Anda di halaman 1dari 5

Saya pertama kali menjejak kaki ke Terengganu pada cuti bulan Mei ini.

Saya dan keluarga begitu teruja bercuti ke Terengganu yang terkenal dengan pantainya yang indah. Perjalanan ke Terengganu dengan menaiki kereta sememangnya luas mata memandang kerana dapat melihat ombak yang memukul pantai sepanjang perjalanan ke ibu negeri Terengganu.

Terengganu , sebuah negeri yang membangun tapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Industri kecil dan sederhana seperti membuat keropok lekor masih lagi menjadi kegiatan penduduk sini. Sudah pastilah ia menjadi kegiatan yang tak akan lekang dek panas, tak lapok dek hujan sebab kalau hujan , lagilah sedap makan keropok lekor. Siapa yang tidak menggemari keenakan keropok lekor Terengganu sambil menikmati hembusan angin pantai yang segar.

Saya pertama kali ke Terengganu sampai celik mata sahaja sudah tidak sabar ke pantai. Oleh kerana homestay yang kami tinggal bersama keluarga besar terletak bersebelahan sahaja dengan pantai, lebih mudah la kami turun ke pantai menikmati matahari terbit dengan suasana pantai

Meninggalkan Terengganu pukul 11.00 pagi, terasa lapang fikiran dengan kepuasan yang berbaloi membuat keputusan bercuti ke negeri Pantai Timur untuk tahun ini. Melawati pekan Kertih memberi gambaran yang jelas akan keadaan sebenar pusat memproses minyak Petronas, kawasan yang luas melihat api yang keluar dari serombongnya memberi pengetahuan baru untuk anak saya mengenali lebih dekat berkenaan petroleum. Kertih yang dikenali bandar minyak negara mempunyai daya penarik yang tersendiri, serta deretan rumah pekerjanya yang serba lengkap membezakan kualiti hidup antara orang tempatan dengan pekerja Petronas.

Percutian kami ke Terengganu dihabiskan dengan bermain ombak di pantai, berjalan-jalan di tempat tumpuan pengunjung ke Terengganu seperti Pasar Payang, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Noor Arfa Batek dan pelbagai tempat lagi di Terengganu. Pulang dari Terengganu pula dengan membawa pelbagai cenderahati dan cerita menarik untuk dikongsi bersama-sama kawan-kawan, saya menyimpan angan-angan untuk kembali keTerengganu

Anda mungkin juga menyukai