Anda di halaman 1dari 2

SKEMA JAWAPAN TUGASAN SEMESTER MEI 2012 HBML 4203 : KESUSASTERAAN MELAYU DAN KOMSAS

SOALAN: Analisis sebuah karya sastera sama ada novel, cerpen, puisi atau drama berdasarkan teori atau pendekatan kritikan yang sesuai dengan karya sastera yang anda pilih. (40 markah) SKEMA JAWAPAN: 1. Pendahuluan - Latar belakang kajian. - Pengenalan tentang teks kajian termasuk sinopsis. (5 markah) 2. Teori atau pendekatan yang digunakan dalam kajian - Pilih sebuah teori atau pendekatan yang sesuai untuk mengkaji sebuah karya yang dipilih. - Misalnya pendekatan moral, pendekatan formalistik/struktural, pendekatan sosiologi, pendekatan sejarah, pendekatan strukturalisme, stilistik dan pelbagai lagi pendekatan lain yang sesuai untuk menganalisis teks kajian. - Misalnya juga penggunaan teori tempatan seperti teori Pengkaedahan Melayu, teori Takmilah, teori Puitika Sastera Melayu, Teori Konseptual Kata Kunci dan Teori Teksdealisme atau teori tempatan lain yang sesuai dengan teks kajian. - Misalnya juga penggunaan teori Barat seperti Psikologi atau Psikoanalisis, Semiotik, Feminisme, Pascakolonial, Hermenuetik dan teori-teori barat lain yang sesuai dengan teks kajian. (10 markah) 3. Analisis teks - Berdasarkan teori dan pendekatan yang bersesuaian dengan teks kajian yang dipilih, iaitu hendaklah sebuah karya sastera sama ada daripada genre cerpen, puisi, novel atau drama. - Misalnya jika pelajar memilih pendekatan formalistik atau struktural, maka analisis hendaklah berdasarkan struktur yang paling menonjol dalam teks kajian berkenaan. Pelajar boleh memilih beberapa analisis yang paling menonjol dalam teks kajian seperti berikut: (a) Tema dan Persoalan (b) Watak dan Perwatakan

(c) Plot (d) Teknik (e) Latar (f) Gaya Bahasa (g) Sudut Pandangan (20 markah) 4. Kesimpulan - Dapatan yang didapati daripada keseluruhan teks yang dianalisis dengan teori atau pendekatan yang digunakan dan sumbangannya kepada perkembangan masyarakat/ negara. (5 markah) (Jumlah: 40 markah)

Anda mungkin juga menyukai