Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Bagaimana Pemasak Suria Berfungsi? Pemasak suria dilakukan melalui sinaran UV matahari.

Pemasak suria membolehkan sinar cahaya UV masuk dan kemudiannya menukar cahaya UV kepada sinar cahaya inframerah yang tidak dapat melepaskan diri. Sinaran inframerah mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menggetarkan molekul air, lemak dan protein di dalam makanan sehingga dipaaskan. Pemasak suria bukan menggunakan haba matahari atau suhu ambien untuk memasak makanan walaupun kedua-dua faktor ini boleh menjejaskan kadar atau masa yang diperlukan untuk memasak. Sebaliknya pemasak suria adalah bergantung kepada sinar matahari dan menukarkannya kepada tenaga haba dan haba matahari ini akan disimpan dalam periuk. Konsep ini adalah sama dengan kesan rumah hijau yang memerangkan haba. Pemasak suria yang berkesan akan menggunakan tenaga haba itu supaya memasak makanan itu dengan leboh berkesan.

Solar Panel Cooker

Solar Cooker

Parabolic Solar Box Cooker

Untuk meningkatkan kecekapan pemasak suria, ia perlu diubahsuaikan dari segi sudut dan arah mengikut kesesuaian semasa digunakan supaya dapat menyerap sinar matahari yang maksimum. Semakin banyak sinar matahari yang dipancarkan kepada makanan dalam pemasak suria, semakin banyak muatan tenaga haba yang akan diperolehi daripada sinaran matahari. Keadaan yang paling sesuai untuk pemasak suria berfungsi ialah semasa matahari adalah terang dan tidak dihalang oleh awan, bayang-bayang dan faktor-faktor lain. Namun begitu, proses memasak masih boleh dijalankan pada hari mendung sungguhpun perlu mengambil masa yang lebih panjang.

Fungsi komponen-komponen pemasak suria


Terdapat tiga komponen utama atau tiga prinsip utama pemasak suria untuk memasak dengan berkesan Penumpuan(pantulan, atau pantulan) Penyerapan (keupayaan untuk menarik haba) Pengekalan (cara atau keupayaan untuk mengekalkan haba) Penumpuan sinar matahari biasa dilakukan dengan menggunakan panel dan permukaan yang boleh menumpukan sinar cahaya (UV) ke titik fokus. Panel ini biasanya dibuat daripada bahan-bahan yang berkilat dan dapat memantulkan cahaya seperti perak, kromium dan aluminium. Oleh itu, majoriti pemasak suria dibina dengan menggunakan panel sebagai reflektor untuk mempercepatkan proses pengumpulan haba. Demi meningkatkan keupayaan pemasak suria untuk menyerap tenaga haba, permukaan gelap biasa digunakan. Misalnya, permukaan luar pemasak suria biasanya berwarna hitam supaya dapat menyerap tenaga haba dengan baik. Warna perak juga biasanya digunakan untuk memantulkan cahaya. Secara umumnya, permukaan pemasak suria biasanya berwarna gelap dan nipis. Permukaan yang berwarna gelap dapat menyerap tenaga haba dengan baik manakala permukaan yang nipis boleh memindahkan tenaga haba dengan lebih cepat dan sama rata. Pengekalan ialah prinsip ketiga yang digunakan untuk membina pemasak suria. Kalau pemasak suria itu tanpa bahan-bahan penebat atau penutup, maka semua tenaga haba yang diserap akan hilang ke persekitaran dengan cepat. Oleh itu, pemasak suria mesti mempunyai komponen yang dapat memegang haba supaya proses memasak dapat dilakukan dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai