ke Jelebu. Penasihat British di Sungai Ujong dilantik sebagai penyelia Kutipan cukai di sini pada tahun 1883. Pada tahun 1885 seorang Pemungut Cukai dilantik di Jelebu. Seterusnya pada tahun 1887 Pemungut Cukai dan Majisterit dilantik di Seri Menanti dan Rembau. British terlibet secara langsung menasihati Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri. Ahli Majlis terdiri daripada Sultan, Kerabat dan Pembesar yang dipilih, wakil masyarakat Cina dan Residen. Anggota majlis

ini dicadangkan oleh Residen diluluskan oleh Gabenor dan dilantik oleh Sultan. Pada asasnya Residen adalah orang yang berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri. 3. Masyarakat Berbilang Bangsa ( Kaum ). Orang Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu. Dengan alasan keperluan tenaga buruh. Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina. Pada tahun 1883, Setiausaha Hal Ehwal orang Cina dilantik di Perak. British telah mengambil langkah melindungi kebajikan orang Cina. Peraturan berkaitan perkara ini diluluskan di negeri Selangor pada tahun 1886. Orang Cina tertumpu di kawasan perlombongan. Manakala orang India peringkat awal bertumpu di beberapa kawasan ladang tebu dan kopi di Perak. Masyarakat Cina dan India ini mengamalkan agama dan cara hidup mereka. 4. Sistem Kerahan dan Perhambaan. Inggeris juga berusaha menghapuskan sistem kerah dan perhambaan. Peraturan mengenai kerahan diluluskan di Perak pada tahun 1882 dimana menggantikan sistem kerah ini dengan cukai tanah atau bekerja selama 6 hari setahun dengan bayaran 25 sen sehari. Mereka yang membayar cukai tanah dikecualikan daripada kerah. Britihs juga menghapuskan sistem Perhambaan. Gabenor Sir Andrew Clarke secara lisan telah mengarahkan kepada Residen Selangor JG Davidson bahawa perhambaan tidak lagi dibenarkan di dalam negeri perlindugan Inggeris. Di negeri negeri Melayu terdapat hamba hutang dan hamba abdi. Tindakan JWW Birch menlindungi hamba hutang yang lari ke residensinya telah menimbulkan kemarahan tuan hambanya. 5. Kemudahan Awam. Untuk kepentingan kesihatan Hospital kerajaan pertama dibina di Taiping pada tahun 1878. Sementara itu hospital Awam yang pertama di Perak Yeng Wah dibina pada tahun 1880 di Taiping. Pada tahun 1874 terdapat 13 batu jalan pedati ( Cart road ) di Larut. Jalan pertama dibina di Perak dari Matang ke Taiping. Pada tahun 1875, ia disambung menghubungi Kemunting, kawasan yang kaya dengan bijih timah di Larut. Pada tahun 1880 Kuala Lumpur yang kaya dengan bijih timah dihubungi melalui jalan ke Damansara. Pembinaa jalan di Sungai Ujong agak perlahan berbanding dengan di Selangor. Pada tahun 1882, jalan pedati dibina menghubungkan Seremban dengan Pengkalan Kempas ( di Sungai Linggi ). Perkhidmatan Pos juga dilaksanakan di kawasan utama bijih timah Kuala Lumpur, Taiping dan Ipoh. Perkhidmatan pos dikembangkan dari Kuala Kangsar ke Hulu Perak, Kinta dan Hulu Bernam pada tahun 1884. 6. Pendidikan. Diantara tahun 1883 hingga 1885 beberapa buah sekolah Inggeris Kerajaan dibina di kawasan Perak dan Selangor. Sekolah Kerajaan pada peringkat awal banyak mengalami masalah kerana perlu mengeluarkan wang untuk pembinaan dan penyeliaan sekolah. Manakala sekolah mubaligh yang mempunyai pengalaman di Negeri Selat tidak banyak menghadapi masalah apabila mereka membina sekolah di negeri Melayu. 7. Pertanian. Pertanian tebu dan kopi digunakan di Perak. Pada tahun 1881, 21 orang Cina mengusahakan 16, 414 ekar lading tebu di Kerian. Pada tahun 1882, Kompeni Eropah mengusahakan ladang tebu di Perak.

Kopi diperkenalkan oleh orang Eropah di Perak, Selangor dan Sungai Ujong antara tahun 1897 1881. 8. Perlombongan. Inggeris mewujudkan undang undang dan keamanan serta menukarkan rangka kerja ekonomi negeri negeri Melayu kepada perusahaan swasta. Residen Inggeris mengambil usaha memperkenalkan undang undang dan peraturan untuk menggalakkan perusahaan bijih timah. Pada Febuari 1879, Kanun Tanah Am ( General Land Code ) diluluskan di Perak. Kanun ini yang menyatakan yang kerajaan mempunyai hak ke atas sungai dan cabangannya serta tidak boleh melombong di kawasan tersebut kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu. Kemudiannya kanun ini diperkenalkan di Selangor dan Sungai Ujong. Inggeris menggalakkan kamasukan buruh China untuk bekerja di lombong bijih timah.

C. KESIMPULAN. Pengenalan dan perlaksanaan Sistem Residen 1. HURAIKAN KESAN SOSIAL AKIBAT CAMPURTANGAN BARAT TERHADAP KEHIDUPAN RAKYAT INDONESIA DAN MYAMMAR ( BURMA ) A. PENGENALAN. 1. Pelaksanaan tiga dasar belanda di Indonesia iaitu Sistem Kultur(1830-1870), Dasar Liberal ( 1870-1900 ) dan Dasar Etika 1901 walaupun telah membawa perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan memberi lebih banyak perkhidmatan sosial kepada masyarakat Indonesia tetapi taraf hidup masyarakat peribumi tetap rendah. 2. British mula bertapak di Burma pada tahun 1826 di hilir Burma, kemudian di Burma Tengah pada tahun 1852 dan di Hulu Burma pada tahun 1885. Pada tahun 1886 British mengisytiharkan kekuasaannya ke atas Burma dan pentadbirannya dikendalikan dari Calcutta, India. 3. Seperti Indonesia, pemerintahan British di Burma juga membawa pembangunan dan kemajuan ekonomi tetapi orang Burma tetap ketinggalan. B. ISI ISI PENTING KEMASUKKAN MASYARAKAT LUAR KE INDONESIA. 1. Pemerintaan Belanda mengakibatkan tambahan bilangan masyarakat luar berhijrah ke Indonesia. Menurut bancian tahun 1930, terdapat lebih kurang satu setengah juta orang asing di Indonesia. 2. Kebanyakan orang Belanda di Indonesia terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan pernigaan dan golongan professional. Menjelang tahun 1900 penduduk Belanda di Indonesia berjumlah 67,000 orang. 3. Masyarakat China merupakan kelompok masyarakat minoriti yang teramai. Tenaga buruh Cina diambil khas dari China sebagai buruh termurah untuk bekerja di estet getah dan juga di kawasan perlombongan bijih timah di Sumatera Utara. 4. Antara tahun-tahun 1920-1930, purata orang Cina yang berhijrah ke Indonesia berjumlah 40,000 orang setiap tahun. Selain daripada buruh, mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi

seperti perniagaan, perdagangan, perlombongan dan pertanian. Mereka juga mendapat hak dalam aktiviti menjual candu, menjalankan opersai perjudian dan berperanan sebagai orang tengah dalam pemungut tol. 5. Belanda melantik ketua masyarakat Cina berdasarkan kekayaan, dihormati dan setia kepada Belanda. Mereka diberi gelaran seperti Major, Kapten dengan tugas menjaga keamanan dan kemakmuran kawasan orang China disamping melaksanakan arahan orang Belanda. 6. Penduduk peribumi merasakan masyarakat China memeras dan mengeksploitasikan mereka. Rusuhan anti-Cina tercetus di Surabaya dan Surakarta pada tahun 1912 sebagai bantahan terhadap penglibatan orang Cina dalam Peusahaan batik yang sebelum ini dimonopolikan oleh pedagang Indonesia. PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM. 1. Perkembangan ekonomi kapitalis membawa kepada pembentukan mesyarakat berbilang kaum di Indonesia yang di bahagikan mengikut fungsi ekonomi dan ras. 2. Orang Eropah sebagai pentadbir dan pengusaha yang menguasai seKtor ekonomi moden. Orang China menguasai perdagagan runcit. Sembilan puluh peratus penduduk peribumi tertumpu di kawasan desa sebagai petani yang tidak mempunyai tanah dan sebagai tenaga buruh bagi orang asing. Hanya segelintir golongan pertengahan orang Indonesia menikmati faedah daripada perkembangan ekonomi moden ini. PERPINDAHAN PENDUDUK DARI PULAU JAWA KE PULAU-PULAU LUAR. 1. Semasa pelaksanaan Sistem Kultur (1830-1870) berlakunya perpindahan secara beramai-ramai penduduk dari Pulau Jawa ke kawasan yang lain bagi mengelakkan penindasan dan kezaliman yang terdapat dalam pelaksanaan sistem ini. 2. Perkembangan pesat ekonomi semasa Dasar Liberal (1870-1900 ) dan Dasar Etika tahun 1901 menyebabkan kekurangan tenaga buruh di Pulau Luar sedangkan Pulau Jawa mengalami masalah lebihan penduduk. Belanda menggalakkan perpindahan penduduk dari Pulau Jawa ke Pulau Luar. Rancangan ini hanya mencapai kejayaan pada tahun 1930-an.

KESAN-KESAN SOSIAL LAIN. 1. Kepincangan dalam pelaksanaan Sistem Kultur ( 1830-1870 ) mengakibatkan kebuluran barlaku di Cheribon (tahun 1834) dan di Jawa tengah 300,000 orang menjadi mangsa. 2. Kedudukan golongan Priyayi bertambah. Mereka bertindak sebagai penghubung antara Belanda dan rakyat jelata disamping bertugas sebagai pemungut-pemungut hasil untuk Belanda. 3. Sistem social tradisi mulai merosot akibat pengambilan orang Indonesia sebagai buruh bergaji di ladang getah. Kawalan komuniti pada umumnya telah merosot. Pertalian kekeluargaan menjadi longgar. 4. Terdapat diskriminasi dalam kemudahan pendidikan yang disediakan oleh Belanda. Belanda memperkenalkan pendidikan Barat ( secular ) kepada golongan bangsawan untuk menyediakan mereka menjawat jawatan-jawatan rendah dalam perkhidmatan. Kemudahan pendidikan untuk bangsa Indonesia amat terhad. Pendidikan barat melahirkan segelintir elit Indonesia yang berpendidikan Barat. Mereka menjadi pemimpin dalam gerakan nasionalisme Indonesia.

5. Kemudahan kesihatan moden mengawal beberapa jenis penyakit tropikal seperti Malaria dan Beri-beri. Namun demikian taraf kesihatan masih rendah di kawasan luar bandar yang lebih percaya kepada perubatan tradisional. KESAN-KESAN SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT BURMA. Kemasukkan masyarakat luar dari India secara beramai-ramai dan orang Cina (bilangan yang lebih kecil berbanding orang India) ke Burma pada abad ke 19 disebabkan oleh. o Keamanan dan jaminan keselamatan yang diwujudkan di Burma. o Peluang pekerjaan yang luas dalam sektor perkhidmatan,pertanian dan perusahaan berikutan perkembangan ekonomi di Burma. o o Galakkan daripada British yang sanggup memberi subsidi tambang perjalanan antara India-Burma. Kemasukkan orang India sangat ketara selepas sektor penanaman padi dijadikan sebagai sektor ekonomi komersial. Pada tahun 1872 terdapat 375,000 orang India di Hilir Burma. Menjelang tahun 1900 telah meningkat menjadi suku juta. Kemasukkan orang India memberi kesan kepada masyarakat Burma. Orang India melibatkan diri dalam bidang pertanian yang selama ini dikuasai oleh orang tempatan. Malahan kedatangan orang India telah menyekat peluang pekerjaan orang tempatan. Pergaduhan sengit sering berlaku antara orang India dengan orang tempatan di Ranggon pada tahun 1930. Sebilangan orang India yang berhijrah ke Burma terdiri daripada golongan Chettiar yang menjalankan aktiviti peminjaman wang. Mereka memberi penjaman wang kepada petani dan biasanya menjadikan tanah milik petani sebagai cagaran. Tanahtanah yang dicagarkan ini diambil alih oleh Chettiar apabila petani gagal membayar balik pinjaman. Jumlah orang Cina lebih kecil berbanding orang India. Pada tahun 1931 dianggarkan berjumlah 200,000 orang.Orang China tertumpu di kawasan-kawasan delta dan terbabit sepenuhnya dalam aktiviti perdagangan, perindustrian dan perlombongan. Orang China lebih diterima oleh orang tempatan kerana menganut agama Buddha seperti kebanyakan orang Burma. Kemasukkan orang India dan China ke Burma telah mengakibatkan kemunculan masyarakat berbilang kaum.

PERTAMBAHAN PENDUDUK DI HILIR BURMA. Burma terutamanya di Hilir Burma mengalami pertambahan penduduk. Pada tahun 1900 penduduknya berjumlah 9.28 juta orang telah meningkat menjadi 13.2 juta orang pada tahun 1921. Pertambahan penduduk di Hilir Burma kerana perpindahan petani-petani dari hulu Burma dengan tujuan membuka kawasan tanah baru yang penanaman padi.

BUDAYA BURMA. Kebudayaan Burma terjejas. Istana yang menjadi penaung kepada aktiviti kebudayaan sebelum pemerintahan British kini hilang peranannya sebagai pusat bagi perkembangan kebudayaan Burma.

BRITISH TIDAK MEMBERI SOKONGAN KEPADA AGAMA BUDDHA. Agama Buddha tidak lagi dinaungi oleh raja tetapi di bawah undang-undang. Sami-sami diletakkan dibawah penguasaan polis dan mahkamah undang-undang bukan lagi dibawah ketua-ketua sami. Peranan biara-biara semakin merosot.

PENDIDIKAN BARAT. Pendidikan barat melahirkan golongan elit berpendidikan Inggeris. Kebanyakkannya berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam. Golongan elit ini cuba untuk memulihkan nilai-nilai tradisi agama Buddha disamping mempertahankan nilai-nilai budaya Burma. Peranan pendidikan tradisional sami-sami telah merosot. Orang Burma menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan. Pendidikan barat lebih menjamin kehidupan. C. KESIMPULAN. Kemasukkan masyarakat luar ke Indonesia dan Burma telah menyebabkan masyarakat berbilang bangsa di kedua-dua negara tersebut. Kemasukan masyarakat luar akhirnya membawa kepada perubahan seperti barlaku rusuhan anti-China di Surabaya dan anti-India di Ranggon.

9. HURAIKAN EKONOMI KOMERSIAL DI INDONESIA DAN THAILAND SELPAS KEDATANGAN BARAT PADA ABAD KE 19 A.PENGENALAN. Di Indonesia secara komersil diperkenalkan selepas Perang Jawa tamat. Belanda memperkenalkan Sistem Kultur yang menekankan ekonomi komersil yang memberi keuntungan kepada Belanda. Thailand ekonomi komersil secara meluas diperkenalkan setelah Perjanjian 1855 dan kemasukkan British di Thailand.

B. ISI ISI PENTING

Indonesia. Gula

Sistem Kultur telah mengubah corak perusahaan gula dan memberi penguasaan sepenuhnya kepada Belanda.Orang Cina yang dahulu menguasai perusahaan ini terpaksa menanggung kerugian.Sistem Kultur ini telah membawa kepada

zaman kegemilangan bagi perusahaan gula.Dalam system kultur ini petani Jawa dipaksa menyerahkan 1/5 untuk tanaman eksport kepada Belanda.Model Barat dan petani Jawa mempunyai hubungan rapat dengan perusahaan itu. Kilang didirikan dengan model dari barat dan diuruskan oleh orang-orang Eropah. Pada tahun 1840 berjaya mendatangkan hasil dua kali ganda. Armsterdam telah dipulihkan semula sebagai pesanan utama gula dan kopi di Eropah. 1870 Undang-undang Gula de Waal telah menyebabkan gula boleh ditanam oleh pengusaha swasta di dalam Dasar Lberal yang memberi keuntungan besar kepada pihak swasta sehingga awal abad ke ke-20.

Kopi perusahaan kopi 1816 dpat dipulihkan daripada kemerosotan.Harga dan pengeluarannya meningkat 300% dalam masa 3 tahun. Pada tahun 1823 perusahaan ini mengalami kesukaran lagi. Sistem Kultur telah menyelamatkan industri tersebut. Pelaksaan sistem ini telah bertambah perkembangan pesat ladang-ladang kopi. Adalah dianggarkan pokokpokok kopi di Jawa telah bertambah 7 kali ganda dalam masa atau dekad sahaja. Armsterdam sekali lagi menjadi pasaran kopi utama di Eropah. Merupakan atau 1/3 darin nilai eksport Belanda di Indonesia dan meliputi dari jumlah keuntungan dari sistem kultur. Pengenalan Dasar Liberal perusahaan kopi telah diswastakan oleh kerajaan Belanda di Indonesia. Kopi mencapai kemuncak zaman kegemilangannya pada abad ke-19. Dalam tahun 1885, gula mengatasi eksport utama di Indonesia. Pada akhir abad ke-19 perusahaan kopi telah diatasi oleh minyak tanah dan kemudian getah. Kemunculan pekebun-pekebun kecil dalam perusahaan kopi di Indonesia adalah perkara biasa kerana mereka mempunyai kecenderungan besar dalam perusahaan ini. Ia merupakan tanaman yang mudah diusahakan, tidak memerlukan kos yang tinggi dan tidak memerlukan alat-alat yang rumit untuk memproses hasilnya. Bagi penanam-penanam di Sumatera dan kepulauan luar yang lain, tanaman ini merupakan satu sumber pendapatan tambahan. Ladang-ladang atau firma-firma yang menguruskan pengeluaran kopi kepunyaan orang Eropah semakin terlibat dengan pekebun-pekebun kecil Indoneia dan memainkan peranan sebagai agen dan pengeksport kepada pekebun-pekebun tersebut.Sesetengah keadaan terdapat firma-firma Eropah yang benar-benar terlibat dalam menguruskan penanaman tersebut seperti berlaku di Sulawesi Utara di mana Molukse Handels-Veremiging mengkhususkan pengeluaran tempatan untuk dieksport ke pasaran Eropah Utara.

Bijih Timah

Bijih timah telah dijumpai di Bangkahulu pada tahun 1710. Belanda menaruh minta dalam perusahaan ini pada tahun 1722. Monopoli ke atas perusahaan itu disahkan oleh satu persetiaan lain dalam tahun 1755. Belanda hanya berminat perdagangan bijih timah bukan perlombongan bahan itu. Pemerintah Palembang membawa masuk pelombong dari China. Akibatnya orang Cina menguasai perusahaan ini sehingga abad ke 19. Belanda di Indonesia menaruh minat ini apabila Syarikat Bijih Timah Belitung ditubuhkan merupakan sebuah syarikat swasta. Dalam tahun1887 mendapat konsesi dari Sultan Riau-Lingga dan Syarikat Bijih Timah Singkep ditubuhkan. Orang Cina kekal menguasai kegiatan perlombongan ini sehingga tahun 1880an. Ini kerana Belanda menjalankan perusahaan ini berdasarkan kontrak dengan pelombong-pelombong Cina. Walaubagaimanapun, kedudukan orang Cina di dalam perusahaan itu telah tercabar bila teknologi-teknologi Barat diperkenalkan. Pada tahun 1890 jentera wap telah diperkenalkan menjelang masa itu penegeluar bijih timah Bangka telah pun mengatasi pengeluaran dari Negeri-negeri Selat. Bijih Timah kemudiannya mengatasi eksport gula dan kopi pada penghujung abad ke-19 dan hampir berlipat ganda di antara tahun 1913 dan 1929. Kejayaan ini disebabkan penglibatan kerajaan Belanda secara meluas di dalam perusahaan ini. Pihak swasta tidak mahu melabur di dalam perusahaan ini kecuali Syarikat Bijih Timah Belitung setelah mendapat keuntungan besar diperolehi oleh Belanda barulah Syarikat Singkep ditubuhkan.

Teh Teh Diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1824 dibawah pengawasan kerajaan tetapi perusahaan ini tidak berkembang pesat hingga penglibatan pihak swasta pada akhir abad ke-19. Kejatuhan harga pasaran dunia kopi dan kina telah membuka jalan kepda perusahaan teh dan kemajuan pesat teknik-teknik menanam dan memproses teh . Lewat tahun 1870-an kaedah pengkhususan di Sri Lanka ( Ceylon ) telah diperkenalkan di Indonesia. Pada tahun 1881 tertubuhnya Soekabomische Landbouw Vereenignig. Pertubuhan ini bekerjasama rapat dengan pekebun pekebun kerajaan di Bogor dan akhirnya membawa kepada Penubuhan Stesen Percubaan Teh dalam tahun1902 dan telah dibiayai dari sumbangan tabung kutipan perusahaan tersebut dan bantuan teknik dari kerajaan. Hasil usaha Belanda mutu teh bertambah baik hingga awal tahun 1990-an, berjaya memasuki pasaran London, Amerika dan Australia. Menjelang tahun 1910, perusahaan

ini bertambah kukuh dan di Priangan menjadi sebuah daerah penegeluaran teh yang utama di Indonesia dan dunia. Kina ( Cinchowa ) Satu lagi tanaman yang dimajukan pada tahun 1990-an ialah kina. Tanaman ini diperkenalkan oleh Potugis dan Belanda pada abad ke 16. Kekurangan kina pada abadke 19 telah menyebabkan Taman Botanikal Bogor menghantar seorang pegawai ke Amerika Selatan pada tahun 1852 untuk mendapatkan benih-benih yang baru di lading ladang berhampiran Bandung pada tahun 1854. Kulit pokok kina yang di tanam itu mempunyai kuinin yang rendah oleh kerana itu benih kina dari Peru dibawa masuk kerana mempunyai kuinin yang tinggi. Dasar Liberal yang diperkenalkan telah menarik pelabur pelabur swasta di dalam bidang ini. Kerja-kerja penyelidikan yang kerap dijalankan memberi perlindungan kepada pengeluar dan penubuhan kilang kuinin di Bandung pada tahun 1898 dapat menjayakan perusahaan ini. Pada abad ke 20, kawasan-kawasan di bawah penanaman kina meningkat dengan pesatnya tetapi kerana pengeluarannya sering menghadapi harga turun naik dan seterusnya pada tahun 1926 telah membawa kepada satu perubahan di kawsan-kawsan ladang kina ditukarkan kepada penanaman teh.

Minyak. Pengeauaran minyak secara perdagangan yang serius bermula pada tahun 1893. Syarikat Di raja Belanda menanam modal di dalam perusahaan ini tetapi menghadapi msalah pengeluaran dan pulangan modal adalah lambat. Henry Deterding pengeluar minyak dapat dijual terus kepada pengguna. Pada tahun 1907, Deterding menggabungkan Syarikat Diraja Belanda dan Syarikat Perniagaan Shell, London. Pengeluaran bertambah baik dan dapat dieksport ke Russia dan Timur Jauh. Kawasan yang mempunyai minyak ialah Sumatera,Borneo dan Jawa. Di Sumatera ialah bahagian Utara di sekitar Pengkalan Brandon dan sekitar Pleju dan Sungai Gerong berhampiran Palembang.

Tembakau Tambakau ialah eksport ketujuh penting dari segi nilai dan Tembakau Deli tiada tandingannya. Zon Kultur Timur Laut Sumatera dan Jawa Tengah dan Jawa

Timur paling terkenal mengeluarkan hasil yang paling banyak. Sistem Kultur, tembakau telah menjadi sebahagian dari tanaman. Tanaman lain dikelolakan seperti perusahaan gula oleh kerajaan tetapi tidak dikenakan pengawsan yang rapi. Dasar Liberal pula diperkenalkan menyebabkan pengusaha mengambil bahagian. Tembakau merupakan tanaman yang lambat mendatangkan hasil dan terhad hanya di Pulau Jawa dan di tanam di sawah-sawah oleh petani-petani Jawa dan Jawa Timur dimana pemodal Eropah dan petani Jawa berkongsi risikonya. Pada tahun 1880-an, Jawa Timur telah memajukan perusahaan tembakau mengatasi kawasan lain. Eksport tembakau pertama ke Armsterdam mendapat sambutan baik. Akhirnya pada tahun 1869 Syarikat Tembakau Deli ditubuhkan. Daun tembakau Deli dapat mengatasi tembakau yang terbaik dari Havana.

Thailand Perjanjian Bowring 1855 telah menjadikan tanaman beras sebagai eksport utama. Diantara 1850-1950 jumlah eksport beras negeri Thai meningkat 25 kali ganda. Perjanjian Bowring1855 membuka Thai perdagangan antarabangsa. Kombinasi faktor hujan dan musim banjir 3 bulan dalam setahun menjadikan kawasan tersebut sangat sesuai untuk tanaman padi disamping sistem pengangkutan dalam negeri yang murah ( pengangkutan air dan laut ) Kawasan yang banyak ditanam ialah Delta Menam Chao Phraya, Dataran Tengah dan Korat. Chulalongkorn membasmi perhambaan dan buruh paksa memberi kesan kepada keperluan buruh yang bertambah, pemberian hak tanah kepada penggali terusan, dasar cukai tanah, dan penglibatan pekebun-pekebun kecil menyebabkan bertambahnya perdagangan beras.

Walaupun terdapat kemajuan dalam meluaskan kawalan air, kebanyakkan padi ditanam di Thailand tanpa bantuan pengairan moden, sementara teknik serta oraganisasinya tidak benyak berubah. Masih menggunakan cara-cara lama yang berasal sejak zaman Khmer lagi. Beras yang dieksport hampir kesemuanya diproses di kilang-kilang besar di tebing Menam Chao Phraya dan sekitar Bangkok. Sebahagian besar yang menanam modal di dalam perusahaan ini ialan orang Cina.

Kayu jati Kayu jati Thailand dikenali sebagai yang terbaik di dunia dan sekurangkurangnya setanding dengan kayu jati Burma dari segi mutu.Kayu jati dgunakan untuk membina bot-bot, jambatan hiasan, ambang pintu istana dan kuil.

Bagaimanapun bahan ini hampir tidak wujud sebagai barang eksport sebelum tahun 1855 kerana masih lembab di pasaran. Sehingga tahun 1883, eksport kayu jati melalui Bangkok tidak melebihi juta bath setahun. Pertambahan pengeluaran sentiasa digunakan pasaran dalam negeri terutamanya untuk pembinaan kapal, rumah, perabot manakala pembelipembeli luar negeri kurang berminat kerana kayu jati Thai kurang terkenal, menghasilkan kenaikan yang mengkagumkan dalam eksport kayu jati dari Bangkok dan menjelang akhir abad ke-19 telah menempatkan barang tersebut diantara empat bahan eksport utama negara tersebut.

Bijih Timah. Bijih timah merupakan eksport tertua Negara Thai. Usaha melombong bijih timah di Segenting Kra dilakukan oleh pedagang-pedagang Cina. Pusat kegiatannya di Phuketyang timbul; sebagai Bandar Cina. Pedagang-pedagang Cina ini ada kaitan dengan orang Cina Bangkok dan Belitung di Indonesia dengan pemodalpemmodal dari negeri-negeri Selat. Permintaan Barat ke atas bijih tmah membawa kemasukkan orang Cina ke kawasan perlombongan di Segenting Kra bertambah pesat. Menjelang tahun 1850-an bijih timah tersenarai bersama beras sebagai eksport utama negeri Thai. Orang Barat dapat mengatasi pelombong-pelombong Cina dalam perusahaan ini apabila kapal korek diperkenalkan pada tahun 1907. Menjelang tahun 1930, terdapt 30 buah kapal korek dan mengatasi pengeluaran dari orang Cina buat pertama kalinya.

Gula Gula diperkenalkan di dalam ekonomi Thai oleh pedagang Cina pada tahun 1810. Namun bahan ini telah meningkat begitu pesat menjadi tanaman eksport yang utama dalam masa beberapa dekad sahaja berikutnya dan menjelang pertengahan abad itu menjadi kegiatan perusahaan ladang. Apabila Perjanjian Bowring ditandatangani pada tahun 1855, perusahaan ini berkembang dengan kadar yang cepat. Gula Thai mendapat sambutan yang baik di Amerika Syarikat. Menjelang akhir 1850-an jumlah hasilnya betambah dua kali ganda. Firma Eropah dan Amerika mula menumpukan minat bersaing dengan orang Cina. Pada tahun 1860-an, kilang-kilang wap Barat yang petama muncul. Kawasan penanaman utaman terletak berhampiran Bangkok, Choulbori, Chachoengso dan Nakhon Pathom dan ladang-ladang tersebut ramai buruhburuh Cina.

Menjelang tahun 1880-an, gula import yang bermutu tinggi begitu murah di Bangkok hingga para pengeluar sukar untuk bersaing.Kilang-kilang ditutup, ladang-ladang ditukar kepada tanaman padi. Menjelang tahun 1889 hampir tiada langsung gula negeri Thai dieksport. Menjelang abad ke-20, perusahaan itu mengalami pemulihan semula. Diantara tahun 1909 dan 1921 kawasan tebu bertambah , sementara hasilnya bertambah kira-kira 1/5

C. KESIMPULAN. Kehadiran Barat di kedua-dua negara membawa hasil bercorak menjadi ekonomi komrsil di perdagangan antarabangsa. Namun demikian pengusaha-pengusaha Cina dan Eropah mendapat kekayaan masyarakat peribumi ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi. Keadaan ini lebih teruk bagi petani-petani Jawa di Indonesia yang ditindas oleh Sistem Kultur dan Dasar Liberal.

10. Bincangkan Tindakbalas Masyarakat Peribumi Terhadap Kuasa Barat Di Filipina Dan Indonesia Pada Abad Ke 19 A. PENGENALAN. Kehadiran dan penglibatan Belanda di Indonesia telah menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan masyarakat peribumi yang seterusnya mencetuskan banyak penentangan terhadap Belanda. Penentangan berlaku di merata-rata tempat seperti kawasan Muluku, Sulawesi dan Sumatera. Walau bagaimanapun, penentangan yang lebih besar dan utama ialah Perang Jawa (1825-1830) Masyarakat tempatan Filipina telah menentang pemerintahan Sepanyol dalam satu siri pemberontakan.

B. ISI ISI PENTING Filipina.

Pemberontakan Casi ( 1807 ) o Sepanyol mengharamkan penjualan dan pengambilan Casi. Rakyat tempatan dikehendaki membeli arak daripada kerajaan Sepanyol. Pemberontakan Sarat ( 1815 ) o Menentang Sistem Polo ( kerahan tenaga 40 hari dalam setahun ) dan Vandala ( sistem serahan paks a)

Pemberontakan Novales ( 1823 ) o Melibatkan tentera Filipina akibat amalan diskriminasi dalam pasukan tentera. Pemberontakan Tayabas ( 1840 ) o Dasar diskriminasi Sepanyol terhadap paderi tempatan. Paderi tempatan dilayan dengan buruk. Pemberontakan Cavite. ( 1872 ) o Sepanyol telah menyatukan rakyat Filipina melalui sistem pentadbiran mereka dan juga agama Kristian. Bahasa Sepanyol telah dijadikan bahasa perantaraan. o Pembukaan Terusan Suez (1869) telah mendekatkan Eropah dengan Filipina. Dengan ini ramai pelajar Filipina telah melanjutkan pelajaran mereka di Eropah. Sehubungan dengan itu mereka dapat mempelajari fahaman politik Barat seperti demokrasi dan anti pelajaran di Eropah. Kesannya muncul golongan intelektual; seperti Jose Rizal,Emilio Aguinaldo dan Andre Bonifacio yang bersemangat nasionalisme. Selain itu, paderi Sepanyol yang melampau telah menyalahgunakan kuasa yang ditetapkan. Kerajaan Sepanyol telah mengamalkan dasar dsikriminasi. Walaupun paderi paderi tempatan berkelayakan dan berkebolehan, tetapi mereka dianggap tidak setaraf dengan paderi-paderi Sepanyol. Fahaman liberal merebak dengan pesat apabila De L Tore dilantik sebagai Gabenor Filipina. Beliau memansuhkan undang-undang yang menghadkan kebebasan dan menggalakkan perbincangan politik serta pembaharuan secara bebas. Idea ini telah membangkitkan semangat nasionalisme Filipina.

Gerakan Propaganda La Solidaridad. o Mendedahkan kekejaman pemerintahan Sepanyol. Menyedarkan mesyarakat Filipina tentang penindasan Sepanyol. Memperjuangkan persamaan taraf pegawai Sepanyol dan pegawai Filipina. Antara mereka yang terlibat ialah Jose Rizal,Marcalo H.Del Pilar. Propaganda disalurkan menerusi akhbar La Solidaridad. Liga Filipina. ( 1890 ) o Diasaskan oleh Jose Rizal. Perjuangannya memberi kesedaran dan menitikberatkan kemajuan ekonomi rakyat Filipina. Pemberontakan Katipunan ( Julai 1892 ) o Diasaskan oleh Andres Bonifacio. Melancarkan gerakan bersenjata terhadap Sepanyol. Tindakbalas terhadap Amerika ( 1898 ) Dipimpin oleh Emilio Aguinardo. Setelah berjaya mengalahkan Sepanyol bersama Amerika, Emilio mengisytiharkan kemerdekaan pada 12 Jun 1898. Apabila Amerika tidak mengiktiraf kemerdekaan tersebut, Emilio melancarkan perang ke atas Amerika, dikenali sebagai Perang Manila. Perang ini berakhir 1903 setelah Emilio ditangkap.

Indonesia

Sumatera

Minangkabau. o Perang Paderi 1819-1832; pada mulanya menentang kegiatan yang bercanggah dengan agama Islam, seperti berjudi, sabung ayam dan pesta yang bertentangan dengan agama. Kemudiannya menentang perluasan kuasa Belanda di Minangkabau. o Golongan agama berjaya menguasai Minagkabau dan mengenepikan golongan diraja. Namun begitu apabila Belanda kembali ke Pdang pada tahun 1819, Belanda memerangi golongan paderi. Angkatan paderi di bawah Iman Bonjol melancarkan gearakan tentangan ke atasa Belanda. Namun begitu pada tahun 1825, Tuanku Imam Bonjol menandatangani perjanjian berdamai dengan Belanda. Walaupun begitu gerakan tentangan ke atas Belanda masih berterusan di bawah pimpinan Tuanku Imam Banjol, Tuanku Tembusai, dan Tuanku Nan Cerdik. Gerakan paderi berakhir pada tahun 1832.

Acheh. o Perang Aceh,1873-1912; kegiatan Belanda ingin menguasai perdagangan Aceh menyebabkan berlakunya konflik antara kedua pihak.Pada April 1873, angkatan Belanda di bawah Mejor General J.H.R Kohler menyerang Acheh. Angkatan Aceh berjaya mengalahkan tentera Belanda, Kohler terbunuh dalam pertempuran di Masjid Raya. Kemudian angkatan Acheh menghadapi serangan Belanda di bawah pimpinan Van Swieten. Angkatan Acheh gagal dan Van Swieten berjaya menguasai istana Aceh pada tahun 1874. Perjuangan menentang Belanda diteruskan, tetapi Acheh menyrah kalah Kepada Belanda pada tahun 1903. Banjarmasin o Penentangan berpunca daripada penglibatan Belanda dalam soal takhta kerajaan Banjarmasin. Apabila Sultan Adam mangkat pada tahun 1857. Calon yang mendapat sokongan Belanda Pengiran Tamjid Ulah, cucu Sutan Adam dilantik sebagai pengganti. Baginda tidak disenangi oleh saudaranya, Pengiran Hidayat. Keudian Pengiran Tamjid Ulah turun dari takhta kerajaan. Belanda mengambil angkah menghapuskan kesultanan Banjarmasin pada tahun 1860. Langkah Belanda ini menimbulkan tindakbalas dan gerakan menentang Belanda. Pengiran Hidayat melancarkan serangan tetapi menyerah kalah pada tahun 1862. Namun begitu gerakan terhadap Belanda berterusan hingga 1906. Maluku. o Tentangan Sapurua, Julai-Dis 1817 : antara lain menentang langkah Belanda memaksa rakyat melaksanakan serahan dan kerja wajib. Pejuang menentang Belanda I pimpin oleh Thomas Matulesia. Mereka melancrakan serangan ke atas kubu Belanda pada 15 Mei 1817 dan berjaya menawannya. Residen Van Der Berg dan keluarganya, kecuali seorang anak Melayu dibunuh. Namun begitu angkatan dibawah pimpinan Thomas Matulesia gagal menghadapi serangan balas dari belanda pada Ogos 1817. Kubu ini ditawan semua oleh angkatan Belanda.Thomas Matulesia ditangkap.

Sulawesi. o Gerakan tentangan terhadap Belanda dilancarkan dari Bone mulai tahun 1811. Namun begitu angkatan Bone ini dikalahkan oleh Belanda pada tahun 1825. Seterusnya Bone menandatangani ke atas Belanda . Walaupun angkatan Bone masih melancarkan serangan ke atas Belanda, dan berperang dengan pasukan Belanda pada tahun 1858-1860. Belanda akhirnya berjaya menguasai Bugis dan Makasar pada tahun 1905 1906. Jawa. o Perang Jawa ( 1825-1830 ): Perang Jawa juga dikenali sebagai Perang Dipo Negoro. Dipo Negoro adalah Putera Raja Jogjakarta. o Timbul rasa tidak puashati pembesar dan penduduk tempatan Pembesar tidak puashati terhadap Van Der Capellen yang membatalkan sistem sewa tanah mereka kepada semua orang Cina dan Eropah yang tidak dibenarkan membeli tanah dari pemerintah. Pembatalan sistem sewa tanah ini menyebabkan pembesar tempatan kehilangan satu sumber pendapatan. Pembesar dan penduduk tempatan tidak puashati terhadap peminjam wang dan orang tengah berbangsa Cina. Orang Cina bukan sahaja menjadi peminjam wang kepada penduduk tempatan, mereka juga mendapat hak memungut cukai dan menjual garam. Penduduk tempatan memarahi orang Cina yang mengenakan cukai tol yang tinggi. Penduduk pempatan yang ingin melintasi kawasan dari tanah penduduk tempatan ke tanah kerajaan juga dikehendaki membayar cukai.

Sebab Dipo Negoro menentang:

Dipo Negoro tidak dilantik menduduki takhta kerajaan Jogjiakarta.Apabila Amangku Buwono III mangkat pada tahun 1814, Dipo Negoro, putera sulung baginda bergelar Pangeran Ant Wiria tidak dilantik sebagai pengganti.Adik beliau, Djarot diangkat sebagai Amangku Buwono IV. Begitu juga apabila Amangku Buwono IV mangkat pada tahun 1822, putera Amangku Buwono IV Raden Menol dilantik sebagai pengganti. Sebagai seorang yang berpengaruh Dipo Negoro tersinggung. Beliau bertambah marah kepada Belanda apabila Van Der Capellan membatalkan sistem sewa tanah kepada Belanda dan orang Cina. Pembatalan sewa ini menyebabkan Dipo Negoro mengalami kerugian besar. Beliau juga menentang kerana beliau tidak diiktiraf sebagai ketua agama Islam di seluruh pulau Jawa. Beliau merasa terhina dengan langkah Belanda membina jalanraya merentasi tanah milik Dipo Negoro dimana terletak makam nenek moyangnya. Beliau menegakkan keadilan dan membela nasib orang Islam di Jawa. Beliau dianggap sebagai Putera Pembebas dalam perang Jihad.

Perang Dipo Negoro, 1825-1830 dipimpin oleh Dipo Negoro. Angkatan Dipo Negoro melancarakan serangan antaranya menyerang Yogjakarta. Kemudiannya Dipo Negoro ditangkap dan dibuang ke Makasar dan mangkat pada tahun 1855.

C. KESIMPULAN

Sepanyol, Belanda dan Amerika menghadapi penentangan daripada masyarakat peribumi sepanjang abad ke 19.

Anda mungkin juga menyukai