Anda di halaman 1dari 2

ZOOLOGI DAN BOTANI Zoologi merujuk kepada kajian yang lebih mendalam terhadap disiplin ilmu biologi secara

khususnya mempelajari haiwan. Manakala bidang botani pula mempelajari seluruh aspek biologi tumbuhtumbuhan. Bidang botani ini telah menarik ramai pakar sains Islam untuk melibatkan diri dalam bidang ini dan memberi hasil yang amat bernilai dalam bidang perubatan. -AL-JAHIZ Al-Jahiz merupakan seorang ahli zoologi Islam yang pertama. Beliau telah mengkaji lebih daripada 350 jenis haiwan. Beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk Al-Haiwan ( Buku Tentang Haiwan ) yang banyak menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar. Al-Jahiz juga mengelaskan haiwan kepada beberapa jenis seperti terbang, berenang dan berjalan. Haiwan berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendelang seperti binatang buas, liar dan serangga. Pada awal kajian beliau, beliau menemui kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan serta perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor. Beliau juga perupakan seorang ahli botani. Al-Zaru wa Al-Nakhl dan Al-Maadin merupakan kitab yang dihasilkan oleh beliau mengenai tumbuh-tumbuhan. Di dalam kitab tersebut, selain ia menerangkan tentang tumbuhan, ia juga menyentuh tentang masalah tanah dan serangga.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Tamadun Islam dikatakan sebagai sebuah tamadun yang membuka mata orang-orang Barat akan betapa hebatnya sebuah kerajaan Islam yang mencapai tahap peradaban yang sangat tinggi lantaran menjadikan tamadun Islam sebagai panduan bagi orang-orang Barat untuk kembali bangkit semula sebagai sebuah kuasa besar dunia. Terdapat banyak faktor yang menuju kearah perkembangan tamadun Islam sehingga mengecapi zaman kegemilangannya. Faktor yang paling utama sekali adalah keyakinan umat terhadap ajaran Islam itu sendiri. Sebagaimana yang kita ketahui, Rasulullah S.A.W telah menyampaikan dakwah Islam sejak sekian lama dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah baginda. Baginda menekankan sendiri betapa pentingnya sesebuah ilmu pengetahuan itu kepada setiap manusia. Ia diperkuatkan lagi apabila wahyu pertama yang diturunkan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W, surah Al-Alaq yang menekankan akan kepentingan membaca dan ia menjadi titik permulaan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Pencarian ilmu pengetahuan bukanlah untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk mendekatkan diri setiap manusia kepada Allah S.W.T, menghayati serta mengenali tuhan pencipta langit dan bumi dan segala di dalam dan di luarnya, untuk mencari kebenaran. Berbekalkan keyakinan terhadap ajaran Islam, ramai tokoh ilmuwan Islam yang telah dilahirkan dan mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mempelajari serta mengembangkan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi ke serata dunia. Sebagai seorang pemerintah sesebuah tamadun Islam, pemerintah haruslah merupakan seorang yang bertakwa dan bijaksana dalam membangunkan tamadun Islam. Ketakwaan kepada Allah S.W.T adalah sangat penting agar dirahmati dan dicucuri dengan limpah kurnianya sert5a sikap yang adil harus dimiliki oleh setiap pemimpin agar dapat dapat membentuk sebuah kerajaan Islam yang adil dan saksama. Tamadun Islam dipimpin oleh ramai pemimpin yang sangat berwibawa dalam

menjalankan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi Allah S.W.T ini. Sikap mereka yang cintakan Ilmu pengetahuan banyak menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam. Sumber ekonomi yang luas dan banyak menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam. Zakat telah menjadi salah satu sumber kewangan Islam. Zakat bagi umat Islam pada zaman dahulu bukanlah dianggap sebagai satu bebanan tetapi sebagai pembersih dan penyubur harta benda yang mereka miliki. Umat Islam pada ketika itu berusaha untuk mengembangkan harta benda mereka agar boleh dizakatkan. Ekonomi umat Islam juga bertambah apabila empayar wilayah Islam yang semakin meluas sehingga menjangkau sehingga ke Andalusia dan India. Mereka menyediakan kemudahan seperti sekolah, universiti, perpustakaan, dan lain-lain dalam usaha mereka mengembangkan ilmu pengetahuan. Keadaan politik yang stabil dalam tamadun Islam membolehkan perkembangan tamadun Islam berjalan dengan lancar. Ia menjadikan Negara Islam sebuah negara yang aman dan makmur lantaran membolehkan kegiatan keilmuan serta perkembangan perniagaan ke Negara lain berjalan dengan aman. Tanpa disedari, agama Islam telah luas tersebar sehingga sampai ke Tanah melayu. Selain itu, kegiatan keilmuan yang meluas turut menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam. Institusi masjid yang menjadi pusat segala kegiatan Islam memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran syiar dan ilmu Islam serta menjadi tempat pembelajaran dan kegiatan ekonomi selain menjadi tempat untuk melakukan ibadat khusus. Ramai ilmuwan Islam yang dilahirkan oleh institusi masjid. Kegiatan keilmuan akan terus dilakukan walau di mana sahaja terdapat masjid. Islam merupakan sebuah agama yang adil serta membawa rahmat. Justeru, dalam pemerintahan Islam, sangat bersifat adil kepada semua orang. Setiap manusia dilayan secara sama dan adil kerana Islam tidak sesekali mendiskriminasikan orang bukan Islam dan dilarang sama sekali di dalam Islam memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Dapat kita lihat orang-orang seperti Yahudi dan Kristian diberi kebebasan yang sama seperti orang Islam. Selain itu, ketenteraan yang kuat dan kedudukan yang strategik sangat menyumbang dalam perkembangan tamadun Islam. Keamanan dan keselamatan sesebuah Negara merupakan elemen yang menunjukkan kekuatan ketenteraan Negara itu. Negara Islam pada masa dahulu mempunyai semangat jihad yang tinggi dan kental serta keberanian untuk menegakkan panjipanji Islam dijalan Allah S.W.T. Umat Islam menguasai kedua-dua lautan dan daratan serta sebahagian besar dunia ketika berada di bawah pemerintahan khalifah Umar al-Khatab. Wilayah dunia Islam berada di kedudukan yang strategik seperti di laluan-laluan perdagangan serta bumi yang kaya dengan sumber alam. Ini menjadikan umat Islam berkuasa serta berjaya dalam perniagaan mereka. Infrastruktur yang sempurna di dalam sesebuah Negara Islam sangat dititikberatkan oleh pemimpin mereka agar rakyat dapat menikmati keselesaan serta kemudahan yang terbaik. Islam ialah agama untuk semua manusia. Tamadun Islam menerima segala yang baik yang dapat diperolehi daripada tamadun lain.Kebaikan yang diperolehi daripada tamadun lain dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengembangkan tamadun Islam dan untuk menyebarkan agama Islam.

Anda mungkin juga menyukai