Anda di halaman 1dari 27

KEMENTERIANPELAJARANMALAYSIA PROJEKKAJIANTINDAKAN

Pembiayaan BahagianPerancanganDanPenyelidikanDasarPendidikan

MENGUASAIPETAMALAYSIAMELALUITEKNIK DRAGANDDROP
OLEH

KHAIRUDDINBINNISA SMK.KHIRJOHARI36300SUNGAISUMUNPERAK Julai2008

KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT 3 4 4 5 5 6 7 14 17 18

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Abstrak PerbezaanPembelajaranPetaBiasadenganDragandDrop RefleksiPengajarandanPembelajaranlalu FokusKajian ObjektifKajian KumpulanSasaran PelaksanaanKajian RefleksiKajian CadanganKajianAkanDatang Lampiran

1.0

ABSTRAK

Pada tahun 2008 saya mula mengajar di sesi pagi iaitu setelah lapan tahun mengajar disesi petang. Sebenarnya, bukanlah sesi pagi atau sesi petang yang menjadi perkara penting. Tetapi apa yang ingin dikongsi bersama ialah pengalaman pertama mengajar kelas peperiksaan Tingkatan 3. Saya telah ditugaskan untuk mengajar kelas 3G iaitu kelas terakhir di SMK. Khir Johari Sungai Sumun. Semasa mengajar kelas tersebut saya diselubungi rasa bersalah kerana pengetahuan mereka berkenaan Peta Malaysia sangat lemah sekali sehinggakan mereka tidak tahu di mana kedudukan Negeri Perak dalam Peta Malaysia. Rasa bersalah ini timbul mungkin disebabkan kesalahan saya tidak mengajar mereka dengan baik tentang Peta Malaysia semasa di Tingkatan 1 dan 2 dahulu. Pada tahun ini pelajar 3G akan menghadapi peperiksaan PMR 2008, sedangkan menguasai tajuk Malaysia adalah sangat penting untuk skor A atau sekurangkurangnya lulus dalam geografi PMR. Hal ini disebabkan tajuk yang dipelajari dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 lebih menumpukan terhadap penguasaan negara Malaysia seperti bentuk muka bumi, tumbuhan semulajadi, pertanian, pembandaran dan kegiatan ekonomi. Yang nyata, jika pelajar ingin berjaya dalam peperiksaan geografi PMR, mereka perlu menguasai tajuk tentang negara Malaysia. Sudah tentulah tajuk ini tidak akan dapat dikuasai jika pelajar tidak memahami dengan jelas Peta Negara Malaysia. Bagi mengatasi masalah ini saya telah menghasilkan pembelajaran Peta Negara Malaysia melalui kaedah Drag and Drop menggunakan program flash. Dalam kajian ini saya berusaha untuk menggunakan bahasa yang mudah supaya senang difahami. Sebab itulah saya memilih tajuk MENGUASAI PETA MALAYSIA MELALUI TEKNIK DRAG AND DROP. Saya percaya tajuk ini ringkas dan pembaca boleh memahami dengan mudah istilah drag and drop ini. Mudah-mudahan kajian ini untuk memudahkan dan bukan menyusahkan sesuai dengan kehendak ajaran agama Islam.

2.0

PERBEZAAN PEMBELAJARAN PETA BIASA DENGAN PEMBELAJARAN PETA MENGGUNAKAN KAEDAH DRAG AND DROP. Sebelum saya menerangkan berkenaan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu,

eloklah saya menerangkan terlebih dahulu perbezaan antara pembelajaran Peta Malaysia cara biasa dan pembelajaran Peta Malaysia menggunakan drag and drop.

2.1 Pembelajaran Peta Malaysia Cara Biasa Pembelajaran Peta Malaysia cara biasa bermaksud pelajar akan menanda peta kosong negara Malaysia secara berulang-ulang kali sehingga pelajar dapat menghafal kedudukan negerinegeri atau bandar-bandar di Malaysia.

2.2 Pembelajaran Peta Malaysia Menggunakan Drag and Drop. Pembelajaran cara ini pelajar tidak perlu menanda Peta Malaysia secara berulang-ulang kerana Peta Malaysia dan pilihan jawapan telah disediakan dalam bentuk flash. Pelajar hanya perlu memilih jawapan yang dikehendaki dan meletakkan jawapan tersebut di tempat yang betul. Pelajar juga boleh mendapatkan jawapan dengan segera.

3.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Seorang pelajar diberikan peta negara Malaysia dan dikehendaki menandakan kedudukan

Gunung Korbu, Bukit Larut, Teluk Batik dan Bandar Ipoh. Cuba anda bayangkan bagaimana pelajar tersebut dapat menjawab soalan ini jika kedudukan negeri Perak dalam peta Malaysia pun pelajar itu tidak mengetahuinya. Perkara itulah yang saya lalui apabila mengajar kelas 3G. Mereka bukan sahaja tidak tahu kedudukan negeri Perak, malahan mereka juga tidak mengetahui kedudukan negara Malaysia dalam peta dunia. Oleh itu, saya telah mengambil langkah positif supaya pelajar dapat mengenali Peta Malaysia dengan mudah. Tindakan yang saya ambil ialah mengajar pelajar menggunakan kaedah biasa iaitu pelajar menanda Peta kosong negara Malaysia . Apabila kaedah ini diperkenalkan, saya dapati pelajar mudah menjadi bosan kerana mereka terpaksa menulis namanama negeri dan bandar berulang-ulang kali. Hakikatnya pengajaran saya sebenarnya tidak berjaya kerana tidak mampu menarik perhatian pelajar. Jadi saya bertanya kepada pelajar, apa
4

yang saya boleh buat supaya mereka tidak mudah rasa bosan semasa menulis. Mereka mencadangkan supaya pembelajaran dilakukan menggunakan komputer. Cadangan inilah yang telah mencetuskan idea untuk menghasilkandrag and drop dalam bentuk flash.

4.0

FOKUS KAJIAN Apabila saya mengajar Peta Malaysia menggunakan cara biasa kepada pelajar 3G, saya

dapati mereka tidak dapat menguasai pembelajaran Peta Malaysia disebabkan oleh 2 perkara utama : 4.1 Pelajar cepat menjadi bosan kerana terpaksa menulis nama-nama negeri dan bandar berulang-ulang kali. 4.2 Pelajar merasakan pembelajaran peta cara biasa tidak menarik, kerana Peta Malaysia yang disediakan hanya dalam bentuk hitam putih.

Pelajar juga lebih berminat untuk mempelajari peta Malaysia jika dipelajari melalui bantuan komputer. Kesimpulannya, saya perlu menghasilkan satu program komputer peta Malaysia yang interaktif (drag and drop) supaya dapat menarik perhatian pelajar dan pembelajaran tersebut harus tidak membosankan.

5.0

OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar diharapkan dengan izin Allah dapat

mencapai objektif berikut :

5.1 Objektif Umum Pelajar 3G dapat melayari dan mempelajari ilmu geografi melalui laman web yang saya sediakan di alamat: http://www.geowebkhairuddin.com 5.2 Objektif Khusus a. Pelajar dapat menandakan 7 kedudukan negeri-negeri di Malaysia termasuk Perak di dalam peta Malaysia. b. Pelajar dapat menandakan 7 kedudukan ibu negeri di Malaysia termasuk Ipoh di dalam peta Malaysia.
5

6.0

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar dalam kelas 3G SMK. Khir Johari Sungai Sumun.

Sebab pertama memilih 10 orang pelajar sahaja kerana progam flash drag and drop ini hanya dapat dilayari dengan internet dan mesti mempunyai kemudahan streamyx. Jika menggunakan CD pula, saya memerlukan komputer yang mempunyai kemudahan RAM sekurang-kurangnya 512MB dan mesti dilengkapi Internet explorer terkini atau mempunyai Mozilla firefox. Sebab kedua pula, supaya 10 orang pelajar ini dapat menumpukan sepenuhnya pembelajaran Peta Malaysia secara drag and drop ini kerana sebahagian daripada mereka masih lemah 3M. Amatlah diharapkan selepas kajian ini disiapkan, pelajar ini telah mahir menggunakan drag and drop dapat mengajar pula rakan-rakan mereka. Senarai nama 10 orang pelajar ini disenaraikan dalam ujian pra dan ujian pos.

Gambar 1: Pelajar kelas 3G Agen 001 sedang menjalani aktiviti drag and drop

7.0

PELAKSANAAN KAJIAN Terdapat empat strategi utama yang saya gunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini.

Pertama tinjauan masalah, ke dua analisa tinjauan masalah , ke tiga tindakan yang dijalankan dan ke empat pelaksanaan tindakan.

7.1 Tinjauan Masalah

a. Berbincang dengan pelajar. Sesi perbincangan diadakan dengan 10 orang pelajar tentang masalah yang mereka hadapi semasa mempelajari Peta Malaysia dengan cara biasa. Semua mereka bersetuju cara pembelajaran biasa membosankan kerana terpaksa menulis berulang-ulang kali dan mereka mahu belajar menggunakan komputer.

b. Perbincangan Bersama Jawatankuasa Kajian. Mesyuarat Panitia telah diadakan sebanyak dua kali bagi membincangkan tentang perkembangan kajian tindakan (Rujuk minit mesyuarat dalam lampiran 3 dan 4). i. 12.01.2008 Membincangkan tajuk kajian tindakan yang dapat memenuhi kehendak dan mengatasi masalah pelajar. ii. 15.04.2008 Membincangkan perkembangan kajian tindakan.

c. Membuat Ujian Pra 1 (Peta Negeri). Ujian pra 1 ini dilakukan setelah pelajar mempelajari Peta Malaysia menggunakan kaedah biasa. Seramai 10 orang pelajar yang telah dipilih menjalani ujian tersebut. Pelajar akan diberikan peta kosong untuk diisi nama-nama negeri di Malaysia. Cadangan jawapan telah disediakan dan pelajar hanya perlu memilih jawapan yang paling tepat (Sila rujuk lampiran 1). Senarai nama pelajar yang menjalani ujian dan keputusan ujian boleh dilihat di muka surat 8.

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra 1 (Peta Negeri)


NamaPelajar 1.Agen001 2.Agen002 3.Agen003 4.Agen004 5.Agen005 6.Agen006 7.Agen007 8.Agen008 9.Agen009 10.Agen010 JUMLAHBETUL
Perak Selangor Johor Pahang Kelantan Terengganu Melaka N.9 Sabah Sarawak Jumlah betul

X X X X X X X X 2

X X X X X X X X X 1

X X X X 6

X X X X X X X X X X 0

X X X X X X X X X X 0

X X X X X X X X X 1

X X X X 6

X X X X X X X X X 1

X X X 7

X X X 7

2 4 3 5 3 4 2 3 3 2

d. Membuat Ujian Pra 2 (Ibu Negeri) 10 orang pelajar 3G akan membuat pula latihan ujian pra 2 bagi menamakan bandarbandar utama di Malaysia (Rujuk lampiran 2). Cara latihan yang digunakan masih sama iaitu memilih jawapan yang telah disediakan dan meletakkan ditempat yang betul. Senarai nama pelajar yang menjalani ujian dan keputusan ujian boleh dilihat di bawah.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pra 2 (Ibu Negeri)


NamaPelajar 1.Agen001 2.Agen002 3.Agen003 4.Agen004 5.Agen005 6.Agen006 7.Agen007 8.Agen008 9.Agen009 10.Agen010 JUMLAHBETUL
Kangar Kuala Lumpur Ipoh Kota Bharu George town Alor Setar Kuatan Shah Alam Kuching Kota Kinabalu Johor Bahru JUM

X X X X X X 4

X X X X X X 4

X X X X 6

X X X X X X 4

X X X X X X 4

X X X X X X X 3

X X X X 6

X X X X X X X X 2

X X X 7

X X X X 6

X X X 7

1 10 3 1 9 9 4 4 7 5

7.2 Analisa Tinjauan Masalah a. Analisa Keputusan Ujian Pra 1 i. ii. Hanya 2 daripada 10 pelajar yang tahu kedududkan negeri Perak. Pelajar sangat lemah dalam mengenalpasti kedudukan negeri seperti Kelantan dan Terengganu. iii. Pelajar juga keliru untuk membezakan kedudukan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri sembilan. iv. Pelajar kelihatan bosan sepanjang ujian peta dilaksanakan.

b. Analisa Keputusan Ujian Pra 2 i. ii. Hanya 6 daripada 10 pelajar yang tahu kedudukan bandar Ipoh Pelajar lemah dalam mengenalpasti ibu negeri seperti Alor Setar, Kota Bharu dan Georgetown. iii. Pelajar juga masih keliru kedudukan antara antara bandar Shah Alam dan Kuala Lumpur. iv. Pelajar yang lemah 3M tidak bersemangat untuk menjawab soalan.

c. Merancang Tindakan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi saya mula merancang tindakan seperti berikut :
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Aktiviti Mesyuarat bersama Panitia Geografi kali pertama Mengajar Peta Malaysia cara biasa Memilih dan mendengar komen 10 orang pelajar 3G Membuat ujian pra 1 dan 2 Mesyuarat bersama Panitia Geografi kali kedua Menghasilkan program Drag and Drop Upload program drag and drop ke internet Melaksanakan aktiviti drag and drop kepada pelajar 3G Membuat Ujian Pos Membuat Refleksi Menulis laporan kajian tindakan Pembentangan kajian peringkat sekolah Menghantar laporan kajian ke JPN 9 Jan Feb Bulan Mac Apr Mei Jun Siap

7.3 Tindakan Yang Dijalankan a. Membina tapak web : http://www.geowebkhairuddin.com i. Membina Program Drag and Drop. Berdasarkan maklumat balas yang diterima, saya perlu membuat satu program mengikut kehendak pelajar. Maka saya telah membina satu program drag and drop yang menggunakan perisian flash. Kenapa perisian flash ini digunakan dan bukannya Power Point, disebabkan perisian flash lebih ringan dan dapat menghasilkan laman web jika digabungkan di dalam perisian Macromedia Dreamweaver. Saya mengambil masa selama satu setengah bulan untuk menghasilkan program ini, bermula bulan Mac hingga pertengahan April 2008. Program drag and drop ini bermaksud pelajar hanya perlu menarik jawapan (drag) yang telah disediakan, kemudian meletakkan jawapan (drop) di tempat yang betul. Pelajar tidak perlu menulis jawapan berulang-ulang kali kerana program ini boleh dimainkan semula. Di bawah boleh dilihat contoh penggunaan program drag and drop.

Gambar 2 : Contoh program drag and drop.

10

ii. Upload Program Drag and Drop Ke Dalam Internet Program drag and drop ini perlu digabungkan dengan Macromedia Dreamweaver supaya boleh menghasilkan laman web. Laman web yang dihasilkan ini saya namakan sebagai GEOWEB. Tapak web mesti dibina terlebih dahulu supaya GeoWeb dapat dilayari di internet. Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk upload GeoWeb ke tapak web yang disewa di www.dapathosting.com. Pelajar 3G akan melayari Laman GeoWeb ini untuk mempelajari Peta Malaysia menggunakan kaedah drag and drop. Video pelajar sedang melayari laman www.geowekhairuddin.com boleh dilihat pada CD yang disediakan di lampiran 5, muka surat 27.

b. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Yang Dirancang Serta Bahan Yang Digunakan. i. Aktiviti 1 Pelajar akan melayari internet dengan memasuki laman web : http://www.geowebkhairuddin.com

ii. Aktiviti 2 Pelajar akan menjalani ujian Pos 1 dan 2 menggunakan peta kosong negeri-negeri dan ibu negeri di Malaysia. Rujuk lampiran 1 dan 2.

c. Instrumen dan Langkah-Langkah Pemerhatian Di dalam Aktiviti 1 saya akan menggunakan kamera video untuk melihat keaktifan pelajar semasa menjalani pembelajaran Peta Malaysia melalui kaedah drag and drop. Manakala dalam Aktivit 2 ujian Pos 1 dan 2 akan digunakan bagi melihat keberkesanan program drag and drop ini. Contoh soalan ujian yang digunakan boleh dirujuk pada lampiran 1 dan 2.

11

7.4 Pelaksanaan Tindakan dan Penilaian a. Aktiviti 1 Program drag and drop ini mula diperkenalkan kepada pelajar pada bulan Mei 2008. 10 orang pelajar 3G yang dipilih akan menjalani latihan drag and drop ini. Pelajar lain pula boleh melihat latihan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka, kerana latihan ini dilakukan dengan bantuan LCD Projector. Pelajar yang menonton juga turut memberi pandangan jawapan semasa rakan-rakan mereka menyelesaikan masalah. Video pelajar 3G sedangkan menjalani latihan drag and drop ini boleh dilihat di dalam CD GeoWeb yang disediakan di lampiran 5. Cara mereka melayari laman GeoWeb bagi mempelajari Peta Malaysia menggunakan kaedah drag and drop dinyatakan seperti di bawah : Pelajar memasuki internet dan melayari laman web : http://www.geowebkhairuddin.com Pelajar akan klik pada ruangan Belajar Geografi. Kemudian mereka akan memilih jenis peta yang dikehendaki, contohnya Peta Negeri dan Peta Ibu Negeri. Pelajar menjalani latihan drag and drop sambil dibantu rakan kelas yang lain.

Gambar 3 : Seorang pelajar 3G sedang melayari laman GeoWeb.


12

b. Aktiviti 2 Selepas 10 orang pelajar tersebut mahir menggunakan program drag and drop, mereka dikehendaki menjalani ujian pos 1 dan 2. Di mana ujian Pos 1 untuk Peta Negeri dan ujian Pos 2 untuk Peta Ibu Negeri. Set soalan ujian pos 1 dan 2 ini sama seperti yang digunakan di dalam ujian pra 1 dan 2. Sila lihat lampiran 1 dan 2. Berikut diberikan keputusan ujian pos 1 dan 2. Sila rujuk muka surat 15 untuk melihat keputusan ujian pos 1 dan perbandingan ujian pra 1. Sila rujuk muka surat 16 untuk melihat keputusan ujian pos 2 dan perbandingan ujian pra 2.

c. Refleksi Aktiviti 1 dan Aktiviti 2 Aktiviti 1 menggunakan program drag and drop sebagai bahan pengajaran utama. Sepanjang aktiviti dilakukan pelajar menunjukkan minat yang tinggi dan seronok menggunakan program ini. Sila rujuk video yang disediakan pada lampiran 5 di muka surat 27. Sepanjang Aktiviti 2 dilaksanakan, pelajar kelihatan berkeyakinan semasa menjawab soalan. Keadaan ini menunjukan pelajar telah dapat menguasai dan memahami pembelajaran Peta Malaysia menggunakan program drag and drop. Sila rujuk pada bahagian Refleksi Kajian untuk melihat keputusan 10 orang pelajar 3G setelah menjalani ujian Pos 1 dan 2.

13

7.5 Refleksi Kajian Perbandingan yang dibuat antara ujian pra dan ujian pos jelas menunjukkan perubahan yang ketara. Dapat dilihat 10 orang pelajar tadi telah mencapai keputusan yang lebih baik dalam ujian pos 1 dan ujian pos 2. Contohnya Agen 010, beliau merupakan pelajar yang masih lemah dalam 3M, tetapi telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pos 1dan 2. Manakala Agen 003 yang dahulu bosan dengan pembelajaran Peta Malaysia cara biasa, kini merasa seronok dengan kaedah drag and drop ini. Agen 003 ada memberikan pendapatnya dalam video yang disediakan dalam CD laman GeoWeb. Beliau juga menunjukkan peningkatan dalam ujian pos 1 dan 2. Berdasarkan maklumat daripada ujian Pos 1 dan 2 yang telah dilaksanakan dapatlah dirumuskan seperti berikut : a. Keputusan Ujian Pos 1 i. 10 orang pelajar telah mencapai objektif yang dikehendaki ii. Bagi negeri Perak, Johor, Sabah dan Sarawak pelajar mencapai 100% betul. iii. 50% pelajar dapat membezakan kedudukan Selangor dan Negeri Sembilan. iv. 70% pelajar mula mengenali kedudukan negeri Kelantan dan Terengganu. b. Keputusan Ujian Pos 2 i. 10 orang pelajar telah mencapai objektif yang dikehendaki. ii. Bagi bandar Ipoh, Kangar, George Town, Alor Setar, Shah Alam, Kucing dan Kota Kinabalu, pelajar berjaya mencapai 100% betul. iii. 90% pelajar dapat membezakan kedudukan bandar Shah Alam dan Kuala Lumpur. iv. Agen 001 dan Agen 004 berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.

Secara keseluruhannya, boleh dilihat pelajar merasa seronok sepanjang aktiviti drag and drop ini dilaksanakan. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak perlu lagi menulis perkataan yang sama berulang-ulang kali dan dapat merasai pengalaman melayari laman web bersama rakan-rakan yang lain. Hasil rasa seronok ini seterusnya memberi pelajar motivasi yang tinggi dalam menjalani ujian Pos 1 dan 2. Perkara ini dapat dibuktikan melalui keputusan cemerlang pelajar dalam ujian tersebut. Dapatlah saya rumuskan di sini, pembelajaran Peta Malaysia menggunakan kaedah drag and drop ini dapat membantu pelajar menguasai Peta Malaysia walaupun bagi pelajar yang lemah.
14

Jadual 3 : Keputusan Ujian Pos 1 (Peta Negeri)


NamaPelajar 1.Agen001 2.Agen002 3.Agen003 4.Agen004 5.Agen005 6.Agen006 7.Agen007 8.Agen008 9.Agen009 10.Agen010 JUMLAHBETUL
Perak Selangor Johor Pahang Kelantan Terengganu Melaka N.9 Sabah Sarawak Jumlah betul

10

X 9

10

X X X X 6

X X 8

X X X 7

X 9

X X X X X X 4

10

10

9 9 7 9 9 9 8 7 9 7

15

Jadual 4 : Keputusan Ujian Pos 2 (Peta Ibu Negeri)


Kangar
Kuala Lumpur

Ipoh

Kota Bharu

George town

Alor Setar

Kuatan

Shah Alam

Kuching

Kota Kinabalu

Johor Bahru

JUM

NamaPelajar
1.Agen001

10

X 9

10

X 9

10

10

X 9

10

10

10

X 9

11 11 8 11 11 11 11 10 11 11

2.Agen002 3.Agen003 4.Agen004 5.Agen005 6.Agen006 7.Agen007 8.Agen008 9.Agen009 10.Agen010 JUMLAHBETUL

16

8.0 Cadangan Kajian Seterusnya Jika saya berkesempatan untuk membuat kajian pada masa depan, saya akan memberi tumpuan kepada bagaimana pelajar dapat menguasai arah (bearing) melalui permainan video game. Di mana pelajar seolah-olah berada di dalam hutan dan mencari arah untuk menyelamatkan diri sebelum musuh menjumpai mereka. Saya percaya jika perkara ini dapat direalisasikan sudah pasti pelajar akan menguasai bearing dengan mudah dan menyeronokkan. Sekian, terima kasih.

17

Lampiran 1

Berikan nama negeri-negeri yang berikut



PILIHANJAWAPAN SELANGOR SARAWAK SABAH PERLIS MELAKA

KEDAH PAHANG

PERAK TERENGGANU

NEGERI SEMBILAN PULAU PINANG

JOHOR KELANTAN

18

Lampiran 2 NAMAKAN BANDAR-BANDAR BERIKUT



JOHOR BHARU KUANTAN KOTA KINABALU KUALA TERENGGANU GEORGE TOWN KUCHING BANDAR MELAKA KOTA BHARU ALOR SETAR KANGAR SEREMBAN KUALA LUMPUR IPOH SHAH ALAM

PILIHANJAWAPAN
B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14

19

Lampiran 3

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI SMK. KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUN KALI PERTAMA 2008
: 12.01.2008 : 10.00 pagi. : Kelas 4A5 : 1. Pn. Zaharah Bt. Kassim 2. En. Zulkefli B. Talib 3. En. Khairuddin b. Nisa 4. Pn. Qaniah bt. Mohd Ali 5. Pn. Siti Hamsidah bt. Jurami 6. En. Anuar Musadat b. Omar 7. Pn. Norhimah bt. Mohd Noor 8. Cik Nuurulhusna bt. Rozikin 9. En. Abdul Hafiz b. Abdullah Tidak hadir : 1. En. Abdul Halim b. Muhamad 2. En. Abdul Razak b. Harun 3. En. Abdul Hafiz b. Abdul Samad AGENDA 1.0 ISI Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia Geografi kali pertama bagi tahun 2008 dan berharap semua guru geografi terus memberikan kerjasama untuk meningkatan lagi mata pelajaran Geografi terutamanya untuk menghadapi PMR, SPM dan STPM 2008. Makluman semua Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Cik Nuurulhusna mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan. Cadangan tersebut telah disokong oleh Pn. Qaniah. Perkara berbangkit. (Merujuk minit mesyuarat kali ke 4/2007) 3.1 Berkenaan perkara 6.2(b), mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan lawatan ke Cameron Highlands pada bulan Mac 2008. Kertas kerja akan disediakan oleh Pn. Qaniah. Pn. Qaniah 3.2 Merujuk perkara 1.2, En. Zulkefli menyarankan supaya maklumat TOV di belakang buku rekod mengajar dikosongkan dahulu sehingga diberi taklimat oleh En. Thavakumar. Semua guru geografi 20 Tarikh Masa Tempat Kehadiran

Guru Kanan Kemanusiaan Ketua Panitia Setiausaha

2.0

3.0

3.3 Merujuk perkara 5.2, En. Khairuddin bertanya tentang penggunaan buku kerja. En. Zulkefli menerangkan, pelajar boleh membeli buku kerja di Koperasi sekolah dan beliau akan usahakan agar setiap guru mendapat buku latihan edisi guru. Mesyuarat juga telah bersetuju kelas KAA hingga D akan menggunakan buku kerja. Semua guru geografi 4.0 Dasar Kurikulum 4.1 En. Zulkefli menerangkan buku rekod hendaklah mempunyai 5 maklumat penting iaitu : a. Tajuk b. Objektif c. Aktiviti d. BBM e. Refleksi 4.2 Mesyuarat juga telah bersetuju untuk melantik guru berkenaan sebagai penyelaras tingkatan . a. Tingkatan 1 - En. Abdul Hafiz b. Tingkatan 2 - Cik Nuurulhusna c. Tingkatan 3 - En. Razak d. Tingkatan 4 dan 5 - En. Abdul Halim e. Tingkatan 6 - Pn. Zaharah Semua guru geografi TOV, Target dan Head Count 5.1 Perkara ini akan diterangkan secara lebih jelas oleh En. Thavakumar dalam sesi penerangan khas. Makluman semua Analisis PMR 2007 6.1 Analisa keputusan PMR 2007 JUMLAH GAGAL Peperiksaan Gred Gred Gred Gred LULUS E A B C D 21 29 80 102 232 48 (7.50%) (10.36%) (28.57%) (36.43%) (82.86%) (17.14%) 2007 23 37 82 116 258 32 (7.93%) (12.76%) (28.28%) (40.00%) (88.97%) (11.03%) 2006 6.2 Kelemahan. a. Pelajar masih tidak dapat memahami konsep pengiraan di dalam kemahiran geografi. b. Pelajar tidak memahami konsep peta. c. Pelajar tiada motivasi belajar kerana berpendapat subjek geografi tidak penting. d. Sukatan pelajaran lambat dihabiskan kerana pelajar lemah 3M. e. Pelajar tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran 6.3 Kekuatan. a. Pelajar telah menguasai konsep asas geografi di menengah rendah b. Pelajar telah didedahkan teknik menjawab soalan. c. Sukatan pelajaran yang baru memudahkan pelajar menguasai topik yang dipelajari. d. Segelintir pelajar lemah 3M masih bersemangat untuk belajar. 6.4 Cara Mengatasi. a. Pelajar peringkat akan membuat latih tubi berterusan. b. Guru akan mengajar pelajar menandakan kawasan peta menggunakan teknik flash Iaitu drag and drop. c. Memohon pihak kaunselor sekolah memberi penerangan tentang bidang pekerjaan yang berkaitan dengan geografi 21

5.0

6.0

7.0

8.0

d. Pihak sekolah mengadakan kempen sifar 3M dalam pelan jangka panjang sekolah. e. Melaksanakan Latih tubi dan Latihan Terancang. Makluman semua Penilaian dan Peperiksaan 7.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk menetapkan aras soalan seperti berikut : a. 50% aras soalan mudah b. 25% aras soalan sederhana c. 25% aras soalan sukar. 7.2 En. Zulkefli juga menyarankan agar kertas soalan yang akan dibina hendaklah ditaip dan jika ditampal, ia hendaklah difotostat dahulu sebelum dicetak. Pastikan juga skema disemak sebelum diserahkan kepada guru pemeriksa. Semua guru geografi Perancangan Strategik dan Peningkatan Akademik 8.1 Projek Utama a. Program Kecemerlangan Akademik PMR (Tingkatan 3) b. Program Kecemerlangan Pra PMR (Tingkatan 1 dan 2) c. Program Kecemerlangan SPM (Tingkatan 5) d. Program Kecemerlangan Pra SPM (Tingkatan4) e. Program Kecemerlangan STPM (Tingkatan 6 Atas) f. Program Kecemerlangan Pra STPM (Tingkatan 6 Rendah) g. Latihan topikal mengikut bab h. Latih tubi terancang i. Latihan berformat peperiksaan. 8.2 Projek Sokongan a. Kelas tambahan b. Pakej Percutian Geografi c. Pakej Rujukan d. Pra peperiksaan e. Teknik menjawab soalan f. Gerak gempur 8.3 Projek Sampingan a. Motivasi b. Aktiviti persatuan c. Papan kenyataan untuk info geografi. Makluman semua

9.0

10.0

Kursus Dalaman dan Perkembangan Staf 9.1 Penggunaan program flash dalam pengajaran dan pembelajaran. Akan dilaksanakan pada bulan Februari. Setiausaha 9.2 Pembentangan kajian tindakan pada bulan Jun. Meningkatkan Penguasaan Peta Malaysia melalui penggunaan program flash dan pembelajaran koperatif.Pelajar juga mahukan belajar menggunakan komputer. Setiausaha Pemantauan 10.1 En. Zulkefli menjelaskan tentang perlunya guru mempunyai persediaan sebelum mengajar serta dapat mengawal kelas dan buku rekod hendaklah lengkap. 22

11.0

10.2 Objektif yang dibuat juga hendaklah jelas iaitu objektif eksplisit dan bukan objektif implisit. Semua guru geografi Hal-hal lain 11.1 Pn. Zaharah memberitahu bahawa Kajian Geografi Tempatan wajib bagi Tingkatan 1 dan 2. 11.2 Beliau juga amat berharap supaya semua guru geografi mengajar dengan penuh dedikasi kerana kejayaan PMR dan SPM tidak bergantung hanya kepada Tingkatan 3 dan 5 sahaja, malahan tingkatan lain turut mempengaruhi gred pencapaian. 11.3 Pn. Zaharah juga mencadangkan agar pelajar Tingkatan 1 dan 2 telah mempunyai buku rujukan sebagai persediaan awal. Makluman semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.35 pagi.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

KHAIRUDDIN BIN NISA


SETIAUSAHA PANITIA GEOGAFI SMK. KHIR JOHARI 36300 SG. SUMUN.

................................................. EN. ZULKEFLI BIN TALIB


KEUA PANITIA GEOGRAFI SMK. KHIR JOHARI 36300 SG. SUMUN

23

Lampiran 4

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI SMK. KHIR JOHARI 36300 SUNGAI SUMUN KALI KEDUA 2008
Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 15 April 2008 : 1.00 petang : Pusat Sumber SMK. Khir Johari Sg. Sumun. : 1. En. Abdul Halim b. Muhamad 2. Pn. Zaharah Bt. Kassim 3. En. Zulkefli B. Talib 4. En. Khairuddin b. Nisa 5. Pn. Qaniah bt. Mohd Ali 6. En. Abdul Hafiz b. Abdul Samad 7. En. Anuar Musadat b. Omar 8. Pn. Norhimah bt. Mohd Noor 9. En. Abdul Hafiz b. Abdullah Tidak hadir : 2. Cik Nuurulhusna bt. Rozikin 3. En. Abdul Razak b. Harun AGENDA 1.0 ISI Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia Geografi kali kedua bagi tahun 2008 dan berharap semua guru geografi terus memberikan kerjasama untuk meningkatan lagi mata pelajaran Geografi terutamanya untuk menghadapi PMR, SPM dan STPM 2008. Makluman semua Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Pn. Qaniah mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan. Cadangan tersebut telah disokong oleh Pn. Norhimah. Perkara berbangkit. (Merujuk minit mesyuarat kali ke 1/2008) 3.4 Berkenaan perkara 3.1, Pn. Qaniah memberitahu projek rombongan ke Cameron Highlands akan diteruskan kerana kawasan untuk jungle tracking tahap 1 telah dikenalpasti. En. Abdul Halim mencadangkan projek rombongan ini dilaksanakan di bawah Persatuan Geografi. Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakanya pada bulan Jun. Pn. Qaniah 3.5 Merujuk perkara 9.1, iaitu kursus pengajaran dan pembelajaran flash akan dilaksanakan pada 17 Mei 2008. Setiausaha 24

Penolong Kanan Ko Kurikulum Guru Kanan Kemanusiaan Ketua Panitia Setiausaha

2.0

3.0

4.0

5.0

3.6 Perkara 9.2, Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Peta Malaysia Melalui Kaedah Drag and Drop. Khairuddin menyatakan ujian pra telah dilaksanakan dan sekarang dalam melaksanakan ujian pos. Dijangka Kajian Tindakan akan siap pada bulan Jun. Setiausaha Analisis SPM dan STPM 2007 6.1 Analisa keputusan SPM 2007 Peratus Jumlah Peratus Peperiksaan Tahun Pencapaian Jumlah Gagal Terbaik Lulus 1A 47 90.4% 5 9.6% SPM 2007 A16 76.19% 5 23.81% STPM 4.1 Kelemahan. a. Pelajar masih tidak dapat memahami konsep pengiraan di dalam kemahiran geografi. b. Pelajar tidak memahami konsep peta. c. Pelajar tiada motivasi belajar kerana berpendapat subjek geografi tidak penting. d. Pelajar tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran 4.2 Kekuatan. a. Pelajar telah menguasai konsep asas geografi di menengah rendah b. Pelajar telah didedahkan teknik menjawab soalan. c. Sukatan pelajaran yang baru memudahkan pelajar menguasai topik yang dipelajari. 4.3 Cara Mengatasi (Cadangan En. Abdul Halim) a. Guru hendaklah mengawal disiplin pelajar. b. Wujudkan persaingan kumpulan di kelas. c. Menampal hasilan pelajar di kelas. d. Pelajar menguasai kemahiran geografi terutamanya peta dan graf. e. Menumpukan kepada latihan lembaran kerja sebulan sebelum peperiksaan. Makluman semua Perancangan dan Persediaan Peperiksaan Pertengahan Tahun. 5.1 Pengubal soalan a. Tingkatan 1 : En. Abdul Hafiz b. Tingkatan 2 : Cik Nuurulhusna c. Tingkatan 3 : Pn. Zaharah d. Tingkatan 4 & 5 : En. Abdul Halim e. Tingkatan 6 : En. Zulkefli 5.2 En. Zulkefli mengingatkan guru supaya membuat soalan hendaklah mengikut standard peperiksaan awam. Makluman semua Status Pelaksanaan Program Panitia 6.1 Kursus pengajaran dan pembelajaran dalam Flash akan dilaksanakan pada 17.05.08 6.2 Rombongan ke Cameron Highlands akan diadakan pada bulan Jun. 6.3 Kajian Tindakan Kemahiran Peta akan disiapkan pada bulan Jun 6.4 Menyertai pertandingan membina Laman Web Geografi pada awal Mei. Tindakan Setiausaha. 6.5 Menyertai Kem SPM dan STPM anjuran Panitia Geografi Daerah di SMK. Seri Perak pada bulan Mei dan Jun. Tindakan Ketua Panitia. 6.6 Taklimat pemarkahan KKG untuk guru geografi Tingkatan 1 dan 2 pada bulan Mei. Tindakan En. Abdul Halim. 25

6.0

7.0

Maklumat dari Mesyuarat Panitia Geografi Daerah 7.1 Guru hendaklah menyediakan data TOV dalam buku rekod. 7.2 Buku rekod lengkap dengan maklumat yang diperlukan. 7.3 Guru menyediakan ruang geografi di dalam kelas. 7.4 Menyimpan bahan BBM dengan teratur dan berpusat. 7.5 Fail dan Stok Panitia Geografi hendaklah dikemaskini selalu. Makluman semua Hal-hal lain 8.1 Tingkatan 1, 2, 4 dan 5 belum menghantar Perancangan Strategi, Pelan Operasi dan Pelan Taktikal. En. Zulkefli meminta disiapkan dan dihantar kepadanya pada bulan Mei. Guru Penyelaras Tingkatan 8.2 Peperiksaan Akhir Tahun bagi Percubaan PMR, SPM dan STPM soalan selaras peringkat negeri Perak. 8.3 Beri 5% markah KKG untuk peperiksaan akhir tahun. 8.4 Borang pemarkahan KKG hendaklah diperbanyak dan diedarkan kepada semua guru geografi. En. Anuar Musadat 8.5 Cadangan pembelian. a. Kompas X 5 b. Pembaris dan jangka sudut besar X 1 c. Marker berwarna X 10 set d. Jangka sudut untuk pelajar X 40 Ketua Panitia

8.0

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

KHAIRUDDIN BIN NISA


SETIAUSAHA PANITIA GEOGAFI SMK. KHIR JOHARI 36300 SG. SUMUN.

................................................. EN. ZULKEFLI BIN TALIB


KETUA PANITIA GEOGRAFI SMK. KHIR JOHARI 36300 SG. SUMUN

26

Lampiran 5

27

Anda mungkin juga menyukai