Anda di halaman 1dari 19

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

CADANGAN PENYELIDIKAN

Nama Penyelidik: Anas Amzar bin Ismail

Tajuk: Meningkatkan Kualiti Penerangan Konsep Sains Dengan Menggunakan Kaedah Peta Minda

1.0 Pendahuluan Berdasarkan pengalaman praktikum yang lalu, saya dapati bahawa murid-murid agak sukar mengingati fakta Sains apatah lagi pada ketika itu Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Apa yang menyukarkan lagi ialah guru terpaksa memperincikan pengajaran ke dalam Bahasa Malaysia kerana dalam peperiksaan murid dibenarkan menjawab dalam Bahasa Malaysia. Apa yang membimbangkan adalah murid menjadi keliru istilah Sains dalam Bahasa Inggeris dan ingin pula menjawab dalam Bahasa Malaysia.

Dalam kes ini sememangnya tampak bahasa menjadi satu masalah tetapi berdasarkan ujian yang dijalankan, murid mampu menjawab dalam bahasa yang betul namun tidak mampu mengingati fakta Sains dengan tepat kerana keputusan peperiksaan yang agak teruk menunjukkan murid begitu lemah dalam mengingati

fakta Sains contohnya berkaitan satu soalan struktur Sains Tahun 5 yang berbunyi Apakah kitaran air dan fasa-fasa yang terlibat dalam kitaran air? Kurang 50 peratus murid menjawab soalan ini dengan jawapan penuh dan tepat dan apabila saya bertanya apakah masalah mereka, mereka hanya menjawab kami lupa, dan ada juga murid yang langsung tidak menjawab soalan tersebut mungkin kerana tidak teringat langsung apa yang telah dipelajari.

Tidak dinafikan murid-murid ini adalah murid-murid yang lemah dari keluarga yang agak kekurangan. Banyak persoalan yang bermain diminda tentang cara bagaimana mengatasi permasalahan ini. Perlukah sebelum setiap ujian saya melakukan pra-ujian ataupun ulangkaji didalam waktu pengajaran kerana dikhuatiri mengganggu rancangan pengajaran tahunan yang telah dirancang? Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini? Apakah kaedah yang sesuai supaya murid dapat mengingati fakta Sains dengan mudah dan berkesan? Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya?. Apabila saya bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dan guru-guru sekolah, ada guru mengatakan yang murid hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?

Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai murid yang tidak mampu mengingati fakta Sains dengan baik. Mungkin cara pengajaran saya tidak bertepatan dengan murid ataupun murid-murid perlukan bahan bacaan yang lebih mudah dan senang difahami berbanding buku teks yang tidak begitu lengkap dan tidak begitu teratur isinya. Sekiranya saya tidak memperbetulkan keadaan ini pastinya murid tidak mampu menjawab soalan latih tubi dan soalan ujian dengan baik lantas member impak yang negatif terhadap nilai GNP sekolah.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai pelajar dulu dan sekarang, saya dapati sebenarnya ada beberapa kaedah yang sesuai untuk dipelajari supaya lebih mudah untuk seseorang mengingati fakta Sains dengan lebih cepat dan tepat namun bergantung pada individu samaada untuk mengaplikasikannya ataupun tidak. Tetapi hal ini bebalik kepada guru yang mengajar, cara apakah yang sesuai untuk tahap murid-muridnya sendiri, dan suatu ketika dahulu saya sebagai pelajar pernah mengamalkan teknik penggunaan nota ringkas, peta minda, kaedah akronim, penggunaan pelbagai warna dalam fakta dan banyak lagi tetapi yang paling sesuai dengan diri saya ialah kaedah nota ringkas dan penggunaan pelbagai warna dalam mencatat fakta-fakta penting berkaitan Sains. Ini sangat penting terutama ketika keadaan getir terutama menjelang peperiksaan atau ujian kerana murid-murid tidak akan sempat membaca kembali atau merujuk sahaja buku teks yang tidak berapa lengkap untuk menjawab peperiksaan. Ibu-bapa perlu sedar bahawa anak-anak mereka bukan mesin hidup yang senang dikawal, hantar ke pusat tuisyen dan lepaslah tanggungjawab mereka berkaitan pelajaran terhadap anak-anak dan ini sesuatu yang tidak adil kerana ibu-bapa ibarat melepas batuk ditangga dan hanya menyerahkan masa depan anak mereka kepada guru. Kadangkala guru telah memberi segalanya namun tanpa ketegasaan dan kealpaan ibu-bapa membuatkan guru sukar mempraktikkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk anak mereka.

2.0 Fokus Kajian/Isu Keprihatinan Walaupun saya mengesan ada beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya ingin memberi penekanan terhadap permasalahan mengingati fakta kerana jika murid langsung tidak ingat sesuatu proses atau fakta dalam Sains, ini memberi impak yang negatif terhadap keputusan murid terbabit apatah lagi kebanyakan soalan Sains dalam bahagian B banyak mempunyai soalan yang berkait. Kelemahan murid yang ingin saya tekankan ialah berkaitan: a) Masalah mengingati proses Sains b) Masalah mengingati fakta Sains c) Murid tidak dapat menjawab soalan kerana terlupa

Dengan membantu murid mengingati proses dan fakta-fakta dalam Sains, saya yakin murid dapat menjawab soalan ujian dan latih tubi dengan baik. Hal ini seterusnya dapat membantu mereka memperoleh keputusan yang cemerlang didalam ujian bulanan dan PKSR.

Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan murid. Ini adalah kerana mereka perlu mengingati dan menghafal banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua murid. Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, mereka perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada. Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat murid untuk meminati Sains.

Peta Minda : Alternatif Terbaik Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah- sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. Menurut Nasaruddin (2010), peta minda

dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan komputer. Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya. Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Ia selaras dengan cara otak memproses dan merakamkan maklumat. Penyelidikan otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan idea penting. Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.

"Mind Map" atau Peta Minda adalah alat untuk membantu murid berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan. Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images). Tidak hanya terhad kepada satusatu subjek pembelajaran, Peta Minda sesuai diaplikasikan dalam apa juga bidang, baik untuk matematik, geografi, sejarah mahupun bagi tujuan menilai sesuatu situasi dan masalah.Selain diaplikasikan oleh golongan masyarakat normal, Buzan turut menyarankan agar teknik Peta Minda diperkenalkan kepada kelompok masyarakat istimewa. Golongan yang mengalami masalah pembelajaran seperti disleksia dan autistik didapati lebih mudah menyerap sesuatu tugasan setelah didedahkan kepada teknik tersebut. Lebih-lebih lagi dalam membuka fungsi keduadua belah otak mereka. Apatah lagi jika sekiranya teknik ini dipraktikkan kepada murid sekolah rendah, pasti akan berlaku perubahan terhadap kefahaman mereka terutama dalam matapelajaran Sains. Seorang pensyarah kanan di IAB, Audrey Lim Bee Yoke

berkata,beliau telah mencuba sebahagian daripada aspek integrasi fungsi keduadua belah otak anak autistiknya. "Saya gunakan konsep, warna dan imej seperti yang disarankan oleh Buzan kerana saya percaya otak seharusnya berfungsi secara sinergetik dan bukan hanya tertumpu kepada sebelah otak. Memang dia memberi tindak balas terhadap warna yang digunakan" Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk "Basic Needs", satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tahun 4.

Kenapa Peta Minda Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Peta minda boleh membantu murid untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri setiap murid. Antaranya, mereka perlu memikirkan tentang maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan mereka. Secara langsung, mereka akan berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan mereka sendiri. Bolehlah disifatkan mereka sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri.

Pada masa yang sama, dapatan ini adalah sependapat dengan Vanessa Steele tentang penggunaan peta minda. Menurut Vanessa Steele (2005), Making a mind map should be a spontaneous pre-writing activity. Students start with a topic at the centre and then generate a web of ideas from that, developing and relating these ideas as their mind makes associations. Mind maps work well as their visual design enables students to see the relationship between ideas, and encourages them to group certain ideas together as they proceed. Mind maps work especially well when created in groups, since the discussion this engenders aids the production of ideas, and makes the task livelier and more enjoyable. Peta minda dapat membantu murid semasa menjana idea dan menghubungkan idea-idea supaya menjadi satu karangan yang baik. Peta minda mendorong murid nampak dengan jelas hubungan antara idea-idea dan tidak tertinggal mana-mana idea yang ingin disampaikan.

Sebagai bukti, Zalekha binti Haji Elle (2005) dalam kajian lepas telah mengkaji tentang perkaitan antara prestasi murid dalam penulisan Bahasa Melayu dengan penggunaan peta minda dan kata soal, murid-murid yang diberi pendedahan peta minda telah dapat mengaplikasi kaedah ini dengan jayanya dengan menghasilkan karangan naratif yang tersusun dan kemas. Pada masa yang sama, mereka juga mendapat markah yang lebih tinggi dalam penulisan naratif mereka.

Selain itu, peta minda juga boleh merangsang beberapa anggota yang mempunyai peranan tersendiri. Antaranya, murid perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan adakah mereka memahami apa yang mereka inginkan. Tangan mereka ikut serta dalam kerja-kerja tersebut. Hal ini dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran. Menggunakan peta minda bermakna murid harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami. Contohnya, dalam kajian lepas Chia Ying (2003) menerangkan konsep peta minda memaparkan ciri-ciri yang mendorong penghasilan penulisan yang padat isi serta struktur teratur. Peta minda juga membolehkan murid membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apa yang mereka ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda lakukan.Kemudian mereka akan mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain. Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang mereka inginkan daripada daya ingatan mereka. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan. Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya.

Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan. Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan

sebelum peperiksaan dan sebagainya. Murid tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas. Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah. Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi. Daripada cabang-cabang tadi, murid boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting. Di samping itu, murid-murid boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik. Ini sekali gus dapat membantu mereka mengingati fakta Sains dengan lebih mudah kerana Sains merupakan gambaran biologi kehidupan yang dipaparkan melalui fakta dan gambaran dan melalui kaedah peta minda ini juga dapat membantu guru menambah baik amalan pengajaran khususnya di akhir pengajaran dan pembelajaran.

Daripada perbincangan dengan guru-guru senior sebelum ini, iaitu ketika saya menjalani praktikum, penggunaan peta minda dikalangan murid adalah baik namun tidak semua mereka mampu menghasilkan peta minda yang bagus dan berkualiti.Guru perlu menunjukkan contoh dan cara menghasilkan peta minda yang mampu dan senang mereka kawal. Peta minda ini tampak relevan pada murid yang tahap prestasi mereka adalah cemerlang namun bagi murid yang lemah agak sukar untuk memastikan mereka konsisten dalam menghasilkan peta minda apatah lagi yang berkualiti.

Peta minda sebenarnya tidak sukar untuk diadaptasi untuk murid sekolah rendah kerana penghasilan peta minda tidak sesukar penghasilan peta pengurusan grafik yang lebih banyak cabang dan banyak hubung kait. Peta minda hanya menunjukkan perkaitan dengan konsep yang ingin diamalkan dan ini sepatutnya boleh dipraktikkan oleh semua murid dalam tahap kecerdikan apa sekalipun namun pada pandangan guru pembimbing saya ia lebih sesuai bagi murid tahap dua iaitu darjah 4,5 dan 6 kerana mereka lebih senang memahami dan mudah untuk dikawal.

Berdasarkan ujian bulanan yang dijalankan, murid mampu menjawab dalam bahasa yang betul namun tidak mampu mengingati fakta Sains dengan tepat kerana keputusan peperiksaan yang agak teruk menunjukkan murid begitu lemah dalam mengingati fakta Sains contohnya berkaitan satu soalan struktur Sains Tahun 5 yang berbunyi Apakah kitaran air dan fasa-fasa yang terlibat dalam kitaran air? Kurang 50% murid menjawab soalan ini dengan jawapan penuh dan tepat dan apabila saya bertanya apakah masalah mereka, mereka hanya kami lupa, dan ada juga murid yang langsung tidak menjawab soalan tersebut mungkin kerana tidak teringat langsung apa yang telah dipelajari. Mereka tidak didedahkan dengan nota ringkas atau peta minda yang mudah untuk mereka rujuk pada saat akhir menjelang peperiksaan dan hanya bertumpu kepada soalan latih tubi dan sedikit nota yang mereka salin semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Memang tidak dapat dinafikan ada segelintir guru yang cuba menerapkan kaedah pembelajaran berdasarkan pengalaman namun sejauh manakah kaedah ini berkesan sekiranya diamalkan terhadap murid yang memang sudah dikenal pasti kelemahannya. Jika hal seperti ini berterusan ia akan memberi impak negatif terhadap prestasi murid dalam peperiksaaan seterusnya memberi kesan kepada prestasi keseluruhan sekolah. Alternatif terbaik yang saya ingin saya terapkan adalah penggunaan peta minda.

Sebelum strategi baru ini dilaksanakan, saya akan memberi ujian pra terhadap mereka iaitu ketika menjawab soalan ini mereka tidak merujuk kepada sebarang pete minda dan hanya dibenarkan merujuk buku teks dan latihan yang sudah diberi, mereka akan menjawab soalan dan guru menilai markah mereka. Kemudian saya akan menjalankan ujian pasca atau pos dengan membekalkan mereka peta minda dan markah hasil ujian tersebut akan dicatat oleh guru dan seterusnya guru akan membuat perbandingan. Seterusnya saya akan memilih beberapa orang murid untuk ditemubual berkaitan kaedah pengajaran menggunakan peta minda dan saya akan merakam perbualan tersebut dan mencatatkan isi penting setelah sesi temubual. Akhir sekali ialah soal selidik yang melibatkan semua murid.

3.0 Objektif Kajian/Soalan Kajian Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan agar murid-murid dapat mencapai objektif berikut : 1. Objektif Umum Membantu guru menambaik kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan mengurangkan masalah murid yang gagal mengingati proses dan fakta Sains dengan baik.

2. Objektif Khusus Membantu murid mengingati fakta dengan baik Menambaik amalan guru dalam mengajar Sains Meningkatkan keupayaan murid memahami Sains Meningkatkan peratus murid yang cemerlang didalam matapelajaran Sains.

Soalan kajian saya adalah seperti berikut : (1) Bagaimana peta minda dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid lebih mudah menjawab soalan berkaitan topik Food Chain? (2) Bagaimana penggunaan peta minda dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik Food Chain? (3) Adakah murid-murid dapat menerima kaedah penggunaan peta minda untuk topik Food Chain.Kaedah kajian saya bermula dengan ujian pra daripada tajuk Food Chain. Seterusnya saya menerangkan apa itu peta minda, bagaimana menghasilkan peta minda yang baik dan kriteria yang digunakan dalam menilai peta minda. Kemudian saya mengarahkan murid menghasilkan peta minda mereka sendiri untuk topik Food Chain pada penghujung sesi pembelajaran. Seterusnya saya menilai peta minda murid. Akhir sekali saya memberi ujian post untuk tajuk Food Chain. Saya juga menemubual dan membuat soal selidik terhadap murid untuk mendapatkan maklumbalas penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sains. Pelbagai kaedah digunakan untuk mengumpul data.

4.0 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 24 orang murid tahun 5 Jujur, Sekolah Rendah Kebangsaan Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang terdiri daripada 10 perempuan dan 14 lelaki yang kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Daripada 9 kelas tahun 5 di sekolah ini, kelas 5 Jujur merupakan kelas yang keenam daripada sembilan kelas tahun lima. Pembahagian pelajar dalam setiap kelas adalah berdasarkan prestasi akademik mereka dan kelas 5 Jujur terdiri daripada pelajar yang agak lemah dalam pelajaran mereka namun mereka agak kreatif dan punyai kelebihan akademik masingmasing. Bukan semua pelajar dalam kelas ini dikategorikan sebagai lemah kerana ada diantaranya memang bijak namun malas dan disiplin agak teruk. Mereka ini perlu dilayan dan diajar dengan lebih tegas supaya mereka tidak terpesong dan kebijaksanaan mereka tidak tersia-sia begitu sahaja.

Mereka mempunyai kepelbagaian kecerdasan yang perlu diperkukuhkan. Menurut Howard Gardner kecerdasan ialah An intelligence as a set of skills that enables one to resolve genuine problems or difficulties or to create an effective product. Pernyataan ini memberi asas yang kukuh kepada kefahaman terhadap potensi sebenar otak atau fikiran manusia. Beliau juga mengatakan bahawa semua orang mempunyai kecerdasan tetapi tidak serupa. Kecerdasan pelbagai ini boleh disuburkan dan diperkukuhkan, atau dibiarkan dan dilemahkan. Oleh itu dengan memahami kekuatan dan kelemahan murid dalam setiap kecerdasan, guru-guru boleh membantu murid dengan merancang pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan ciri-ciri murid untuk menjadikan mereka lebih berjaya.

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

Nama Murid Tahun 5 Jujur Ahmad Izwanshah B. Rosli Aliyaa Hazirah Bt. Azmi Amirul Hakim B. Samsudin Fatin Syuhada Bt. Abd. Razak Ikhmal Putra B. Md Noor Abd. Manan Izzat Danial B. Sahrolnizam Mohd Khairul Hafiz B. Bakri Muhamad Wafiy Syabil B. Khodori Muhammad Aizuddin B. Mamat Muhammad Asyraff B. Subri Muhammad Daniel Aizat B. Azian Muhammad Daniel Zaffry B. Rozaini Muhammad Hiedir Amir B. Abdul Hamid Muhammad Nur Fadzli B. Roslan Muhammad Saiful Ikhwan B. Zamri Muhd. Zulrizman Raimi B. Muhd Ariffin Noor Alia Natasya Bt Alias Nur Athirah Eliana Bt. Abu Noh Nur Farahin Shazleen Bt. Zaidi Nur Farzana Bt. Arman Nur Huwaini Fateha Bt. Salmi Nur Izzatul Ain Bt. Ibrahim Nur Khairunniza Murni Bt. Mohd Zailany Nur Shafika Natasya Bt Rosli Nuraiman Dasuki B. Nor Azlan Nurul Ain Syazwani Bt. Zamri Siti Nurdiana Natasya Bt. Azahar Nur Sabrina Bt. Zamri

Markah Ujian 1 36 60 48 56 60 50 36 42 18 32 42 38 34 52 44 34 36 40 46 46 40 40 52 48 40 40 46 -

Markah Ujian 2 50 68 44 56 68 60 66 58 40 46 54 54 64 68 56 44 68 32 52 64 48 42 52 62 56 44 74 54

5.0 Tindakan yang dijalankan Bagi menyokong kelancaran kajian tindakan yang bakal dilaksanakan, maka saya telah merangka beberapa langkah tindakan yang akan saya laksanakan sepanjang proses kajian tindakan ke atas responden saya kelak. Antara langkah-langkah tindakan yang telah dirancang ialah seperti berikut:

Murid diberikan ujian pra berkaitan tajuk "Food Chain" Murid tidak merujuk atau menggunakan Peta Minda

Ujian Pra

Ujian Pasca

Murid merekabentuk Peta Minda dengan bantuan guru Murid diberi ujian pasca untuk menilai pemahaman mereka setelah merujuk peta minda

Guru menyediakan borang soal selidik kepada setiap murid Soalan adalah berkaitan dengan kemudahan penggunaan Peta Minda

Soal Selidik

Temubual

Guru memilih beberapa orang murid untuk ditemubual secara rawak Soalan berkaitan dengan perasaan mereka sebelum dan selepas ujian, semasa tidak menggunakan peta minda dan selepas menggunakan peta minda

Lampiran Kertas Soalan Ujian Pra

Nama: _____________________________ Jawab semua soalan. 1. Namakan 3 kategori haiwan?

Kelas: ________________

a. b. c.

2. Jelaskan maksud 3 kategori haiwan yang dinyatakan diatas? a. b. c.

3. Bina satu rantai makanan yang bermula dengan : a. Rumpai laut.. b. Rumput.

4. Lobak

Arnab

Ular

Helang,

Berdasarkan rantai makanan diatas, garis jawapan yang betul : a. Lobak (Pengguna Primer, Pengeluar, Pengguna Sekunder) b. Arnab (Pengguna Primer, Pengeluar, Pengguna Sekunder) c. Ular (Pengguna Primer, Pengguna Tertier, Pengguna Sekunder) d. Helang (Pengguna Tertier, Pengeluar, Pengguna Sekunder)

/12 Markah

Kertas Soalan Ujian Pasca

Nama: _____________________________ Jawab semua soalan. 1. Namakan 3 kategori haiwan?

Kelas: ________________

a. b. c.

2. Jelaskan maksud 3 kategori haiwan yang dinyatakan diatas? a. b. c.

3. Bina satu rantai makanan yang bermula dengan : a. Rumput...... b. Lobak.

4. Rumpai laut

larva

ikan gapi

ikan tilapia

Berdasarkan rantai makanan diatas, garis jawapan yang betul : a. Rumpai laut (Pengguna Primer, Pengeluar, Pengguna Sekunder) b. Larva (Pengguna Tertier, Pengeluar, Pengguna Primer) c. Ikan gapi (Pengguna Primer, Pengguna Tertier, Pengguna Sekunder) d. Ikan tilapia (Pengguna Tertier, Pengeluar, Pengguna Sekunder)

/12 Markah

Soalan Sesi Soal Jawab / Temuduga Bil 1 Soalan Adakah matapelajaran Sains susah untuk dipelajari? Adakah teknik pengajaran dengan menngunakan peta minda guru dapat difahami? Adakah teknik menggunakan peta minda ini membantu anda mengingat fakta Sains? Adakah kaedah membaca peta minda yang diperkenalkan guru membantu anda menjawab soalan ujian? Adakah anda berasa seronok dengan teknik pembelajaran menggunakan peta minda? Jawapan

Soalan Kaji Selidik BORANG SOAL SELIDIK BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG MURID Arahan: Sila tandakan () atau isi tempat kosong untuk jawapan yang berkenaan pada ruang yang disediakan

1. Jantina Lelaki Perempuan

2. Umur

Tahun

3. Jawatan di sekolah Murid Biasa Ketua/Penolong Kelas Pembimbing Rakan Sebaya Pengawas Sekolah/Perpustakaan

4. Adakah anda meminati matapelajaran Sains Ya Tidak

5. Adakah anda suka dengan kaedah belajar menggunakan Peta Minda Ya Tidak

BAHAGIAN B: SOALAN KAJIAN

Anda diminta menanda( / ) pada ruang YA atau TIDAK mengenai kaedah penggunaan peta minda dalam matapelajaran sains. Kerjasama anda menjawab soalan secara jujur amatlah dihargai.Segala makluat yang diberi oleh anda akan DIRAHSIAKAN. Terima kasih.

CONTOH: Saya suka membaca buku di perpustakaan YA TIDAK

/
ADAKAH ANDA: BIL ITEM YA TIDAK

1 Tahu membuat Peta Minda sebelum ini? 2 Suka dengan kaedah Peta Minda ini? 3 Lebih seronok belajar Sains? 4 Mudah menjawab soalan yang diberi? 5 Lebih yakin menjawab soalan? 6 Mudah mengingati maklumat berkaitan Sains? 7 Mudah untuk membuat Peta Minda? 8 Seronok ketika menghasilkan Peta Minda? 9 Akan terus menggunakan kaedah Peta Minda ini? 10 Boleh membuat Peta Minda sendiri selepas ini?

Komen:_______________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

TERIMA KASIH

Bibliografi Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Howard Gardner, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001.

Chia-Ying, L., Yeat-Eng, C. & Fui-Tze, C. (2003). Penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan bergambar Bahasa Cina. Kota Kinabalu: MPG.

Nasaruddin (2010), Cemerlang Sains Dengan Peta Minda. Dimuat turun daripada http://www.petaminda.com/

Steele, V. (2005). Using Mind Maps to Develop Writing. Dimuat turun daripada http://cikgumanaf.blogspot.com/2007/12/tujuh-langkah-tugasan -penulisan.html

Tony Buzan, i Mind Map Online. Dimuat turun daripada http://www.thinkbuzan.com/intl/ ?utm_nooverride =1&gclid= CMGQyNvm66gCFcYc6wod63ScDQ

Zalekha binti Haji Elle (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan Kaedah Minda dan Kata Soal. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005. Kuching : Maktab Perguruan Batu Lintang.

Anda mungkin juga menyukai