Anda di halaman 1dari 20

Teori Pembelajaran Bruner

(Teori Pembelajaran Penemuan)

Pengenalan
Biodata Jerome Bruner (J.Bruner) Dilahirkan di New York (1 Oktober 1915) merupakan Bapa psikologi kognitif Sumbangan: menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan

Tiga Tahap Perkembangan Kognitif


Peringkat Enaktif Umur 0 2 thn
-

Ciri-ciri Belajar melalui tindakan manipulatif - Guna anggota deria utk selesai masalah

Ikonik

2 4 thn

Boleh bayang situasi - Boleh ingat dan simpan imej - Bentuk tanggapan dan buat gambaran mental.
-

Simbolik

5 7 thn

Pindahkan pengalaman dalam bentuk bahasa. - Berfikir secara abstrak - Belajar selesaikan masalah.
-

Pembelajaran Penemuan
Bruner membentuk satu teori yang lebih dikenali sebagai Discovery Learning(tahun 1960s)

Iaitu Pencarian pengetahuan secara aktif oleh pelajar dan dengan sendirinya memberikan hasil yang baik.

Di mana

Pelajar berinteraksi dengan persekitaran,membuat peninjauan, memanipulasi objek,menangani persoalan dan kontroversi atau melakukan sesuati ujikaji.

Ciri Pembelajaran Penemuan


Konsep discovery dimana teori ini mengarahkan agar pelajar dapat menemukan, mengolah, dan mengembangkan pengetahuan. Konsep kurikulum spiral dimana kurikulum harus melibatkan penguasaan kemahiran asas yang sewajarnya akan memudahkan penguasaan kemahiran di peringkat yang lebih tinggi.

Konsep kurikulum spiral ini bermaksud pengulangan-

pengulangan terhadap pengetahuan yang sama namun diulang dengan pemikiran yang lebih luas dan mendalam.

Takrif Belajar: Menurut Bruner


3 proses
Memperoleh informasi Memperoleh pengetahuan atau pengalaman baru untuk menambahkan pengetahuan yang lama, memperluas dan memperdalam dan kemungkinan informasi yang baru bertentangan dengan informasi yang lama. Memahami dan menganalisis pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk yang baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain. Mengetahui apakah hasil transformasi sama ada benar atau tidak,kemudian dinilai sehingga diketahui mana-mana pengetahuan yang diperoleh dan transformasi dapat dimanfaatkan untuk memahami hal-hal lain.

Transformasi informasi

Menguji relevans dan ketepatan pengetahuan

Pembelajaran Induktif
Bruner mengalakkan pembelajaran induktif untuk memotivasikan pembelajaran yang aktif dan pembentukan konsep yang difahami. Pembelajaran yang bermula daripada spesifik kepada umum-(dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu yang general).

Langkah-langkah dalam Pembelajaran Induktif


Kanak-kanak diberi pengalaman and contohcontoh spesifik untuk konsep yang akan ditemui. Guru membantu kanak-kanak meneliti contoh dan mengenali ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Guru membantu kanak-kanak membentuk konsep dan idea yang umum. Kanak-kanak menguasai pemahaman konsep yang dikenali dan mengaplikasikan konsep dalam situasi baharu.

Pembelajaran Konsep
Definisi konsep: Idea-idea yang spesifik yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan khusus atau juga boleh diertikan sebagai kategori. Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis atau mempunyai pola yang tertentu.

Jenis-Jenis Konsep
Konjungtif Terdiri daripada dua atau lebih ciri yang wujud serentak. Disjungtif Terdiri daripada ciri yang berlainan untuk membezakan sesuatu kategori. Contoh: Burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan penguin tidak dapat dimasukkan dalam kategori yang boleh terbang. Berkaitan atau berhubungan Terdiri daripada ciri-ciri yang saling berkaitan.

Contoh: Burung mesti mempunyai bulu dan mempunyai sayap sebelum ia boleh terbang.

Contoh: Apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun dan orang ramai jatuh sakit. Ini menunjukkan jerebu mempunyai perkaitan dengan indeks kualiti udaran dan kesihatan manusia.

Pembelajaran Konsep
Kaedah yang memerlukan seorang kanak-kanak membanding bezakan kumpulan atau kategori tertentu yang mempunyai ciri-ciri yang relevan dengan kumpulan atau kategori yang tidak relevan. Kanak-kanak memikirkan sifat-sifat dalam sesuatu kumpulan atau kategori yang telah dibentuk oleh guru mereka. Kanak-kanak kemudian membanding beza contohcontoh sesuatu kumpulan atau kategori yang mempunyai sifat-sifat tersebut dengan contoh-contoh yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut.

Bruner mementingkan penggunaan pendekatan

induktif, iaitu pelajar diberikan contoh-contoh yang spesifik sebelum membuat definisi konsep.

Sebagai contoh, pengelasan konsep tumbuhtumbuhan gurun adalah berdasarkan ciri-ciri seperti berakar panjang, daun berduri, kebolehan tumbuhan menyimpan air dan sebagainya.

Guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar. Mereka perlu menyusun maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan yang sedia ada.

Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah

Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan kepada murid-murid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru perlu mengenalpasti muridmurid yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner.

Guru perlu menyediakan peluang untuk kanakkanak meneroka, menyentuh dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Perlu ada interaksi murid dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari semasa ke semasa. Guru perlu memberi ganjaran dan pujian serta nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong boleh dipupuk dalam aktiviti projek dan perbincangan.

Manfaat Discovery Learning


Konsep ini membantu pelajar mengembangkan bakatnya, membentuk sifat kesediaan serta kemampuan dan keterampilan dalam proses kognitif pelajar. Konsep ini memberikan semangat belajar kepada pelajar dimana dengan konsep belajar mencari dan menemukan pengetahuan sendiri,tentu rasa ingin tahu itu timbul sehingga akan membentuk pelajar yang ikhlas dan aktif. Konsep ini memberikan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan kemampuannya dan keterampilannya sendiri sesuai dengan bakat dan hobi yang dimilikinya. Konsep ini mampu membantu mengajar pelajar cara belajar yang baik, sehingga pelajar memiliki motivasi yang kuat untuk tetap semangat dalam belajar.

Kelemahan
Konsep belajar ini menuntut pelajar untuk memiliki kesediaan dan kematangan mental. Pelajar harus berani dan berkeinginan mengetahui keadaan di sekitarnya. Jika tidak memiliki keberanian dan keinginan, tentu proses belajar akan gagal. Konsep ini kurang berhasil apabila dilaksanakan di dalam kelas yang besar.

Sekian Terima Kasih

Disediakan oleh : Jessica Safwan Ferdaus Farhanim

Anda mungkin juga menyukai