Anda di halaman 1dari 3

1. Sebutkan beberapa contoh akhlak yang tidak baik Assalamualaikum w.b.k.t. Terima kasih atas soalan yang diberikan.

Sidang hadirin sekalian, Antara contoh contoh akhlak yang tidak baik adalah - Pertama - Masyarakat Sadum melakukan kemaksiatan, penindasan dan hubungan seks sejenis. Perbuatan ini adalah berdosa besar dan member contoh betapa rendahnya moral kaum Sadum - Kedua Isteri yang kufur dan derhaka kepada suami. sebagai contoh isterinya telah mendedahkan kehadiran tetamu-tetamu Baginda kepada Masyarakat Sadum. - Ketiga Mereka mencabar kekuasaan Allah dan akhirnya mereka menerima azab Allah yang maha dasyat. - Keempat mereka tidak menghormati tetamu dan jiran tetangga. Mereka meminta tetamu nabi Luth untuk dijadikan pemuas nafsu mereka. Nauzubilla. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada kisah ini untuk dijadikan pedoman hidup kita.

2. Sebagai seorang murid yang mempunyai sikap amanah dan tanggungjawab. Sebutkan contoh-contoh tanggungjawab dan amanah yang perlu kamu laksanakan. Assalamualaikum w.b.k.t. Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sidang hadirin sekalian, Amanah dan tanggungjawab adalah suatu hal yang sangat berat dan tinggi nilainya di dalam Islam. Setiap manusia diberikan tanggungjawab serta amanah yang perlu dipikulnya bagi menyempurnakan misinya sebagai hamba Allah serta khalifah-Nya di muka bumi ini. Sebagai seorang pelajar saya perlu - menghormati guru sebagai sumber pengetahuan - Bersopan terhadap guru - Bersedia memberi kerjasama dan bantuan - Mematuhi arahan guru yang tidak bertentangan dengan kehendak agama

Menjaga perasaan guru Menerima teguran guru dengan positif. Sebagai seorang pelajar, mencari ilmu dan mempersiapkan diri untuk ke alam pekerjaan merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu saya galas. Selain itu saya diberi tanggungjawab sebagai seorang ketua pengawas. Justeru itu, saya perlu memastikan agar keadaan disiplin sekolah terkawal dan amanah dilaksanakan tanpa keluh kesah. Saya juga hendaklah amanah dalam mengurus masa dengan baik. Saya hendaklah melakukan aktiviti yang berfaedah dan membawa manfaat dalam kehidupan saya sebagai seorang murid dan anak kepada kedua orang tua saya.

Semoga saya dapat menjadi seorang pelajar yang amanah dan bertanggungjawab. Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.k t. 3. Nyatakan 3 contoh dosa besar Assalamualaikum w.b.k.t. Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sidang hadirin sekalian, - Menipu dan berbohong. Contohnya isterinya telah berbohong dan telah memberitahu kaumnya bahawa terdapat tetamu tampan dirumahnya. Sikap ini boleh melahirkan individu yang mementingkan diri dan tidak amanah. Selain itu sikap ini akan menimbulkan permusuhan dan pergaduhan dalam masyarakat. - Berzina iaitu mengadakan persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Perbuatan ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada nasab keturunan, merendahkan maruah diri dan agama serta menyebabkan tersebarnya penyakit berbahaya. - Liwat iaitu mengadakan hubungan sejenis homoseksual dan lesbian. Perbuatan ini adalah dipandang hina oleh agama dan masyarakat. Perbuatan liwat ini boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan akan mendapat azab di akhirat kelak. - Kufur kepada Allah dan Rasul. Kita tidak boleh kufur kerana agama Islam adalah pegangan hidup kita yang menyuluh dikala kegelapan. Semoga kita dijauhkan daripada dosa-dosa besar ini ya rakan-rakan. Sekian.

4. Bagaimanakah kamu menjauhkan diri dari kemaksiatan sebagai orang islam. Assalamualaikum w.b.k.t. Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sidang hadirin sekalian, Sebagai seorang islam kita wajib menjauhkan diri dari kemaksiatan. Pertama, Kita hendaklah mempergunakan seluruh anggota badan sesuai dengan amanat Allah swt. Seluruh anggota badan kita adalah amanat yang menjadi tanggung jawab kita. Oleh karena itu, hendaknya kita selalu memastikan setiap langkah agar tidak melakukan perbuatan buruk. Kedua kita hendaklah menjauhi segala bentuk kegiatan atau rakanrakan yang boleh mengarah pada kemaksiatan. Jangan kita terlibat dengan rakan-rakan yang suka mencuri, berbohong, menonton video lucah dan sebagainya. Ketiga kita mesti selalu ingat akan azab kubur dan siksa neraka. MasyaAllah siksaan Allah amat pedih. Semoga kita dijauhkan daripada segala kemaksiatan. Sekian 5. Berdasarkan cerita yang kamu sampaikan apakah nasihat kamu kepada rakan-rakan. Assalamualaikum w.b.k.t. Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sidang hadirin sekalian, Pertama, janganlah kita mendekati zina dan melakukan liwat. Perbuatan ini membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak. Kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang mendatangkan zina dan liwat contohnya janganlah kita membaca bahan-bahan lucah ataupun menonton perbuatan lucah yang begitu mudah didapati dalam zaman ini. Kedua. Kita hendaklah menghormati tetamu dan jiran tetangga kerana mereka ini adalah keluarga terdekan semasa kita dalam kesusahan. Janganlah kita bergaduh dan berlaku zalim dengan mereka. Ketiga . Kita janganlah kufur kepada Allah. Allah itu maha berkuasa dan maha pengampun. Kita hendaklah berusaha menjadi hambanya yang soleh dan solehah. Semoga kita ditempatkan dikalangan golongan yang beriman dan beramal soleh. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai