Anda di halaman 1dari 2

MENGAPA PELUKIS MELUKIS ?

Teori Mimetik ialah pelukis melukis bagi tujuan merekod dan merakam dalam bentuk realism sama seperti penghasilan imej sebuah kamera. Banyak lukisan-lukisan jenis ini yang dihasilkan pada silam memberi manfaat kepada manusia masa kini. Tanpa lukisanlukisan lama yang masih tersimpan pada masa kini manusia sekarang tidak dapat menilai persekitaran generasi mereka pada masa dahulu. Teori Pragmatik ialah manusia melukis kerana bertujuan mengkritik pihak lain atau mengkritik masyarakat. Maksud mengritik ialah menyindir, menyinis, menghentam dan sebagainya. Selain dari penulis, pelukis juga mampu menyatakan sesuatu perasaan tidak puas hatinya terhadap pihak lain atau masyarakat keleliling melalui karyanya. Teori ini sebenarnya menyangkal dakwaan kononnya setengah pelukis suka berkhayal dan membuang masa. Teori Ekspresif pula lebih beroriantasikan pelukis di mana pengkarya melukis bertujuan semata-mata untuk melepaskan perasaannya. Dalam hal ini dia tidak memikirkan hal orang lain. Antara contoh pelukis yang pernah melukis berlandaskan teori ini ialah Publo Piccaso. Selain sebagai artis Piccaso dikatakan juga seorang kaki perempuan. Apabila beliau tidak puas hati atau marah terhadap kekasihnya Piccaso dikatakan suka melepaskan perasaannya di atas kanvas dengan melukis imej kekasihnya dengan penuh lucah dan hodoh. Picccaso dikatakan pernah melukis 85 keping lukisan wanita dalam keadaan sangat lucah dalam masa seminggu. Tidak ada apa-apa tujuan dia melukis picassolukisan-lukisan itu selain semata-mata untuk melepaskan geramnya terhadap kekasihnya. Sila rujuk salah satu lukisannya yang bertajuk Nude on The Cushion. Mengikut teori ini perasaan yang dilepaskan bukan semata-mata perasaan

marah atau geram seperti Piccaso tadi. Ia boleh juga berbentuk perasaan melankoli, rindu, gembira sedih, sayu, dan sebagainya. Atau kita mungkin ingin menceritakan sesuatu mengenai sesuatu mengikut cara kita sendiri. Peranan Ekspresi Seni dalam pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran.Aktiviti seni dalam pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan, menajamkan persepsi dan meningkatkan kreativiti serta nilai estetik. Kepentingan Ekspresi Menggambarkan Perasaan Menghasilkan Pengucapan Lisan Menghasilkan/Memaparkan Reaksi Menggambarkan Emosi Menghasilkan Ekspresi Bukan Lisan Menyampaikan Idea

Kepentingan Melukis dalam Melahirkan Ekspresi - Aktiviti melukis merupakan salah satu aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. - Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. - Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. - Aktiviti melukis juga dapat memberi kepuasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. - Melalui melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera mereka.

Teori Objektif ialah pelukis yang melukis untuk menikmati keindahan lukisan itu semata-mata. Teori ini juga lebih berorientasikan pelukis itu sendiri. Monet tergolong sebagai artis yang gemar aliran impressionisme. Lanskap adalah sebahagianClaude-Monet-The-Poppy-Field15507 subjek lukisannya. Tetapi lanskapnya bukan seratus peratus realistik. Kerana beliau terlalu impress dengan apa dilihat di sekelingnya menjadikan beliau suka melukis subjek-subjeknya lebih indah dari keadaan sebenarnya. Sila rujuk lukisannya Poppy Field. Lukisan ini bukan dilukis bagi tujuan merekod ladang popi tetapi Monet sangat tertarik dengan keindahan bunga popi yang kemerahan dan segar. Pada rabu lepas aku berlari dalam sebuah kumpulan dalam gelap gulita lantas terilhamlah lukisan di atas. Memang ku suka run di dalam pekat malam dan hujan. Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk Unforgettable Fire yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima. Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi sejarah dan artistik. Hal ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya visualisai, daya emosi dan daya estetika. Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah

manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah. Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang. Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah: a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar, b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa. c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik) d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang terbaik

Anda mungkin juga menyukai