Anda di halaman 1dari 16

TAKRIF KOLONIALISASI

Maksud Kolonialisasi : Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kolonialisasi bermaksud dasar atau amalan oleh sesebuah negara ke atas sesebuah negara lain. Kolonialisasi berasal dari kata colonia dalam bahasa Latin yang ertinya tanah jajahan atau permukiman. Kolonialisasi adalah suatu sistem yang mana sebuah negara menguasai rakyat dan sumber kekayaan negara lain tetapi masih tetap berhubungan dengan negeri asal. Kolonialisasi tujuannya untuk mengurus sumber sumber kekayaan daerah koloni demi perkembangan industri dan memenuhi kekayaan negara yang melaksanakan politik kolonial. Dasar yang diamalkan oleh kuasa asing untuk mendapatkan kawasan petempatan baru. Dasar ini dilaksanakan melalui peperangan atau campur tangan politik ke atas sesebuah negara. Demi jaminan pasaran dan kepentingan ekonomi, kuasa asing akan memulakan sistem pentadbiran barat di tanah jajahan. Di Asia Tenggara, kolonialisme dikaitkan dengan kemasukan golongan imigran bagi merealisasikan hasrat penjajah untuk menguasai hasil bumi koloni dengan cepat dalam dalam kuantiti yang banyak. Kedatangan imigran dari China di Indonesia dan Filipina serta imigran India ke Myanmar jelas menunjukkan sikap rakus penjajah untuk menguasai hasil bumi negara-negara yang dijajah.

Kolonialisme berkembang pesat sebelum Perang Dunia Pertama (1914-1918). Pihak penjajah mula menguasai pelabuhan-pelabuhan strategik dan jalan perdagangan utama pada masa itu. Modal yang dimiliki saudagar mewujudkan pasaran baru dan perkembangan ini menggalakkan pengeluaran barangan serta meningkatkan

persaingan bagi menguasai bekalan bahan mentah.

Matlamat utama pengamal kolonialisasi adalah untuk mengaut seberapa banyak hasil bumi koloni sedangkan kesejahteraan dan pendidikan rakyat tidak diutamakan.

Secara umumnya istilah kolonialisme mempunyai dua pengertian. Pertama, bermaksud proses sesuatu kuasa mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan. Kaedah penaklukan bererti perluasan penaklukan melalui tindakan ketenteraan. Kaedah penghijrahan pula bererti perpindahan rakyat sesebuah negara ke kawasan yang belum diterokai atau didiami orang lain seperti penghijrahan rakyat British ke Australia, dan Amerika Syarikat. Oleh itu para penghijrah mengekalkan hubungan dan menerima kuasa pemerintahan British. Kawasan tersebut juga merupakan sebahagian daripada tanah jajahan British.

Pengertian kedua pula, kolonialisme merujuk kepada dasar melalui aktiviti imperialisme. Apabila disebut kolonialisme, terjelmalah kefahaman tentang masalah penindasan, penghinaan atau eksploitasi yang dilakukan oleh kuasa-kuasa imperialis Barat terhadap penduduk peribumi.

1. Menurut Andre Gunder Frank, beliau berpendapat bahawa kolonialisme sebenarnya menuju ke pemindahan kekayaan dari daerah yang dikolonisasi ke daerah pengkolonisasi, dan pihak pengkoloni menghambat kejayaan pengembangan ekonomi negara yang dikoloni.

2. Menurut pengkritik pasca-kolonialisme seperti Franz Fanon berpendapat bahawa kolonialisme merosakkan sistem politik, psikologi, dan moral negara terkolonisasi.

3. Menurut penulis dan ahli politik India Arundhati Roy berkata bahawa perdebatan antara pro dan kontra dari kolonialisme/ imperialisme adalah seperti "mendebatkan pro dan kontra pemerkosaan".

Menghubungkaitkan kolonialisasi dengan dasar pentadbiran yang diamalkan kuasa barat adalah : 1. Dasar pecah & perintah ( Divide & Rule) British mengamalkan dasar pecah dan perintah dalam aspek ekonomi dan social. British ingin menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu dengan terus mengekalkan dan membiarkan orang melayu terlibat dalam sektor ekonomi sara diri.

British ingin orang melayu terus kekal sebagai petani yang menjalankan penanaman padi untuk menampung bekalan beras di Tanah Melayu kerana tidak mahu mendedahkan orang Melayu kepada pengaruh luar kerana bimbang pengaruh luar akan menimbulkan parasaan tidak puas hati dan seterusnya membawa penentangan.

Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan pelabur asing dan penghijrahan orang Cina dan India secara beramai ramai untuk membuka ladang getah secara besar besaran. Orang British berpendapat bahawa penglibatan orang Melayu dalam pertanian dagangan akan menjejaskan kedudukan mereka. Dengan ini, British mengekalkan orang melayu dalam ekonomi tradisional dan kaum kaum lain dalam ekonomi moden.

British juga tidak menggalakkan sebarang usaha asimilasi di kalangan kaum yang sedia ada. Tiada usaha ke arah mengadakan satu sukatan pelajaran yang sama atau bentuk asimilasi yang lain.

Perjanjian Pangkor, 1874

Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 diantara Gabenor Negeri negeri selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda

Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama sama dengan pembesar pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato Sagar. Perjanjian ini memberi kebenaran kepada Inggeris mencampuri urusan negeri Perak dan ini merupakan satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah yang membuka ruang kepada campur tangan Inggeris sacara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor. Dengan persetujuan Sultan Abdullah, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit daripada Pangkat Sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran Sultan Muda dengan memberi pencen 1000 ringgit tiap tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Perang Larut

SEBAB SEBAB PERJANJIAN PANGKOR Perebutan takhta kerajaan Perak

Perang saudara di Perak

Perang Larut Long Jaafar, seorang pembesar Melayu telah menjumpai bijih timah di Larut. Pada tahun 1848, beliau telah membawa masuk ramai orang cina untuk memajukan perlombongan bijih timah. Pada tahun 1857, Long Jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar Larut diambil alih oleh anaknya, Ngah Ibrahim. Pada tahun 1861, Perang Larut I telah berlaku akibat pemotongan bekalan air ke lombong Ghee Hind an merebak menjadi satu peperangan yang kuat. Pada tahun 1865, Perang Larut II meletus antara Hai San dengan Ghee Hin iaitu pergaduhan mengenai perjudian di sebuah kedai Fui Chew di Kelian Pauh. Pada tahun 1872, Perang Larut III disebabkan oleh skandal percintaan iaitu ketua Perebutan Takhta Kerajaan Perak Ghee Hin, Lee Koyen telah mengadakan hubungan sulit dengan isteri ketua Hai San. Mengikut sistem pewarisan takhta Perak, seorang putera raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum menjadi Sultan. Jawatan ini dipegang oleh Raja Di Hilir, Raja

Bendahara dan Raja Muda. Apabila Sultan mangkat, putera sulungnya tidak akan menjadi Sultan secara automatik. Sistem pewarisan ini tidak selalunya berjalan dengan lancar kerana Sultan yang sedang memerintah dan pembesar yang berpengaruh sentiasa campur tangan dalam pelantikan calan yang dianggap layak. Campur tangan Sultan dan Pembesar dalam sistem pewarisan pada tahun 1857 membawa kepada perubutan takhta kerajaan Perak pada tahun 1873 di mana terdapat tiga calon yang bakal menaiki takhta.

PEREBUTAN TAKHTA DI PERAK Tarikh Mewakili Takhta 1851 1857 1865 1871 Sultan Sultan Abdullah Sultan Jaafar Sultan Ali Sultan Ismail Raja Muda Raja Jaafar Raja Ali Raja Abdullah Raja Bendahara Raja Ali Raja Ismail Raja Ismail Raja Di Hilir Raja Yusuf Raja Abdullah -

Perang Saudara Di Perak Pada tahun 1873, perang meletus lagi antara Hai San dengan Ghee Hin dan kali ini dengan penyertaan Ngah Ibrahim, Sultan Ismail dan Raja Abdullah. Ghee Hin dengan bantuan Raja Abdullah telah menyerang Simpang dan menawan pangkalan yang strategik itu. Saudagar saudagar British di Perak mengadu bahawa kekacauan di Larut telah mengganggu perdagangan mereka. Mereka menghantar surat rayuan kepada Sir Harry Ord untuk meminta perlindungan. Kerajaan British di Pejabat Tanah Jajahan sedar bahawa mereka terpaksa mengambil tindakan untuk menamatkan kekacauan di Larut. Jikalau tidak, kuasa Eropah yang lain akan campur tangan dan menguasai Negeri negeri melayu. Syarat syarat perjanjian pangkor 1874

Syarat persetiaan kongsi gelap Cina 1. Ghee Hin dan Hai San bersetuju menamatkan pertelingkahan antara

Syarat persetiaan Pangkor 1. British mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan Perak. 2. Bekas Sultan Perak, Raja Ismail akan diberi gelaran Raja Muda dan menerima pencen bulanan sebanyak $1000. 3. Sultan Perak akan menerima seorang pegawai British yang digelar Residen untuk menasihati

mereka dan mengekalkan keamanan di Larut. Sesiapa yang menimbulkan

kekacauan akan didenda sebanyak $ 50000.

2. Kedua

dua

pihak

bersetuju

baginda dalam semua hal ehwal pentadbiran kerajaan kecuali hal hal berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Sultan juga dikehendaki membina tempat kediaman untuk Residen dan membayar gajinya. 4. Orang kaya Menteri Larut, Ngah Ibrahim akan mengekalkan gelarannya dan menjaga urusan di daerahnya. Beliau akan menerima seorang Penolong Residen.

menyerahkan senjata mereka kepada pihak berkuasa dan memusnahkan

semua kubu yang dibina.

Kesan Perjanjian Pangkor Pembesar pembesar Melayu sebenarnya terperangkap dengan Perjanjian Pangkor. Mereka tidak dapat melihat kesan berdasarkan terma yang dituntut oleh pihak British keatas Sultan Perak. Sultan Perak dan pembesar pembesar Melayu tidak memahami bahawa perjanjian ini akan meluputkan kuasa Sultan dan pembesar pembesar Melayu. Sultan Abdullah salah faham mengenai terma utama Perjanjian Pangkor mengenai perlantikan seorang Residen. Sultan Abdullah memikirkan bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat kepada Sultan dan bahawa Sultan boleh mengenepikan nasihat yang diberikan oleh Residen. Punca salah faham adalah dalam penterjemahan Artikel VI Perjanjian antara Versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Seorang Residen British dilantik di Perak iaitu J.W.W. Birch. Beliau memberi nasihat kepada sultan dalam pentadbiran kecuali dalam hal agama islam dan adat Melayu. Keamanan dapat dipulihkan dan aktiviti perlombongan dapat dijalankan dengan aman. Perdamaian antara Puak Ghee Hin dan Hai San telah Berjaya meningkatkan pengeluaran hasil lombong. Perlantikan Raja Abdullah tidak diiktiraf oleh Raja Ismail yang menyimpan alat kebesaran negeri. Raja Yusuf yang berhak mewarisi takhta kecewa buat kali kedua. Menteri Larut, Ngah Ibrahim marah kerana kehilangan kuasa dan terpaksa membayar jumlah wang banyak untuk keamanan perak.

Perjanjian Inggeris Belanda 1824


Perjanjian Inggeris Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 antara British dengan Belanda di Londan. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W.Wymn. Perjanjian ini dibuat untuk memastikan penguasaan penuh British di Tanah Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat lain.

Syarat- syarat Perjanjian Inggeris Belanda 1824 Syarat perjanjian ini boleh dibahagikan kepada dua perkara iaitu syarat berkaitan dengan kewilayahan dan syarat berkaitan dengan perdagangan.

Belanda menyerahkan Melaka dan segala jajahan takluknya ke utara Singapura kepada British

British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Sumatera kepada pihak Belanda Kedua-dua bersetuju bahawa jika manamana pihak berundur daripada salah satu kawasan, mak a hak untuk menduduki tempat tersebut akan jatuh kepada pihak yang satu lagi Tiada satu pun daripada wilayah-wilayah yang diserahkan boleh dipindahkan kepada sebarang kuasa asing pada bila-bila masa

Belanda bersetuju menyerahkan semua logi atau pusat perdagangan mereka di India kepada British Syaratsyarat mengenai wilayah Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak milik British

Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara bebas dengan pelabuhan kedua-dua pihak

Kedua-dua pihak berjanji untuk bekerjasama dalam menghapuskan kegiatan lanun

Kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas

Belanda membayar hutangnya sebanyak 100 000 kepada British

Belanda diberikan monopoli ke atas Kepulauan Rempah

Syarat- syarat perdagangan

Kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan raja-raja tempatan yang bertujuan untuk menjejaskan perdagangan pihak yang lain

Kesan Perjanjian a) Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya dua kawasan pengaruh. Belanda menguasai kawasan- kawasan meliputi Pulau Jawa, Sulawesi atau dengan kata-kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura; manakala British menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Singapura, Melaka dan daerah- daerah lain di Tanah Melayu. Perjanjian ini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan Melayu. British dan Belanda kini dapat meluaskan pengaruh perdagangan dan politik mereka dalam kawasan masing- masing tanpa gangguan daripada pihak lain.

b) Perpecahan Empayar Johor Pembahagian dua kawasan pengaruh itu, secara tidak langsung telah membawa kepada runtuhnya Empayar Johor. Kini Singapura dan Tanah Besar Johor dikuasai oleh British dan Riau- Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga. Bendahara Ali di Pahang juga mengambil kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat ini. c) Perhubungan Inggeris- Belanda di Timur Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan pegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbarakhbar Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belanda melanggar syarat-syarat perjanjian yang telah dipersetujui. d) Pertelingkahan mengenai Borneo Perbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu tercetus akibat salah faham terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat sebarang pulau lain ke selatan Singapura tercetus apabila Su ltan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat Singapura dan berada dalam lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak British dapat

membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya. e) Pelanunan Belanda dan British tidak ada kesepakatan dalam usaha menghapuskan aktiviti perlanunan di perairan Kepulauan Melayu. Belanda melanggar syarat perjanjian yang mana hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur sahaja. British terpaksa mengambil

langkah-langkah kepentingannya.

sendiri

untuk

menghapuskan

pelanunan

yang

melibatkan

Perjanjian Burney 1826


Henry Burney membawa perjanjian ini ke India untuk mendapatkan pengesahan. Beliau kembali ke Ligor dan bersama sama Raja Ligor pergi ke Bangkok untuk menandatangani perjanjian secara rasmi dengan kerajaan Siam. Henry Burney berada di Bangkok dari akhir tahun 1825 hingga pertengahan tahun 1826. Perjanjian Burney telah ditandatangani pada bulan Jun 1826.

Syarat syarat perjanjian Burney 1. Siam dibenarkan terus menguasai Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma. British bertanggungjawab menghalang Sultan Kedah dan penyokongnya menyerang Kedah atau lain lain jajahan Siam.

2. Pihak berkuasa Siam mengakui dan mengiktiraf hak serta kedaulatan Sultan Perak dan Selangor. Sultan kedua dua buah negeri dibenarkan menjalankan pemerintahan negeri. Pihak British tidak akan menyekat Sultan Perak daripada menghantar ufti bunga emas ke Bangkok jika baginda berbuat demikian. Raja Ligor boleh menghantar perwakilan ke Perak tetapi tidak boleh mengganggu kebebasan negeri.

3. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang.

4. Kedudukan Kelantan dan Terengganu tidak jelas tetapi Siam berjanji tidak akan mengganggu perdagangan British di sana. Kelantan dan Terengganu akan terus menghantar bunga emas ke Bangkok.

Kesan Perjanjian Burney

Sultan Kedah gagal mendapatkan semula takhtanya. Baginda telah menghantar putera sulungnya, Tengku Daei ke Bangkok untuk membuat rayuan kepada Siam supaya mengembalikan takhtanya. Akhirnya, Siam bersetuju. KESAN - KESAN PERNJANJIAN BURNEY

Kawasan Kedah bertambah kecil kerana sebahagian Kedah diasingkan. Negeri baru ini dipanggil Perlis . Perlis dan Kedah menjadi negeri jajahan takluk Siam. Terengganu dan Kelantan dianggap sebagai negeri naungan Siam. Kekuasaan dan pengaruh Siam di Tanah Melayu berjaya disekat.

PERJANJIAN PANGKOR

Perjanjian Pangkor telah ditandatangani oleh Raja Abdullah dan British pada 20 Januari 1874. Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Pangkor terhadap negerinegeri Melayu. Jawapan cadangan: Sir Andrew Clarke yang menjadi Gabenor NNS telah memulakan dasar campur tangan British secara rasmi di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Dengan menggunakan alasan untuk menamatkan keadaan anarki yang disebabkan oleh perebutan takhta pemerintahan dan pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, menyebabkan British campur tangan dalam hal ehwal negeri Perak untuk melindungi kepentingan perdaganganan mereka. Pada bulan Januari 1874, Andrew Clarke sebagai wakil kerajaan British telah mengadakan rundingan di atas kapal H.M.S Pluto di perairan Pulau Pangkor. Persidangan Pangkor berlangsung antara empat pihak, iaitu Andrew Clarke (wakil British), Raja Abdullah, pembesar-pembesar Melayu Perak, dan ketua kongsi gelap Ghee Hin dan ketua kongsi gelap Hai San. Hasilnya, mereka bersetuju menamatkan pertelingkahan melalui perjanjian bertulis. Pada 20 Januari 1874, termeterai Perjanjian Pangkor. Perjanjian Pangkor turut memberi beberapa kesan terhadap negerinegeri Melayu. Antaranya ialah British berjaya menamatkan keadaan hura- hura di Perak yang disebabkan oleh Perang Larut. Selain daripada itu, Perjanjian Pangkor turut menandakan secara rasmi campur tangan British di negeri-negeri Melayu. British dapat menyebarkan kuasanya ke negeri-negeri Melayu yang lain dan sekaligus mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu. Tambahan pula, Perjanjian Pangkor membolehkan British menjadi kuasa Barat tunggal yang berhak mengeksploitasi sumber ekonomi Tanah Melayu seperti bijih timah.

Kerajaan British telah menggalakkan pelabur-pelabur Eropah menanam tanaman kormersial dan melombong bijih timah secara intensif. Sistem Residen diperkenalkan di Perak (1874) dan diikuti oleh Selangor (1874), Negeri Sembilan (1895), dan Pahang (1888). Mengikut sistem residen, British akan melantik residen British untuk menasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Pengenaan sistem rasiden menyebabkan sultan dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa politik mereka kerana pada hakikatnya, residen yang membuat segala keputusan dan sultan hanya menjadi pemerintah boneka. Perjanjian Pangkor ialah manifestasi kelanjutan Perjanjian InggerisBelanda (1824). Perjanjian Pangkor lebih bertamadun kerana melibatkan pemerintah negeri yang terlibat sebelum menandatangani perjanjian tersebut. Tambahan lagi, Perjanjian Pangkor turut menimbulkan penentangan sistem residen di Perak. Pengenalan sistem residen telah mengubah sistem politik tradisional Perak kepada sistem politik moden. Pada dasarnya, sistem politik tradisional masih dikekalkan tetapi fungsinya telah berubah. Sistem residen telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat Perak sehingga menyebabkan pembunuhan J.W.W.Birch pada 2 November 1875. Sistem residen telah menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan mendadak sehingga menjejaskan sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat Melayu Perak menentang sistem residen. Antara faktornya ialah kelemahan syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 telah menetapkan bahawa seorang residen akan ditempatkan di Perak untuk menasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dalam Perjanjian Pangkor, tidak dinyatakan panduan dan peraturan untuk dijadikan pegangan oleh residen dalam melaksanakan tugasnya. Hal ini menyebabkan residen memerintah mengikut budi bicaranya sendiri.

Tambahan lagi, Perjanjian Pangkor gagal menamatkan perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Ismail enggan menyerahkan alat-alat kebesaran diraja semasa pertabalan sultan Abdullah. Baginda terpaksa mengeluarkan banyak wang, masa, dan tenaga untuk mengekalkan kedudukannya sebagai sultan Perak. Selain daripada itu, sultan Abdullah terpaksa menghadapi penentangan dadipada musuhmusuhnya, iaitu pembesar-pembesar Perak yang tidak suka kepadanya. Kesimpulannya, Perjanjian Pangkor telah membantu British menamatkan keadaan huru-hara dalam negeri dan sekaligus mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu. Keamanan turut diwujudkan dengan adanya Perjanjian Pangkor.

Anda mungkin juga menyukai