Anda di halaman 1dari 7

Di bawah adalah ringkasan dapatan, kesimpulan dan syor berdasar kajian kami(Isahak Haron et al.).

Pembaca boleh membaca Laporan kajian kami yanglengkap bertajuk Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam BahasaInggeris di Sekolah Rendah diterbitkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris,April 2008. Laporan tersebut menghuraikan analisis dapatan dan kesimpulanyang lebih terperinci. Soalan 1: Sejauh manakah guru menggunakan Bahasa Inggeris sebagaibahasa pengantar Sains dan Matematik? Analisis data daripada kajian tiga sampel yang berlainan pelajar sekolah rendahdan menengah menunjukkan lebih 85% pelajar menyatakan guru merekamenggunakan campuran bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia bagimengajarkan Sains dan Matematik. Daripada temu ramah dan pemerhatiankami dalam bilik darjah, sebahagian besar guru menggunakan campuran kedua-dua bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris kerana mereka ingin membantumurid yang sebilangan besarnya adalah lemah dalam bahasa Inggeris supayamereka dapat memahami perkara yang diajarkan. Malah ada guru sendiri yanglemah dalam bahasa Inggeris dan tidak dapat menghuraikan konsep dan prosessains dan matematik dengan panjang lebar dalam bahasa Inggeris.Hanya kira-kira 10% saja guru yang menggunakan bahasa Inggerissepenuhnya; dan 5% dilaporkan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya.Daripada pemerhatian kami, penggunaan CD dan komputer bagi mengajarkanSains dan Matematik Sains dalam bahasa Inggeris kurang dilaksanakan dikebanyakan sekolah, kerana guru sukar menggunakannya dalam bilik darjah.Guru yang menggunakannya pun mendapati murid kurang berminat melihattayangan pelajaran sains dan matematik; tidak ada interaksi atauperbincangan yang aktif tentang pelajaran kerana penguasaan bahasa Inggerismereka terhad. Pembelajaran menjadi pasif, lebih ke arah menghafal faktadaripada memahaminya dengan bermakna. Kesimpulan: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sainsdan Matematik tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya; dan komputer sebagaialat pengajaranpembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidakdapat digunakan dengan berkesan. Prof. Dr. Abdullah Hassan , 5 dan 6 Januari 2009 http://profabdullah1.wordpress.com/

(2)Soalan 2: Adakah pelajar senang atau sukar mempelajari Sains danMatematik dalam bahasa Inggeris? Analisis respons sampel murid Tahun 5, Februari 2007 dan Januari 2008,menunjukkan purata lebih 80% murid daripada semua kaum menyatakan sukar dan agak sukar mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, walaupun merekasudah mempelajari keduadua mata pelajaran ini sejak 2003 Dalam kalangan murid Melayu, 87% menyatakan sukar dan agak sukarmempelajari Sains dalam bahasa Inggeris. Mereka juga menyatakan tidakfaham dan kadangkadang faham pengajaran guru Sains dalam bahasaInggeris.Dalam pelajaran Matematik pula, 65% murid Melayu menyatakan sukar danagak sukar mempelajarinya dalam bahasa Inggeris. Ini adalah lebih tinggiberbanding dengan peratusan murid Cina dan India.Lebih daripada 75% murid Melayu Tahun 5 menyatakan bahawa mereka kerapdan kadang-kadang merujuk buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, jika mereka tidak faham penerangan dalam bahasa Inggeris. Dan 35%menyatakan yang mereka memiliki sendiri buku rujukan Sains dan Matematikdalam bahasa Melayu, sebagai buku bacaan dan rujukan tambahan.Dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 pula, lebih daripada 60% pelajar Melayuyang menyatakan mereka sukar dan agak sukar mempelajari Sains danMatematik dalam bahasa Inggeris. Dapatan ini hampir sama dengan dapatandari kajian Prof. Juriah Long (2005) dan Zainuddin Bikum (2004).Secara bandingan, kedua-dua golongan pelajar rendah dan menengah ini lebihsukar mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris berbanding dengan Matematik. Ulasan: Tingginya peratusan pelajar, terutama pelajar Melayu, yang sukar memahami Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah kerana merekalemah dalam bahasa Inggeris. Mereka sukar memahami dan memikirkankonsep-konsep Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Mereka lebihmudah memahami dan memikirkan konsep-konsep Sains dan Matematik yangteknikal dalam bahasa Malaysia. Pengajaran guru dalam bahasa Malaysiaadalah lebih jelas dan mudah difahami oleh kebanyakan murid. Kebanyakanguru sendiri agak lemah dalam bahasa Inggeris dan lebih mudah dan selesamenerangkan dan berbincang mengenai konsep-konsep Sains dan Matematikdalam bahasa Malaysia. Prof. Dr. Abdullah Hassan , 5 dan 6 Januari 2009 http://profabdullah1.wordpress.com/ Soalan 3: Adakah mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggerismeningkatkan pembelajaran dan prestasi Matematik pelajar? Dapatan dan kesimpulan:Dalam ujian Matematik yang diberi kepada sampel murid Tahun 5, Januari 2008,min keseluruhan sampel adalah 7.89 daripada skor maksimum 20.0. Inimenunjukkan prestasi am Matematik murid-murid Tahun 5 ini adalah rendah.Min skor murid Melayu (7.66) adalah lebih rendah daripada min skor murid Cina(13.03) dan India (8.21).Rata-rata untuk hampir setiap soalan Ujian Matematik, terutama yangmelibatkan pernyataan masalah, hanya 30% murid semua keturunan yangdapat menjawabnya. Peratus murid Melayu yang dapat menjawab soalan

demikian adalah lebih rendah daripada murid Cina dan India.Prestasi murid Melayu dalam ujian Matematik adalah lebih rendah berbandingdengan murid Cina dan India secara konsisten bagi sampel Februari 2007 dansampel Januari 2008.Jadual di bawah adalah contoh beberapa soalan Ujian Matematik dan peratusmurid yang dapat menjawabnya. (Disesuaikan formatnya untuk e-grup.)Soalan Ujian Matematik dan peratus menjawab betul. Soalan 1: Six pencils cost RM2.40. How much does a pencil cost?Jawapan betul: M 39.6% (427), CI 54.7% (197), OS 6.5% (7), Jum 40.5% (633). Soalan 2: 6 x 7. Jawapan betul: M 76.1% (820), CI 81.9% (295), OS 42.6% (46), Jum 74.9%(1172). Soalan 3: 72 8.Jawapan betul: M 58.2% (627), CI 76.1% (274), OS 27.8% (30), Jum 59.9%(937). Soalan 4: The Library in SK Pulai has 4,038 Bahasa Melayu books and 3,529English books. If 793 book are aken out from the library, how many books arethere in the library now.Jawapan betul: M 25.6% (276), CI 46.1% (166), OS. 7.4% (8), Jum 29.0% (453).M = Melayu (N = 1077); CI = Cina + India (N = 360); OS = Orang Asli (N = 108);Jum = Jumlah (N = 1564).Data di atas menunjukkan murid daripada semua keturunan adalah lemahdalam menjawab soalan yang memerlukan mereka membaca dan memahamimasalah dalam bahasa Inggeris(soalan 1 dan 4).Peratusan murid Melayu danmurid Orang Asli yang tidak dapat menjawab soalan demikian adalah lebih tinggiberbanding dengan murid Cina dan India. Ini adalah disebabkan oleh kelemahanmereka dalam bahasa Inggeris.Dapatan kami menunjukkan min (purata) murid Melayu Tahun 5 yang selalufaham pengajaran guru Matematik adalah tinggi (iaitu 9.74) berbanding denganmurid yang tidak faham (min=6.25). Walau bagaimanapun untuk setiap soalanUjian Matematik, murid Melayu yang menyatakan senang mempelajariMatematik dalam Bahasa Inggeris itu pun memperlihatkan prestasi merekatidaklah tinggi. Peratus yang dapat menjawab soalan-soalan dengan betuladalah di antara 24% 44% saja.Dapatan kajian kami juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketaradalam peratusan murid sekolah luar bandar, pekan besar dan sekolahbandar yang dapat menjawab dengan betul setiap soalan Ujian Matematik. Iniadalah kerana tingginya peratusan dalam sampel pelajar sekolah di bandar ituadalah pelajar daripada keluarga sosioekonomi rendah. Pelajar bandar daripadakeluarga sosioekonomi rendah ini juga menghadapi masalah mempelajariMatematik dalam bahasa Inggeris, seperti pelajar daripada luar bandar.

Soalan 4: Adakah mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris meningkatkanpembelajaran dan prestasi Sains pelajar? Dapatan dan kesimpulan:Dalam ujian Sains yang diberi kepada sampel murid Tahun 5, Januari 2008, minskor sains keseluruhan sampel hanya 4.28 daripada maksimum 14.00. Inimenunjukkan prestasi am murid-murid semua keturunan kaum dalam Sainsadalah rendah. Min skor murid Melayu adalah lebih rendah iaitu 4.11 berbandingdengan min skor murid India iaitu 4.64, min skor murid Cina adalah 7.22.Seramai 83% murid Tahun 5 daripada semua keturunan kaum, iaitu sampeltinjauan Januari 2008, menyatakan mereka mendapati sukar dan kadang-kadang sukar mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris.Secara bandingan, adalah lebih tinggi peratusan murid Melayu berbandingmurid Cina dan India yang menyatakan sukar dan kadang-kadang sukar. Dapatan: Analisis Ujian Sains murid Tahun 5, sampel Februari, 2007,menunjukkan rata-rata rendah peratusannya, iaitu 6% - 40% murid Tahun 5daripada semua keturunan kaum yang dapat menjawab soalan-soalan UjianSains dengan betul.Prestasi murid Melayu adalah lebih rendah berbanding dengan murid Cina danIndia.Prestasi murid Orang Asli adalah amat rendah, iaitu 0.0% - 3.7% saja yangdapat menjawab soalan-soalan Sains dengan betul. Untuk murid-murid daripadaketurunan kaum Orang Asli ini, pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris tidakbermakna sama sekali.Contoh soalan ujian Sains dan peratus murid yang dapat menjawabnya:Soalan Ujian Sains: Give two important elements neede by seed to sprout.Melayu %, N=1077: 13.3% [143]Cina + India %, N=360: 30% [108]Orang Asli %, N=108: 0.9% [1 ]Jumlah %, N=1564): 16.3% [255)Soalan Ujian Sains: Humans need to eat and drink to ________.Melayu %, N=1077: 40.5% [436]Cina dan India %, N=360: 62.8% [226]Orang Asli %, N=108: 18.5% [20]Jumlah %, N=1564: 43.9% [687]Dalam sampel Tahun 5 (Januari 2008) dapatan Ujian Sains hampir sama. Rata-rata lebih daripada 75% murid daripada semua keturunan kaum tidak dapat menjawab soalan ujian Sains. Peratusan murid Melayu yang dapat menjawabsoalan ujian adalah lebih rendah sedikit daripada murid Cina dan India.Dalam kedua-dua sampel, kelemahan yang ketara adalah terdapat dalamsoalan-soalan apabila murid perlu memahami soalan jenis berfikir dan menulis jawapan dalam bahasa Inggeris.Tinggi peratus (lebih 65.0%) pelajar Melayu tidak dapat menjawab soalansoalanMatematik jenis pernyataan masalah yang pelajar perlu memahaminya.Dan lebih 85% pelajar Melayu yang tidak dapat menjawab soalan-soalan Sains jenis ini. Kesimpulan : Dapatan dari kedua-dua sampel murid Tahun 5 (sampel Februari,2007, dan sampel Januari 2008) menunjukkan tinggi peratus (purata lebih 80%)yang mendapati sukar/kadangkadang sukar mempelajari Sains dalam bahasaInggeris; dan tidak dapat menjawab soalan ujian Sains. Lebih tinggi sedikitperatus (lebih 80%) murid Melayu yang gagal menjawab ujian Sains berbandingmurid Cina dan India. Kelemahan ini ketara dalam kalangan murid Orang Asli.Dapatan analisis sampel pelajar Tingkatan 2 juga hampir serupa. Inimenunjukkan rata-rata pelajar di sekolah rendah dan menengah sukar memahami pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris, dan dengan itu tidak dapatmenjawab soalan Sains terutama yang berbentuk huraian. Lebih tinggi peratuspelajar sukar mempelajari sains berbanding dengan matematik kerana

sainslebih banyak menggunakan bahasa untuk memahami konsep dan keterangantentang proses sains. Prof. Dr. Abdullah Hassan , 5 dan 6 Januari 2009 http://profabdullah1.wordpress.com/ PPSMI: Kajian Isahak Haron dan Rakan-rakan (5)Soalan 5: Adakah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggerismembantu meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar dalamBahasa Inggeris? Dalam ujian Bahasa Inggeris sampel murid Tahun 5, Januari 2008, dapatan minskor bahasa Inggeris keseluruhan sampel hanya 11.97 daripada skor maksimum31.0 menunjukkan prestasi Bahasa Inggeris murid Tahun 5 dari semuaketurunan kaum amat rendah. Kelemahan ini lebih nyata di kalangan muridMelayu. Dapatan menunjukkan min skor murid Melayu hanya 11.87, lebihrendah dari min skor murid Cina 21.77 dan India 16.14.Seramai 73.7% murid Tahun 5 dari semua kaum menyatakan sukar/kurangsenang mempelajari Bahasa Inggeris. Di kalangan murid Melayu 81.4%menyatakan sukar/kurang senang. Lebih 75% murid Melayu yang tidakfaham/kadang-kadang faham pengajaran guru Bahasa Inggeris.Dalam kalangan murid Melayu yang menyatakan faham pengajaran guru dansenang mempelajari Bahasa Inggeris kebolehan mereka menjawab soalan-soalan ujian Bahasa Inggeris adalah rendah dan sederhana saja antara iaitu22% - 65% (purata 45%) saja. Ini menunjukkan pelajar yang menyatakan senang mempelajari Bahasa Inggeris pun tidak menguasai bahasa Inggerisdengan baik.Peratusan murid daripada semua keturunan kaum yang dapat menjawabsoalansoalan Ujian Bahasa Inggeris adalah rendah (contoh di bawah jpegmungkin tidak diarkibkan): peratus murid Melayu lebih rendah sedikit berbandingdengan murid Cina dan India.Contoh soalan-soalan Ujian Bahasa Inggeris dan peratus murid Tahun 5 yangdapat menjawabnya (sampel Januari, 2008).

Kesimpulan: Dasar PPSMI gagal bagi meningkatkan pembelajaran dan prestasipelajar dalam Bahasa Inggeris. Kesan positifnya, kalau ada pun, adalah kecildan tidak signifikan. Prof. Dr. Abdullah Hassan , 6 Januari 2009 http://profabdullah1.wordpress.com/

PPSMI: Kajian Isahak Haron dan Rakan-rakan (6)SYOR Pertama: Berdasarkan dapatan-dapatan negatif dalam kajian kami, kerajaan hendaklahkembali semula menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di peringkat rendah dan menengah.Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar yang mudah dan berkesan bagimeningkatkan pembelajaran dan prestasi sains dan matematik untukkebanyakan pelajar di Malaysia. Guru sains dan matematik telah pun menguasaiBahasa Malaysia secukupnya bagi mengajarkan konsep dan kemahiran sainsdan matematik dalam Bahasa Malaysia. Pelajar juga rata-rata mahir dalamBahasa Malaysia bagi mempelajari sains dan matematik dalam BahasaMalaysia, berbanding dengan bahasa Inggeris.Asas sains dan matematik pelajar akan menjadi lebih kukuh melalui pengajarandan pembelajaran dalam bahasa Malaysia di peringkat rendah dan menengah.Dengan asas yang kukuh, mereka lebih mudah dapat mempelajari sains,matematik dan teknologi di peringkat tinggi dalam Bahasa Malaysia atau dalam bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya, seperti yang berlakusebelum ini. Kedua :Kerajaan hendaklah memperuntukkan masa yang lebih untuk pengajaranBahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah. Bahan pengajaran danpembelajaran dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris yang lebih berkesanhendaklah digunakan.Universiti dan Institut Pendidikan Guru, guru-guru pakar Bahasa Inggeris disekolah perlu diberi peruntukan dan galakan secukupnya bagi menggubal bahandan kaedah alternatif pengajaran-pembelajaran Bahasa Inggeris berdasarkankeperluan murid dan konteks. Sesetengah daripada pendekatan alternatif inisudah ada. Bahan dan kaedah alternatif ini perlu mengambil kira tahapkesediaan dan gaya pembelajaran murid dari berlainan latar belakang danbudaya. Misalnya bahan dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar Melayu di sekolah luar bandar perlu berbeza daripada bahan dan kaedah bagimengajar murid di bandar daripada keluarga profesional yang sudah terdedahkepada Bahasa Inggeris. Pengajaran-pembelajaran bahasa Inggeris bolehdibuat secara modul pelbagai aras.Pendekatan satu program sama untuk semua tidak berkesan, dan telah gagaluntuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi sebahagian besar pelajar disekolah kita. Guru dan murid tidak seharusnya dikongkong oleh satu sukatanpelajaran, buku teks dan pendekatan distandardisasikan untuk semua murid diseluruh negara!Dalam pengajaran Bahasa Inggeris unsur-unsur sains, matematik, sejarah,geografi dan sastera boleh dimasukkan sebagai bahan pengajaran-pembelajaran. Dengan itu pelajar belajar serentak kemahiran berbahasaInggeris dan kandungan ilmu bagi memperkembang perbendaharaan kata danpenggunaan bahasa Inggeris dalam konteks pelbagai disiplin. Pengajaranbahasa Inggeris lebih berkesan diajar oleh guru yang mahir dan terlatih dalambahasa Inggeris, bukan oleh guru sains dan matematik.Penguasaan bahasa Inggeris yang kukuh di peringkat rendah dan menengahadalah asas untuk pembelajaran dan perluasan ilmu dalam semua bidang,termasuk dalam sains dan matematik seterusnya. Prof. Dr. Abdullah Hassan , 6 Januari

2009 http://profabdullah1.wordpress.com/ PPSMI: Dapatan kajian Tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengah Dapatan kajian Zainudin Bikum dalam kalangan sampel murid Tingkatan 1(2004) di dua buah sekolah menengah di Kuala Kubu Baru menunjukkan puratahanya 5% - 15% pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan ujian Sains dalambahasa Inggeris. Ini kerana mereka sukar/kadang-kadang sukar memahamipengajaran guru Sains dalam bahasa Inggeris.Kajian Juriah Long (2005), sampel Tingkatan 2 di seluruh negara, pulamenunjukkan purata skor Sains pelajar Melayu adalah lebih rendah daripada bukan Melayu; dan purata skor pelajar sekolah SMK lebih rendah dari sekolahmenengah lain.Kajian kami (2008) menggunakan data soal selidik dan ujian Matematik, Sainsdan Bahasa Inggeris Tingkatan 2 (N = 2,824 dari 25 buah sekolah menengah)menunjukkan pelajar lemah dalam ketiga-tiga mata pelajaran itu. Min skor Matematik 10.23 daripada skor maksimum 18; min skor pelajar Melayu 9.85. Minskor Sains lebih rendah iaitu 12.22 daripada skor maksimum 40.0; min skor pelajar Melayu 10.28. Min skor Bahasa Inggeris 13.84 daripada skor maksimum22.0; min skor pelajar Melayu 13.94.

Anda mungkin juga menyukai