Anda di halaman 1dari 3

SARJANA EKONOMI

Pengenalan
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu ekonomi lanjutan. Bentuk pengajiannya yang mewajibkan pelajar mengikuti dan lulus kursus serta penulisan ilmiah mencerminkan penekanannya kepada asas teori yang kukuh. Program ini dapat melahirkan graduan yang mahir dari segi teori ekonomi, aplikasi empirikal dan mampu menjalankan penyelidikan dengan baik. Di samping itu, program ini bertujuan melahirkan graduan yang sesuai untuk memegang jawatan sebagai ahli akademik, penyelidik dan penggubal dasar.

Syarat Kemasukan
Calon-calon yang mempunyai kelayakan berikut adalah layak memohon untuk mengikuti program ini: Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan purata nilai gred kumulatif yang tinggi dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat.

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian secara sepenuh masa adalah antara dua (2) hingga enam (6) semester. Tempoh pengajian separuh masa adalah antara empat (4) hingga sepuluh (10) semester.

Struktur Program
1) Program ini mempunyai dua (2) jenis pengajian, iaitu: Kerja Kursus 2) Tesis (A) Kerja Kursus (40 unit) Kursus Teras Kursus Wajib Modul Kursus Elektif Kertas Ilmiah Senarai Kursus: Kursus Teras EPPE6014 Mikroekonomi EPPE6024 Makroekonomi EPPE6034 Kaedah Ekonometrik Kursus Wajib Modul Terdapat sepuluh (10) Modul pengajian seperti disenaraikan di bawah: 12 unit 12 unit 8 unit 8 unit

Ekonomi Kewangan EPPE6114 Analisis Portfolio EPPE6124 Ekonomi Monetari EPPE6164 Kewangan Antarabangsa Ekonomi Industri EPPE6134 Organisasi Industri Lanjutan EPPE6264 Ekonomi Buruh Lanjutan EPPE6174 Ekonomi Perdagangan dan Industri Ekonomi Awam EPPE6144 Pembiayaan Awam EPPE6154 Ekonomi Dasar Sosial EPPE6184 Ekonomi Politik Perdagangan Antarabangsa Ekonomi Antarabangsa EPPE6164 Kewangan Antarabangsa EPPE6174 Ekonomi Perdagangan dan Industri EPPE6184 Ekonomi Politik Perdagangan Antarabangsa Ekonomi Pembangunan EPPE6214 Perancangan Ekonomi Lanjutan EPPE6224 Teori dan Dasar Pembangunan EPPE6234 Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Sumber Manusia EPPE6244 Perancangan Pembangunan Sumber Manusia EPPE6254 Pengurusan Sumber Manusia EPPE6264 Ekonomi Buruh Lanjutan Ekonomi Pertanian Dan Gunaan EPPE6314 Dasar Sumber Gunaan dan Analisis Projek EPPE6304 Ekonomi Pertanian Lanjutan EPPE6324 Analisis Dasar dan Program Pertanian Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar EPPE6314 Dasar Sumber Gunaan dan Analisis Projek EPPE6334 Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli EPPE6344 Pengoptimuman Dinamik dan Teori Keputusan Ekonometrik EPPE6414 Ekonometrik Lanjutan EPPE6424 Ekonomi Siri Masa EPPE6434 Ekonometrik Gunaan Ekonomi Islam EPPE6514 Fiqh Untuk Ekonomi

EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam EPPE6534 Analisis Ekonomi Islam Lanjutan Kursus Elektif Kursus yang tersenarai dalam Kursus Modul selain Kursus Wajib Modul. EPPE6908 Kertas Ilmiah Panjang penulisannya tidak melebihi 20,000 patah perkataan (tidak termasuk catatan bawah, petikan, lampiran, formula, jadual, gambarajah, dan sebagainya) (B) Tesis (40 unit) EPPE6940 Tesis Panjang penulisannya tidak melebihi 60,000 patah perkataan (tidak termasuk catatan bawah, petikan, lampiran, formula, jadual, gambarajah, dan sebagainya) Penukaran Program Pengajian Sarjana Ekonomi Kepada Program Doktor Falsafah Ekonomi Seseorang calon yang sedang mengikuti pengajian ijazah Sarjana Ekonomi boleh dipertimbangkan untuk menukar program kepada pengajian Doktor Falsafah Ekonomi jika disokong oleh penyelia/ Jawatankuasa Siswazah dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Seseorang calon yang dibenarkan menukar program pengajian kepada Doktor Falsafah Ekonomi boleh memindahkan kesemua unit yang telah diperolehi bagi kursus-kursus pengajian Sarjana Ekonomi. Pemindahan kredit bermaksud pemindahan unit dan gred. Tempoh pengajian calon Sarjana Ekonomi yang diluluskan pertukaran ke Program Falsafah Ekonomi diambilkira dalam pengiraan tempoh pengajian program Doktor Falsafah Ekonomi.

Permohonan
Menggunakan borang yang boleh diperolehi laman web http://www.ukm.my/pps atau di Pusat Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yuran Pengajian
Sila layari laman web http://www.ukm.my/pps Sebarang pertanyaan sila hubungi: Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel: +603-89215360/3262 Fax: +603-89251821 E-mel: dfep@ukm.my Laman web: http://www.ukm.my/fep

Anda mungkin juga menyukai