Anda di halaman 1dari 7

Teknik Esei Edisi 19 [2009]

TEKNIK MENULIS KERTAS KERJA/ESEI


I. PENGENALAN A. Tujuan utama anda dikehendaki menulis kertas kerja adalah untuk menunjukkan kepada pembaca anda memahami tajuk yang dibincangkan dan juga membuktikan kepada pembaca anda telah membuat rujukkan secukupnya mengenai tajuk berkenaan. B. Maka anda adalah diperlukan menyampaikan idea-idea dengan cara yang mudah difahami oleh pembaca. Anda juga perlu menggunakan bahan-bahan rujukkan dengan berkesan untuk menerangkan pendapat anda mengenai tajuk. Walau bagai manapun anda perlulah mengakui bahan-bahan yang dipinjam itu pendapat orang lain. Esei anda (dan semua tulisan akademik) harus mempunyai empat komponen asas 1) Pernyataan: ia itu menyatakan perkara yang ingin dipertahankan atau ditolak; 2) Justifikasi atau Penghujaan: Menyatakan tujuan serta penilaian yang anda melakukan tentang tajuk berkenaan iaitu sama ada hujah anda memadankan dengan teori-teori mengenai tajuk berkenaan 3) Membuktikan: Memberi bukti atau hujah yang munasabah bukti yang diperolehi melalui temuduga, dokumen, statistiks dan sebagainya. 4) Rumusan atau Keterangan: Ia itu menyimpulkan serta merusmuskan perbincangan anda.

C.

D.

II. TARIKH PENYERAHAN A. Semua esei/kertas kerja MESTI diserahkan pada tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang lewat atau yang tidak ikut peraturan tidak akan dilayani.

B. Tarikh penyerahan, iaitu tarikh tugas mesti sampai ke pejabat Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh pada tarikh yang ditetapkan di kertas kulit tugasan esei atau bacaan yang disediakan. III. MENAIP ESEI/KERTAS KERJA A. Semua kertas kerja/esei mesti ditaip dan yang ditulis tangan tidak akan dilayan.

Page 1 of 7

Teknik Esei Edisi 19 [2009] B. Jenis kertas yang mesti digunakan ialah kertas berwarna putih jenis Kertas putih, 80 gram dan berukuran Saiz A4 iaitu 210 x 297 mm. Kertas jenis lain atau yang berukuran lain tidak akan dilayan. Kertas kerja anda mesti ditaip dalam jangkau dua (Double Spacing). Esei/kertas kerja anda perlu ditaip di sebelah muka surat sahaja. Anda dinasihat menggunakan folder plastik untuk menjilid tugasan anda. Anda dilarang menggunakan comb-binding untuk menjilid tugasan anda.

C. D. E.

IV. PANJANG KERTAS KERJA A. Panjang kertas kerja di peringkat Universiti biasanya adalah 5,000 - 6000 perkataan atau 25 halaman. Gambar-gambar, rajah-rajah dan bibliografi tidak termasuk dalam 25 halaman. B. Namun demikian anda perlu mematuhi arahan khas mengenai jumlah perkataan atau halaman muka surat seperti yang dikehendaki oleh pengurus kursus bagi sesuatu kursus tertentu. C. Anda dinasihati supaya tidak menulis kurang daripada had yang ditetapkan dan anda pasti akan mendapat markah yang kurang jika berbuat demikian. V. KESALAHAN EJAAN/MENAIP A. Semua kesalahan ejaan atau menaip adalah tanggungjawab anda. Maka anda mesti membaca prof sebelum anda menghantarkan esei anda untuk disemak. Dalam hal membaca prof anda perlulah meminta pertolongan sahabat anda. B. Kertas kerja yang mempunyai kesalahan-kesalahan sedemikian akan dikenakan denda 10 %.

VI. MERANCANG KERTAS KERJA A. Selepas memilih satu atau dua topik yang anda yakin dan suka, anda perlulah mengenal pasti ciri-ciri yang penting tentang tajuk tersebut iaitu: Pernyataan: ia itu menyatakan perkara yang ingin dipertahankan atau ditolak; Justifikasi atau Penghujaan: Menyatakan penilaian anda tentang tajuk Membuktikan: Memberi bukti atau hujah yang munasabah Rumusan atau Keterangan: menyimpulkan serta merusmuskan perbincangan Kemudian anda perlulah merumuskan beberapa soalan pokok topik berkenaan. Soalan-soalan pokok ini akan dijadikan bahagian-bahagian kertas

B.

Page 2 of 7

Teknik Esei Edisi 19 [2009] kerja anda. C. Sepatutnya soalan-soalan selidik tersebut haruslah mencerminkan aspek-aspek penting kertas anda. Jika soalan-soalan selidik anda terlalu kabur atau tidak mudah dijawab maka ini bererti: (a) anda tidak mungkin menulis dengan berkesan tentang tajuk berkenaan atau (b) anda tidak akan mendapat markah atau hasil yang baik. Anda dinasihati mengikut flow chart seperti berikut

D.

Memilih Tajuk

Merancang Dan Menyelidik

Menulis

Menyemak Ejaan dan Kandungan

Menepati Masa Penyerahan

VII. PENYELIDIKAN A. Semua esei memerlukan penyelidikan yang baik. Penyelidikan yang secukupnya adalah menjadi bahan asas dalam usaha membina esei anda. Penyelidikan boleh dilakukan berasaskan kerja lapang (field work atau primary sources), atau pemerhatian sendiri. Penyelidikan sedemikian dikenali sebagai sumber primer. Kerap kali penulisan esei memerlukan penyelidikan sumber sekunder. Bahanbahan sumber atau maklumat sekunder (secondary soruces) boleh di dapati dari jurnal, majalah, buku, surat khabar atau sumber Internet. Jangan lupa menyatakan sumber asal bahan tersebut dalam rencana atau esei anda kelak. Penyelidikan yang cukup juga akan meningkatkan kematangan seorang penulis dan menolong ia menjawab tajuk esei dengan yakinnya.

B.

C.

D.

VIII. MENYEDIAKAN RANGKA KERTAS KERJA A. Selepas mencari bahan-bahan yang cukup, anda boleh menyediakan satu rangka kertas kerja. Rangka ini adalah perlu seperti mana sesebuah bangunan perlukan Pelan. Rangka atau Pelan ini akan membantu anda dalam menulis dengan penuh yakin nanti. Dalam menyediakan rangka anda dikehendaki memberi bukti-bukti yang

B.

Page 3 of 7

Teknik Esei Edisi 19 [2009] cukup dan konkrit dengan menghuraikan jawapan yang baik dan memuaskan. C. Rangka tersebut boleh juga menolong anda menyediakan isi kandungan kertas kerja anda nanti.

IX. PROSES PENULISAN ESEI Semua esei mempunyai tiga bahagian asas: Pengenalan, Badan dan Kesimpulan. Bahagian pengenalan dan kesimpulan adalah satu-satu bahagian yang penting dan ia patut mencerminkan dan meringkaskan kertas kerja anda. A. Bahagian Pengenalan: Dalam bahagian ini anda perlu menjelaskan secara ringkas apa yang anda akan lakukan dalam esei atau kertas penyelidikan anda. a. Anda perlu menerangkan konsep-konsep secara lengkap. Anda perlu menyediakan definisi perkara utama yang dibincangkan. Misalannya definisi parti politik, kumpulan pendesak, pemerintahan dan sebagai nya. b. Dalam hal membuat definisi anda menunjukkan sesuatu yang di definisikan itu dalam lingkungan satu kelas atau kategori. Kedua definisi tersebut juga perlu menunjukkan sesuatu kriteria yang membezakan perkara yang di definisikan daripada perkara yang lain. Bahagian Badan Dalam bahagian ini anda perlu menjelaskan dan membincangkan secara lebih mendalam perkara-perkara utama tajuk esei anda. a. Anda boleh memilih cara membuat perbandingan. Ia itu menunjukkan unsur-unsur persamaan dan perbezaan. Namun demikian corak perbandingan dan perbezaan bukan mudah dilakukan jika anda kurang jelas tentang tajuk yang ingin dibincangkan. Anda perlu tanya diri anda apa perkara yang dibandingkan iaitu apakah kriteria atau nilai yang digunakan untuk membezakan sesuatu dengan yang lain. b. Di samping itu, anda juga perlu meletak satu urutan tentang sesuatu perkara yang dibincangkan iaitu mana yang penting? Mengapa? Atau mana yang berlaku awal dan yang mana kemudian? Mengapa? c. Menerangkan - dalam bahagian ini anda perlu menerangkan semua perkara yang berkaitan dengan tajuk. Jika anda sudah membuat penyelidikan yang cukup, tiada masalah dengan bahan yang ingin disampaikan untuk mempertahankan sesuatu pendirian. d. Justeru itu, anda perlu menunjukkan kesinambungan iaitu dari satu perenggan ke perenggan yang berikut. Bahagian Penutup atau Rumusan: Karya anda semestinya membuktikan sesuatu pendirian atau hujah. Dalam bahagian ini anda perlu mengaitkan perkara yang disampaikan di bahagian pengenalan dan badan dengan baiknya. Rumusan atau kesimpulan yang

B.

C.

Page 4 of 7

Teknik Esei Edisi 19 [2009] disampaikan mesti selari dengan apa yang disampaikan di bahagian badan esei anda. a. Cara yang biasa digunakan adalah untuk menyatakan semula hujah anda atau menekankan sesuatu yang disampaikan di peringkat badan esei anda. Namun demikian, jangan hanya menyebutkan tanpa bukti yang kukuh. b. Dalam hal membuat rumusan anda boleh melakukan: i. menyatakan implikasi sesuatu kejadian atau fenomena ii. menilai semula pernyataan yang awal iii. menyatakan perkaitan di antara fenomena-fenomena yang lain iv. membuat ramalan v. mengandaikan kemungkinan X. MENYEMAK ESEI ANDA A. Tujuan menyemak esei yang ditulis adalah untuk memastikan kerja anda tidak mempunyai kesilapan ejaan, nahu dan fakta-fakta. Satu cara yang baik untuk membuat penyemakan ejaan adalah dengan menggunakan spell-check yang biasanya terdapat di dalam perisian komputer yang digunakan untuk menulis esei anda. Anda boleh menggunakan perisian seperti Dewan Eja, Eja Tepat dan sebagainya. Anda juga boleh meminta orang kenalan anda untuk membaca dan komen esei anda.

B.

C.

XI.

BAHAGIAN-BAHAGIAN KERTAS KERJA ANDA Bahagian-bahagian yang tersebut di bawah ini adalah wajib bagi semua kertas kerja: A. Muka Surat Tajuk(Title Page) Tajuk lengkap mesti ditulis di bahagian ini. B. Muka Surat Kosong (Blank Page) C. Isi Kandungan (Table of Content) Bahagian ini mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Abstrak atau Ringkasan Eksekutif Senarai Gambar Rajah Senarai Jadual Pengenalan Lain-Lain Bahagian Lampiran Rujukan / Bibliografi Hal ? Hal ? Hal ? Hal ? Hal ? Hal ? Hal ?

Page 5 of 7

Teknik Esei Edisi 19 [2009]

D.

Bahagian rujukan/bibliografi dan nota kaki mestilah lengkap dan berpandukan cara International bibliography citation/University of Chicago Press: A Manual of Style. Bahagian ini adalah penting dan seharusnya diletakkan di bahagian terakhir esei/kertas kerja.

XII. LARANGAN A. Anda adalah DILARANG MENCEDOK karangan orang lain ataupun minta orang lain menulis karangan anda. Ingin ditegaskan bahawa kami mempunyai kepakaran untuk mengesan karangan yang dicedok atau ditulis oleh orang lain. Jika penilai kertas kerja menemuhi dua atau tiga esei yang serupa maka semua esei berkenaan akan dapat markah 0 tidak kira siapa yang pengarang asal. Anda perlu menyatakan sumber bahan (sekunder) yang anda memperoleh dan menggunakan dalam esei anda. Hukuman bagi kesalahan tersebut di atas adalah markah kosong dan juga pelajar berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin serupa seperti mana yang dikenakan kepada seorang yang meniru semasa peperiksaan. Anda juga dilarang berpidato atau terlalu emosional dalam menyampaikan hujah-hujah anda.

B.

C.

D.

XIII. LAIN-LAIN HAL A. Anda adalah dinasihati supaya membaca dan menggunakan panduan-panduan yang terdapat dalam buku, Samarudin Rejab dan Nazri Abdullah, Panduan MenulisTesis. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.) atau Sulaiman Masri, Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan Esei, Proposal dan Tesis. (Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors, 2005). Anda juga boleh memperoleh berbagai petua dengan membuka laman web Internet. Anda hanya perlu taip Techniques of Writing Essays - dan anda dapat ribuan laman web yang menyediakan bahan yang dapat membantu anda. Anda tidak perlu membalut kertas kerja anda dan anda tidak akan menerima markah yang lebih kerana membalut buku anda. (Anda juga di larang menggunakan ring atau comb binding (plastik). Kertas kerja anda seharusnya disediakan dengan penuh minat dan dedikasi. Hanya kedua-dua ramuan sahaja akan menentukan markah yang tinggi.

B.

C.

Page 6 of 7

Teknik Esei Edisi 19 [2009] D. Anda juga patut sediakan salinan (photostat) untuk diri anda kerana salinan asal tidak akan dikembalikan. Pelajar yang menggunakan perisian pemproses perkataan (Wordprocessor) seperti Microsoft Word, Word Perfect atau Word Pro, sila pastikan anda menggunakan font yang mudah dibaca, misalnya Times New Roman 12 atau 13. Anda perlu juga sertakan bahan lampiran yang berkaitan sahaja. Jika anda menggunakan sumber Internet anda perlu nyatakan alamat laman web berkenaan. Anda perlu juga menggunakan format kulit yang disyorkan oleh bidang masingmasing (misalannya PPPJJ).

E.

F. G.

H.

Disediakan oleh Prof. Madya Dr. K. Ramanathan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universit Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang

krn.usm.pppjj 30072009

Page 7 of 7

Anda mungkin juga menyukai