Anda di halaman 1dari 2

Analisis Artikel

Analisis artikel oleh Amer Shakir Zainol Kaunselor UiTM Segamat dan Anuar. Melalui analisis artikel ini kami membimbing Saudari Roshini untuk menguruskan masa dengan betul.

Pengenalan Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.

Artikel oleh Amer Shakir Zainol Kaunselor UiTM Segamat Dalam artikel ini beliau berkata pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Displin yang dimaksudkan di sini adalah kita mesti melakukan jadual harian. JADUAL WAKTU TERMASUK: 1. Masa membaca buku atau mengulangkaji 2. Waktu bermain atau beriadah 3. Waktu menonton televisyen 4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah 5. Waktu membantu ibu dan ayah 6. Waktu menziarahi rumah kawan Kami mengajar Saudari Roshini untuk membuat jadual waktu dengan panduan aspek-aspek yang dinyakan oleh Amer Shakir Zainol Kaunselor. Kami membimbing Saudari Roshini untuk membuat jadual waktu semasa di sesi pertama. Setelah Saudari Roshini mengikut jadual waktu untuk aktiviti pembelajaran. Saudari Roshini dapat mendisplinkan diri dan menguruskan masa dengan betul.

Berdasarkan kepada menanalisis artikel tersebut maka dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu Saudari Roshini juga dapat mengurus masa aktiviti pembelajaran lebih berkesan dan penuh bermakna. Artikel oleh Anuar. Dalam artikel ini beliau menyatakan panduan membuat jadual waktu dengan betul.

Pukul berapa biasanya anda bangun tidur? Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah? Pukul berapa anda pergi ke sekolah? Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah? Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?

Beliau juga berbincang dalam artikel tersebut tentang kepentingan membuat jadual waktu.Roshini dapat menilai kembali apakah yang telah dia lakukan.Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna. Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan. Dengan menganalisi artikel tersebut kami member dorongan dan membimbing Saudari Roshini untuk meyelesaikan masalah yang dihadapinya. Kami jugamembimbing Roshini untuk membaca lebih banyak artikel lain dari majalah tentang cara mengurus masa dengan manfaatnya.

Anda mungkin juga menyukai