Anda di halaman 1dari 3

MARZUKI MAGALAI

Ketua Cawangan Terongkongan Darat


Peti Surat 392,
89058 Kudat, Sabah

Ruj :
Tarikh : 9hb. November 2023

Kepada,

YB DATUK WETROM BAHANDA @ MOHD. FIKRI

Ahli Dewan Undangan Negeri N5 Bandau


Merangkap Ahli Perlimen P168 Kota Marudu

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN 20 GULUNG PAIP AIR BAGI TUJUAN BEKALAN AIR TERAWAT
PENDUDUK KAMPUNG TERONGKONGAN DARAT

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

02. Berhubung perkara di atas, saya Marzuki Magalai, Ketua Cawangan KDM Terongkongan Darat
mewakili 10 buah rumah (keluarga) ingin membuat permohonan sumbangan paip untuk mendapatkan
bekalan air bersih/terawat bagi kegunaan seharian penduduk kampung ini.

03. Untuk makluman Yb Datuk, terdapat sebanyak 10 buah rumah (keluarga) yang tidak mendapat
bekalan air bersih/terawat di kawasan ini. Jarak 300 meter daripada “T” utama penyambungan utama
sumber air terawat. Pada pandangan saya, dengan jarak yang sebegitu dekat, adalah tidak menjadi
masalah bagi pihak yang berkenaan membuat penyambungan kepada penduduk yang terjejas.

04. Ketiadaan sumber air bersih ini telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk yang
terlibat. Antara masalah yang tersebut adalah seperti kesukaran untuk mendapatkan air bersih bagi
kegunaan harian seperti mandi, membasuh, memasak dan sebagainya. Oleh sebab itu, penduduk yang
terjejas juga terpaksa menggunakan sumber alternatif yang tidak dirawat seperti air perigi untuk
dijadikan air minuman.

05. Selain menyusahkan, punca-punca air ini juga tidak terjamin bersih dan boleh menimbulkan
wabak penyakit seperti risiko jangkitan penyakit kulit dan kencing tikus. Keadaan ini akan menjadi lebih
sukar apabila tibanya musim kemarau kerana paras air perigi akan cetek serta kotor.

03. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan besar bagi kami mendapatkan bekalan air
bersih/terawat bagi memenuhi keperluan asas kami. Justerus, semoga permohonan ini dapat menarik
perhatian utama pihak Yb Datuk.
04. Kesudian dan keperihatinan pihak YB Datuk amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

………………………………………………….……………….
(EN. MARZUKI MAGALAI)
Ketua Cawangan (KDM) Terongkongan Darat,
Kg. Terongkongan, Kudat.

Sk. - Fail
LAMPIRAN

BIL PERKARA BILANGAN/UNIT/RM


01 POLYPIPE 1 INCH 20 GULUNG
02 PENGURUSAN PEMINDAHAN SAMBUNGAN “T” RM2000.00
*Kontraktor pihak Jabatan Air Sabah

Anda mungkin juga menyukai