Anda di halaman 1dari 13

Masalah Skizofrenia di Malaysia : Faktor Dan Pengubatan Dianggarkan satu daripada 100 orang di seluruh dunia, menghidap Skizofrenia,

iaitu satu daripada penyakit mental paling serius. Di Malaysia sahaja, dianggarkan satu peratus penduduk menghidap Skizofrenia yang mana bilangannya sama banyak antara lelaki dan wanita. Skizofrenia berasal dari dua perkataan, iaitu Skizo yang ertinya retak atau pecah (split), dan frenia yang ertinya jiwa. Dengan demikian seseorang yang menderita Skizofrenia adalah seseorang yang mengalami keretakan jiwa atau keretakan keperibadian. Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang pada gambaran alam sebenar .Istilah Skizofrenia diterjemah secara kasar sebagai fikiran terkecai dan juga dikenali sebagai pelbagai masalah personaliti. Secara spesifik, pesakit Skizofrenia adalah orang yang mengalami gangguan emosi,fikiran dan tingkah laku. Penyakit ini ditemui pada awal abad ke-18 oleh Benedict Morer dan diberi nama Skizofrenia oleh Eugen Bleuber 20 tahun kemudian. Skizofrenia ialah sejenis kecelaruan otak seperti mana penyakit sawan, nyanyuk dan multiple sclerosis. Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam dewasa. Di seluruh dunia, ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara.

Gangguan skizofrenia mempengaruhi pelbagai kawasan penting individu, termasuk berfikir dan berkomunikasi, menerima, dan menginterpretasikan realiti, merasakan dan menunjukkan emosi, dan berperilaku dengan sikap yang boleh diterima secara sosial

Menurut Prof. Dr. Mohamad Hussain (Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti Malaya) kebanyakan kaum lelaki jatuh sakit pada awal usia 16-25 tahun manakala kaum wanita mula menunjukkan gejala ini antara usia 23-36 tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan skizofrenia menjejaskan 24 juta orang di seluruh dunia dengan kebanyakan mereka berusia antara 15-35 tahun. Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, 50 peratus tidak menerima rawatan yang sepatutnya yang membabitkan 90 peratus daripada negara membangun,termasuklah negara kita. Seterusnya, 10 peratus daripada penghidap penyakit tersebut membunuh diri atas kesengsaraan penyakit tersebut.

Skizofrenia adalah sejenis penyakit mental dan gangguan otak yang wujud dalam pelbagai bentuk. Penyakit ini melibatkan kecelaruan pemikiran, emosi, persepsi, kelakuan dan pergerakan. Pesakit akan berkelakuan pelik seperti bercakap dan ketawa sendiri, mengabaikan kesihatan diri, mengalami insomnia(gangguan tidur) atau merayau tanpa hala tuju. Keadaan ini menyebabkan pesakit mempunyai perasaan rendah diri dan mengasingkan diri

mereka daripada masyarakat.Kesannya , pesakit Skizofrenia akan membunuh diri atau melakukan jenayah seperti pembunuhan.

Skizofrenia mempunyai pelbagai tanda dan gejala. Kombinasi kejadian dan tahap keparahan pun berbeza berdasarkan kepada seseorang individu tersebut. Gejala-gejalanya boleh berlaku pada bila-bila saja.

Skizofrenia boleh mempengaruhi cara berfikir, perasaan dan tingkah laku. Doktor telah membezakan gejala Skizofrenia kepada tiga kategori iaitu gejala positif, gejala negetif dan gejala kognitif. Gejala positif terdiri dari tiga kategori. Pertama ialah delusi, iaitu keyakinan yang tidak masuk akal. Contohnya seseorang individu tersebut berfikir bahawa dia selalu diawasi, berkeyakinan bahawa dia orang terkenal, berkeyakinan bahawa radio atau televisyen memberi mesej-mesej tertentu, mempunyai keyakinan agama yang berlebihan. Kedua ialah halusinasi, iaitu mendengar, melihat, merasakan, mencium sesuatu yang sebenarnya tidak ada. Sebahagian pesakit Skizofrenia, mendengar suara atau bisikan bersifat menghibur atau tidak menakutkan. Sedangkan yang lain mungkin menganggap suara atau bisikan tersebut bersifat negatif atau buruk atau memberikan arahan tertentu. Dan ketiga ialah fikiran paranoid, iaitu kecurigaan yang berlebihan. Contohnya pesakit Skizofrenia merasa ada seseorang yang berkomplot, melawan, cuba mencederakan atau mengikuti, percaya ada makhluk asing yang mengikuti dan yakin dirinya akan diculik dan dibawa ke planet lain.

Bagi gejala negetif, terdiri daripada dua kategori iaitu pertama motivasi rendah (low motivation). Pesakit akan kehilangan ketertarikan pada semua aspek kehidupan. Energinya terkurang sehingga mengalami kesulitan melakukan hal-hal yang biasa dilakukan, misalnya bangun dari tidur dan membersihkan rumah. Kedua ialah menarik diri dari masyarakat (Social Withdrawal). Pesakit Skizofrenia akan kehilangan minat untuk berkawan dan lebih gemar

menghabiskan waktu secara bersendirian dan merasakan dirinya terpencil. Tanda negatif lain seseorang yang menghidap penyakit Skizofrenia ialah alogia yang menyebabkan pesakit kurang bercakap dan seterusnya mewujudkan pengasingan sosial. Simpton penyakit Skizofrenia seterusnya ialah seseorang itu mengalami gangguan emosi. Emosi pesakit Skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan. Contohnya fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi dia menyanyi kegembiraan.

Bagi gejala kognitif, terdapat tiga kategori. Pertama ialah mengalami masalah dengan perhatian dan ingatan. Fikiran mereka mudah celaru sehingga tidak boleh mendengar muzik atau menonton televisyen lebih daripada beberapa minit dan sukar mengingati sesuatu seperti senarai perbelanjaan yang telah dilakukan olehnya. Kedua, tidak dapat menumpukan perhatian sehingga sukar untuk membaca, menonton televisyen dari awal hingga selesai dan sukar untuk mengingati atau mempelajari sesuatu yang baru. Ketiga ialah miskin

perbendaharaan kata dan proses berfikir yang lambat. Misalnya apabila saat

mengatakan sesuatu dan apabila lupa apa yang telah diucapkan, pesakit tersebut perlu berusaha keras untuk mengingatkan kembali.

Skizofrenia terkait dengan interaksi tiga faktor. Faktor organo-biologik, faktor psiko-edukatif dan faktor sosio-budaya. Faktor organo-biologik ialah faktor genetik dan mekanisme neurotransmiter otak. Salah satu hipotesis adalah hiperdopaminergik. Faktor psiko-edukatif berkait pada cara asuhun keluarga. Misalnya ayah bersikap tegas, manakala ibu bersikap lemah lembut. Faktor sosio-budaya ialah normal dan sistem nilai di lingkungan tempat penderita skizofrenia tinggal yang dapat menjadi sumber tekanan. Beberapa faktor lain juga diduga berperanan menjadi faktor risiko. Di antaranya ialah komplikasi saat proses kelahiran, infeksi saat dalam kandungan, riwayat trauma, tekanan, dan pengalaman traumatis serta pengaruh penyalahgunaan (Dadah). Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan ubat psikotropik seseorang itu

berhalunisasi dan mengalami pemikiran yang tidak teratur. Seseorang pesakit yang mengambil ubat secara berlebihan dos akan ketagih dan menggunakan ubat tersebut dalam kuantiti yang tidak terkawal . Kesannya,otak tidak dapat berfungsi dan mengalami tekanan mental yang serius. Skizofrenia juga adalah penyakit mental yang serius kerana pesakit akan mengalami gangguan pada saraf otak .

Peristiwa yang menekan atau menimbulkan perasaan tidak tenang dan kekecewaan dalam kehidupan menjadi pencetus seperti hubungan interpersonal

(pertengkaran dengan orang dekat), perubahan lingkungan (pindah tempat tinggal), dan perubahan ekonomi (Muflis).

Faktor genetik merupakan punca utama penyakit Skizofrenia. Skizofrenia merupakan penyakit turun temurun yang bermula daripada generasi terdahulu dan diwarisi oleh generasi akan datang dalam sesebuah keluarga . Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan. Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum.

Gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan. Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit Skizofrenia akan berlaku.

Trauma dan kecederaan pada otak mengakibatkan penyakit Skizofrenia. Seseorang yang mengalami trauma akan berfikiran negatif , berkelakuan aneh dan bersendirian. Sekiranya pencegahan awal tidak dilakukan, seseorang itu

berisiko mengalami penyakit tersebut. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.

Pihak kerajaan telah menjalankan kajian kesihatan dan mobiditi kebangsaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memahami faktor risiko seseorang individu terdedah kepada tekanan, iaitu punca utama Skizofrenia. Di samping kajian, kemudahan rawatan telahpun disediakan seperti Hospital Tanjung Rambutan didirikan khasnya untuk merawat pesakit mental termasuklah Skizofrenia dengan rawatan oral dan ubat antipsikotik yang telah dibuktikan. Salah satu perbadanan telah ditubuhkan iaitu Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) bertugas untuk menyasarkan peranan pakar perubatan dalam mengenalpasti dan merawat penyakit mental. Ramai pesakit tidak mendapatkan rawatan dengan segera kerana tidak berkesan dengan kemunculan penyakit seperti ini sehingga sukar terpulih.

Satu penilaian yang lengkap dan teliti oleh pakar psikiatri adalah perlu sebelum rawatan dimulakan. Antara rawatan lain yang sering digunakan bagi merawat penyakit Skizofrenia ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.

Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Melalui rawatan kaunseling dapat membantu pesakit lebih

memahami keadaan diri dan perasaan diri sendiri yang lebih mendalamnya. Akan membantu anda memahami akan hal penyakit anda untuk membolehkan anda lebih bersedia untuk menangani penyakit anda. Ia juga membantu anda meningkat keyakinan dan jati diri.

Rehabilitasi merujuk kepada satu proses yang berterusan untuk mengembalikan keupayaan seseorang pesakit akibat sesuatu peristiwa yang berlaku atau kecederaan.

Terapi berkelompok pula melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit Skizofrenia duduk bersamasama membincangkan pengalaman,masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan

Pendidikan Kesihatan iaitu sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya, cara mengenalinya dan langkah-langkah pencegahan upaya ianya tidak berulang kembali. Terapi Keluarga pula dapat embantu ahli-ahli keluarga menangani stress semasa hidup bersama pesakit Skizofrenia. Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit

mental. Rawatan ubat-ubatan psikotropik merupakan rawatan utama pada masa sekarang Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Ubat-ubatan

Skizofrenia seperti Alhaloberdol dan Alklorobermazzin boleh meringankan gejala psikotik aktif yang berpositif dengan sepenuhnya seperti halusinasi audio dan delusi.. Ubat-ubat ini membantu mengawal tanda-tanda penyakit Skizofrenia. Ubat-ubat ini mestilah diambil sepertimana yang diarahkan oleh doktor. Ubatubat ini hendaklah terus diambil walaupun keadaan penyakit telah pulih. Rawatan ubat-ubatan ini perlu diambil untuk jangkamasa yang lama kerana kemungkinan penyakit Skizofrenia untuk berulang kembali adalah tinggi terutamanya pada permulaan 2 tahun selepas mendapat penyakit. Doktor akan menasihati anda tempoh lama mana anda perlu terus mengambil ubat. Pesakit Skizofrenia janganlah teragak-agak untuk berbincang dengan doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda ambil. Suntikan intra-muskular iaitu antipsikotik konvensional sudah diperkenalkan sejak tahun 1960-an bertujuan bagi mengatasi masalah mematuhi rawatan. Kejayaan banyak terbukti. Banyak kajian menunjukkan pesakit memilih suntikan yang bertindak jangka panjang berbanding dengan rawatan oral. Namun begitu, antipsikotik ini mempunyai kelemahan kerana ia berasaskan minyak dan sering dikaitkan dengan rasa sakit atau alahan. Manakala, Risoerdal Consta adalah ubat antipsikotik antipikal yang pertama terdapat dalam formulasi bertindak jangka panjang. Dengan

menggunakan antipsikotik ini, pesakit tidak perlu memikirkan untuk mengambil pil harian. Kajian untuk penambahbaikan ubat antipsikotik ini sentiasa dijalankan bagi meningkatkan keserasian, keselamatan dan kepatuhan rawatan.

Sehubungan itu, baru-baru ini, formulasi oral baru bagi meningkat rawatan pilihan diperkenalkan. Invega adalah ubat antipsikotik atipikal oral dengan mekanisme perlepasan berlanjutan bagi rawatan akut dan rawatan pencegahan berulang skizofrenia. Invega dengan dosnya sekali sehari, direka khusus bagi pengeluaran paliperidone (bahan aktif) menerusi teknologi perlepasan unik OROS terbukti akan profil keberkesanan, keselamatan dan ketahanan. Daripada kajian-kajian klinikal sudah terbukti pada ramai pesakit, Invega mampu mengurangkan gejala skizofrenia, termasuk pada kali pertama, meningkatkan kefungsian pesakit berdasarkan Performance and Social Performance Scale

Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini. Keempat, rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.

10

Sekiranya tidak dirawat, ia akan berubah ke peringkat Skizofrenia yang kronik. Seseorang itu akan hidup menyendiri didalam dunianya sendiri,tidak menghiraukan kebersihan dirinya (tidak mahu mandi, tidak mahu memberus gigi dan tidak mahu menukar pakaian), tidak ada motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti, tidak dapat merasakan atau mengeluarkan perasaan(tidak ada riak muka)

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan rehabilitasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.

Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah Skizofrenia sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah tersebut. Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang

11

mengalami masalah ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian. Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit Skizofrenia ini. Masyarakat hanya memandang pesakit tersebut adalah orang 'gila'. Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit Skizofrenia. Peranan masyarakat dalam

penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit ini secara umum. Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan masyarakat. Pesakit Skizofrenia tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami masalah ini mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental. Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka. Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongansokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.

12

Rujukan

1. PTS Professional Publishing Sdn Bhd Azizi Haji Yahaya, RosleeAhmad, Cathy Suhaila Abdullah, Sharifuddin Ismail. Punca & Rawatan Kecelaruan

2. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/Schizophrenia.php 3. http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=960 4. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.ht m

13

Anda mungkin juga menyukai