Anda di halaman 1dari 5

PRINSIP ASAS REKA BENTUK JIGS & FIXTURE

Terdapat beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian semasa mereka bentuk Jigs & Fixture. Di antara kriteria tersebut ialah, 1) Pastikan Jigs & Fixture yang boleh, mudah dikendalikan dan tidak ada pepenjuru tajam yang boleh mencederakan operator.

2) Jigs & Fixture seboleh-bolehnya menggunakan kos yang rendah, oleh itu ciptaan mestilah simple atau mudah.

3. Gunakan standart parts seberapa banyak yang boleh, supaya jika rosak ianya mudah dicari ganti. 4. Pastikan rekaan Jigs & Fixture adalah tidak mengelirukan para operator yang menggunakannya supaya tidak ada kejadian salah letak benda kerja asal dan Sebagainya.(pokayoke)
5. Kedudukan clamping system mestilah dapat menahan terhadap daya potongan semsa operasi memesin.

6. Binaan mestilah Rigid atau teguh supaya tidak ada sebarang gegaran semasa operasi.
7. Hindari pengunaan spanar yang pelbagai saiz. 8. Pastikan coolant tidak terhalang untuk sampai ketempat potongan semasa operasi. 9. Penggunaan eccentric level adalah cara terbaik untuk clamping. 10. Pasikan bendakerja dapat dibuka dan dipasangkan pada Jigs & Fixture dengan cepat.

PEMBUANGAN TATAL (SWARF) Bila merekabentuk jig, aliran keluar tatal perlulah diambil kira. Ini adalah kerana tatal atau chips ini boleh menyebabkan berlakunya kesilapan atau ketidak tepatan semasa operasi memotong. Sekiranya chips-chips ini tidak dikeluarkan ianya akan menyebabkan komponen-komponen tidak dapat diikat dengan baik. Masa juga akan banyak terbuang jika digunakan untuk membuang chips yang terlekat dicelahcelah jig. Disamping itu pembuangan ships yang terlalu kerap mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada operator. Oleh itu rekaan jig hendaklah mengambil kira perkara-peerkara berikut supaya chips/tatal keluar dengan mudah.

a. Dengan merekabentuk jig yang membolehkan chips/tatal dapat gugur ke bawah dengan sendirinya b. Dengan membuat beberapa bahagian jig yang terbuka untuk memudahkan chips Keluar c. Dengan cara menyerongkan/mencondongkan permukaan jig supaya chips dapat menggelungsur ke bawah dengan mudah. d. Dengan cara mengelakkan rekaan-rekaan berupa lengkuk-lengkuk yang mana ini boleh memerangkap chips e. Elakkan lubang-lubang buta(blind holes)pada jig. Dengan cara membuat under cut pada locating pin.

Anda mungkin juga menyukai