“MONYET YANG PINTAR” Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka

. Singa itu mengakui dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu. “Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi,” kata kambing tua kepa da kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya. Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh. “Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari.” Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka. Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah. “Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa yang seterusnya.” “Tapi bagaimana, kijang?” sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi. “Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama,” kata monyet dengan berapi-api. Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu. “Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?” herdik singa. “Ma ... ma ... maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja,” sembah monyet pura pura ketakutan.

binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia. tuanku. singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Tanpa membuang masa. Biar aku tamatkan riwayatnya!” kata singa dengan bengis.“Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. monyet pun berkata. Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Apabila tiba di tepi perigi tersebut.” Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. . “Itu dia singa yang mengaku dirinya raja. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet. Semenjak itu. Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful