Anda di halaman 1dari 1

Benci zina. Tajuk ucapan saya pagi ini ialah Benci Zina atau benci perlakuan seks bebas.

Zina menurut istilah bahasa bermaksud hubungan seks yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan tanpa melalui proses perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Zina merupakan gejala seks bebas yang dipandang keji di sisi masyarakat yang memberikan kesan yang amat merbahaya kepada perkembangan remaja masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan tingkahlaku negatif seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak, tontonan video lucah, lari dari rumah dan penagihan dadah. Kebelakangan ini negara kita telah dikejutkan dengan kes-kes pembuangan bayi yang semakin kerap didedahkan dan ini tidak lain bersangkut paut dengan perbuatan zina yang dilakukan oleh golongan remaja sama ada yang masih bersekolah atau pun yang sudah tidak bersekolah. Hal ini telah mendapat perhatian luas dan banyak pihak mula mencari mangsa untuk disalahkan. Perbuatan zina ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah kerana lemahnya iman dan rapuhnya pegangan agama anak-anak remaja kita untuk menolak ajakan syaitan ini. Ini ditambah pula dengan penyalahgunaan internet untuk melayari laman-laman web lucah serta pilihan berkawan dengan rakan-rakan yang jelek akhlaknya. Oleh itu, kita tidak boleh berdiam diri melihat rakan-rakan kita yang menyimpang dari jalan yang sebenar berterusan bergelumang dengan noda dan dosa. Dengan menguatkan semangat untuk mencegah berlakunya perbuatan zina kita mestilah bersama-sama membimbing rakan-rakan dengan penuh hikmah supaya mereka membenci untuk menghampiri zina apatah lagi melakukannya. Kita juga perlu sentiasa mendampingi mereka dengan memberi informasi tentang keburukan, balasan dan ancaman azab yang berat bagi mereka-mereka yang terjebak dengan nafsu kotor ini. Ini mungkin kerana mereka ketandusan ilmu pengetahuan sebenar tentang kejelekan perbuatan zina dan akibat daripada perbuatan tersebut. Oleh yang demikian, rakan baik mampu memikul tugas ini seiring dengan peranan masyarakat lain kerana mereka adalah golongan yang paling hampir dengan rakan selepas institusi keluarga. Tiada gunanya kita sahaja yang baik penghayatan agama sedangkan kita tidak boleh member kebaikan itu kepada orang lain. Sekian Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai