Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Smart Car Temperature dicipta untuk untuk menyelesaikan masalah udara panas yang terperangkap di dalam kenderaan, contohnya seperti kereta, yang mana berlaku ketika waktu siang, lebih-lebih lagi ketika di tempat letak kereta di tengah panas terik yang sedia maklum,, sememangnya panas. Walaupun masalah ini dapat diatasi dengan memasang kipas atau air-cond sepanjang tempoh meletak kereta,, namun, kaedah itu didapati tidak ekonomik.Hal ini kerana, jika kipas mahu pun air-cond tersebut akan tetap terus berpusing walaupun suhu di dalam kereta sudah menurun.bermakna, penggunaan elektrik berterusan walawpun masalah asal sudah ditangani.tambahan pula di kuatiri akan mempercepat kehabisan bekalan elektrik pada sel basah kenderaan itu sendiri,akibat penggunaan elekrik yang berterusan. Disini, kami telah bersama-sama membincangkan permasalahan ini. Hasil perbincangan, kami mengambil keputusan, ingin menggunakan litar pengesan haba untuk dijadikan suis bagi menghidup dan mematikan motor kipas penyejuk untuk dijadikan agenda utama projek kami. Bermula dari situlah kami mendapat nama untuk projek kami. SMART CAR TEMPERATURE

PENYATAAN MASALAH Kepanasan merupakan masalah global yang kita semua sedang hadapi sekarang, masalah kepanasan di dalam kenderaan yang cuba kami ketengahkan ini sebenarnya merupakan masalah yang benar-benar wujud dalam situasi pemanasan global yang turut dirasai oleh negara kita sekarang. Alat sistem ini digunakan untuk menyelesaikan masalah kepanasan di dalam kenderaan sewaktu kenderaan di tinggalkan di tempat parkir, dimana boleh mengakibatkan ketidak selesaan sebiak sahaja ingin memulakan perjalanan selepas kenderaan sekian lama berada di tempat parkir yang panas terik. Projek elektronik ini akan berfungsi apabila enjin kenderaan dihidupkan, secara automatic kipas penyedut udara panas aktif, dengan itu peningkatan suhu dapat diatasi. Dengan adanya alat sistem ini kita juga dapat mengelakkan diri bahang di dalam kenderaan yang menyengat sebaik sahaja ingin memulakan perjalanan. Untuk melakukan pemasangan bagi alat sistem tersebut kita perlu memcari litar-litar yang sesuai untuk menjalankan projek tersebut. Kemudian pastikan komponen yang digunakan mudah didapati di pasaran supaya tidak timbul kesulitan kelak. Kemampuan kami untuk membina alat ini juga diambil kira dan kami yakin kami mambu membiayai setiap kos yang diperlu untuk merialisasikan penghasilan alat ini.

OBJEKTIF

Projek ini merupakan modul yang diambil oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik semester 5 & 6. Ini adalah untuk memenuhi syarat-syarat jam kredit bagi para pelajar. Dengan ini kami telah memilih untuk menjalankan projek yang bertajuk Smart Car Temperature. Projek ini terdiri dari beberapa gabungan litar antaranya litar bekalan kuasa, dimana voltan keluaran terdiri dari 12V untuk bekalan litar Sensor manakala 12V untuk litar aplikasi. Objektif dalam projek ini mengesan kehadiran haba di dalam kenderaan tanpa perlu mengaktifkan penyaman udara kenderaan sepanjang masa untuk menyejukkan kenderaan. Secara tidak langsung, kita dapat menjimatkan penggunaan elektrik,kerana alat ini hanya beroperasi apabila kenderaan mula panas dan akan berhenti beroperasi sebaik sahaja kenderaan kembali sejuk. Antara faktorfaktor yang menyebabkan fenomena ini terjadi adalah disebabkan kenderaan menyerap haba persekitaran,ditambah lagi dengan pemanasan global yang semakin menjadi-jadi. Dengan adanya alat ini,sedikit sebanyak masalah kepanasan di dalam kenderaan akibat ditempatkan di tempat panas terik dapat dibendung, Selain itu, manafaat daripada projek dihasilkan, kami dapat memahami dengan lebih mendalam tentang bagaimana untuk memahami sesuatu litar, operasi alatan elektronik dan sebagainya.

SKOP Dalam menyempurnakan projek ini , haruslah mengikut perlaksanaan yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk memastikkan perlaksanaan sesuatu projek tidak terkeluar dari skop yang ditetapkan. Antaranya skop projek tersebut ialah: Untuk memastikan projek berjalan dengan lancar, kami membuat sesuatu perancangan dengan teliti untuk membuat sesuatu projek. Kemudian langkah seterusnya ialah menyenaraikan komponen dan bahanbahan yang ingin dibuat. Menguji komponen-komponen yang telah diberi untuk memastikkan ianya dalam keadaan baik. Membuat atau melukis litar di atas papan PCB untuk setiap litar. Melakukan kerja-kerja menebuk lubang atas papan litar PCB, menghakis pada papan litar PCB, memateri komponen-komponen dan mengujinya setelah siap. Ini bagi memastikan litar boleh digunakan dengan sempurna. Penciptaan sesuatu barangan pada masa kini adalah bagi memberi kemudaan kepada manusia. Mengetahui serba sedikit tentang penggunaan mekanikal yang berkaitan dengan elektrik.

METROLOGI

Pengenalan

Metodologi adalah penerangan secara terperinci tentang kaedah kaedah atau tatacara yang kami gunakan bagi menjalankan projek Smart Car Temperature.

Setiap projek memerlukan perancangan yang rapi supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Projek akhir ini dimulakan pada semester 5 dengan kerja-kerja mencari tajuk, membuat kertas kerja cadangan dan mendapatkan kelulusan daripada penyelia. Setelah itu, proses membuat kajian bagi mendapatkan litar-litar yang sesuai dilakukan. Memulakan kerja penghasilan rekabentuk PCB dan litar logikal get. Mencari komponen di pasaran dan membuat pengujian komponen tersebut.

CARTA ALIR PERLAKSANAAN PROJEK

mula MULA

Memilih Tajuk Projek

Membuat Perancangan Kerja seperti Carta Gantt

Membuat Kajian tentang konsep, prinsip, kaedah berkaitan dengan projek.

Mengenalpasti litar, komponen, Bahasa atau perisian.

Mendapatkan semua peralatan kompenen dan perisian yang diperlukan.

Melaksanakan projek dan membuat pengujian.

Tamat

CARTA ALIR PENGGUNAAN SMATR CAR TEMPERATURE

mula MULA

Enjin dihidupkan (belakan On )

Kipas menyedut haba panas yang terperangkap didalam kenderaan.

Penyedut akan off secara automatic apabila suhu stabil.

tamat TAMAT

CARTA GANTT (GANTT CHART)

Carta gantt merupakan jadual waktu perjalanan menyiapkan sesuatu projek. Dalam carta ini dicatatkan titik mula waktu projek dimulakan sehingga waktu projek selesai disiapkan. Aktiviti yang dijalankan semasa open penghasilan projek akan diplotkan mengikut masa yang diambil. Carta Gantt adalah ringkasan bagi work breakdown structure (WBS) yang menerangkan keseluruhan aktiviti yang berlaku semasa penghasilan projek. Carta Gantt juga digunakan sebagai panduan masa untuk menghasilkan projek dalam masa yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai