Anda di halaman 1dari 20

Cara-cara Buat Reben Hamper

Kategori: Hiasan dan Kraftangan

Petang ni nak siapkan hamper ... mesti siap sebelum esok ... huhu .. bunga pulak habis .. jadik mahu tak mahu kena la buat bunga reben ni .. bukan apa yang begini ler menjimatkan .. huhu .. (sebenarnya, pengantin dah sound, jangan banyak sangat kuar duit, takut lari budget .. huhu) jadi aku pun mula la memintal reben kertas ni nak dibuat bunga reben untuk di letakkan pada hamper aku ni .. So, jom kita tengok cara-cara nak buat reben hamper ni ...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah reben kertas (betul ker sebab ada yang panggil reben plastik), dawai halus, dan gunting.

Gunting reben kepada dua bahagian.

Satu, potong reben sepanjang 2 meter. Terpulang ler pada citarasa memasing. Kalau nak buat kelopak dia sikit kurang kan ler panjangnya.

Dua, potong reben sepanjang setengah meter. Ini pun terpulang jugak, kalau nak ekornya panjang lebih kan jek panjang nya.

Gulung reben yang dipotong tadi sehingga habis reben dan pastikan hujung sebelah dalam mesti berselisih dengan hujung sebelah luar.

Lipat reben. Pastikan hujung reben yang di sebelah dalam bertemu dengan reben sebelah luar.

Begini ler bentuk nya setelah dilipat

Gunting menyerong hujung reben yang telah dilipat tadi. Gunting di kedua-dua belah hujungnya. Kiri dan kanan reben itu.

Begini ler rupanya setelah digunting atas dan bawah reben tersebut

Temukan bahagian yang telah digunting tadi ditengah-tengah sehingga terbentuknya no 8.

Cantumkan satu lagi reben yang dipotong pendek tadi. Buat ekor nya. Pastikan reben itu berada di bawah reben yang di gulung tadi.

Ikatkan reben-reben itu menggunkan dawai halus. Ikat dengan ketat supaya ia tidak terbukak semasa proses memintal nanti.

Begini lah rupa reben yang telah di ikat tadi

Ambil gulungan yang paling dalam dan pintal kan dia. Cara memintalnya mestilah satu kiri satu kanan. Pintal sehingga habis.

Begini ler hasilnya setelah semua kelopak di pintal

Gunting sedikit hujung ekor reben tadi

Kemudian, koyakkan cepat-cepat bahagian ekor reben yang digunting tadi.

Koyak hingga ke pangkal ekor reben tadi. Begini ler rupanya.

Dengan menggunakan sebelah sahaja gunting, tarikkan pada sebelah dalam ekor reben tadi. Buat kesemua ekor reben tadi.

Begini lah rupa reben hamper yang telah siap. Selamat mencuba ... huhu

Anda mungkin juga menyukai