Anda di halaman 1dari 25

ABSTRAK

Pada masa kini, kenderaan yang berada di pasaran boleh dikatakan semuanya dilengkapi
dengan sistem penghawa dingin atau lebih dikenali lagi (sistem aircond) sistem penghawa
dingin ini digunakan bagi tujuan untuk memberi keselesaan kepada pemandu serta
penumpang yang menaiki kenderaan .Namun sistem aircond kenderaan ini juga perlu
melakukan servis aircond kenderaan secara berkala iaitu disetiap 30,000KM ataupun setahun
sekali.
Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil.Cooling coil
adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang
bersambung terus ke condenser dan compressor .Hose pada cooling coil di tapis dengan injap
ataupun biasa dipanggil valve aircond .Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis
aircond dilakukan.Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan
kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.

Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan
thinner dan air.Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci
cooling coil.Kebocoran pada sirip2 halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia
dipasang semula.Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung
gas.Tabung gas berkedudukan didalam engine dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran
sistem aircond.

Setelah cooling coil dipasang kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk
melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor.Komponen yang biasa mengalami
kebocoran seperti hose penyambung da kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose
dan mengimpal kondenser.

Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang
dinyatakan tadi mengalami pembaikan .
Jadi perlaksanaan projek ini adalah berdasarkan sistem aircond yang semakin maju di
pelusuk dunia. Sistem aircond bagi sesebuah kereta amat penting untuk keselesaan. Dengan
itu , sistem ini juga memerlukan servis yang berkualiti serta mesin yang berteknologi tinggi.
Dengan ini kami berhasrat untuk mengetengahkan satu projek iaitu tabung penyedut gas
simpanan dari kereta dimana konsepnya seakan-seakan sama dengan mesin recovery.

Tetapi projek ini kami lebihkan untuk servis membuang gas aircond dari kereta dan
memasukan gas kembali. kami menggunakan konsep yang sama dengan mesin recovery
dimana mesin recovery boleh keluarkan gas, masukan gas, vakum, boleh menambah minyak
serta lengkap dengan meter digital dan projek kami ini hanyalah boleh mengeluarkan gas dan
memasukan gas sahaja, tidak boleh vacuum wap udara serta menambah minyak dan kos bagi
tabung penyedut gas ini amatlah murah serta mampu milik jika dibandingkan dengan kos
mesin recovery yang mencecah puluhan ribu.
Pada hasil dapatan kajian, penjimatan kos dan masa dapat dijimatkan kerana mekanik Tidak
perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memiliki mesin penyedut gas aircond . Bagi
penghasilan tabung penyedut gas aircond ini adalah untuk mengelakkan aktiviti servis
aircond yang salah dengan cara melepaskan gas begitu saja ke udara yang akan menyebabkan
lapisan ozon menipis.Penambahbaikan perlulah diambil kira untuk keboleh pasaran ke
bengkel-bengkel yang lain.

1.1 PENGENALAN

Sistem Penghawa Dingin kereta (air-cond) berfungsi menggunakan gas yang


dimampatkan oleh pemampat (compressor). Gas ini akan mengalir melalui gegelung
penyejukan (cooling coil) yang berada di dalam kabin kereta manakala blower akan
meniup angin melalui gegelung penyejukan (cooling coil) ini dan mengeluarkan angin
yang sejuk.Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator
pemeluwap (condensor radiator)  yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah
secara asasnya bagaimana penghawa dingin kereta berfungsi.

Sistem aircond kereta bekerja dalam dua keadaan tekanan. Tekanan tinggi (high pressure
side) dan tekanan rendah (low pressure side)

HIGH PRESSURE SIDE

Tekanan tinggi yang dihasilkan adalah sekitar 180~220 psi dan jika mempunyai bacaan
kurang atau lebih dari bacaan ni, bermaksud ada masalah yang sedang berlaku. 
High pressure side ni guna meter warna merah. Merah yang bermakna tekanan tinggi dan
panas.Hight pressure side bermula dari compressor ke condenser dan menuju ke expansion
valve .

LOW PRESSURE SIDE

Tekanan yang ada di sini adalah sekitar 25~35 psi dan jika mempunyai bacaan
kurang atau lebih, bermaksud terdapat masalah yang berlaku dalam
sistem.Menggunakan meter berwarna biru yang menunjukkan sejuk dan bertekanan
rendah.Low pressure side bermula dari refrigerant masuk ke expansion vavle dan
kembali ke compressor.

Jadi perlaksanaan projek ini adalah berdasarkan sistem aircond yang semakin maju
di pelusuk dunia. Sistem aircond bagi sesebuah kereta amat penting untuk
keselesaan. Dengan itu , sistem ini juga memerlukan servis yang berkualiti serta
mesin yang berteknologi tinggi. Dengan ini kami berhasrat untuk mengetengahkan
satu projek iaitu tabung penyedut gas simpanan dari kereta dimana konsepnya
seakan-seakan sama dengan mesin recovery.

Tetapi projek ini kami lebihkan untuk servis membuang gas aircond dari kereta dan
memasukan gas kembali. kami menggunakan konsep yang sama dengan mesin
recovery dimana mesin recovery boleh keluarkan gas, masukan gas, vakum, boleh
menambah minyak serta lengkap dengan meter digital dan projek kami ini hanyalah
boleh mengeluarkan gas dan memasukan gas sahaja, tidak boleh vacuum wap
udara serta menambah minyak dan kos bagi tabung penyedut gas ini amatlah murah
serta mampu milik jika dibandingkan dengan kos mesin recovery yang mencecah
puluhan ribu.
Dahulunya, untuk membuang gas dari kereta hanyalah menggunakan manifold
gauge dan cara ini mempunyai masalah pencemaran kepada alam sekitar. Satu
cara lagi adalah dengan menggunakan mesin recovery tetapi kos pembelianya yang
tinggi. Dalam projek ini, kami akan cuba menyelesaikan masalah tersebut untuk
mengawal gas tidak buang begitu sahaja dan tabung ini boleh menjimatkan kos
terutamanya bagi mekanik-mekanik diluar sana yang baru di dalam bidang aircond
ini. Untuk memulakan perniaagaan.

1.2 PENYATAAN MASALAH.

Pernyataan masalah bagi projek ini ialah:

Pernyataan masalah yang pertama ialah biasanya bengkel servis akan membuang
gas itu ke udara dengan begitu saja. Hal ini sangat tidak baik pada alam sekitar,
kerana ia dapat merosakan alam sekitar. Gas aircond yang dibuang bebas ke udara
dapat mengakibatkan penipisan lapisan ozon, kerana refrigerant mengandungi gas
Clorin (CFC).

Pernyataan masalah kedua ialah kebanyakkan mekanik-mekanik di luar tidak


mampu untuk membeli sebuah mesin recovery atau disebut mesin 3R kerana kos
pembelianya yang mahal. Kosnya sekitar rm 20 000 hingga rm 30 000 seunit, mesin
ini mahal kerana ia boleh melakukan proses recovery, recycling dan recharging. 

Seterusnya, untuk pembelajaran bagi subjek aircond, biasanya kebanyakkan Institut


hanya menggunakan manifold gauge untuk pelajar membuat latihan, ini memerlukan
gas yang banyak kerana gas dibuang begitu sahaja dan tidak boleh disimpan. Untuk
memasukan gas ke dalam kereta perlu menggunakan gas yang baru dari tangki.
1.3 OBJEKTIF PROJEK

Tujuan utama pembangunan projek ini adalah berkaitan dengan tiga objektif yang
ingin dicapai iaitu:-

1. Untuk memudahkan mekanik di luar untuk menyimpan kembali gas aircond

2. Untuk memudahkan pembelajaran untuk membuat latihan dalam subjek

3. Menjimatkan kos pembelian mesin recovery.

1.4 LIMITASI PROJEK

Kajian projek ini meliputi beberapa kumpulan iaitu:

1. Mekanik

Limitasi projek ini dilaksanakan adalah untuk membantu mekanik kecil-


kecilan

di luar jimatkan kos pembelian mesin recovery

2. Tenaga pengajar

Pengajar yang menggunakan alat ini lebih tertumpu kepada pengajar yang

Mengajar subjek aircond GAA3033 di Institut Kemahiran Mara Beseri Perlis.

3. Pelajar

Kumpulan pelajar bagi memudahkan pelajar-pelajar melaksanakan latihan

servis aircond dalam pembelajaran pada semester 3 GAA3033.


1.5 KEPENTINGAN PROJEK

Soal selidik yang dilakukan adalah satu kajian yang sangat penting dimana
penyelidik perlu melihat beberapa kepentingan kajian ini boleh diggunakan untuk
bengkel di luar dan untuk memudahkan proses sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan dapat memberi impak kepada mekanik, pengajar dan pelajar
iaitu:

1. Mekanik

Memudahkan mekanik diluar yang baru di dalam bidang aircond untuk memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak
untuk membeli mesin serta gas juga tidak akan berlaku pembaziran.

2. Pengajar

Memudahkan pengajar dan mejimatkan gas dalam proses pembelajaraan bagi


latihan membuka dan servis komponen aircond kepada pelajar tanpa membuang
gas begitu sahaja.

3.Pelajar

Dengan adanya projek ini, pembelajaran bagi pelajar juga akan menjadi lancar dan
pelajar juga akan boleh mengeluarkan gas dengan berulang kali kerana gas akan
disimpan dalam tabung. Dengan ini pelajar dapat merasai dan memahami dengan
lebih baik.
1.5 RUMUSAN

Dalam bab ini telah dijelaskan dan dihuraikan perkara-perkara menjadi asas
dan hala tuju kajian ini. Di dalam bahagian objektif kajian, penyelidik telah
menetapkan yang hendak dicapai di akhir kajian ini. Soalan kajian turut di tentukan
berdasarkan objektif-objektif yang di tetapkan telebih dahulu. Kajian ini dapat
memberi manfaat kepada banyak pihak. Kajian ini dibataskan skopnya agar kajian
ini mudah dan munasabah untuk dihasilkan. Akhir sekali, dalam definasi telah di
terangkan maksud beberapa istilah dan konsep yang penting dalam kajian ini.
KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Setiap kenderaan seperti kereta, lori, bas dan kenderaan lainnya yang
menggunakan aircond perlu melakukan servis aircond kenderaan secara berkala
iaitu disetiap 30,000KM ataupun setahun sekali. Semasa melakukan proses servis
sistem aircond biasanya bengkel-bengkel yang biasa akan melepaskan gas aircond
ke udara dengan begitu saja. Ini adalah sangat tidak digalakkan, kerana gas aircond
tersebut boleh merosakkan alam sekitar. Bahan gas pendingin yang dilepaskan
secara bebas terus ke udara boleh mengakibatkan penipisan lapisan ozon, hal ini
kerana bahan pendingin tersebut mengandungi gas klorin (CFC).

(CFC) ialah sejenis sebatian organik berbentuk gas yang


mengandungi karbon, klorin dan fluorin. Ia juga dikenali dengan nama dagangan
DuPont Freon. Kegunaan utamanya ialah sebagai bahan penyejuk, bahan kegunaan
aerosol dan pelarut, namun kini sedang dihentikan secara berperingkat
melalui Protokol Montreal kerana meningkatkan kadar penipisan lapisan
ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur lapisan ozon.
Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh
wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.
Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke
dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat
ketinggian 20–25 km, kurang sinar ultraungu diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai
setelah bertindakbalas dengan sinar uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin
ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.

Jadi untuk menghindari daripada terlepasnya gas refrigerant ke atmosfera maka terhasilah
mesin 3R iaitu recovery , recycle dan recharging .Mesin 3r ialah mesin yang digunakan untuk
melakukan proses pemulihan, kitar semula dan pengecasan semula pada sistem aircond
kenderaan . Jadi ia dipanggil istilah mesin 3R, mesin 3R ini boleh melaksanakan ketiga-tiga
fungsi secara serentak pada satu masa. Ini akan sangat membantu dalam proses
penyelenggaraan atau pembaikan sistem aircond kenderaan.

Mesin 3R digunakan secara meluas dalam penyelenggaraan penghawa dingin


kereta. Dengan ini, proses servis penghawa dingin kereta menjadi lebih singkat dan
efisien.Tapi kekurangan mesin 3r ini adalah kosnya yang begitu mahal sehingga mencecah
puluhan ribu ,hal ini menyebabkan banyak bengkel-bengkel yang membuat servis aircond ini
secara kecil-kecilan di luar sana tidak mampu memiliki mesin 3r ini .

Jadi ,untuk menyelesaikan masalah ini kami akan menghasilkan sebuah projek iaitu
“Tabung penyedut gas aicond” dari kereta dimana konsepnya seakan-seakan sama
dengan mesin recovery.

Tetapi projek ini kami lebih focuskan untuk servis mengeluarkan gas aircond dari
kenderaan dan memasukan gas kembali kedalam sistem aircond
kenderaan .Dengan itu kami menggunakan konsep yang sama dengan mesin
recovery dimana mesin recovery boleh mengeluarkan gas, memasukan gas, vakum,
boleh menambah minyak serta lengkap dengan meter digital dan projek kami ini
hanyalah boleh mengeluarkan gas dan memasukan gas sahaja, tidak boleh
membuat proses vaccum serta tidak boleh menambah minyak.Kos bagi tabung
penyedut gas ini amatlah jauh lebih murah serta kami yakin pemilik bengkel-bengkel
kecilan ini mampu memiliki “Tangki penyedut gas” ini jika dibandingkan dengan
mesin recovery 3r tersebut yang kosnya mencecah puluhan ribu.
2.2 BAHAN YANG DIGUNAKAN

2.2.1 TANGKI GAS AIR COND

2.2.2 MANIFOLD GAUGE

Tolok manifold ialah peranti ruang yang digunakan untuk mengawal aliran tekanan
atau gas. Tolok manifold set dan tafsirkan tekanan sistem penyaman udara semasa
ia beroperasi.
2.2.3 COMPRESSOR

Compressor terletak dibahagian belakang peti sejuk, di bahagian lantai. Kadangkala,


ia dipanggil motor. Fungsinya, ia akan memampatkan gas terlebih dahulu sebelum
menendang keluar gas ke condenser melalui copper pipe. Compressor akan berasa
panas pada badannya ketika ia bekerja. Oleh kerana itu, kita digalakkan untuk
memberi ruang atau jarak di antara dinding dan belakang peti sejuk supaya udara
dapat menyejukkan compressor.

2.2.4 CONDENSOR

Kondensasi atau nama sains melayu dia, pengeluwapan. Pengeluwapan ni berlaku


bila suhu udara panas meningkat kemudian menyejukkan secara drastik, suhu
udara panas tadi tu pun akan turun secara drastik. Dan situasi ni membuatkan udara
tu hilang keupayaan untuk memegang wap air. Jadi, wap air yang berlebihan yang
tak dapat dipegang tu akan bertukar jadi cecair.
2.2.5 CONDENSOR FAN

Fungsi condenser fan ialah membantu menurunkan suhu dekat condenser tadi.


Kalau tak da condenser fan ni, suhu gas tak dapat turun, jadi gas tak dapat bertukar
jadi cecair. Tak lengkap proses kondensasi. 
2.3 JENIS-JENIS ALAT UNTUK MENGELUARKAN GAS AIRCOND DARI
KERETA

2.3.1 MESIN RECOVERY

Mesin 3R refrigerant merupakan mesin yang digunakan untuk proses menyedut


refrigerant (ricovery), mengguna semula refrigerant (recycling), dan mengisi kembali
(recharging) setelah refrigerant  dikeluarkan dari sistem AC kereta.  Pengeluaran
refrigerant dilakukan kerana berbagai hal, di antaranya semasa melakukan
perbaikan komponen air cond atau servis sistem air cond sesebuah kereta , dan
berkurangnya kualiti refrigerant adalah akibat tercemar dengan minyak pelincir
ketika beredar dalam sistem AC.

Membuang refrigerant yang mengandung gas klorin (CFC) ke udara bebas tanpa
menyimpannya di mesin recovery(3R), akan mengakibatkan pencemaran lingkungan
dan merosak lapisan ozon (O3). Penggunaan R-134a sangat menguntungkan,
terutama saat pengisian kembali, kerana tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak
untuk membeli gas refrigerant yang baru. Peralatan yang digunakan semasa proses
pengisian kembali adalah mesin 3R, charging manifold, dan alat pengesan
kebocoran.
• Proses Kerja Mesin 3R

Recovery

 Merupakan proses pemindahan bahan pendingin dalam bentuk wap, cecair atau
bercampur dengan bahan lain dalam sistem AC untuk disimpan di dalam bekas di
luar sistem AC.

Recycling

Merupakan proses mengurangkan bahan cemar bahan pendingin selepas


digunakan dalam sistem penghawa dingin. Dalam proses ini, minyak pelincir
diasingkan untuk mengeluarkan dan mengurangkan kelembapan, keasidan, dan
zarah lain daripada penyejuk.

Recharging

Adakah proses mengecas semula bahan pendingin ke dalam sistem AC kereta


selepas proses pemulihan dan kitar semula dijalankan.
2.3.2 MANIFOLD GAUGE

Tolok manifold ialah peranti ruang yang digunakan untuk mengawal aliran tekanan
atau gas. Tolok manifold set dan tafsirkan tekanan sistem penyaman udara semasa
ia beroperasi.

Tekanan ini memberitahu juruteknik jika sistem beroperasi dengan betul atau jika
terdapat masalah dengan sistem. Tolok juga digunakan untuk melepaskan
lembapan dan enap cemar. Injap manifold digunakan dalam penghawa dingin atau
sistem HAVC.

Set tolok manifold terdiri daripada blok manifold, dua injap tangan, tiga hos penyejuk
dan dua tolok tekanan. Hos di sebelah kiri berwarna biru dan disambungkan ke
bahagian tekanan rendah/sedutan sistem penghawa dingin. Oleh kerana tolok
dibaca dalam dua julat tekanan yang berbeza, ia biasanya dipanggil tolok kompaun.
Bahagian tekanan tinggi berwarna merah.
Operasi:

Set tolok manifold mempunyai dua injap tangan yang digunakan untuk mengawal
aliran bahan pendingin melalui manifold.

Injap kawalan aliran dalam manifold ditutup apabila injap tangan dipusing
sepenuhnya mengikut arah jam.

Apabila set tolok dipasang pada sistem dan kedua-dua injap tangan ditutup, tolok
membaca tekanan yang dikenakan ke atasnya.

Di sini kedua-dua injap ditutup dan tekanan penyejuk masih boleh direkodkan pada
setiap tolok masing-masing.

Injap tangan dibuka dengan memusingkan pemegang ke arah lawan jam. Ini
membuka laluan ke port hos tengah set manifold.

Injap tangan hanya dibuka untuk menambah atau mengeluarkan bahan penyejuk
daripada sistem atau untuk membenarkan pam vakum mengeluarkan lembapan dan
bahan cemar daripada sistem.

Injap manual pengumpul sisi rendah terbuka dan laluan dari port sisi rendah ke port
pusat terbuka. Ambil perhatian bahawa port di bahagian atas disekat dari port
pusat.

Tolok sisi rendah akan terus merekodkan tekanan sisi rendah sahaja, dan tolok sisi
tinggi akan terus merekodkan tekanan sisi tinggi sahaja.

Port sisi rendah disekat oleh injap tangan sisi rendah yang tertutup.

Dengan injap tangan dalam kedudukan ini, penunjuk sisi rendah menunjukkan
tekanan sisi rendah, dan penunjuk sisi tinggi menunjukkan tekanan sisi tinggi.

Kedua-dua injap tangan terbuka, membenarkan laluan biasa ke port tengah.


Dengan injap tangan dalam kedudukan ini, tekanan yang ditunjukkan pada kedua-
dua tolok adalah sama.

Bahan pendingin bertekanan tinggi melalui ke bahagian bawah.

Kedua-dua tolok dalam contoh ini tidak menunjukkan tekanan yang betul, kerana
tolok sisi rendah menunjukkan tekanan yang lebih tinggi daripada biasa dan tolok
sisi tinggi menunjukkan tekanan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Ini adalah kedudukan injap tangan manifold semasa proses pemindahan.

Manifold mungkin mempunyai berbilang port dan kaca penglihatan yang


membolehkan juruteknik melihat keadaan penyejuk yang melalui manifold. Tolok
manifold mungkin mempunyai injap tangan di hadapan atau di sisi manifold,
bergantung pada pengilang
2.4 KEPENTINGAN ALAT UNTUK MENGELUARKAN GAS AIRCOND DARI
KENDERAAN.

Lapisan ozon adalah lapisan yang terdapat di kulit bumi bagian Stratosfer dan terdiri
dari molekul-molekul Ozon (O3). Lapisan ini berada pada ketinggian 15-60 km di
atas permukaan bumi. Lapisan ozon dapat berfungsi sebagai penghalang hampir
semua sinar ultraviolet yang dipancarkan matahari. Sinar ultraviolet adalah sinar
yang dipancarkan matahari dengan tenaga yang cukup tinggi. Maka apabila lapisan
ozon semakin tipis, ini akan mengakibatkan semakin besarnya radiasi sinar
ultraviolet yang jatuh ke permukaan bumi dan dapat menyebabkan kesan negatif
terhadap lingkungan dan juga kesihatan. Dengan kata lain, Ozon adalah gas
beracun sehingga bila berada dekat permukaan tanah akan berbahaya bila terhidu
dan ianya dapat merosakkan paru-paru.

Seterusnya , lapisan ozon di atmosfera melindungi kehidupan di Bumi dari radiasi


sinar ultraviolet yang dapat menyebabkan kanser. Oleh kerana itu, para ilmuwan
sangat bimbang ketika mereka menemukan bahwa bahan kimia Chloro Fluoro
Carbons (CFC) yang biasa digunakan sebagai media pendingin dan gas pendorong
spray aerosol, memberikan ancaman terhadap lapisan ini. Bila dilepas ke atmosfera,
zat yang mengandung klorin ini akan dipecah oleh sinar Matahari yang
menyebabkan klorin dapat bereaksi dan menghancurkan molekul-molekul ozon.
Setiap satu molekul CFC mampu menghancurkan hingga 100.000 molekul ozon.

Kesan pemanasan global serta semakin rosaknya lapisan ozon pada masa
sekarang ini,salah satunya berpunca daripada kerja-kerja servis system aircond
kenderaan .Jadi untuk mengelakkan gas aircond ini terlepas ke ruang atmosfera
maka terhasillah satu mesin yang berfungsi untuk me-recovery me-recycle dan
recharging gas refrigerant dari sistem aircond kenderaan .Mesin recovery,recycle
dan recharging ini lebih dikenali sebagai mesin 3R .

Dengan adanya mesin 3R ini sedikit sebanyak ia mampu mengawal serta mampu
mengurangkan gas refrigerant daripada terbebas ke udara ,yang akan
menyebabkan penipisan lapisan ozon .
2.6 RUMUSAN

Kesimpulannya, setelah menjalankan kajian terhadap barang-barang dan komponen


yang diperlukan untuk membina projek ini mendapati komponen yang mempunyai
spesifikasi yang sesuai perlu ditambahbaikan bagi menyelesaikan masalah
penipisan lapisan ozon yang akan menyebabkan pencemaran alam sekitar, dengan
terhasilnya projek kami ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan
masalah ini ,dengan harga yang mampu milik ini kami pasti banyak workshop-
workshop diluar sana mampu memiliki mesin ini berbanding mesin-mesin diluar sana
yang mencecah puluhan ribu bagi sesebuah mesin penyedut gas aircond ini .Selain
itu, ia juga amat penting kerana dengan terhasilnya projek ini ia dapat menjimatkan
kos bagi sesebuah workshop yang ingin memiliki mesin ini serta dapat memudahkan
kerja-kerja mengeluarkan gas aircond dari kereta. Hal ini demikian projek yang
dilaksanakan ini bertajuk tangki penyimpan gas aircond ini memberikan impak
dalam memudahkan mekanik-mekanik diluar sana menyimpan gas aircond terpakai
didalam tangki tersebut .Akhir sekali, projek ini juga akan mencapai objektif yang
disasarkan oleh kumpulan kami .
BAB 3

METODOLOGI DAN PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROJEK

3.1 PENGENLAN

Didalam bab ini kaedah-kaedah dan tatacara kerja yang digunakan dalam
menghasilkan projek Tabung penyedut gas adalah merujuk kepada kaedah atau
tatacara untuk melaksanakan pembangunan sesuatu rekabentuk dan proses untuk
menghasilkan projek. Di dalam bab ini kaedah-kaedah dan tatacara kerja yang
digunakan dalam penghasilan Tabung penyedut gas akan dihuraikan dengan lebih
terperinci lagi supaya matlamat dan objektif penghasilan projek ini tercapai dengan
jayanya. Bagi menerangkan kaedah perlaksanaan projek ini dengan lebih jelas,
gambarajah, jadual, foto, carta atau lakaran akan ditujukkan. Selain dari
perancangan dan perlaksanaan projek, bahagian ini juga menunjukkan proses awal
analisis yang dilaksanakan termasuk:

1. Membuat pemerhatian bagi memperolehi maklumat tentang projek

2. Membuat lakaran bagi rekabentuk projek yang bakal dihasilkan

3. Mengumpul dan mengkaji kesesuaian bahan yang diperlukan untuk membina projek.

4 Proses menyediakan bahan

5. Proses pemasangan bahagian projek

6. Proses pengujian

7. Proses penambahbaikan projek

8. Proses pengujian kimpalan dan pembaikan tapak

9. Proses mengecat

10. Kemasan akhir projek


3.2 LOKASI DAN PERSAMPELAN DATA

Lokasi bagi proses pengumpulan data-data projek ini dilakukan di Program Diploma
Teknologi Automotif Institut Kemahiran Mara Beseri, Perlis. Selain itu juga dilakukan
di premis perniagan servis aircond di sekitar Beseri Perlis.

Soalan- soalan ini dipilih berdasarkan keperluan dan objektif di mana jika produk ini
diadakan ia akan memudahkan pelbagai pihak.

3.2.1 Responden perlu menjawab semua soalan

3.2.1.1 Responden perlu menjawab ‘SETUJU’ atau ‘TIDAK SETUJU’ dan meminta
responden memberikan huraian atau penjelasan bagi jawapan tersebut. Soalan
yang ditanya kepada responden seperti berikut:

1. Adakah reka bentuk produk ini menjimatkan kos?

Setuju Tidak setuju

Huraian:……………………………………….

2. Adakah projek ini boleh menjmatkan kos bahan ketika digunakkan di premis luar

atau bagi latihan pembelajaran?

Setuju Tidak setuju

Huraian:………………………………………..
3. Adakah projek ini dapat memudahkan kerja-kerja servis aircond diluar mahupun
di dalam?

Setuju Tidak setuju

Huraian:……………………………………………

pembuangan gas?

Setuju Tidak setuju

Huraian:……………………………………………

5. Adakah projek ini sesuai untuk digunakkan dalam jangka masa yang Panjang?

Setuju Tidak setuju

Huraian:……………………………………………

6. Adakah projek ini dapat menjimatkan gas sewaktu membuat latihan


pembelajaran?

Setuju Tidak setuju

Huraian:…………………………………………….

7. Adakah projek ini mudah dikendalikan?

Setuju Tidak setuju

Huraian:…………………………………………….

8. Adakah projek ini selamat digunakan?

Setuju Tidak setuju

Huraian:………………………………………………
3.3 KAEDAH ANALISIS DATA

Bagi memperolehi Analisa data bagi kajian ini, Pengkaji telah menggunakan data
daripada spreadsheet google form yang dibangunkan bersama soalan kaji selidik.
Maklumbalas responden ditunjukkan dalam bentuk graf bagi setiap soalan kaji
selidik yang diberikan di dalam bora ng kaji selidik dengan menggunakan capaian
internet google form dan alamat link kajian soal selidik diberikan kepada kumpulan
responden melalui capaian aplikasi WhatsApp mengikut kumpulan yang dipilih. Hal
ini untuk melihat sejauh mana produk Tabung Penyedut Simpanan gas ini sesuai
digunakan dengan efektif dan berkesan dalam jangka masa yang panjang.
PENAMBAHBAIKAN

Pada masa sekarang, projek yang kami hasilkan ini, kami hanya memfocuskan
untuk servis mengeluarkan gas aircond dari kenderaan dan memasukan gas
kembali kedalam sistem aircond kenderaan sahaja. Tetapi target kami pada masa
akan datang, kami akan membuat penambahbaikan supaya sama taraf seperti
mesin recovery yang terdapat diluar sana ,iaitu yang mampu melakukan kerja-kerja
menyedut gas ,

Dengan itu kami menggunakan konsep yang sama dengan mesin recovery dimana
mesin recovery boleh mengeluarkan gas, memasukan gas, vakum, boleh
menambah minyak serta lengkap dengan meter digital dan projek kami ini hanyalah
boleh mengeluarkan gas dan memasukan gas sahaja, tidak boleh membuat proses
vaccum serta tidak boleh menambah minyak.Kos bagi tabung penyedut gas ini
amatlah jauh lebih murah serta kami yakin pemilik bengkel-bengkel kecilan ini
mampu memiliki “Tangki penyedut gas” ini jika dibandingkan dengan mesin recovery
3r tersebut yang kosnya mencecah puluhan ribu.
RUJUKAN

1. Bengkel automotif ikm beseri


2. http://www.omegaacmobil.com/mesin-3r.php
3. https://www.dinginaja.com/2020/09/fungsi-mesin-3r-recovery-
recycle.html
4. https://www.acscarservice.com/sistem-aircond-kereta/
5. https://www.qoala.app/my/blog/gaya-hidup/automotif/aircond-kereta-tak-
sejuk/

Anda mungkin juga menyukai