Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN BIRO-BIRO

PEMUDA IKS

BIRO PENERANGAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN IKS
BAHAGIAN BATU WILAYAH PERSEKUTUAN

JANUARI 2009
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 2

2.0 Rumusan Penubuhan 2

3.0 Latar Belakang Organisasi 2

4.0 Penubuhan Biro-Biro Pergerakan 2

4.1 Biro Politik

4.2 Biro Penerangan

4.3 Biro EkonomI

4.4 Biro Belia, Sukan & Rekreasi

4.5 Biro Agama, Kebajikan & Pembangunan Insan

4.6 Biro Pendidikan & Latihan

5.0 Kaedah Penyampaian 4

6.0 Sudut Kewangan 5

7.0 Kesimpulan 5

1 PemudaIKS.blogspot.com
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

1.0 Pengenalan
1.1 Penubuhan biro-biro dalam sesebuah organisasi adalah amat penting bagi tujuan
melicinkan proses pentadbiran.
1.2 Biro-biro yang ditubuhkan akan menjalankan tugas-tugas tertentu di bawah penyeliaan
Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda.
1.3 Pengerusi Biro dan ahlinya seharusnya memberi komitmen penuh terhadap objektif, misi
dan visi penubuhan biro tersebut.

2.0 Rumusan Penubuhan


2.1 Penubuhan biro-biro adalah berasaskan perbincangan dan perlu mendapatkan kata
sepakat di antara Ahli Jawatankuasa Pemuda IKS.
2.2 Biro-biro yang ditubuhkan akan menjalankan tugas-tugas yang diberi dan
bertanggungjawab untuk merangka pelan tindakan untuk satu tahun atau satu penggal.
2.3 Biro-biro ini akan melantik ahli-ahlinya tersendiri daripada senarai ahli-ahli Pemuda IKS
untuk memudahkan perlaksanaan tugas-tugas yang diberi.

3.0 Latar Belakang Organisasi


3.1 Sejak dari penubuhan Pemuda IKS, biro-biro yang ditubuhkan merupakan badan
penggerak kepada semua aktiviti yang dijalankan mengikut bidang kerja masing-masing.
3.2 Biro-biro yang ditubuhkan juga bertanggungjawab untuk saling membantu biro-biro
yang lain dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
3.3 Biro-biro ini akan berhubung dengan Biro-biro Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Batu melalui Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda.
3.4 Tugas-tugas biro yang disenaraikan tertakluk pada perubahan dari masa ke semasa
mengikut kesesuaian.
3.5 Biro-biro yang ditubuhkan akan bergerak secara seiring dan saling memerlukan antara
satu sama lain.

4.0 Penubuhan Biro-Biro Pergerakan

4.1 Biro Politik


4.1.1 Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda secara semulajadi akan menjadi Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi Biro ini.
4.1.2 Biro ini merangkumi bidang kerja dan kuasa Biro Putera UMNO. Segala urusan
mengenai Putera UMNO akan dirujuk kepada Biro Politik.
4.1.3 Biro ini bertanggungjawab menjaga, memantau dan mengambil tindakan terhadap soal
disiplin dan tatertib para ahli Pemuda IKS sepanjang penubuhannya.

2 PemudaIKS.blogspot.com
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

4.1.4 Biro ini bertanggungjawab mengenai urusan, aktiviti dan perhubungan dengan pihak luar
serta NGO.
4.1.5 Biro ini bertanggungjawab mengenai soal keahlian dan daftar pemilih disusuli bantuan
dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli biro yang lain.
4.1.6 Biro ini akan merangka strategi dan pelan tindakan politik samaada untuk kepentingan
UMNO Cawangan, Bahagian mahupun Badan Perhubungan Negeri.
4.1.7 Biro ini hendaklah menjaga hubungan diplomasi yang baik dengan cawangan-cawangan
lain di dalam UMNO Bahagian Batu.
4.1.8 Biro ini perlu mewujudkan kerjasama dengan pihak Biro Tata Negara.
4.1.9 Biro ini merupakan perantara di antara Pemuda IKS dan Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Batu.

4.2 Biro Penerangan


4.2.1 Biro ini bertindak sebagai ejen propaganda dalam setiap agenda pergerakan Pemuda IKS
melalui kaedah dan media tertentu.
4.2.2 Biro ini bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas yang melibatkan soal pengaduan,
perhubungan awam dan perhubungan dengan Biro Pengaduan Awam, Malaysia.
4.2.3 Biro ini merupakan media komunikasi dan informasi untuk para ahli Pemuda IKS dan
bertanggungjawab menyampaikan segala maklumat yang berkenaan kepada ahli dan
masyarakat umum.
4.2.4 Biro ini bertanggungjawab untuk menghadirkan diri ke kursus-kursus yang dianjurkan
oleh pihak UMNO Bahagian Batu.

4.3 Biro Ekonomi


4.3.1 Biro ini bertanggungjawab menguruskan segala aktiviti yang berkaitan pembangunan
ekonomi Pemuda IKS.
4.3.2 Biro ini akan meneliti, merangka kertas kerja dan mengelolakan projek pembangunan
ekonomi yang dicadangkan oleh ahli-ahli di masa hadapan.
4.3.3 Biro ini akan menganjurkan program-program yang bertujuan untuk pemantapan para
usahawan muda, khususnya ahli-ahli Pemuda IKS.
4.3.4 Segala aktiviti, perbincangan dan pembangunan ekonomi hendaklah mengutamakan
para ahli Pemuda IKS terlebih dahulu.
4.3.5 Biro ini akan memantau perkembangan dan pembangunan kerjaya para ahli Pemuda
IKS.

4.4 Biro Belia, Sukan & Rekreasi

3 PemudaIKS.blogspot.com
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

4.4.1 Biro ini bertanggungjawab menguruskan segala hal yang berkaitan dengan aspek belia,
sukan, rekreasi, budaya dan kesenian kelolaan Pemuda IKS.
4.4.2 Biro ini akan berhubung rapat dan berurusan terus dengan badan-badan NGO yang
berkaitan.
4.4.3 Biro ini bertanggungjawab menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan di peringkat
cawangan.
4.4.4 Biro ini bertanggungjawab memantau dan mengulas mengenai isu-isu berkaitan dengan
bidang kerjanya.
4.4.5 Biro ini bertanggungjawab untuk menerapkan unsur penghayatan dan kecintaan para
ahli Pemuda IKS terhadap budaya, seni, warisan, sukan dll.

4.5 Biro Agama, Kebajikan & Pembangunan Insan


4.5.1 Biro ini bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan kerja-kerja
amal dan kebajikan.
4.5.2 Biro ini bertanggungjawab menjalankan kursus dan aktiviti yang berkaitan dengan soal
kerohanian, kebajikan dan pembangunan insan.
4.5.3 Biro ini bertanggungjawab memperkasakan kepimpinan agama di kalangan golongan
muda khususnya para ahli Pemuda IKS.

4.6 Biro Pendidikan & Latihan


4.6.1 Biro ini bertanggungjawab memperkasakan budaya ilmuwan di kalangan ahli-ahli
Pemuda IKS.
4.6.2 Biro ini bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai positif dan peningkatkan penguasaan
ilmu di kalangan ahli Pemuda IKS.
4.6.3 Biro ini bertanggungjawab menyediakan latihan dan kursus yang berkaitan dengan
aspek-aspek tertentu dalam menjaga pembangunan insan ahli Pemuda IKS.
4.6.4 Biro ini akan mewujudkan kerjasama, berhubung dan berurusan dengan pihak Yayasan
Pendidikan Batu.
4.6.5 Biro ini bertanggungjawab mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi ahli Pemuda IKS.
4.6.6 Biro ini bertanggungjawab dalam soal pembangunan dan pemantapan diri semua ahli
Pemuda IKS.

5.0 Kaedah Penyampaian


5.1 Biro-biro yang ditubuhkan akan menyampaikan maklumat atau melaksanakan kerja
mengikut system hirarki yang diturunkan oleh atau disampaikan kepada Ketua Pemuda
atau Naib Ketua Pemuda.

4 PemudaIKS.blogspot.com
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

6.0 Sudut Kewangan


6.1 Sumber kewangan pergerakan biro-biro Pemuda IKS akan bergantung pada aktiviti
ekonomi, yuran keahlian dan sumbangan para pemimpin. Segala urusan akan diuruskan
oleh Bendahari.

7.0 Kesimpulan
7.1 Penubuhan biro-biro ini akan melancarkan dan memudahkan kerja-kerja pergerakan
Pemuda IKS di masa hadapan agar lebih sistematik, terancang dan teratur.
7.2 Sokongan daripada ahli-ahli Pemuda IKS amat diperlukan bagi menjayakan penubuhan
biro dan memantapkan lagi pergerakan Pemuda IKS khususnya di UMNO Bahagian
Batu.

5 PemudaIKS.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai